Wednesday

Jom Makan Di Cafe Uncle Sam Seksyen 15

Salam Sayang semua.. Hari ini bella nak share pasal makanan!!

Hah?? tengah diet? Takpe.. korang makan la sikit2x jer, ataupun makan lauk je. Tapiiiii.... rugi la wei. bella pergi pun x jadi nak diet. Rosakkan aja.. Adus makanan semua sedap2x. Rambang mata nak pilih. Bella nak perkenalkan.. cafe Uncle Sam!! Cafe ini terletak di Shah Alam seksyen 15. Ok.. korang dari mana? contoh korang dah memang ada kat Shah Alam..senang la. Cari Petronas Seksyen 15, lepas nampak petronas tu.. belakang tu ada simpang masuk kanan korang akan nampak Cafe Uncle Sam!!

cadangan makan, sedap

Inilah cafe uncle sam!! dalamnya teratur dan cantik.Cafe ini asalnya kecil saja dan dibina hanya untuk orang-orang setempat saja. Lama ke lamaan respon yang diterima semakin baik dan sambutan yang diterima juga semakin meningkat..jadi dengan permintaan yang tinggi ni, dari sebuah kedai kecil uncle sam dan partner nya membuka sebuah cafe. Jadi.. silalah janga teragak-agak untuk makan. Walaupun cafe ini baru beroperasi 4bulan..tapi sebenarnya uncle sudah amat terkenal di kawasan ini. Jadi dont worry. Pasti puas hati.


Inilah branding yang cafe ini bawa.. uncle sam. Makanan terdiri dari western food, malay food dan juga Chinese food..jadi segala yang kamu mahu ada disini. Ok.. jom intai apa yang special!!


Ini memang lain dari yang lain dan xda kat mana-mana cafe. Chicken Chop Uncle Sam. Boleh dikatakan signature dish kat sini. Lainnya sebab... kerabu mangga diletakkan diatasnya. Uncle Sam ini sangat hebat dalam membuat kerabu mangga, jadi dorang olah2xkan kerabu mangga menjadi pelbagai resepi sehingga terjadi nya resepi yang istimewa ini. Serious istimewa dan yummy. Even membe bella yang cerewet tu memula x nak makan.. sekali dah suap sekali, x abis2x memuji.. sedappp!!


Ini asam pedas nyonya. Rasanya haruslah berbeza dengan yang korang masak sendiri. Memang favorite bella. Pedasnya ngamcam sesanggat!! sebab bila ko suap je ke mulut.. fuhhh!! pedasnya sampai menitik air hidung.. hahahhaha.. hot abisss... Bella memang suka masakan yang pedas ni. Kalau korang x tahan pedas, request kicap. Gabungan kicap ngan asam pedas ni Pasti buat bontot korang terangkat. Ikan yang digunakan pun x hanyir dan lembut. Memang lain la... harus datang dan cuba dengan lidah sendiri yer..


Ini adalah keistimewaan di cafe uncle sam ini. Uncle sam turut menjual air botol ini keluaran 100% bumiputra. Pop The Soda namanya.Salute abis la.. sebb penciptanya masih muda you alls. Dah ada kilang okay..Dari korang minum air bergas yang x tau sumbernya tu, baik korang try air ini. Bella try air perisa durian belanda..dia macam-macam perasa. Tinggal pilih saja. Ada mangga, pisang dll. Airnya just nice... xdalah bila minum meletup2x gasnya dalam mulut. Just really nice.


Yummy!!! ini adalah air pilihan ramai. Bella memang gilakan coffee. Tandingan antara air berwarna putih, iaitu kelapa shake dan coffee ice. Hmmmm... mana satu pilihan kamu. Nasib bella datang dengan abang sayang. Jadi bolehla bella order kedua-duanya sekali dan hirup!! Walla wei.. rasa kopi yang betul2x kaw! memang x tido la satu malam kan..Coconut lover..you all should try. Best seller drink at uncle sam cafe. Ramai yang pas minum terus say i love you kat coconut shake ni. 



Wantan mee memang favorite bella. Ini wantan mee dry. Bila bella dengar je ada wantan mee dalam menu, terus bella order. My dear dah menjeling takut bella x abiskan.. Gilerr x abis. Sedap ok. wantan mee di rendam sikit dalam kicap cair, pastu di hidangkan dengan cili kicap dan sup bebola. Time taip ni pun telan air liur je ni. Sedap. Mungkin kena dengan selera bella. Terbaikk.


Ini menu terakhir yang bella order. Marah diri sendiri. Suruh stop. Kalau tidak... abis satu buku bella order. Yee Mee Cantonese. Pun sedap..yee mee la bella hirup sikit2x sambil bersembang. Sedap. Yee mee ni x pedas. So, korang rasa dulu...pastu kalau nak pedas sila minta cili kicap. Memang ummppp la. Tak tipu langsung. Time bella datang ni malam. Kedai bahagian depan memang dah full. Kalau hari minggu memang penuh. Harganya pun amat berpatutan. Dari rm2-rm23. Rm23 tu pun steak.

Kedai ni beroperasi sampai kul 11 malam. Pekerjanya pun baik2x belaka. Korang first time datang, x tau nak makan apa.. tanya je menu yang paling meletop kat sini apa? Sure dorang akan suggest kan yang terbaik untuk korang. Tak puas lagi? Feel free and just check it out!!

Facebook : unclesam15

Instagram : @15unclesam

Alamat    : 
Tel no : 019-481 1844
Okey.. sampai disini dulu perkongsiaan bella. Banyak lagi makanan bella x review kat sini. Lain kali kalau bella datang lagi.. bella share yang lain pula ok.. taaadaaa...

2 comments:

  1. Uncle sam pnye makanan memang terbaik. Saya slalu g mkn kt sane.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.. memang nak makan selalu kat sini tapi duduk jauh. Payahhh... sedih jer...

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari