Thursday

Pengalaman di Deerland

Salam..semua..

Okey.. aritu bella dah share pasal Melawat Kuala Gandah Elephant Sanctuary kalau korang nak tau just click je kat link tu. Berdekatan dengan pusat Elephant Sanctuary ni, ada Deerland... dekat je.Paling penting besstttt!!!


Ok.. korang kuar je dari Kuala Gandah tu pergi ke kereta masing-masing dan pergi ke deerland. Kalau jalan kaki agak jauh yer.. Lagipun macam bahaya je. Kiri kanan hutan.Korang jalan keluar tapi jangan kuar jalan besar lagi. Deerland ni dalam kawasan situ2x juga.Korang akan nampak signboard ke deerland. Signboard nya besar tepi jalan.Pas signboard ni masuk kedalm lagi dalam 2km. Kalau x silap sebelah kiri. Korang masuk situ.

Nanti korang akan jumpalah... reception nya. Macam ala2x muzium yer.. hehehehee... Then kat kedai ni juga ada la jual cendrahati. Masuk bukan percuma. Kena bayar. Dewasa rm6. Kanak-kanak rm4. Hari jumaat tutup yer..

Pas dapat tiket tu korang terus ke belah kanan dan akan melalui jalan ni. Rasa damai giler kot. Walaupun pic ni nampak gegar skit tapi bella letak gak sebb nampak kurus. Hahhaaha... Kalau korang jalan ramai-ramai x jadi damai la yer. Bella jalan half pastu terasa seram plak. Yela mcm masuk jauh kedalm hutan plak.

Tapi Tak lama pas tu korang akan nampak kawasan deer ni la. Penuh ngan rusa cute ni. Tapi ingat sebelum kesini ambik makanan rusa tu. Dia akan bagi dalam bakul kecik makanan binatang-binatang kat sini. Macam kentang kot. Kebetulan yang bagi tu suka kat gurl2x saja jadi bella kenyit mata sikit minta bagi lebih..apa lagi melimpah2x dia kautkan untuk bella. Hahhahahaa. Jangan jealous.


Dekat sini banyakkk sangat jenis rusa. Ni yang orange bintik-bintik. Bella nak datang dekat. Sebab super comel. Macam cerita Cinderella plak. Bella nak pergi tapi macam tak da laluan ke sana. Then bella tanya la dengan pekerja kat situ. Kang kena halau lagi malu. Owh.. rupanya rusa-rusa ni kebanyakkannya emosi x stabil. Sebb musim dorang mengawan dan membiak. Jadi x leh g dekat. Kang binatang ni naik minyak susah. Okey..laa...

Rusa yang ni plak besar-besar. Pekerja tu siap cakp jangan flash takut dia terkejut. Kalau dia terkejut jadi apa? huh! tetiba ada pekerja masuk!! eh tadi kata x leh datang dekat la. Musim mengawan la. Tu pekerja dia tu masuk apahal!! my dear kata daling ni...nak masuk sgt kenapa??? bukan berani sangat pun. Tak yah nak ngada sangat! okey.. then bella patah balik ke kandang rusa jinak kat depan tadi la. Sebab makanan banyak lagi.Hampa..


Bersebelahan dengan kandang rusa ni ada ostrich. Sian dia.. sorang2x je. Xda pasangan.Bella sebenarnya takut sangat nak bagi makan. Sebab pagar dia lagi rendah dari leher dia. Sekali dia patuk. Mampus. Hahaha. Bella lari...bila teringat sian plak ostrich ni.


Ehhhh!!! kancil si bijak pun ada kat sini? Kecik jer... huhhuhu..My dear kata kancil. Tapi x tau la plak kalau itu anak rusa.Hahaahaa...


Ala2x.. anjanya dia.. ni namanya cico.. comelkan? bella baru je bagi nama time datang aritu. Kalau datang arini mesti x ingat mana satu cico..hahahaha... usaha memegang cico ni diteruskan. Kalau x satu jari je. Kali ni dah berjaya letak 3 jari. Yeahhhhh!!! hhahaha.. Ok. Bila dah berjaya pegang cico jom la kita meneruskan perjalanan kita yer..


Jalan-jalan dan terus jalan... nampak la ular ni. adoi. Sian dia. Dalam sangkar. Nampak sempit dan rimas jer. Sekali pekerja kat situ datang. Eh.. nak pegang ke? Sekali dia keluarkan ok dari kandang tu. Aiyooo!!

My dear happy betul dapat pegang ular tu. Tengok la ular tengok my dear bella. Sekali dia zassss!! abisla. Bella sentuh gak, tapi sikit-sikit jela.

Buat silap mata pulak dier.... adoiii  sebelum dia buat aksi yang lagi pelik-pelik baik bella ajak dia balik. Hhahahaaa...

Tengok la tu muka ketakutan bella.. my dear kata tangkap pic dulu baru leh balik. Hampeh.  Okeyla... jom kita balik!! semua binatang kita dah tengok dan pegang..


On the way balik tu korang akan nampak ada gerai jual durian tau. Harusla singgah. Sedap sanggattt!! tak tipu. Bestkan.. pergi Kuala Lipis.. banyak tempat korang boleh pergi dan singgah. So apa lagi.. jom la pergi..

Ok.. jumpa di next entry. Harap berguna.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari