AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Wednesday

Salam semua..

Bella sorry sesangat sebab lambat buat entry ni. Ada yang request buat sebelum 16 March.. im so sorry sayang... bella terlalu busy. Jadi itinerary bella ni boleh dijadikan panduan buat back packer yang lum pergi lagi jela yer.... Harap bermanfaat..

Flight Ambik Pagi punya..

Day One

7.30 am - Sampai Krabi

8.20 am - Sampai Hotel. Sepatutnya bella nak buat phi phi island.. tapi dah full book.. Terpaksa tukar
                Plan pergi emarald pool, air panas dan nak gajah. Trip semua full. Hotel berjaya manage
               Trip untuk naik gajah sahaja.
9.00 am - Sewa motor pergi breakfast. Jejalan sekitar pantai. Makan pancake.

12.30 am - Trip naik gajah.

5.30 pm - Sewa motor pergi krabi town. Menjelajah pasar malam. Orang hotel kata dekat, padahal
               jauh. Hujan lagi. Jalan sunyi lagi. Seram.

9.00 pm - Kuar dinner.

Day Two

7.30 am - Aktiviti Phi Phi Island.

4.30 pm - Balik hotel

6.00 pm - Kuar pergi berurut, makan dan shopping sikit2x. Kebanyakkan saya shopping di Pasar malam.

Day Three

6.00 am - Bangun pagi. Beli breakfast kat tepi pantai. Ayam goreng. Sedappp!!

6.30 am- Teksi ambilg airport.. end.


So far sangat puas hati. Banyak juga tempat yang boleh di cover.. Thank you :)


Hollla.....!!! hai semua. Salam sayang dari bella...

Sape pernah pergi terengganu?? atau kampung dia kat terengganu? Pernah sampai Pulau Perhentian tak?? Apaaa??? tak?? alooo.. ruginya. Pulau Perhentian memang cantik. cantik.dan cantik. Happy sangat ke sini. Kami bergerak dari KL ke Terengganu dari pagi subuh lagi. Kami tiba di Jeti pagi lagi sebelum Ferry yang kami booking bergerak pergi. Memang jauh la...

Kami tiba di travel agent yang kami tempah. Sekali semua. Tambang ferry, makan minum kami disana dan penginapan.

Lepas berebut-rebut nak naik ferry tu.. dapatla kami duduk. Aduii...penuhnya. Panas plak tu.. Silala bawa air ya.. haus dalam ni. Tengok minah salleh tu sampai hijau rambut berendam dalam air laut lelama..hahahaa.

Setelah mengharungi dan membelah laut selama lebih kurang 45min kalau x silap. Maka tiba la kami di Pulau perhentian..Yeahhh... Pemandangan yang memukau menanti kami. Terasa x sabar-sabar nak terjun.

Inilah ahli group bella.. menyusuri tepi pantai untuk ke hotel. Dari jeti ke hotel jauh. Pastu tepi-tepi ni dorang pacak mata sauh. fuhhh!! bahaya giler. Jalan kena tengok bawah dan hati2x.

Inila bilik kami. Betul-betul ngadap laut dan tinggi.Cantikk.... Adui..kena panjat tangga tinggi plak. Bilik pun banyak pasir la. Takpela.. kan banyak aktiviti duk kat pantai jer.. hahaha...

Sampai-sampai je kami diberi lunch. Time ni cuaca sangat la panas. Makanannya sangat la biasa. Biasa-biasa je. Adui.. macam bukan orang kita yang masak. Tapi terbaik sebab buffet.

Cantik sungguh laut tengahari ni. Sungguh cantik!! SubahanaALLAH!! bella merayu-rayu kat my dear nak mandi. My dear x bagi. Nanti hitam.. hahaha... Bella rasa nak terjun je. Walaupun x tau berenang tapi bella love sangat mandi mandi di laut.

Sementara tunggu petang, bella lepak sesorang kat buaian ni. Sebb my dear bella baru baik demam. Dia x larat.Jadi dia masuk bilik tido. Bella just relax2x kat sini. Syokk.. siap ada tupai menemani. hahaha. Time sampai ni kitaorang xda aktiviti. Just free and easy. Jadi just lepak2x jela..

Malam tu kami di hidangkan dengan bbq yang resort sediakan. Tapi ikan kena pilih satu jenis je. Nak kata sedap sangat tak jugak. Tapi lapar kan.. bedal je. Paling tak tahan pemandangan tu. Gegila awesome la. Tengok tu x edit apa pun. Guna hp cikai je snap. Gambar still awesome sangat.


Malam tu pergi long beach..giler la.. macam tempat maksiat tersorok la. Dah la pergi jauh ke dalam.Jauh sangat. Xda pun apa yang best. Mungkin kalau korang kepala gegila mungkin rasa macam tempat ni havoc sangat. Kitaorang rasa macam xda apa pun.. Then balik.Dah la jalan jauh. Pastu kami rancang nak lepak minum tepi pantai. Sampai2x pantai depan hotel kami.. kedai semua tutup.Bella ngan my dear ambik keputusan tido je kat tepi pantai tu. Syokk giler. Terlelap plak tu. Bangun pun sebab orang tersepak kaki. Hahahaa..

Bangun pagi pas breakfast tengok suasana lagi la giler awesome!! Air laut berkaca-kaca. Cantik sungguh. Apa lagi sakan la bergambar. Seriously sangat cantik. Tenang.. damai.. Hilang semua masalah.

Kami pergi snorkeling tengah hari tu.Sebab kami dah pergi redang, jadi rasa macam xda la best sangat kan.. ikan sama n kecil2x je..

Sampai la ke satu pit stop yang memang xda kat mana2x. Sebab kan sini banyak sangat penyu!! ya..penyu. Bella tengok kagum sangat.Penyu ni dari dalam laut nmpak dekat..tapi bila nak g kat penyu tu jauhhhh sangat. Penyu ni sekali sekala akan naik ke permukaan laut. Memang awesome sangat!!! time taip ni pun rasa nk pergi lagi.


Walaupun dah nak balik tapi snorkeling rasa x puas lagi, Jadi kami sambung snorkeling depan resort. Masya ALLAH.. depan resort ni pun cantik. Ikan memo bersepah2x. Kalau tau dari semalam dah snorkeling depan ni je. Adui. Mandi depan ni gegiler.. sampai terleka dah nak balik.. sayang sangat nak tinggalkan tempat ni.
Walaupun sayang sangat nak tinggalkan tempat ni.. tapi kena la balik juga kan.. Memang tak rugi la datang sini. Bagi yang suka kan laut.. kedamaian.. kehijauan.. bunyi alam.. memang sesuai sangat ke sini!!

Ok...sampai disini dulu..salam sayang...