Monday

Pengalaman di Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Sawadikap... kap kun kap... assalamualaikum... semua sihat??

Hari ini bella nak kongsikan pengalaman bella bercuti ke Melaka yang ntah kali ke berapa tapi specific nak pergi ke melaka wonderland. Bella ada nampak la promo kat groupon tiket masuk ke melaka wonderland ni. Then bella pujuk2x la my dear bella ni ajak pergi. Dia x mau pergi tau. Yela even hanya hanya ke melaka tapi need spend money juga kan.. Bella dah book siap2x hotel juga. Boleh click kat link sini.. Hotel Sentral Melaka

melaka

Melaka Wonderland Theme Park and resort!! fuhhh nama..sangatla gempak. 5bintang untuk nama.heheehee..Time nak pergi tak jumpa jalan masuk. Sebabnya agak tersorok dan masih baru. Jalan nak masuknya dekat dengan belakang hotel pemaisuri. Parking panas ok.. Hehehe.. Masuk2x.. eh still under renovation ke? Hm... patutla ada promo,tapi xdalah murah sangat. Snap picture dulu and masuk.


Refer pic kat atas tu..macam ada part yg x siap kan..Bella kan beli tiket ni kt my deal yang sangat sengal, terrible and b***H tu.. dia forward receipt kata itu untuk dua orang. Sampai kat kaunter dia kata resit tu mewakili seorang je. Mampus. K fine.. pujuk2x adik tu kata biar kitaorang print kat office diaorang. Then dorang suh naik atas jumpa manager dia. Benda simple je..bella nak print satu je receipt lagi sebab salah baca kat email tu. Ingatkan satu receipt mewakili dua orang. Kaunter tu kata bayar la dulu. Satu je receipt boleh guna. Pastu naik atas jumpa manager dia.


Inilah entrance dia...Then bayar la.. Time ni nak mood dah down. Nak pergi murah.. jadi mahal juga. Naik la atas jumpa manager dia. Seorang perempuan cina yang sombong melayan kitaorang..malangnya nama dah lupa.. beb benda simple je. Receipt attachment that website bagi satu je. Bella leh open tapi tab bella plak bat low.Hampeh2x. Bella minta tolng la pinjam komputer nak email kat my deal minta no voucher and nak print. Dia x bagi. Dia kata x boleh. Binawe giler!!..woit x melambung la bill korang..print out satu A4 paper tu aku leh bayar la. Takpe2x. Bella turun then still thinking cane nak buat.

Cari plug charge jap dah email kat My deal tanya kenapa attachment ada satu je? pastu dia reply suruh ambik kat profile ok. Dah dapat no coupon. Pergi kat kaunter deal jap ngan adik dua orang kat kaunter tu pas tu adik tu kata ok... bagi no voucher je. Tak kan nak simpan voucher tu. Dah la jauh. Then xkan nak datang lagi lepas terrible experience ni kan.. beratur. tunggu kat kaunter n Koutim ngan orang beratur tu. Jual murah rm2. hehehe.xpela asal dapat balik cash kitaorg tu. Nasib!!! menjadi. Thanks a lot adik 2 orang kat kaunter tu. Harap di reward oleh company sebb akak dah tulis kat peti cadangan. OK.. abis cite sal MASALAH saya tu.. hehehe.. jom kita terjah ke dalam.


Dari kaunter masuk tu ke dalam jauh. Kena naik tram ni. Tunggu dia datang then naik.Hehehe..itupun nak explain. Time kitaorang naik tu xda orang. Jadi terpaksa la tram ni bergerak bawa kami berdua je. Sampai2x je terus nampak pool.. tapi mcamne nak tukar baju? kat mana?



Naik-naik je tram tu dia akan stop kat cafe nilah.. penuh orang makan. Bella ingat kena tukar kat toilet ni.Kotor. Sebab semua baju basah dorang tukar kat sini..macam ne nak tukar baju kering? hmm.. bella ckp kat my dear. Rasanya bukan tukar baju kat  sini. Jadi kami pergi naik tangga tu baru jumpa.. korang kena pergi ke arah kedai souvenir ni.


Korang naik tangga nanti jumpa kedai cendarahati ni. Tepi  tu ada toilet and locker. Macam kat sunway lagoon tula..


Barang2x dalam ni semua ada stamp and trademark wonderland.Cute kan.. bella cari fridge magnet..tapi xda. lum buat dia kata. Beg ni nk beli buat apa..mesti x guna. Berlambak kat rumah.


Ni kolam renang paling besar dan paling ramai orang berenang. Kat sini air dalam dan berombak kuat. Sape yang sewa pelampung best la..boleh terapung2x.


NI closed up airnya..macam pantai realkan.. Bella memang main kat sini la.. Tapi xda pelampung. Then dah boring berendam kat air berombak kita ke taman temanya la plak..


Tengokk tu..tinggi giler...nak main kena naik berapa anak tangga tuh!! bella x try pun, sebab kena sewa pelampung. My dear nk main sangat. Hahhahaaha... bella x bagi. Buat apa. Lagipun.. wallet semua dah terlock dalm locker tuh. Jadi tengok jela jawabnya.


Waaaaahhh...tengok tu..melingkar-lingkar. Ni pun bella x naik. Hehehehe. Xda pelampung. Sampai my dear majuk. Hhahaha...


Gelongsor yang ni pulak x perasan ada kat celah-celah ni. Hmm..dah tukar baju baru perasan. Hampeh la. Permainan ni xyah pakai pelampung. Gelungsur je gitew.. its ok. Kalau korang nak pergi..leh la main ini..okey..


Permainan gelongsor ni je yang kitaorang main. Tu pun yang sebelah kiri tu je.. yang bulat tu x main. Penat beratur ngan budak2x.


Ni tempat budak-budak main, tapi bella ngan my dear lepak paling lama kat sini.Sebab utamanya kawasannya sejuk..pastu tunggu air dari tong tu penuh dan melimpah.. hahahaha.. Tengok gelagat budak2x juga..yela..xda anak lagi kan...


Nilah gambaran keseluruhan Wonderland Theme Park Theme keseluruhannya dari bahagian atas. Ni kawasan bebudak tau. Belakang kawasan nilah ada gelongsor-gelongsor yang lain tu. Kira luas jugak la. Kalau jalan kaki dari pintu masuk ke theme park ni memang berpeluh la.. Better korang naik kereta yang disediakan tu.


Dekat depan cafe dino tu..adalah banyak gerai2x tikam tu..Tarik botol dapat patung yang besar2x macam ni. Nampak senang..tapi bella main x pernah dapat pun. Sedih!! Time ni tram tu dah ada.. tapi dia x mau jalan. Hampeh tol. Tunggu jap la. Sebab orang lain semua tak nk balik lagi. Bella je masuk kejap. Hmmm... yang lain melayan anak ler..


Opsss okeyla..setakat ni dulu...tip penting!!

  • Jangan lupa bawa towel untuk keringkan badan,bella tengok kesian budak2x mengigil-gigil kesejukkan.
  • Sebelum masukkan barang-barang dalam loker..silala kuarkan duit untuk sewa pelampung sebab bayarannya berasingan.
  • Sesuai sangat bawa anak2x.
  • Pakai je selipar.
  • Jangan lupa bawa beg plastik untuk pakaian basah. 
  • Tempat tukar baju bukan di toilet tapi ada tempat asing khas untuk tukar baju.
  • Naik je kenderaan yang disediakan. Percuma. Kalau nak berjalan jauh. 
Itu saja dari bella... nak tanya tinggalkan je comment ok... xoxo

4 comments:

  1. Bape harge tiket nk masuk kak ?

    ReplyDelete
  2. nak main permainan dalam tu kene byr ke? ke byr tiket masuk tu je

    ReplyDelete
  3. nak main permainan dalam tu kene byr ke? ke byr tiket masuk tu je

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari