Tuesday

Idea Supprise Birthday Party

HI korang... Hari ni bella nak bagi sikit idea untuk buat besday party. Mungkin korang ketandusan idea..and here bella give some idea la kalau nak tiru. Last time bella ada ada satu group yang memng kitaorng rapat sangat la. Pastu plak couple semua kawan2x juga. Even our workplace not in the same branch but we in one organization. Okay..then when our friend want make a surprise birthday party for her BF our GF them just invite us for make that birthday party more Fun!!. specking skit sebb tajuk in English.Hhahahahaha 
Birthday party
Then how about our member who are still single? Nobody will arrange for their birthday right? So here why friends is important...nampak la fungsi kawan di sini. We just thinking how to make our friend birthday really supprise.. Then we just arrange for food first. Bella just call membe2x yang sudi sponsor. Bella sponsor kek. Ada yang masak bihun. Bawa makanan ringan dan air-air semua. So done! food settle.
So, next places. Kat mana kita nak celebrate besday dia tanpa menganggu orang. Yela for sure mesti bising punya. Then bella kata kita buat je kat pool. Kebetulan time tu my dear duduk dekat condo. Pool pula ada tempat rehat yang agak tersorok.ok.la. Tempat pun settle. Korang boleh je buat kat mcd. Selalunya MCD ada tempat parking yang luas kan.. kat situ pun kitaorang pernah buat, tapi x leh baling tepung tau. Aritu kitaorang, abis semua kereta kat situ. Tapi kitaorang lap semua kete tu balik. Baik kan.. hhahaa.a
oOk.. macamne kita nak bagi benda tu betul2x supprise. Kadang-kadang kita dah plan baik punya pun birthday boy atau girl tu mesti dapat rasakan..betul x?So korang jangan buat time besday dia. Buat lewat atau awal. Normally lewat la kan.. Kitaorang seorang pun x wish besday dia. Padahal dia baik sangat..selalu sponsor cake untuk sape2x punya besday. Dia sedih sangat. Siap ngadu nape semua orang senyap je? X tau ke besday aku bila? at least wish la.. kan.. kita kawan..
birthday present
Bella pun kata...ye ke? eeee x patut betul kan dorang tu. Then bella pun kata aku pun x wish lagi wei..happy birthday tau. Bella ngan my dear time tu tahan je gelak. Hari yang kitaorang nak celebrate birthday dia tu kitaorang cakap la ngan dia. Malam ni kita mandi swimming pool tau. Dia kata malas la.. My dear kata jom la..jap je.Dia kata tengok la. Kitaorang dalam hati kata..mampus kalau dia x datg. Dia pun busy gak. Kalau korang pun kena make sure la orang yang kita nak celebrate tu free yer.Lagipun kawan rumah dia ada untuk pantau.Dorg akan gerak sekali. Then kitaorang stand by je kat pool tu.
Dia datang ngan muka sedey je.. Ye la kitaorng celebrate lewat giler. Dia ingat kitaorang lupa la tu. Time dia datang tu, Kawan-kawan lain semua menyorok. Plan kitaorang akan baling tepung dulu. Yela..kalau potong kek dulu x berapa nak supprise. Kan pool tu licin.. kang pergi kat dia bawa kek tu terjatuh masak..Then semua dah ambik tempat memasing. Pool dengan tempat rehat tu seberang tau. Kira jauh gak la. Kitaorang cakp jom la tukar baju kat tepi semak tu..toilet rosak la. Dia kata ye ke? Betul. Then tetiba dia kata..eh..tadi aku nampak fakhri la. Hahaha... kawan bella tu time nyorok tu terjatuh.
Bella kata eh xda la..dia kata..iye..aku nampak. Dah la jom la g tukar baju. Sekali dia masuk kat kawasan tu semua dah kepong dia. Memang x dapat lari. Gegila dia terkejut. Hahahhaa... Kitaorang x kena pun. Dia kena sorang je. Kelakar abis. Dia kata betul la tadi aku nampak fakhri!! aku tanya dia, dia kata nak kuar ngan membe. Hampeh la.Hahaha.. Yela xkan nak bagitahu. Abisla x supprise.

Lepas je abis potong cake dan makan-makan2x sape yang kena tepun semua terus terjun pool mandi. Settle. Xda la pening sangat nak jalan balik rumah malu ataupun kereta kotor. Hahhaah.Anyway our birthday party ending with success. Korang boleh la ambik idea ni. Kalau x best x yah ambik k. hehehe..Ok..salam jumpa lagi.

Happy birthday dari bella untuk yang birthday ari ini. Bye2x..

Saturday

Pengalaman Pertama Memandu Go-Kart

Holla... assalamamualaikummm..... ha.. panjang arini bagi salam. Ahaks.

Ok..arini nak cite sal pengalaman bella menaiki Go Kart kali pertama. Korang rasa best sangat ker?
go kart

Bella kebetulan..diberi peluang menyertai pertandingan Go-Kart. Aduihai.... terpaksa sebenarnya. My dear bella nak join sangat pertandingan ni. Dalam satu group mesti ada perempuan,then bella join la. Kami satu group bayar murah je yang lain2x ditanggung company.Korang pun boleh main di litar Shah Alam.Korang click kat sini http://www.citykarting.com/#!package/c91a korang boleh la try main. Paling murah rm40 untuk 10minute. Ok la.
Tengok kakak kat pic ni..time selekoh je..badan di pun turun senget. Pemenang ni. Teror gile kot. hehehee..Jangan x tau..timer perempuan byk yang kalahkan lelaki. Hebat la dorang.
go cart
oOk... bella cerita time memula nak main go kart ni atau nak lawan go kart ni kita pergilah kat tempat permulaan go kart ni. Langkah-langkah keselamatan perlula di ambil. Korang perlula pakai penutup kepala macam serkup tu dan helmet. Kalau korang ada sarung tangan lagi la bagus. Bagi yang bertudung sila masukkan tudung kedalam baju. Dorang akan bgtau semua tu dan kita tinggal pilih go kart mana yang kita nak bawak.
1st time go kart
Then akan ada satu leader yang akan bawa kita round2x. Tengok mamat tu..ingat duk depan sekali menang la tu..hahaha.Ni time ni test dulu.. kenal litar dulu. Pusing sekali slow2x.Ni permulaan la untuk berlumba di litar Go kart ni.
go kart
Pastu dia akan lepaskan kita.. Apa lagi..pecut la.Nampak tak my dear bella senyum and sengih tu? sebab time ni dia depan sekali. Ingat dia menang la tu..Memangla orang dah pusing dua round dia baru seround. Jadi depan sekali la.. Hhahaa. Tapi yang dah dua round pun x tentu lagi boleh menang, sebab macam-macam boleh berlaku time ni.

Alamakkk!!! my dear terbabas..hahahaa..then dah jadi no last. Berpusing-pusing kot. Takut tengok. Then stuck kat situ x leh gerak. Kena orang tolong angkat. Sian.. kalah la jawabnya. Balik awal la. Ingatkan my dear no last,tengok keputusan owh..not bad.Dapat no4. Fuyooo... tapi final sampai no 3 je. Its ok.xda rezeki dear.
Ok this time...my time untuk berlumba!!! go baby!! go! hahahaha.. tengok semua orang tewas ngan bella. Semua kat belakang. hahhaha. time nak start ni Ya ALLAH... hanya tuhan je yang tahu betapa takutnya bella. Banyak accident boleh berlaku  tau. Lagi pulak this is my first time experience drive go kart ala2x pelumba litar ni. Time bawak ni rasa bergegar satu badan. Gegeran tu sampai rasa kat otak!! sambil berlumba tu bella cakap aaaaaaaAAAaaaa suara yang keluar tu macam ckp depan kipas. hhehehe.
Hello2x roger2x juara nak masuk.. Bagi red carpet. hehehe. Jangan la special sangat, biasa-biasa dah la..malu i. Tengok betapa seriuosnya muka pelumba no1 harapan bangsa ni. Hhaha. Time ni dah nak abis yer.. Nak tengok aksi2x hebat bella time berlumba? Bawah ni bella closed out ok?
accident main go kart
Bella adalah pelumba yang bawa paling slow!! dahla tu..try nak laju sikit kena langgar dan berpusing ke wrong way! OMG!!!! malunya. Betul2x depan penonton plak tu. Pastu nak pusing x tau...bella terus ke depan. Makin dekat dengan penonton plak tu. Hhahaha. Dengar penonton menjerit salah jalan!! salah jalan!! sambil gelak. Hahhahaa. Bella pun time ni gabra. Rasa nak kuar je dari Go Kart tu lari balik. Malu...
go kart
Then baru dapt berpusing,tapi time pusing tu x perasan ada pelumba lain tengah pecut. Nasib tak berlaku accident sekali lagi. Banyak kali bella Accident. Melekat ngan pelumba lain la.Cuma xda kecederaan berlaku. Masa dah tamat tu my dear tanya. Nape x bawak je lelaju? Takut terbalik ke? Kereta tu rosak la..bergegar sampai ke otak. Tak nak la. Time ni banyak round tau. Round kedua pun sama. Bella x lumba pun. Bella bersiar-siar je. hahaha.
Macam ni la duduknya. Then kali kedua bella join go cart championship ni.. Dah hebat sikit la. Laju dan xda accident apa pun berlaku. Tapi bella dah tekad. Kalau bella lumba first round ni, bella dapat no last lagi bella x mau join yang second round. Sekali betul2x dapat no last lagi :( yela lumba dengan pelumba yang hebat2x yang tahun pertama punya. Sampai DJ tu kata..wow... sangat lancar dan hebat tanpa ada sekali pun berlaku accident, pengalaman mengajar mereka nampak nya.. haaa tengok  hebat2x kan semua??
Korang cubala.. main. Kalau korang nak datang tengok je pun boleh. Petang2x ramai kot dak2x lepak2x kat sini sambil tengok orang main go kart ni. Berhampiran dengan stadium shah alam. Macam-macam aktiviti korang boleh buat. Happening.

Ok setakat ni dulu bella share sal pengalaman bella. Anything tinggal je kat comment k.. bye2x.



Friday

Pengalaman Tergolek Di Bukit Broga

Salam...arrgghhhh malasnya pagi ni nak update entry..hahaha.. sebab aritu gigih sangat update pasal pergi krabi pastu rasa mata dah penat nak mengadap notebook ni.. xpela...kalau x hadap nak buat apa lagi time cuti2x ni.Ada baby leh la gomel2x... hehehe.. Hari ni nak share mengenai Pengalaman Tergolek Di Bukit Broga. Tujuaannya bukan nak take awesome picture pun saja nak try hiking. Tak pernah hiking sebelum ni. Tapi ni just bukit bukan gunung,belasah je la.
Sesudah subuh kami dah bergerak ke Bukit Broga. Sape tak tau bukit broga kat mana? Dekat semenyih yer.. ia terletak berhampiran dengan pekan Broga dan kira kira 50km dari Kl dan 33km dari Seremban. Kalau dari KL atau dari Mines Wonderland, just follow jer signboard ke Semenyih, kemuadian kat pekan Semenyih ada signboard menunjukkan ke arah Bukit Broga, senang sekali nak pergi sini...kemudian korang akan melepasi kampus Nothingham University dan tak jauh dari situ korang akan nampak Taman Rekriasi Arnab sebelah kanan, dan di depannya (bertentangan dengan taman rekreasi arnab tu) ada kebun sawit yang di jadikan tempat parking...so kiranya korang dah samapai ke kaki Bukit Broga...hehehe...parking jer kereta kat situ, dan bayar RM2.
Dimana bukit broga
Masa on the way ni HB tengah pecut kitaorang terasa macam langgar sesuatu.Then HB tengok kat belakang kata "eh,kita langgar ular sawa la..besar!!" memang time langgar tu rasa macam naik bumper tapi sebelah tayar je la. Kitaorang bawa 2 buah kereta.Means that my cousin yang langgar ular tu dulu.Then kitaorang patah balik tengok betul ke ada kitaorang dah langgar ular. Bella x tgok betul2x hanya samar2x je la nampak warna ular tu ke oren.. mungkin kena lampu kereta. Gelap kan.. tp yang dak2x laki semua tengok kata besar la.. besar woo..time dah meremang kot satu badan. Takut...
Broga
Its ok la kan.. nak buat macam ne der..bukan kami sengaja. Kami pun teruskan perjalanan. Dengan kuasa ALLAH kami sesat ok.. X jumpa jalan. Pusing2x ntah kemana-mana. Padahal dah dekat. Macam x masuk akal, tp tu terjadi kat kami. Dengan kuasa ALLAH juga, kami terjumpa juga masuk ke Bukit Broga ni secara x sengaja. Masa kami tengah melilau tu. HB kata.."eh bukan jalan ni dari tadi kita lalu ke? pesal td x nampak kereta yang parking bebanyak ni???" :ne ada kita lalu la...kita ikut jalan lain" saja la nak sedapkan hati baru nak enjoy hiking neh.
bukit broga
Masa kami nak gerak tu, kumpul la kat depan kedai auntie jual air ni..sebab haruslah bawak bekal air. Penat kot memanjat tu nanti. Then kitaorang bising-bising la membebel2x macam ne leh sesat suma. Then biarla dorang nak borak..baik bella g beli air jap. Then auntie tu ask me.."Pasai pa lengloi? tadi tarak jumpa jalan mali sini ka?" Bella kata haah.. "sesat." "Tu pasai aa..ni ari ada itu semayang panggil hantu..mungkin tu hantu kacau sama kamu. mesti punya. Nasib kamu sampai sini ok ya.". bella sengih je. Sambil blah.. Patutla..hantu kacau rupanya.hahahaha.1000 satu kemungkinan la. Benda2x tu kan memang wujud.
Korang yang nak kesini mestila pakai baju yang selesa.Pakai kasut. Tengok kawan-kawan bella tu, pakai sweater bagai.. memula memang la sejuk. Pastu..haaa..tau la. Bella pakai je jersey yang x serap peluh tu sebab time bella ala2x jungle trekking masuk dalam GUA NIAH tu..basah baju xpe..ni basah ketiak..hmmm malu...xnak..xnak.. then guna t shirt ni senang. Tak serap peluh..mengalir je bawah baju.hehehe..Jangan lupa bawa air.
Kalau korang gerak pagi..gelap lagi kekonon nak tengah matahari naik,sila bawa torchlight. Time ni kitaorang semua tak bawa. Nasib BFF Bella si mimi tu bawa. Tu dia kena duduk belakang jadi penyuluh jalan. Bahaya ye korang.. boleh masuk juram ni kalau x hati2x. Walaupun ada tali..tetap bahaya. Sape yang ala2x diva tu x leh g sini. G shopping mall je.
Time kitaorang pergi tu memang ramai n penuh sangat dengan orang. Memang penuh. Ada satu time tu sampai berselisih. Kitaorang baru nak naik ada plak yang dah nak turun. Pelik. Pemandangan apakah yang dorang dah lihat? Suasana bulan penuh ke? Ntah la.
Korang..malu la..budak2x dari negara luar pun datang sini. Time ni gak la penuh dengan pelajar-pelajar MMU. Rasanya kitaorang naik dulu dorang boleh kejar tu dari belakang. Yela kaki dorang kan panjang...dari bawah dengar bunyi zas..zas...zas.. dorang berlari meredah semak samun tu.. semangat habis. Tiap2x 10 min menjerit MMU!!! MMU!!! adus... memekak je. Baru nak hayati alam...
Ni check point yang pertama yang kitaorang rehat lama sikit la. Sebab dah nak sampai atas. Nampak berpusu-pusu orang kat situ nak naik. Then tunggu jap la. Penat sangat ok..
BUKIT BROGA
Tengok bawah tu..curam. Nak naik kena hati2x. Kalau kasut licin mengelongsor balik turun bawah. Tapi ok je kalau dah biasa.. Kalau kaki hiking gelak je naik broga hill ni.
Kitaorang dah sampai di Atas bukit yang pertama. Cantik kan awannya.. Nampak berwarna-warni gitew..Sebenarnya ada 3 bukit tau.Bella ajak la HB ke sana. Dia kata x yah la.. Bella saya la nak uji ketahanan. Kalau ok nak g panjat gunung kinabalu. Membe2x bella semua gelak. Pehal?? xleh ke?? Dorang kata.. Baru lepas naik broga dah berlagak nak naik gunung kinabalu.. Bella boleh la.

Cantik kan?? hai bulan.. masih mahu menemani kami lagi..time ni Kami semua sedang duduk berehat2x menunggu matahari terbit. Awesome sangat suasana time tu.
Dan akhirnya...kelima-lima kami dapat berkumpul bersama. Sebab dari tadi kami tunggu 2 lagi ahli group kami ni x sampai2x. Penat betul dorang. hehehe. Time ni matahari nak menyinar tapi tak muncul lagi.
Tengok kat belakang bella tu..tula bukit yang kedua. Macam semut je orang kan? Teringin pergi sana. Tapi xda sape nak teman then x gi la jawabnya..
Matahari dan menunjukkan kuasanya..Semua yang duduk bangun capai kamera memasing. Mengabadikan kecantikkan alam..
Dari atas nampak kecil je semua. Bella camera je canggih tapi tangkap gambar hemtam kormo je. Hahahha..still berkabus.Then kitaorang bergerak turun la sebelum panas terik.
Bye2x bukit broga..kenyamannanmu dan kepenatan mendakimu takkan kami lupakan..jom turun!!
Time nak turun ni, mula2x je susah teruk. Curam kan.. Bella x abis2x jerit arrghhh!! arggghhh!! kuat plak tu budak2x atas bella tu tanya..ok ke kak? ok ke? HB  kat sebelah kanan dengan cousin lg seorang. Seorang lagi sebelah kiri. Time ni Kita orang berpecah. HB kata pergi guna tali. HB time ni dah kat bawah tunggu. Hmmm hampeh je. Tangan pun sakit pegang tali tu. Goyang2x sebab semua orang pun nak pegang.
Bella memang takut time nak turun. Takut mengelungsur. Membe bella kat sebelah kiri tu tak pegang tadi pun tetiba budak belakang bella kata haaahhaaa ada budak nak jatuh!! bella ngan mimi kawan bella terus stop. Keadaan time tu seolah-olah berhenti seketika,semua mata memandang kat kawan bella tu..bella pun cakap cakap kat mimi..wei..ok ke dia tu? Sebab memula nampak dia macam berlari turun dan cuba mengimbangi badan...pastu tergolek- golek dan terus masuk semak!! Ya ALLAH kalau dalam semak tu ada batu macam ne? Pastu nampak dia bangun berdiri dan mencekak pinggang wat macho macam xda pe2x. Then semua kembali kepada asal bergerak turun.Hehehe....
Lepas je turun curunan tu..sampai kat dia bella tanya "ko ok ke?" "eh..ok..takda hal.Korang pasal lambat sangat turun??cerdas la cikit..." "adui..orang risau boleh plak dia buat lawak.." Sepanjang turun tu kitaorang gelak sakan kat dia. Bahan habisan2x sampai x terasa langsung kesusahan turun tu. Hahahaha. Kelakar habis kenangan naik bukit broga ni. Tahu2x dah sampai bawah. Jumpa orang menjual kat sini.
Macam-macam dorang jual. Mungkin sesampai tadi kurang jelas sebab gelap. Hiking stick pun ada? Membantu ke nak hiking ni?
Dah la jom balik bawak 1000 kenangan. Time naik ni turunla 1kg balik singgah makan roti canai.. nasi lemak teh tarik naik 5kg.Hhahahaha.. Apa-apa pun jangan la anggap bukit broga ni x bahaya sebab semua orang dah dapat naikkan..Ada yang mati ye kena hempap batu kat atas tu..Jadi keselamatan first. k la.Setakat ni dulu perkongsiaan bella.. Nanti jumpa di lain masa...

tadaaaa... bye2x..

Thursday

Berseronok di Air Terjun Chamang

Salam...semua. Hujan ari ni sangat mendamaikan. Hari ni saya isabella idura nak ceritakan satu tempat yang sangat menarik di Pahang iaitu air terjun chamang yang terdapat di Bentong. Korang pergi pergi tak? Have fun giler... Masuk free je. Tinggal sediakan duit makan, minyak dan tol. Apa lagi? Jom..bercuti.

Pepagi dah dah bergerak. Sebenarnya aritu dura demam, tapi tak teruk sangat la. Macam hujung2x la dah nak baik. Then dura bagitahu kawan-kawan semua dura x dapat join. My dear dura pulak serba salah la nak pergi tanpa dura. Kitaorang xda la rancang sangat malam tu tanya sape leh join then terus pergi. My dear pujuk2x la. Kata jom la kawan2x semua x mau pergi kalau dura x g. Then makan panadol gerak la pergi demi kawan-kawan. Kalau korang terbaca kena hargai ni.hehehee.

AIR TERJUN CHAMANG ni terletak di bentong pahang. Dari KL xda la jauh mana. Rasa dekat je. Happy kot. hahhaa. Kalau tak silap selepas hospital Bentong dalam 500m ada simpang untuk masuk ke Chamang. Dari simpang itu perjalanan melalui jalan menaik & jalan yang kecil sepanjang 7/8km lagi barulah bertemu dengan air terjun Chamang ni.




AIR TERJUN CHAMANG ni memang sesuai sangat untuk beriadah bersama kawan-kawan dan keluarga. Buat kanak-kanak yang tak tau berenang tu x digalakkan sangat tau.Silalah mandi tepi2x je, sebab tempat ni terkenal dengan air pusar yang ada dibawahnya. Sangat bahaya.Time bella datang nagn kawan-kawan, kitaorang stop kat kfc sebagai bekal. Almaklumla xda sape sudi nak masak. heheehe. Korang pun bawa la sedikit makanan dan minuman sebab ada beberapa gerai yang menjual makanan, tapi agak mahal la jika nak dibandingkan dengan harga biasa.
Banyak je tempat rehat dan wakaf yang disediakan & sesuai jika hendak melakukan aktiviti bbq, tapi peralatan kena bawala sendiri. Alhamdulillah time kitaorang pergi tu tak hujan dan cuaca sangat!!baik. Kitaorang pun terus menukar baju untuk mandi. Disediakan toilet untuk tukar baju.Kena bayar. Ok la janji xda najis. Kebanyakkan tempat macam ni, toiletnya...nauzubillah!!! boleh buat x selera makan seminggu.Jijik. hish.Tolong yer semua.. dura minta tolong sangat2x jangan pentingkan diri sendiri, sila jaga kebersihan tandas awam.
Berseronok di air terjun chamang
Maklumla mandi reramai..happy bebenor la budak2x ni mandi. Dura selalu gak datang sini.Tapi bukan hari2x la. My dear dura suka sangat mandi kat sini sebab airnya dalam dan best. Kalau korang nak kesini jangan pergi lepas hujan. Airnya akan jadi terlalu keruh dan menakutkan. Musim hujan tu x yah g la. Korang pergi time musim panas. Time tu memang sangat best ok.. Sangat sejuk sampai ke tulang. Bella suka mandi air sungai sebab x pedih mata macam air laut. hahaha.
Tengok dorang tu sampai berpeluk sesama sendiri sebab terlalu sejuk.hahaha. Time ni memang dorang mandi gegila la. Gegurl semua duduk je atas batu. Kitaorang duduk atas batu yang ditemani air terjun di belakang. Dari tepi sungai kita kena menyeberangi air sungai ni untuk ke atas batu. Dura takut sangat-sangat nak ke tengah sungai tu, tapi kawan-kawan dan my dear dura pegang untuk ke tengah. Lepas sorang-sorang pergi naik atas dan yang lain-lain tunggu di bawah.
Dijadikan cerita kawan dura yang berbadan kecil.. seberang dengan kawan dura perempuan yang agak tinggi la. Macam romantis je kan.. tapi x rapat2x tau..berlapik lagi.Pegang bahu. Kami semua buat duduk diatas batu la merehatkan badan. Tetiba orang sekeliling menjerit ke arah kami. Kawan kami di bawa pusar air!! Kawan-kawan dura yang lelaki semua terjun dari batu nak selamatkan dia. Dia dah tenggelam timbul dah. Nasib baik air yang deras bawa dia ke arah group lelaki lain dan dorang selamatkan dia.
Kejadiaan tu berlaku terlalu pantas!! dura terus dapat bayangkan kenapa kalau ada yang lemas depan mata tapi orang sekeliling xdapat nak selamatkan.. Sebab benda tu semua x terjangka dan sangat pantas. Tempat yng kitaorang lalu tu my dear dura dah survey dan kata ok yang tak tau berenang ikut sini sebab kat sini ada laluan yang cetek,still jejak tanah. Then bila dia dah naik atas batu kitaorang semua tanya dia..ko ok tak? nape lepaskan tangan tadi? sepatutnya pegang je. Alhamdulillah..umur masih panjang.
Dia cakap memula ok je..tetiba aku terpijak kawasan dalam dan gabra. Time tu arus dah bawa aku. Xpe2x aku ok. Hmm Lega. Dura nampak dari atas yang kawan dura tu bersungguh2x cuba berenang. Pic ni la kawasan berbatu yang awesome tu. Best giler.. boleh baring sambil rasa percikkan air ke muka korang. Betul. Korang kena hati2x kalau x tau berenang minta la bantuan yang tau berenang ok...Nyaris tadi.Sangat mencemaskan..
Penat mandi lapar la plak. Korang bawa la makanan banyak2x mesti abis punya. Semua makanan akan jadi sedap. Suasana tu akan buat korang rasa lapar dan semua makanan rasa enak sangat.Berebut-rebut plak tu kan..kitaorang siap x cukup la. Balik tu singgah pasar makan. hehheehe.
mandi di sungai
Korang semua memang terbaik. Langsung tak rugi mengenali korang. Happy sangat2 dulu ngan korang. Masa dan keadaan menjarakkan kita..Sob:'(  khas untuk bff dura.Kalau dorang terbaca la. Korang tetap di hati dan ingatan. Kita dekat tapi jauh. Memang happy sangat2x time ni. Pas makan kitaorang just pose untuk tangkap gambar je la. Dorang semua dah terlalu sejuk nak mandi. Dura je rasa nak mandi lagi. hahaha.

Gaya pe2x ntah korang buat. Kalau korang nak berkhemah pun boleh. Best gak. Malam ni, mesti lagi sejuk. Boleh juga memancing. Chalet pun banyak.
The best air terjun
Sungai biasanya ramai budak2x remaja yang pergi bermandi mandakan.. sebab air sungai kadang2x deras, kadang2x ada pusar pastu banyak batu tajam. Tulah family lebih prefer ke pantai sebab laut luas pastu leh je pakai life jacket xkan tenggelam. Nasihat dura untuk family yang nak datang sini, boleh je. Tunjuk la kat anak-anak sungai tu macam ne.. laut tu macam ne.. kan pengalaman pelajaran terbaik. Mandi je kat tempat yang cetak. Tempat yang kitaorang ambik pic ni cetak. Tempat batu besar tu je paling dalam kat sini.Lain-lain kawasan sungai ok. Langsung x dalam.
Dah la..jom la kita balik. Sebelum balik silala kemas tempat kita makan. Kemas dan buangla sampah kedalam tong sampah. Sekali lagi bella minta tolong jagalah kebersihan sungai kita. Janganlah bagi jadi tempat sarang tikus. Sekarang ni sungai pun dah jadi bahaya sebab tercemar dengan kencing tikus. Korang happy ke kalau semua sungai jadi macam tu? Tak kan.. jadi tolongla jaga kebersihan sungai kita sayang2x semua.
Air terjun

Jom pulang!!!..dengan seribu satu kenangan yang tak dapt dibeli dimana-mana. Love u all. Korang pun cuba la pergi. Syokkk giler. Tapi keselamatan diri, kawan-kawan, anak-anak dan semua2x kena jaga. Time nak balik tu ada penduduk yang sedang memancing kat situ tegur kami. Kawan tu ok?ok je. Kitaorang cakap. Sebenarnya jangan mandi kat kawasan tu. Bahaya. Tiap-tiap tahun ada kematian. Sebenarnya memang kami tahu, sebab ada signboard punyala besar tanda tiap-tiap tahun berapa kematiaan kat sini. Faham..tapi jodoh, pertemuaan, hidup dan mati kan ditangan tuhan..kita hambanya kena teruskan kehidupan.
AIR TERJUN CHAMANG BENTONG
Dura bukan nak takutkan korang. Tengah review dan promote ni sebab air terjun ni the best yang terdekat dengan KL. Korang pergi je. Takkan rugi melihat ciptaan ALLAH dan membuktikan kewujudanNYA. Sambil mandi hayatilah..alam. Memang sangat awesome dan xda ucapan yang boleh mengambarkan suasana disini hanyalah..SUBAHANAALLAH.. diluar jangkaan dan akal. Air terjun sangat dekat ngan kita. OK.. macam merepek pulak.

Salam sayang dari Saya Isabella Idura... have fun k.. Hidup mesti dan kena diteruskan..!! chaiyokk!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari