AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Monday

Pengalaman Bercuti Di Redang - Hari Pertama

Salam...hi apa Khabar semua??? Bella tangan gegatal la Sebb allergic air laut. Aduiii gatal giler.. Baru pas balik mandi laut.. tapi tu nanti bella cerita.. sekarang bella nak cerita pasal REDANG!!! Pengalaman Bercuti Di Redang - Hari Pertama

Yes... Di Terengganu syokk habis.. Percutian ini kami 1 branch yg plan. Kawan saya Mira yg deal kan semua nya. Kami bertolak pada hari jumaat. Hari jumaat tu kami kerja lg okey... punyalah prkerja yang dedikasi. hehehe.. kul 8 kami tetap x boleh balik lg sebb ada org busuk hati tahan kami sebb x ajak dia. Teruk seumpama tenuk punya perangai.Kami selalunya akan bercuti beramai-ramai bila cuti jatuh 3 hari iaitu patuh 31 august. Jadi kami x perlulah ambil cuti extra. Cukupla percutiaan selama 3 hari dan 2 malam.Kami berkumpul di Kota damansara sebab berkonvoi dengan 6 buah kete. Dipasang bendera Malaysia lagi sempena Merdeka.

konvoi myvi, Bercuti Ke redang

Perjalanan sanggggt la jauh. Kalau kita berkonvoi mesti ada masalah kan? Mesti akan berpecah. Tulah yg terjadi pada kami. time memula nk gerak tu semua dah beritahu kita ikut kereta depan sekali. Tp, ada plak yg ikut map lukis punya. Kereta depan sekali guna GPS dia lagi percaya lukisan kawan dia. Kesudahannya abiss semua berpecah. Time ni dah rungsing. Bot untuk keseberang pulau tunggu kitaorang sampai kul 9 saja. kul 7 kitaorang masih jauh lagi dengan keadaan semua kereta berpecah - pecah!! OMG!!!! macam ne ni? 

Satu kereta plak abis minyak. Stesen pam plak semua masih tutup. Kami sepakat gerak dulu mungkin kita boleh slow talk dengan pemandu boat tu minta tunggu sekejap. Dalam kul 8 mcm tu kami berhenti di simpang 3. Trafic light. Amzingly kesemua kami bertemu di simpang tersebut!! SubhanALLAH macam x percaya!! setiap simpang penuh dengan kereta kawan2. Sangatlah benar pertolongan ALLAH s.w.t tu akan sampai pada waktu yang tepat. Alhamdulliah.


Sampai dijeti, boat kami dah menunggu. Jadi x yah kami penat menunggu.weeeehaaa!!! lets go start we explore!!! Jadual yg di Aturkan sangat la best!!! sampai2x saja kami di resort iaitu Redang Mutiara Beach Resort, kami terus di arahkan bersiap untuk aktiviti snorkeling! bestnya!!! kami terus bersiap dan di bawa ke port snorkling laut dalam.  


Airnya terlalu jernih! sangat jernih. Sampaikan tak perlu snorkeling pun nampk dari atas bot.Tengoklah gambar atas tu. Korang tinggal campakkan roti saja. ikan melompat2x makan.Cantik sungguh Bella selama ni pergi tak pernah dan sangat la takut nak snorkling.. tapi sampai je sini, bella terus berani berenang dan snorkeling!!! sangat berani ok. Sebabnya!!! airnya clear gilerrr!! terlalu clear...jadi bella terus jadi berani.

Bella terus teringat pada satu kata-kata tu,Percaya tak???

              "Kita bukan takut bila kita tidak berteman.. tapi kita takutkan pada kesepiaan"
              "Kita bukan takut pada kegagalan.. tapi kita takutkan pada cemuhan"
              "Kita bukan takut pada kegelapan.. tapi kita takutkan pada apa yang ada didalamnya"

Betul x? Macam Bella, Bella bukan takutkan air..tapi Bella takut tak terapung. Ahaks.

bercuti di redang

Malamnya kita berbbq!! duduk kat resort ni memang sanggat berbaloi.. Resort ni tempatnya sangat terhad. Resort nya ada beberapa buah jer. Macam duduk kat Kampung.Semua penduduknya kita akan kenal.Masa kitaorang pergi tu ada 2 group. Satu group semua lelaki dan satu group kitaorang la. Jadi jadi bestfriend kat sana.Special sal group tu.. dorg kawan dari kecil. Semua satu taman.. walaupun masing-masing ada kerjaya.. semua boleh sepakat nak pergi sini. Baguskan??? korang ada??


Korang bayangkan.. kalau orang tak kenal apatah lagi sedara mara.. atau family atau adik beradik!! Disini for sure akan jadi lebih erat kan?? Apalagi korang.. pergilah bercuti. Dalam Malaysia pun ada tempat yang sangat menarik ni! rugi x pergi. Lepas berbbq.. kami semua duk melepak kat tepi pantai.. amatlah nyaman.. Girlzz group apa lagi.. mengumpat la.. Bella just duduk sambil menikmati suara alam. Pastu paksa HB teman duk sebelah. Sejuk menusuk kalbu ok..

Tetiba ombak jadi makin kuat!! aikss?? menjerit Bella setiap kali ombak mencecah kaki. Hehehe... Pastu cakap kat HB.. "sayang.. nak hujan kot??" HB kata naik la keatas sikit. Ombak still masih sangat kuat!!! OMG!! lari keatas la. Memasing sudah lari keatas. TETIBA -TIBA ribut datang!!! Angin kuat datang membawa pasir. Menderu-deru.. kitaorang pun larikkk kerusi semua terbang!! kami semua lari masuk dalam resort. Salah seorang dr kawan kitaorg jerit taufong!!! taufong!! hahaha.. sepatutnya taufan. Kelakar sungguh!!

Disebabkan ribut yang tetiba datang itu, kami semua tidur awallah jadinya..Habislah untuk aktiviti kami.. satu hari ini.. jumpa esok!!

P/s: Banyak picture takda..sebab kat kamera membe.. sedih..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.