Thursday

Penginapan Terbaik di Hatyai.

Sawadikap!! kap kum kap!! dan Assalamualaikum..

Sekarang Bella nak kongsikan Hotel yang Bella tempah di agoda.com . Penginapan Terbaik Di Hatyai.V.L Hotel Hatyai. Mengapa Bella tempah hotel ni? Bella terbaca review www.juliajohari.com pasal hotel ni. Korang pernah tak dah suka sesuatu barang itu, nampak barang lain dah tak lawa. Macam itulah Bella. Bella dah baca hotel ni, terus nampak hotel lain tak cantik. Satu lagi kebanyakkan hotel dah Full book! Tinggal hotel ini je yang Bella rasa terbaik masih ada dan masih boleh ditempah. Lagipun hotel ini dilengkapi dengan Bath Tub. Best kan??

Bella memandu dari KL. Nasib baik lah Wise dapat mencari hotel ini. Diingatkan sekali lagi. Apa - apa line di Malaysia tidak ada dapat digunakan di Hatyai. Nasib Bella search awal-awal hotel ini sebelum masuk Thailand.Bella sampai malam. Kalau Tidak simpan peta ke hotel ini awal-awal memang sesat barat la jawabnya.

        
    
Alhamdulilah.. kami selamat juga sampai. Hotel yang sangat strategik. Betul betul terletak ditengah bandar.  Memang terbaik bagi sesiapa yang mahukan hotel yang dekat dengan segala jenis shopping mall. Sebenarnya hotel yang betul-betul paling dekat dengan pasar malam dan shopping mall adalah Lee Plaza. Tapi, dengar cerita dulu hotel inilah yang kena boom! sebab ke popular an hotel ini dikalangan Pelancong asing. Jadi fikir - fikirkan lah yer... 


       Bercuti ke Hatyai
     
Bila Bella masuk je hotel ni, Bella kata Hello.. Penyambut tetamu kat hotel ni semua bangun dan say Hai!! First impression yang baik. Menunjukkan dorang friendly.Hotel sederhana besar. Kemasan kemas dan teratur. Tenang tidaklah kelam kabut sangat. Masuk lift dan ke bilik Bella di tingkat 3. Terlalu sunyi dan tenang sampai terasa seram plak. Hahhhaa..Mungkin sebab dah malam kot.Jom masuk bilik.


Hotel V.L Hatyai ini tidak la besar sangat macam hotel 5 bintang. Bella rasa macam 2 bintang je kot. Tapi cukup privacy. Masuk - masuk bilik saja, ok. Bau wangi. Cuma Bella ada request untuk hiaskan bilik ala - ala honeymoon, tapi takda. Huh!! mungkin terlalu urgent kot. Mana sempat nak deco bilik ni kan.. Tapi takpelah, biliknya dan cukup romantik dengan bau cadar yang baru di basuh didobi. hehehe... Cantik kan?  Cukup lengkap. Ada WIFI. Tapi slow la. Kejap2x hilang. Kena masukkan password WIFI dua jam sekali. Macam Starbucks plak.


Bella asyik cakap kat HB jer.. alaaa.. kecil la bilik ni. Kecil la bilik ni. Betul kata kak juju. Pilih hotel ni, HB mesti puji. HB bella pun asyik puji je. Eh, cantikla ni. Ok la ni. Sedang elok la ni. Sayang nak besar macam ne lagi? Hhahahaa... Ok la dear.. Malam tu HB terus tido sebab penat kan, memandu dari Kuala Lumpur ke Hatyai. Bella dah puas tidur dalam kereta.


Bilik ni juga ada kerusi untuk makan dan minum. Ada heater. Tapi tidak ada iron. Sedey.. Ada telefon untuk telefon receptionist. Memang Bella selalu telefon la. Tanya nape WIFI tidak berfungsi, mana iron. Order makanan. Hahhaha... Nasib dorang layan walaupun dengan nada menyampah.

      
  
Baguskan  V.L Hatyai Hotel ni? Bella cuma nak ingatkan, parking V.L Hatyai Hotel seberang jalan ok. Seberang jalan plak, bukan jalan biasa tau. Kena melintasi Highway yang bersimpang siur dan sangaattttt sibuk! Masha ALLAH.. bagi Bella yang lembik dan penakut ini, memang sampai sehari suntuk la tak melintas jawabnya.  Memula sampai tu HB turunkan Bella dulu lepas tu pergi parking okla..tapi bila nak keluar balik shopping memang masak la nak melintas. 

HB tidak tahu jalan nak ambil kereta lepas tu nak ambil Bella pula, takut pusing jauh. Jadi Bella terpaksalah pusing dulu bawah jambatan untuk sampai ke jalan kecil dan baru melintas.Jauh.. sobs..sobs..  Itulah jelah yang Bella rasa paling tak ok selain tidak ada iron. Jadi sesiapa yang bawa kereta korang pergilah cari Hotel lain yer. Cuba bayangkan kalau ada anak kecil macam mana nak melintas. Tapi kalau korang naik bas ataupun kereta api tidak ada masalah. Sebab lokasi menarik seperti pasar malam dan pusat membeli belah.

Jadi korang boleh la pilih yer hotel ini salah satu cadangan Bella kalau nak Bercuti Di Hatyai.

Wednesday

Bagaimana Bawa Masuk Kereta Ke Thailand - Hatyai

Hai korang.. Bella hendak melawat negara seberang ni. Sempena hari Ulang Tahun Perkahwinan kami. Alhamdulilah.. kekal bahagia dan hendaknya ke akhir hayat. Ok. Jom Bella cerita Bagaimana Bawa Masuk Kereta Ke dalam Thailand.Agak Gementar bunyi nya kan.. Sebelum ini Bella dan kongsikan Tip Sebelum Ke Hatyai .Klik je sini. Ramai kengkawan yang ke Hatyai menaiki KTM. Tapi, HB happy hendak bawa keretanya ke Hatyai.Ikutkan jelah yer. Apa yang Bella baca, dokumen yang diperlukan untuk ke Hatyai adalah :- 

  1. Passport 
  2. Geran asal kereta 
  3. Jika salinan dapatkan pengesahan dari balai polis berdekatan.
  4. Insurance Basic.
bercuti ke hatyai,

Jadi, Bergerak kami ke Thailand dan berhenti di Caltex Gurun untuk mendapatkan Insurance Basic. Senang je. Bagi saja kad pengenalan dan geran asal. Dengan bayaran Rm19.00 kami dapat insurance basic dan juga kertas border pass yang telah siap bertaip. Ok la tu. Senang. Takyah tulis. 

Korang kena tahu, yang  Insurans basic ni adalah peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Thai bagi kereta asing yang nak memandu di sana. Insurans basic ni hanya cover kos perubatan mangsa yang kita langgar dan tidak cover harta benda mangsa seperti kenderaan apatah lagi kenderaan kita. Dan syarikat insurans Malaysia tak cover kenderaan Malaysia di Thai.Serious bunyinya kan.


Bila dah lepas Imigresen Malaysia, teruskan saja perjalanan menuju ke Imigeresen Thailand. Disini korang kena parking kenderaan dan bawa turun passport atau border pass untuk di cop oleh pihak Imigresen Thailand. Jangan lupa bawa Geran asal dan surat pengesahan membawa masuk kereta.

Korang ingat tau. Korang pergi dapatkan cop pelepasan masuk ke Thailand di passport dulu dan baru dapatkan surat pengesahan membawa masuk kenderaan. Macam kami bergaduh-gaduh tengah orang ramai tu sebab salah faham. Pegawai tu explain dalam bahasa Thailand. Mana nak faham. Sampai ada seorang pakcik tu tegur. "Ye, beratur cop passport dulu." Tahu pun HB tula, cakap bini sendiri tak nak dengar.


Jadi korang silalah pergi beratur di tempat yang ramai orang beratur. Mana- mana kaunter yang beratur panjang tu, situlah korang beratur dan dapatkan cop di passport. Jangan lupa selitkan Rm1. Rasuah kot. Ntah kenapa kena bagi rm1 pun Bella tak pasti tapi sebab tidak mahu ada masalah di Negara orang, Bella bagi sajalah. HB tak bagi dia minta ok??. Jadi sediakan sajalah. Lepas dapat saja cop di passport.

Korang beratur la plak di kaunter declare kenderaan berhadapan dengan kaunter cop passport. Bawa sekali salinan geran, surat kebenaran bagi bukan pemilik kenderaan dan surat insurans yang telah dibeli. Tapi, masa Bella pergi tu, berkali - kali Bella bagi insurans. Pegawai tu tak mahu tengok pun. Dicampakkan balik kat Bella. Hampeh betul. Takpelah. Persediaan sebelum terkena.

hatyai
Nanti dorang akan taip satu surat kebenaran membawa masuk kenderaan.Satu borang akan diberikan kepada pemandu yang mana beliau akan menandatangani borang ini. Satu salinan akan diambil oleh pegawai kastam dan satu lagi akan diserahkan kepada pemandu dan ia perlu disimpan untuk diserahkan kembali ketika keluar dari Thailand.

Maka selesai sudah urusan di pejabat kastam, dan kini bolehlah korang membawa masuk kenderaan. Insha Allah jika dipermudahkan, senang je. Ingat yer borang kemasukan kenderaan perlu disimpan dan ditunjuk kita ada pihak berkuasa Thailand memintanya untuk diperiksa. Pastikan ia diserah kembali ketika hendak keluar ke Thailand sebelum masuk ke Malaysia di pejabat kastam Thailand selepas urusan imigresen Thailand. Kegagalan untuk menyerahkan kembali borang ini (perlu ditandatangani di satu ruangan lagi, ini juga wajib), maka denda akan dikenakan ketika anda membawa masuk kembali kenderaan terbabit ke Thailand dengan kadar ฿1000 (+- RM100) setiap hari!!!Jadi jangan lupa tau.


Apa yang Bella boleh katakan, perkara yang penting dan korang perlu ingat ialah :-
  1. Surat kebenaran memandu kastam Thai perlu diserahkan semula time balik nanti. Surat ini untuk menunjukkan yang kereta anda sudah keluar dari Thailand. Member hari tuh boleh terlupa bagi, maka terpaksalah ke sempadan semata - mata nak serahkan semula menda alah ni. Kalau tak pulangkan mengikut tempoh yang ditetapkan di surat tersebut, denda adalah rm50/hari.Aduii..
  2. Isi minyak penuh-penuh memandangkan minyak di Thailand bapak mahal
  3. Pandu cermat memandangkan ada dengar 2-3 kes pemandu Malaysia di pow kaw-kaw bila eksiden. Tapi jangan lah cuak pulak, pemandu sana berhemah dan kereta Malaysia bersepah.
  4. Kalau tak sempat tukar duit di Malaysia, kat Padang Besar Thai pon ada money changer. Ahad buka.
Ok.. mudah saja kalau tahu caranya. Jangan risau ok.  Jumpa next entry ya..

Monday

Tips Sebelum Ke Hatyai

Hai korang ada cita - cita dan impian nak pergi melawat negara sebelah yang dekat dan betul - betul sebelah iaitu Hatyai?? Kalau ada, jom Bella bagi tip dan gambaran macam mana korang nak pergi dan melawat hatyai tu? Kiranya Tip Sebelum ke Hatyai la..Jadi, tidak la korang terpinga - pinga bila sampai sana. Macam Bella. Blur abis. Hahahaa. Sebab langsung tak plan. 

bercuti ke hatyai

Fikirkanlah korang nak pergi Hatyai menggunakan Kenderaan apa? Kapal terbang?? kenalah pilih time promo. Memang murah.Pernah nampak rm43 sehala.Murah kan? Tapi kena booking dulu terbang setahun kemudian itu memang murah. hehehe. Bas dan kereta api pun boleh. Naik kereta api lagi senang. Terus sampai Hatyai. Siap boleh tidur lagi sepanjang perjalanan. Ambil yang jenis katil la. Kalau korang nak naik atau menggunakan kereta api jenis katil, kenalah booking awal - awal yer. Cepat habis. Bella kalau tak nak,memang nak naik kereta api dah tapi semua dah sold out!! oh NO!!! Maknanya kena cara lain ler.. 

Kalau korang hendak naik bas mungkin korang kena pergi secara rombongan mak jemah baru mudah dan senang rasanya. Kalau nak pergi sorang - sorang secara back packer Bella tak pasti routine nya. Mesti leceh la Bella rasa. Bella dari Kuala Lumpur nak ke Kedah pun perggghhh kematu rasa. Sehari suntuk la kalau nak ke Kedah pun.

bawa kereta ke hatyai

Bella buat keputusan untuk naik kereta sajalah. HB pun beria - ia dan excited gitew. Bella dah kesan dah hobi HB adalah memandu. ok... kenderaan settle.Bagaimana Bawa Masuk Kereta Ke Thailand Klik sini untuk detail macam mana hendak bawa kereta masuk ke dalam negara Hatyai ok?

Perkara kedua terpenting yang korang kena fikirkan adalah penginapan. Penginapan Di Hatyai. Bella dah survey habis dan berpandukan review dari www.juliajohari.com Bella baca saja review dari kak julia, Bella dah tersuka tanpa sengaja dan terus book melalui agoda.com. Perrghh penangan dari review kak julia ni, Bella nak book hotel lain rasa berat hati. Hahhaa.. Sebenarnya Thailand lah yang Bella langsung tak risau nak booking guest room ataupun hotel murah. Sebab pengalaman Bella sebelum ni, Hotel dorang memang sangat terjaga dan bersih.Tapi, rasa macam nak sangat duduk Hotel yang kak Julia review ni. Jadi Bella book sini sajalah.

bercuti di hatyai

Macam tak percaya plak Bella tiada gambar hotel sepenuhnya. Hmmm. Korang kalau nak tempah hotel, paling utama pilih lokasi. Senang korang jalan je kaki untuk ke pasar malam. Tempat jauh-jauh sikit naik la teksi atau tut tut. Bella pilih V.L Hatyai Hotel ni sebab nak jalan kaki je ke tempat menarik disini, tapi harapan la.. sebab dah ada kereta. HB langsung tak nak jalan. Sepatutnya Bella boleh cari Hotel yang lebih murah. Hotel ni agak mahal la bagi pelancong bajet macam Bella. Hehehee.

Matawang. Bella tak nak ambil risiko. Kan ada ura - ura kata matawang Malaysia tidak diterima di Thailand. Jadi Bella memang bawa semua duit Thailand. Banyak mana nak bawa tu, terpulang kat korang. Bella bawa sikit jer sebab memang takda target nak berbelanja. Memang saja ke sini sempena ulangtahun perkahwinan. Relaxs2x.. tenang2x..

makanan sedap di hatyai

Makanan di Hatyai sangat sedap.Bagi Bella, korang tak yah bawa bekalan makanan dari Malaysia. Korang cuba la rasa makanan kat sana. Ada je orang cakap makanan kat Hatyai ni kotor. Hhahaha.. kelaka. Hat tui sangat. Dia kata tak jadi tido kat Hatyai sebab tak lalu nak makan makanan Hatyai. Awak.. kedai kat Malaysia ni pun tak tentu lagi tau bersih kotornya.

Korang jangan la beli makanan yang kat tepi jalan tu. Bella pun tak berani. Beli la kat hotel, cafe ataupun restaurant.Harga masih murah. Makanan yang mahal, dekat retaurant yang banyak blogger cerita kat blog contohnya Restaurant Hamid. Sebenarnya banyak je lagi restaurant yang halal dan sedap. Tapi, sebab semua orang review mengenai restaurant ni, dengan sendirinya restaurant ini terkenal dikalangan rakyat Malaysia yang hendak kesana dan menjadi mahal. Padahal, berlambak lagi restaurant yang sedap lebih dari itu dan harga lebih murah.

Tempat menarik di Hatyai

Itinerary pun amat penting. Kalau tak, korang akan membuang banyak masa. Bella pergi ini takda itinerary sebab tergesa -gesa. eriously rugi. Rugi masa.Tapi, Bella tahu dan dah baca tempat menarik di Hatyai dan tempat wajib pergi bila sampai Hatyai. Haaa... alhamdullilah ada sikit la pengetahuaan mengenai Hatyai ni. Jadi, boleh la kongsikan dengan korang semua berdasarkan sedikit pengetahuaan dan pengalaman. kan..

Ok.. lepas ini Bella akan huraikan ok. Semuanya. Ramai yang tanya Bella mengenai percutiaan singkat ke Hatyai ni. Tula.. aritu ajak jual mahal. Hehehhe... ok. Nanti Bella sambung k.

Total Bajet Bercuti Ke Medan

Okey.. masa yang ditunggu - tunggu jom Bella kongsikan kos keseluruhan perbelanjaan Bella sepanjang berada di Danau Toba, Berastagi dan Medan. Kos ini juga berubah mengikut nilai matawang la yer.. Pengiraan ini adalah untuk 2 orang. TOTAL BAJET KE MEDAN.

RATE RM1 = RP3940.00 lebih kurang yer...
 (Apa laaa GOV dah buat yerr rate sekarang rendah betul

Hari Pertama  = Rm63.00 / Rp248,000

Makan Pagi  = Rp20,000
Makan Tengahari Rumah Beringin = Rp128,000
Naik Feri ke Pulau Samosir + kereta = Rp100,000

Hari Kedua = Rm141.00 / Rp504,000

Main Jet Ski = Rp150,000
Makan Pagi  = Rp75,000
Tengok Patung Si Gale - Gale = Rp10,000
Magnet = Rp24,000
Key Chain + Seluar Gobos = Rp140,000
Air Mineral = Rp8,000
Makan Tengahari tepi pantai = Rp40,000
Parking = Rp2,000
Beli Barang Mandi = Rp15,000
Ubat Batuk = Rp10,000
Dinner = Rp30,000

Hari Ketiga = Rm99.30 / Rp357,000

Sarapan = Rp15,000
Beli Ubat Batuk = Rp5,000
Beli Air  = Rp15,000
Makan satay = Rp38,000
Beli kalendar Batak = Rp60,000
Aiskrim = Rp5,000
Tambang Ferry = Rp100,000
Makan Aiskrim atas Fery = Rp15,000
Pergi Sipiso - piso = Rp8,000
Toilet = Rp2000
Makan Malam = Rp79,000
Bakso = Rp12,000
Mineral = Rp3,000

Hari Keempat = Rm266.00 / Rp954,000

Beli bag = Rp40,000
Naik Kuda = Rp20,000
Jagung & Air Tebu = Rp20,000
Magnet = Rp15,000
Suar 2helai = Rp60,000
Mandi Air Panas = Rp20,000
Makan ayam penyet = Rp84,000
Baju mak & Telekung = Rp350,000
Baju & T shirt = Rp240,000
Masuk Istana Maimoon = Rp20,000
Bolu Meranti = Rp80,000
Parking = Rp5,000

Kesimpulan 

Makan + Shopping = Rm569.30

Hotel + Driver = Rm640.00

Tiket Flight = Rm290.00

Upah Sepupu hantar dan ambil = Rm100.00

Total = Rm1599.30 untuk 2 orang 4 hari 3 malam. ok tak ??

Korang boleh check detail, dengan rm1599.30 ini apa je aktivit yang Bella dapat buat???
MEDAN  klik je sini ok... :) atau klik pada page bercuti. Haaa kat sini akan keluar semua link bercuti... Salam sayang..

 

Tuesday

Bercuti di Medan

Horasss... Jom kita ke bandar Medan. Bella kat Medan punya bandar ni, kejap saja. Selalunya yang lama kat sini sebab nak membeli belah, tapi Bella datang bukan sebab Shopping. Jadi memang gunakan sedikit masa saja disini. Korang yang nak terjah pengalaman Bella ke Medan, boleh klik sini yer.. MEDAN. Korang juga boleh ke Page Bercuti ha.. kat situ semua link percutiaan Bella ada.


Kami menuruni Gunung Sibayak dengan rasa puas hati kerana dapat menjejaki dan mencecah kaki ke kolam air panas. Pengalaman Bercuti Di Berastagi boleh tengok disini kalau korang terlepas. Namanya saja mandi belerang, tapi takda belerang pun. Airnya memang bau belerang. Masa kitaorang turun tu, tetiba gunung sibayak mengeluarkan asap yang banyak dan sekali lagi Bella berada dalam kawanan awan. Jalan siap tak nampak. Nasib baik supir ini sangat pakar. Senang - senang saja supir cilok walaupun jalan sangat teruk dan sangat berliku - liku. Bella keluarkan kepala dan tangan untuk merasai awan yang mengelilingi kereta kami. Sejukkkk!!! Happy bebenor dapat pegang awan sekali lagi.


Kali ini perjalanan terus ke Medan. Apa yang Bella tahu, kami sangggatt lapar. Bella bagitahu la kat Supir, Bella nak Makan di Restaurant Wang Solo. Supir Ridu kata dia tahu kat mana. Sekali sampai di Joko Solo. Tempat yang besar, cantik dan bersih. Tengok banner semua macam baru dibuka. Lapar kan.. jadi belasah sajalah janji ada bunyi Solo tu, dah ok la. Nak cari sampai kesudah x makan. Lagi teruk.


Sotong goreng tepung ni nampak macam biasa je kan? Tapi sedap wei!! siap berebut - rebut. Tepung yang sangat ranggup dan sos yang sangat sedap. Nasi tak sampai lagi. Sotong sampai dulu. Punyalah lapar.. Bella kopek2x dan gigit sikit2x sotong tu sementara nasi tu sampai. Hahaha. HB jeling - jeling sebab Bella x sabar. Bila start makan je, memang berebut sampai merajuk2x hahaaha. 


HB order nasi ayam penyet. Dia kata dia hendak makan nasi saja. Tambahan lagi Nasi Ayam Penyet adalah yang paling murah. Jimat la konon. Baik sungguh HB kite. Ayam dia memang terbaik. Ranggup dan ada rasa sedikit rempah. Jangan kan ayam, sup kosong yang diberi pun rasa sedap ya amat!! Rasa macam pati ayam tau. Pandai sungguh orang sini masak. 


Ini Bella order. Lamb and rib grill. Ada tau kat Malaysia ni, area sungai buloh satu restaurant yang masak makanan Indonesia yang sedap sangat. Restaurant tu masak Rib hotplate grill Ma sha ALLAH, punyalah sedap. Tapi, Mahall!!!! Jadi haruslah cuba makan disini pulak. Rib grill originally from Indonesia. Memang tak rugilah Bella order, sampai sekarang Bella masih mengenangkan kesedapan Rib and Lamb Grill ni. Menjilat - jilat rib tu lagi. Sampai HB kata dah la tu, dah abis. Sedappp rasa nak pergi makan lagi.


Ini air yang kami order. Bella order avocado chocolate. HB order order chocolate Blande. Sedap. Kesimpulannya Bella amat berpuas hati dengan kedai ni, walaupun tak dapat makan di Wong Solo. Bertuah sangat Bella sebab Wong Solo dah dibuka di Malaysia. Hhahahaa. takda lah kempunan sangat. Dapat makan di Joko Solo lagi best. Jika korang pergi lepas itu tak sedap seperti yang Bella kata, Bella tak tahu sebab masa Bella pergi semuanya enak, sedap, tip top siap dapat diskaun lagi sebab restaurant ini baru dibuka. Untung sangat. Ahaks.


Perut kenyang suka hati, kami pun keluar dari restaurant mencari supir. Depan restaurant tu pun penuh dengan gerai - gerai yang menjual makanan tradisi Indonesia. Tapi, HB tak bagi beli. Dia kata takut tak abis. Membazir. Ok la. Bella terus menuju ke desert yang wajib bawa pulang iaitu Bika Ambon. Semua yang masuk sini beli berkotak - kotak. Bella beli khas untuk anak tekak sendiri jer. Hahhaha.. Bila balik rumah nyesal plak rasanya beli sikit. hmm..


Bella meneruskan perjalanan dengan membeli cenderahati dan kain pasang di pasar ikan. Dorang kata murah sangat kat sini. Kan?? jadi Bella pun harus lah singgah tengok apa yang boleh ditangkap. Bella rasa murah lagi di Bandung. Bella jalan laju-laju dari satu kedai ke kedai sebab tiada apa yang menarik minat Bella untuk beli. Akhirnya Bella shopping diluar pasar ikan saja. Sebenarnya nak lari daripada peminta sedekah, extrem sungguh dorang minta sedekah. Bella lari masuk dalam kedai baju. Layanannya sangat baik, Bella beli jugalah dalam ni. Mahal. T shirt baiklah korang beli di Berastagi. Pasar buah tu.


Tengok jam ada masa lagi. Supir tanya, ada mahu kemana- mana? Terus Bella kata mahu ke istana Maimoon. Hanya untuk mencuba dan berlakon menjadi raja dan pemaisuri. Hahahha... Istana Maimoon ni, telah diubah menjadi muzium. Masuk-masuk ada pameran dan keterangan mengenai istana ini di bingkaikan dan digantung ditepi-tepi istana.


Masuk-masuk Bella terus pergi ke bahagian mencuba baju sultan. Nasib baik sempat. Padahal dorang dah nak tutup. Pilih - pilih baju, dorang semua suruh bella pakai baju gold + hitam ini sebab kena dengan tudung. Hm ok la,Bella pakai je la kan.


Bella nampak gemuk. Pakai baju berlapis-lapis kot. Terkejut tengok HB. Hemsem sungguh jika jadi raja. Hahhaa.. puji laki sendiri. Semua  pelancong kata sesuai nya korang berdua ni. Hahha. Malu kitew. Kami kena tangkap gambar secepat yang boleh.Dah nak tutup. Bising boss nya tak tutup lagi. Cukup la. Merasa jadi pemaisuri dan raja sekejap.

 
Bella ambik penerbangan terakhir untuk pulang ke Malaysia. Jadi, memang dapat memaksimumkan masa di Medan. Alhamdullilah.. kebanyakkan tempat Bella sampai. Kejap saja kami tunggu flight kami pun sampai. Babai Medan. Kenangan semulajadi amat di Danau Toba. Best.

Sunday

Pengalaman Bercuti Di Berastagi - Medan

Orait.. ini adalah artikel aceh.. artikel.Tukar la.Perkongsiaan Bella mengenai Percutiaan Bella di Medan. Kali ini Bella kongsikan mengenai Pengalaman Bercuti Di Berastagi pula. Danau Toba Bella dah cover habis dan kali ini perkongsiaan Bella mengenai Berastagi yang Bella dah pergi. Tidak la banyak sangat tempat yang Bella boleh cover dan pergi sebab hari ini juga Bella nak terbang balik Malaysia. Babai Medan. Ok.. jom Bella ceritakan Pengalaman Bella satu setengah hari ini di Berastagi.

berastagi medan

Pagi - pagi Bella dah keluar dari penginapan Bella di Hotel Rosse. Boleh baca disini. Penginapan Bajet Di Berastagi  Supir Ridu pun awal-awal dah sampai. Suasana pagi disini sangat sejuk. Betul ramai yang kata sama macam Cameron di Malaysia. Bella ada bercita nak pergi melawat ladang strawberry, tapi Supir Ridu tak bawa pula. Jadi pagi ini kami pergi ke Pasar saja. 

medan

Pasar buah Berastagi ini ada macam - macam yang korang perlukan. Buah - buahan yang besar - besar, sayur - sayuran yang segar, makanan dan pakaian pun ada. Bella macam nak beli buah tapi dah nak balik kan, susah lah pula nak bawa buah naik kapal terbang jadi tak beli la. Bella beli bag dan seluar jer. Owh ya, kalau korang nak beli t-shirt I LOVE BERASTAGI lebih baik beli disini. Murah dari Pasar ikan di Medan ya.

berastagi

Bella beli itu je. Lepas tu, Bella memang merancang untuk naik kuda kat sini. Hahahaha... macam budak - budak sangat. Kuda ini bawa Bella jalan-jalan keliling pasar ini je. Bella memang teringin nak naik kuda ini, jadi ambil kesempatan naik kuda di Berastagi. Syok gak. Hahahahaa. Tapi sian kuda ni bawa hakak yag bam bam ni. Hehehehe.

Berastagi

Ramai yang kata datang Berastagi haruslah cuba makan jagung manisnya!! Sebab jagung di sini segar dari ladang. Dipadankan pula dengan air tebu.

jagung sedap

Bella dah beli jagung rebus dan air tebu, sekali tengok kat menu ada jagung bakar pula. Ada banyak perasa plak tu. Pening - pening. Walaupun perut dah kenyang hasil dari makan banyak malam tadi, tapi Bella beli juga lah beberapa perasa sebab tak mahu lah balik Malaysia rasa macam rugi tak rasa semua perasa jagung yang ada.Hahahaa.. Tak yah pening - pening kan? Beli je semua. HB dah kata xpayah.. jangan paksa dear makan. Baiklah.. Bella makan kesemuanya sekali. Tapi tak habis la yer. Bagi Bella, korang beli yang original sajalah. Perasa tu buat jagung ini rasa lain.

bercuti di berastagi

Lepas Bella makan jagung bakar dan rebus tu, Bella ajak supir pergi mandi belerang di Gunung Sibayak. Memula supir tak mahu pergi, dia kata mahu mandi ke? dia serik la sebab aritu dia bawa pergi Pantai Barbara kami tak mandi pun. Ala.. Bella kan nak cerita kat korang, jadi haruslah pergi cover sebanyak tempat yang boleh. Kannn... Jauh juga la dari Pasar Buah Berastagi tu ke Gunung Sibayak ni. Takkan nak lepaskan peluang ke sini. Kang orang cerita kita terkebil - kebil tak tau. Padahal dah pergi. Tak ke rugi?

bercuti di Berastagi

Bila kami sampai disini, bau belerang memang kuat dan menusuk - nusuk ke hidung. Sepanjang kami melalui jalan ini memang banyak la tempat mandi air panas dan belerang ni, tapi supir pilih Si Debuk - Debuk ini untuk kami mandi.

gunung sibayak

Tenpatnya sangat terjaga dan bersih. Banyak sangat kolam yang di buat dan diasing-asingkan mengikut kepanasan air kolam ini. Bella cuba rendam tapak kaki pada setiap kolam. Giler terus rendam takut cair kulit. Cuma yang tak selesa disini bau belerang yang kuat dan busuk tu. Ramai yang percaya mandi air panas kat sini banyak kebaikannya. Bella nak je mandi cuma memikirkan baju basah nak letak kat mana, HB pun kata tak payah. Jadi Bella rendamkan kaki saja lah.


Sinilah sumber mata air panas disini dan akan mengalir ke kolam - kolam yang lain. Siapa kebal boleh la cuba - cuba rendam disini yer.

gunung sibayak

Ini kolam pertama. Panas gile ok. Bella nak cuba rendam kaki pun takut. Rasa wap kat tepi tu je.


Bella sempat rendam di kolam ke tiga. Bella fikir juga, mana belerangnya? Bella nak lumur kat kaki ni ha.. pastu nak lumur kat muka. Ha.. mana tahu jadi licin putih dan berseri. hahhaha. Bella tidak boleh lelama main air kat sini. Bella kena gerak. Supir bagi masa kejap je.

gunung sibayak, air panas,

Sebelum Bella berangkat ke Medan, sempat jugalah Bella baca kebaikan mandi air belerang gunung berapi Sibayak ni, Sila Bella kongsikan. Semoga bermanfaat.

Nilai Teater Bawang Putih Bawang Merah

Bawang Putih Bawang Merah terdapat dalam berbagai edisi. Ada yang dalam bentuk drama, wayang filem,cerita pendek, cerita dongeng, dibuku kan... dan sekarang dalam bentuk teater la pulak.Korang mesti ingatkan drama panjang indonesia yang masuk dalam Malaysia dan drama itu tersangatlah glamour sehingga dari yang kecil sehingga yang besar menanti kesudahan drama panjang bawang merah dan putih ini. Jadi, apakah Nilai Teater Bawang Merah Bawang Putih ini? Adakah akan masyur dan meniti dari bibir si kecil sehingga yang besar. 

      Teater
     
Bella berkesempatan menonton Teater Bawang Merah dan Bawang Putih yang di pentaskan di Istana Budaya. Jadi, Jom Bella kongsikan apakah Nilai Teater Bawang Putih Bawang Merah. Berbaloikan untuk berbelanja dan membelanjakan wang kita untuk sekeping tiket Teater Bawang Putih Bawang Merah. Siapa yang tidak pernah tahu mengenai cerita Bawang Putih Bawang Merah memang pelik la. Setidak tidaknya mesti pernah tengok sinetron indonesia yang panjang giler tu. Mengenai merah dan putih. Tapi tu agak merepek la. 

    TEATER BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

Teater Bawang Putih Bawang Merah kali ini menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Nur fathia sebagai Bawang Merah, Juliana Evans sebagai Bawang Putih, Beto khusyairi sebagai si bongkok, Uji Ahmad Daud sebagai Emak Kundur dan ramai lagi.. 

   TEATER BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

Memang Bella memuji sangat-sangat lakonan Juliana Evans sebagai bawang putih. Tergedik - gedik giler. Bella terfikir - fikir juga. Bawang Putih dalam hikayatnya mengedik ke atau garang dan membuli si Bawang Merah? Takpelah.. kita lupakan jelah hikayat dan cerita dongeng yang menyatakan si Bawang Putih ini amat garang dan selalu membuli si Bawang Merah. Mungkin Bella silap faham atau kurang faham. Memang ada yang Bawang Putih ini memarahi dan menunjal kepala si Bawang Merah, tapi kemanjaan Bawang Putih lebih terserlah dari Kegarangnya. 

Seriously Bella suka sangat-sangat dengan lakonan Juliana Evans ni. Bella macam tak percaya ini adalah Juliana Evans. Ceh.. Bella cakap macm kenal sangat dengan dia kan.. hehe. Kesimpulannya Teater Bawang Putih Bawang Merah ini memang menonjolkan bakat Juliana Evans. Bella suka sangat. Gedik + Suara manja + gaya tubuh yang memang menjadi. Terbaik Juliana Evans.

   TEATER BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

Lakonan mantap dari pelakon seperti Ogy Ahmad Daud, Beto khusairy dan Nabila Huda tidak perlu dipertikaikan lagi. Sangat hebat ya. Memang hebat dalam menghidupkan watak masing-masing. Bella juga nak puji kecantikkan pentas dalam setiap penceritaan terutama sewaktu Bawang Merah memberi makan kepada ikan kaloi. Cantik sungguh pentas di jadikan seakan - akan aquarium. Terbaik. 
   
   TEATER BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

Lakonan lain yang Bella nak sentuh kat sini adalah lakonan Fathia sebagai bawang merah. Fathia dapat membawa wataknya. Bagus. Cuma kurang serious. Sepatutnya dia kena bawa watak tu walaupun di tepi pentas. Macam Beto contohnya membawa watak si bongkok. Keluar je pintu terus memainkan watak si bongkok. Kesemua. Boleh dikatakan semua memainkan watak sehingga ke akhirnya. Kecuali Fathia. Siap lambai 2x peminat la, sergah penonton la. Saya faham, awak nak ceriakan penonton, tapi bukan macmtu. Tunggu la lepas habis teater, bolehlah beramah mesra dengan peminat yer.. Penonton sebelah Bella pun kata, banyak lagi kena belajar ni. Sekadar pandangan ikhlas.

  

Bagi Bella, Nilai Teater Bawang Merah Bawang Putih memang berbaloi - baloi bagi yang menyukai cerita hikayat dan melihat sendiri bagaimana teater dipersembahkan. Cerita yang perlahan mengikut hikayat kisah dongeng tapi tidak akan buat korang tertidur. Seronok dan best. Hari ini hari terakhir tau. Cepat pergi tengok.
     

Bercuti Ke Berastagi - Medan


Horas!!

Medan   klik cini.Ok...  Terima kasih untuk semua yang mengikuti cerita Bella ke Medan. Sambungan seterusnya. Hhaaa...lambat sikit. Sorry. Bagi semua yang tidak mengikuti tapi nak baca cerita sebelum-sebelum ni, klik je link medan tu. Nanti semua cerita keluar start daripada hari pertama ok. Sekarang Bella sambung percutiaan Bella ke Medan hari ke 3 iaitu Bercuti Ke Berastagi.

berastagi

Pagi-pagi Bella dah gerak sebab kami hendak merentasi Tasik Danau Toba. Feri pun ada masa berlepas, jadi kami tidak mahu terlepas Feri pertama sebab perjalanan ke Berastagi masih sangat jauh lagi. Supir belikan kami tiket Feri dan kami ada masa sekurang-kurangnya 2 jam lebih sementara feri sampai. Bagus jugala..boleh la kami sarapan dulu. Kami terlepas juga Feri yang pertama, kenalah kami menanti Feri yang kedua. HB kata pergghh lama gak tu.


Ini sarapan Bella. Namanya lontong. Memang Bella selalu minta menu ini. Lontong Medan, tidak sama macam di Malaysia. Lontong disini letak udang yang besar - besar dengan sambal kering ikan bilis dan tempe. Bella dah 2 hari duduk di Danau Toba dah kebanyakkan makanan adalah lemak, tapi tidak pernah jumpa Lontong yang sedap sama macam mula - mula Bella sampai sini aritu. Sedapp!!


Sementara menunggu Feri datang, Bella jalan -jalan la sekeliling jeti Tomok ini. Dapatlah Bella tengok aktiviti penduduk menjual ikan tasik danau toba. Ikan tu dorang letak dalam tasik dan bila ada pembeli barulah dorang angkat keluar dan pilih. Disitu jugalah dorang akan siang. Boleh beli separuh juga. Maknanya ikan yang dorang beli tu memang sangat lah segar dari tasik. 

                

Setelah lama menunggu akhirnya tiba juga Feri kami. Masa hendak naik Feri ini harus hati - hati dan lihat belakang. Sebab penumpang dan kenderaan satu laluan. Boleh kena langgar ok. Kami merentasi Tasik Danau Toba dan meneruskan perjalanan kami ke Berastagi. Bella dah bagitahu pada Supir untuk singgah di Simarjarunjung. Boleh pulak la supir lupa dan terlepas. Bella merenggek renggek la bagitahu kat HB yang Simarjarunjung tu dah terlepas. HB kata suh je la supir ni patah balik. Pertelingkahan Bella dengan HB supir tu faham. Dia pun kata ngakk apa2x kita pusing aja. Haaa puas hati. Datang dari jauh kot. Rugilah kalau terlepas.

Ramai yang mengatakan disini sangat popular dengan air teh halia dan pisang goreng panas. Asyik baca je. Mestilah terliur kan? Jadi bila terlepas tu rasa frust sesangat, tapi nak cakap kat supir takut la plak. hahahaha. Nasib dia faham sendiri. Sampai disini kami pun memesan air teh halia dan pisang goreng 2 set. Apa yang istimewa, tempat ini terletak dikawasan yang tinggi dan sejuk. Jadi bila digabungkan dengan makan pisang goreng panas tu jadi win la. Padahal takda pe2x pun. Kosong je tempat ini.


Kami meneruskan perjalanan menuju si piso piso. Tempat ini menjadi sangat menarik kerana disinilah terdapat sebuah air terjun yang sangat tinggi, tetapi tiada sungai diatasnya. Tiada apa yang dapat dikatakan lagi selain daripada Subbahana ALLAH, ALLAH Hu Akbar. Besarnya sungguh kuasanya. Bella memang dah merancang mesti ke sini. Semua lah kata mesti singgah sini. Tempat ini atas bukit yang tenang. Masa Bella pergi tu pelancong tidak la padat sangat jadi seronok la turun tangga menuju ke Piso - Piso ni. Turun kan... senang saja la. Siap lari lari lagi. hehehe.


Bella memang nak sangat2x turun ke bawah dan minum teh tarik disisi si piso piso ni. Difahamkam, di pertengahan jalan ada sebuah kedai minum. Bella pun turun sehingga sampai ke warung kecil itu. Malangnya.. warung itu tutup.!!! arrgghhh so sad. HB pulak kata, xpelah... asyik makan jer. Lagipun kami tak boleh lama. Supir kata perjalanan masih jauh. Sebelah kiri Bella ada si Piso Piso. Sebelah kanan nampak pemandangan yang sangat dan tersangatlah indah. Bella kalau ikutkan hati mahu saja turun lagi sehingga ke bawah. Tapi HB bising- bising tak bagi.

Dia kata "Tak payahlah..turun memanglah senang. nanti nak naik kata tak larat jangan harap dear nak tolong yer. " Huh. Tambahan pula dia sakit perut. Potong sungguh. Jadi kami naik la keatas sebab HB nak menggunakan bank disitu. Sian HB nak naik pun tak mampu sebab sakit perut. Dah la kena panjat beribu anak tangga. 


Masa HB melabur tu, Bella jejalan la disekitar Si Piso - Piso ni. Banyak juga barang yang dijual. Tapi, kebanyakkannya sama saja dengan yang dijual sekitar Medan. Maknanya tidak lah ada yang istimewa yang terjual diatas ini saja. Jadi Bella tengok gitew 2x sajalah. Sebab tidak target nak shopping lagi. Nak shopping sakan di Pasar ikan saja. 


Masa HB melabur tu, punyalah lama. Tetiba awan hitam datang. Seriously amat - amat menakutkan.Maknanya  Bella memang duduk atas bukit yang tinggi!! Awan hitam tu laju berarak diatas kepala Bella. Takut ya amat!! dah la HB dalam toilet. Bella menjeri2x panggil HB sebab takut. Tapi orang kat situ tenang je angkut barang jualan ke dalam kedai. Bella nak ke kereta takut sebab ada anjing. Arrrghhh takutnya!! Bella terus masuk dalam tandas lelaki paksa HB kuar. Marah dia. Biarlah.. kang apa2x terpisah jauh plak. Dah la dia dalam toilet. Dia kuar terus Bella tarik dia turun Dan kereta. Gerak balik. Sangat takut sebab di Indonesia banyak gunung berapi yang aktif. 


Alhamdullilah... kami selamat turun. Masa turun dari Si Piso Piso kereta macam lalu dalam awan. Bella sengajalah depakan tangan ke luar. Terasa amat sejuk dan tangan berair. Adakah Bella pegang awan??? waaaarrrgghhh.... bestnya. Sebelum balik supir tanya, nak makan apa?? jadi beli nak cuba Bakso originally from Medan Indonesia. Jadi, Bella pun bgtahu supir supaya singgah dikedai Bakso terbaik dimedan. Hehhee. Jadi Supir berhentilah disini. Memang sedap. Tapi, tak habis. Sebab???? 


Kami bukan saja beli Bakso. Beli satay padang juga. 


Ayam panggang yang disertakan dengan ulam. Ayam panggang ini HB mahu makan dengan nasi. Sekali Tak mampu juga nak abiskan. Bukan kecil-kecil ayam. Kerat 4 tu. Perrghhh memang pengsan nak habiskan. 


Masa tengah tunggu ayam siap dibakar, tertawan pula tengok ikan bakar. Ikan inilah yang dibela di tasik danau toba. Sedih, tak abis. Rasanya pun Bella dah lupa. Ikan ini dibakar dengan dibelah dua. Jadi, ikan ini memamg masak sepenuhnya. Banyak sangat beli makanan malam tu. Sampai kebanyakkan makanan malam tu, Bella dah lupa rasanya.Apa yang Bella ingat, ikan ini Bella cubit sikit je. Pastu ke tong sampah jawapannya. Membazir amalan syaitan betul. Jangan ikut perangai buruk Bella ini tau. Beli guna duit tau.. adus Bella.. Bella.


Tak cukup dengan itu, Bella turut beli mee goreng! tengok. Punyalah hawa nafsu. Shopping tengah lapar semua nampak sedap. Tapi, antara banyak makanan yang Bella bungkus malam tu, mee ini yang kami paling teringat tentang kesedapannya. Sedap. Ini mee goreng. Tapi mee nya lain kan? Macam keaw teow tapi keras sikit.



Ada lagi!! jangan tak tau. Nasi goreng. Ini HB punya. Ini habis. Sebab HB order satu ini je. Makanan lain semua Bella yang order. Jadi dia memang fokus makan nasi goreng dia jelah. Punyalah banyak!! nasi goreng ini. Macam satu periuk dibungkuskannya. Mana mampu nak makan semua.


Lepas dah kenyang, apa lagi yang mampu kami buat?? tidur jelah. Penat sangat. Cuma tidaklah sejauh dari Airport Medan Ke Danau Toba. Itu betul2x jauh. Ok nanti Bella sambung untuk hari terakhir di Medan.. daaa...

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari