Monday

Percutian Ke Pulau Redang - Day TWO

Hai koranggg.... nak pergi bercuti ke? Bella cadangkan korang ke Pulau Redang atau tiada cadangan lagi? Boleh la korang check it out Pengalaman Bercuti Di Redang Day One.  Ini pengalaman bella hari pertama di Redang, Jadi post hari ni Sambungannya la yer... Percutian Ke Pulau Redang - Day TWO

Esoknya aktiviti kami tetap penuh dengan aktiviti snorkling. Dari pagi sampaila ke petang. Nama - nama tempat yang bella snorkling tu x ingat, tapi antara yang bella ingat... tour guide tu bawa ke satu tempat  Taman Laut kalau x silap. Korang pernah tengok x, national geographic??? Dimana bila cameraman tu Rakam gambar ikan Tu, ikan tu bergulung-gulung beribu-ribu mengelilingi cameraman tu haa... Macamtulah keadaannya kat situ. Awesome gegilar!!!


Redang

Lepas itu tempat snorkling yang lain2x semua kat laut dalam. Satu lagi tempat yang agak lain dari yang lain,bila Bella snorkling  kat tempat shark okey. Tujuan nak mengintai baby shark. Time ni telah dipesan, jangan ikut baby shark ini terlalu rapat atau mengejar dia berenang terlalu jauh. For sure kita Akan jumpa shark!!!!.maknya la. Semua orang time nie dah penat dan letih, lebih2x lagi membe seorang dah kena jellyfish. Makin kurang la mood nak ber snorkling, jadi hanya Bella dan kawan Bella Faz ditemani pemandu Bot ini jer yang snorkling. Rugi dorang, sebab tempat yang ada baby shark nie... semua pit stop xkan ada baby shark ni,kecuali pit stop ni je. Jadi rugila x snorkling kan??


Bella pun pergilah snorkling .... Kan Bella baru je belajar snorkeling. Jadi, idoklah bella berani mengejar baby shark tu sorg2x. Masa kat taman laut tu, membe bella yang solo tu dia bg tau.. driver boat tu yg bawa di snorkeling sampaikan dia nampak boleh dikatakan semua keindahan laut time tu!! bella plak HB yg pimpin tangan, masalahnya dia poyo. Nak bawak bella pastu x nak pakai jaket keselamtan tu, bila bella pegang sikit tenggelam!! hello... bila tengok macm tu happy ke?? org kesayangan kita tenggelam tercungap2x kat depan. Pastu boleh plak kata xyah la tekan dear... abis??? kita takutkan.. ditambah plak siap kali dia berenang katak, abis ditendangnya muka bella. adoii!!! 

Jadi untuk melihat kekuasaan ALLAH s.w.t ditempat baby shark ni, bella ngan kawan bella farizzan.. berpimpin tangan la dengan pakcik tu untuk snorkeling. Dekat pit stop shark ni.. tiada terumbu karang yang cantik yer.. semua mati karang mati!! kalau kat pantai biasa..pantainya diseliputi dengan pasir yang memutih lagi halus lagi mulus dan cantik kan?? tapi tidak untuk pantai yang dipenuhi shark ni. Pantainya penuh ngan batu karang yang dah mati. Kalau korang pijak, memang sakit abis la. Kena jalan slow2x dan hati2x.


Baby Shark, jerung

Nampakkan.. percaturan ALLAH s.w.t kat situ? contohlah.. dicipta pantai yang cantik dan memutih dekat kawasan shark ni.. mesti banyak kemalangan kena makan dengan shark berlaku.. oh no!!  masa bella sampai je ngan pakcik  tu kat kawasan baby shark tu, bella kata ngan pakcik tu.. xda pun??? pakcik tu kata jauh ke depan lagi.. cuakk beb!!

Bila korang benam kan muka korang ke laut dalam tu untuk lihat baby shark tu... kawasan nya gelap. terumbu karang yang tinggal hanyalah yang berwarna hitam, kelabu dan putih. Menakutkan.. seriously macam kawasan tiada hidupan. Jalan terus ke depan eh.. berenang terus ke depan dan bella dapat lihat sekumpulan ikan jerung sedang bermain-main sambil berenang perlahan mengintai ikan2x kecil. 


pulau cantik, pulau redang,

Pakcik tour guard kami.. menyuruh kami memperlahan kan renangan dan melihat kebawah. Sambil memberi signal patah balik sebab baby shark semakin banyak. Maknanya mama dia berdekatan dengan kami la tu. Baby shark tu comel sangat u ollss... macam kulit baldu berwarna biru nila. Sangggat cute!!! xda benda yang kecik2x x cute kan?? semua cute. Anak2x ikan jerung tu berenang perlahan menghampiri kami.. dan berhenti sambil merenung kami. Tetiba terus lari berenang meninggalkan kami.. macam la kitaorang berani nak sentuh awak baby shark!!


pulau redang

Lepas bermain - main dengan segala jenis ikan di Pulau Redang ini, kami pun pulang. Petang tu sementara tunggu dinner, kami hanya merehatkan badan. Esok dah nak balik..sedeynya. Punyala baik owner cafe ni bagi kami ambil kelapa dorg. Hahhahaha.. syok juga minum air kelapa tengah-tengah panas. My dear yang panjat taw.. Baik sangat.. hahahaha..


pulau redang

Inilah keluarga kami disini.. kebanyakkannya kami baru je jumpa disini. Kami bergambar bersama-sama sebelum pulang. Persahabatan yang ringkas ini ternyata amat bermakna buat kami. Hahahaha.. sampai sekarang bella masih ingat yang dorang ni kelakar sangat. Boleh dikatakan..semua aktiviti kitaorang dan jadual kitaorang adalah sama. Tu yang boleh lagi erat tu. Dorang suka sangat joget oppa nganam stail. Bella pun happy tengok.

Redang, Percutian, Redang

Awesome sangat picture ni kan?? Korang pun di nasihatkan pakai selipar tau.Bella pun tinggalkan kasut dalam kereta. Kitakan duduk kat pulau.Memang kat pulau je. Berpasir. Takda shopping mall semua yer. Cendarahati pun xda orang jual. Line internet??? hmm jangan harap!! hahahaaha.. please just spend your time and share your great moment here. Tanpa gangguan.

mutiara resort redang

Bye2x Pulau Redang, Keindahan dan keunikkan Pulau ini tidak akan kami lupakan..kecantikkan lautnya... keindahan pantainya.. kedamaiaannya...lagi gempak dari phuket, krabi, dan pantai2x lain. Best sesangatt... jadi korang!! have fun okey..

Nak tanya ape2x just write at comment ok.. in sha ALLAH bila bella baca.. bella mesti reply. Jumpa lagi...

2 comments:

  1. walaweh... bestnya... hehehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ya..boni kacak.. sudi singgah. hehehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari