Thursday

Bercuti di Kuching Sarawak

Hollaaaaa..... As salam semua...
hari ni bella cari mood nak menulis eh menaip. Lama tak menaip sebab selalu sangat x sihat..:(
xpelaaa penghapus dosa. Alhamdullilah...

Berbalik pada cerita yang bella nak share...mengenai percutian bella ke Kuching Sarawak yang sebenarnya 2 dalam 1. Bella pergi ke majlis konvokesyen apalagi ambik cuti extra pergi jejalan la..ahaks..Syok.... Bella pergi ke sana bersama2x dengan family My Dear bella. Dorang dah beli tiket dulu dan ada yang baru je beli rasa nak join terus beli. Bella???? Tunggu promo kalau xda promo x pergi la jawabnya...kalau tak mahal ok???

Atas tu owner sebenar baju ni..ahaks..
Nak dijadikan cerita,mungkin rezeki sepupu kami yang dipanggil kak cik adalah promo..kiranya pergi balik untuk dua orang dalam 4rat. Ok la dari 1k xda promo. huhhuhhu.. perbezaannya kami pergi lewat sehari. Jadi keburukannya kami x sempat ke pekan serikin...sedih gak la. Sebenarnya sempat tp My dear penat dan say x yah g la.. :'( xpelah. Nak buat macam ne..

Hari konvokesyen yang happy!!
Esoknya full day menemani kak cik ambik pic semua. Yela..pasni ntah bila pulak dia akan ke Kuching lagi kan..Paling menarik performance dorang nyanyi lagu Sarawak aku anak kampung dalam pelbagai bahasa. Dah la hencem suara mantop sedap plak tu. Cair mak dengar..hahahaha..

Pengorbanan nak tengok orang hutan punya pasal
 Lepas settle melayankan sepupu sedara mara semua menangkap pic yang berbagai2x gaya..kami meneruskan perjalanan ke Semenggoh untuk melihat orang utan. Ingat senang ke??? Memula2x kami sampai terawal plak. Kena la duk termenung dulu tunggu dalam hutan tu nak tunggu orang hutan tu datang. Then orang tu kata ok kumpul..dia bagi la taklimat sikit kata orang utan ni kuat,jangan ambik risiko. Kalau dia datang dekat jalan terbaik adalah lari!!!! Then dia pun letak bebanyak pisang kat situ then panggil. Ada cara panggil tersendiri tau. Lama sanaggggggTTTT!! dekat 2jam dia tak datang.

Inilah Orang utan tu..seram tau tgok muka dia..
Kami pun bergerak pulang. Mungkin bukan rezeki untuk tgok orang utan live. Dalam perjalanan pulang ke van kami dengar bunyi dahan patah yang sangat kuat. Then dengar orang ramai menjerit tengok ke atas. Rupanya dorang baru on the way nak ke tempat kami berkumpul tu. SLOWnyaaaa ko orang utan...kami dah nak balik la. Kami semua berhenti dan keluar dari van dan nak dijadikan cerita orang utan tu lalu dekat van kitaorang. Memang dekat sangat2x kot. Besar dan sangggat berbulu. Memang x leh lupa kenangan tu.Ahaks..

Berjalan-jalan di water front..
Pastu kami jejalan kat waterfront sebab separuh dari keluarga kami akan pulang esoknya. Jadi dorang nak memboronglah kek lapis dan ikan terubok masin. Kami balik lambat lagi jadi jadi peneman sahaja la. Gegila la dorang borong sampai bella jadi sangat la tak larat.Kami pulang dan esoknya kami hantar dorang pulang.sedeynya.. Kami tukar van kepada kereta. Mahal gak la.Okla.. dari x da.

Shopping time!
Kami meneruskan perjalanan menyulusuri sungai sarawak. Tgok barang2 sarawak yang unik tapi xda apa yang berkenan nak beli. Beli la gelang manik2x untuk adik. Ingat nak naik sarawak river cruise tapi time tu kitaorang berdua je yang berminat nak naik jadi tak naik la. Segan plak. Hahhahaa..Jejalan rasa lapar la plak kan jadi bella ajak la My Dear makan kat tempat seafood yang paling terkenal tu.

Ni je yang sempat snap..heheehe yummy!!
Kami makan di TopSpot yang terletak di parking lot. Banyak kami order,tapi ini je sempat bella snap. Hhahaha. Memang sedap. Lagi2 sayur midin tu. Yumnmy.. rasa nakkkk repeat sangat2x. Nak jejalan lagi bandar dah xda pe2x. Pe lagi balik tido je la.

Muzium Kucing
Bangun pepagi terus menuju ke muzium kucing. My dear kata, eeee takut kucing tapi nak g muzium kucing? Biarlah.. hahaha..dah namanya pun ke kuching sarawak kan...tak kan nak sia2x kan. Hahhaha... sape yang suka menghayati kesenian pasti suka kan muzium ni. Muzium biasa la kan... bella rasa nak kuar cecepat je... bella takut kucing la.

Muzium or Zoo BUAYA
Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Buaya. Semasa nak masuk ke kawasan ini kiri dan kanan adalah lembah yer..macam kawasan yang di penuhi lalang dan sedikit berair..itu dipanggil lembah ke?huhuhuhu dengan jalan tak berturap dan sangat adventure. Serius x tipu. Bella terbayang2x je sekali tak yah masuk zoo buaya tu lagi buaya ada tunggu tengah jalan. Eueuueue seramnya. Masuk ke dalam biasa je.. ada binatang kecik2x dalam sangkar. Ada buaya kuning, buaya putih, muncung panjang dan macam2x lagi.Ayam pun ada. ahakss.

Buaya dimana-mana
Kami meneroka jauh lagi kedalam.. daripada jalan berturap sampailah ke jalan tanah kuning saja. Kawasannya sangat besar dan kami x jumpa seorang penjaga zoo pun. Bella dan seram sejuk dah sebab makin ke dalam semakin menyeramkan... My dear bella asyik kata dah la tu.Bella tetap nak teruskan perjalanan sebab orang tua2x kata x elok patah balik. Jalan darat dah abis. Kena naik titi plak. Titi kayu yang memang rasanya sekali libas je dah roboh dan dengan bawahnya dipenuhi BUAYA!!!! bila buaya tu terasa kehadiran kami buaya tu menyorok dalam lumpur,sampai kami pun x sedar dalam tu ada buaya. Nauzubillah...kalau jatuh tu macam mana.

Masalahnya kawasan tu takda plak kata no entry ke, untuk pekerja saja ke, maknanya boleh masuk tgok la kan.. tapi nape bahaya sangat?? buaya plak punyalah banyak dan besar2x. Ada beberapa titi yang dibina untuk kita melintasi ladang buaya ni. Bella tak berani ambik gambar. Takut buaya ni terkejut. Serang bella. Lepas saja kami keluar dari kawasan titi reput tu, kami terus ke ladang buaya yang lain. My dear bella duduk sangat rapat ngan sangkarnya. Bella dah kata jauh2x sebab buaya kan serang secara senyap.

My dear bella kata, arrghhhh!! xda apa la. Mata tgok ke depan. Tak sedar ada seekor buaya yang menunggu senyap kat bawah. Betul2x bawah kaki my dear bella. Terkejut sampai melompat my dear bella. Tau takut.Besar giler plak tu. Pagarnya plak jenis pagar budak sekolah boleh panjat tu. BHAYAA giler. Rasanya tolak pun boleh roboh. Seramnya zoo ni. Pic kat atas ada pic buaya tunggu tepi pagar. Tersangat dekat. Rasanya tak leh bawak budak2x datang sini. Should go this place la. Memang boleh tgok buaya secara sangat dekat dan adventure sangat.

Taman yang cantik
Kami meneruskan perjalanan menuju ke taman yang cantik senibinanya seolah-olah di negara china. Cantik sangat. Terubat rindu nak g beijing.huhuhuhu... Ramai orang kat taman ni bagi makan ikan kat dalan kolam tu,seronok tgok. Cuma macam pelik la kenapa nak dibina patung yang besar tu..hmm macam tak sesuai bg sebuah negeri islam..

Yummy!! betul2x sedap
Jejalan rasa lapar la plak kan..sebenarnya dari siang tadi dah usha kedai ni. Katanya mmg popular dan sedap. Kami makan la kedai ni. Memang sedap dan kebabomm!! la. Ayam bakarnya. Semua sedap. Sambalnya meletup2x sedap dalam mulut. Bella kalau pergi mana2x memang akan utamakan makanan yang nak dirasa. Yela mungkin tu je kita ke sana. Sebab banyak lagi tempat kita nak pergi.

Menyeberangi sungai7
Lepas makan bella tengok jam masih awal lagi. Esok dah nak balik. Then bella kata dengan My dear jom la kita pergi seberang beli kek lapis sebab esok dah nak balik. My cousin dah x larat. Dia kata dia nak naik hotel tido. Bella pun pergilah dengan my dear happening sikit la ada orang jual cenderahati. Bella pergi ke dayang salhah  dan Mira cake house central. Ramai yang kata dayang salhah the best tp sebenarnya Mira cake house murah lagi. Korang pergi je rasa semua. Ikut tekak. Tapi memang yummy la. Yummm,yumm..
Pakcik ni owner ikan terubuk masin ni..sangat baik
Bangun pagi hantar cousin sebab flight dia awal. Flight kami ptg. Bella mmg macam tu. Bella akan pergi awal dan balik guna flight paling akhir. Maksimumkan masa yang ada. hahahhaa.. Bella kena cari benda terakhir yang patut di bawak balik adalah ikan terubuk masin. Masuk pasar ni kotornya... dorang memanggil manggil suruh beli ikan dari dorang. Tapi bella meneruskan perjalanan kedalam sikit dan keluar dari pasar tu jumpa la pakcik ni. Baik sungguh pakcik ni. Siap bagi ikan besar percuma lagi. Nanti korang boleh la cuba kesini. Ikan nya pun fresh.

Aktiviti sebelum balik.. hehehehe
Ahaks...Sebelum fly balik semanjung bella sempat lagi pergi seberang jalan ingat teringin nak try kedai makan pondok yang dorang kata sedap sangat tu. Tapi tutup plak. Pergi seberang jalan pergi rasa air jagung je. Sapelah yang kata sedap sangt tu. Ne ada. Sedap lagi air 3 layer tu. Then kedai yang nak dituju tutup kami pergilah kedai berdekatan ngan kedai Rj ayam bakar tu. Kedai tu pun x kurang hebatnya. Bella tryla ikan gerume goreng. Tapi seram kot nak makan. Besar. My dear gelak2x sambil kata..eeee lalu ke nak makn ikan besar tu. Hangin betul bila orang eekan makanan bella. Belasah je r. Sedap pe. Then ada masa lagi kami pergi ke muzium2x berdekatan. Menarik. Nama muzium tu, Muzium Etnologi. Cubala masuk. Free je.

Bye2x kuching sarawak
Sempat lagi kitaorang round2x bandar kuching ni sampai kawasan kampung2x. Kelakarnya jalan di kuching ni sebab round board tengah2x jalan tu bapak punya besar. Macam padang bola. Kelaka sungguh.Tapi memang tabik spring kat my dear sebab ingat jalan kembali ke airport walaupun jauh tersasar ke pendalaman... Bye2x kuching. Ada jodoh dan rezeki kita ketemu lagi...

Hhahahahhha..harap tak bosan baca aktiviti di kuching sarawak ni. Pengalaman bercuti di kuching sarawak selama 5hari bella henjut semua dalam satu page je. hahhahaaa.. Saja memudahkan semua cedok ilmu dan sedikit pengalaman bella disini. Harap bermanfaat.. love u all..xoxo.

Sunday

Bercuti Ke Kelantan

Hollaaaa... Assalamualaikum... apa kabar...

Hmmm lama sangat dura tak share kat sini. Busy giler kot.Terima kasih kepada yang mengikuti blog dura ni. Bella hargai ok.. So now, dura nak share pasal percutian singkat dura ke Kelantan.. Hai orang2x kelantan..Mesti ramai orang kelantan yang baca.hehehe..kalau ada la.Ahaks.

Dura bertolak Ke Kelantan dari KL selepas pulang dari kerja. Waaa...jauh giler. Macam nelah kawan dura si lini tu tabah giler drive sesorang..kalau jammed lagi teruk. Bebaru ni time raya.. dia gerak dari KL pas balik kerja kul 4 sampai Kelantan Kul 10pg esoknya!!!. Siannyer.. n pengalaman dura.. sorry too say jalan Ke Kelantan sangat teruk dan share plak ngan lori balak yang keluar masuk. Ya ALLAH.. patutla tayar lini selalu pecah. Empat2 tayar semua pernah pecah. Tolongla betulkan jalan tu.. stop sal jalan ni takut termasuk bab politik plak.ahaks.

makanan kelantan
Seriously kedai ni sedap!!!
Then dipendekkan cerita,sampailah dura dibumi kelantan pada pukul 5.30pg. Alhamdullilah... tp time my dear drive bella x buka mata..takut lori banyak...!!!hehehe xabis2x lagi.Nyamannya... Sebelum bertolak dura sibuk la search tempat menarik kan.. macam biasa la sebelum kemana-mana dura akan buat research, dan kebanyakkannya yang dura jumpa adalah makanan. Jadi harusla cuba.

nasi, kerabu, ayam bakar
Sedapnyer!!!
Korang tengokla..betapa yummynya dan perfect nya nasi ni. Rasa nak lagi.. Nampak kedai atas penuh orang. Sure sedap. Mestila orang tempatan lagi tau dari dura kan.. walaupun xda dalam list dura nama kedai ni, kitaorang stop juga.Memang x menghampakan..terbaekkk!! yummy. Pepagi dan makan berat yer kat Kelantan ni. Nama tempat ni:-

                              KG DENDANG NASI KERABU SPECIAL AYAM KAMPUNG
NO TEL: 0111-9434269

Panjangkan nama kedai ni. Lokasi sebenar dura x ingat, sebab tido. Bangun2x eh dah sampai?? hehehe.. No fon tu pun x sure ada ke tak..tapi tepi jalan la.Dura meneruskan perjalanan ke Kampung Kraftangan. Banyak cenderahati kat sini..

Pengalaman Baru
Kampung Kraftangan ni xda la besar sangat tempatnya cuma daptla beli cenderahati untuk dibawa pulang. Sebenarnya kedatangan dura ke sini adalah lebih kepada makan di kedai restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan ini memang tidak asing lagi dan sangat la famous. Orang kelantan kalau x pernah pergi sangat la rugi.

nasi ulam kelantan
Banyak pilihan memang terbaik
Kedai ni sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid. Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan.Harga pula memang tersangat berpatutan. Keunikan kedai ini ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Rasanya tak perlu kot dura nak cite pepanjang sebab memang dah terkenal. Masuk TripAdvisor lagi. Memang terbaik. 

Dura teruskan perjalanan menuju ke Pasar Besar Siti Khadijah. Sape pergi kelantan mestila dan harusla kesini. Ia juga dikatakan sebagai simbol pelancongan untuk negeri kelantan. Kepada yang pertama kali datang ke sini dan belum pernah menjejakkan kaki ke Pasar Siti Khadijah, sangat disyorkan untuk membeli belah di pasar ini. Hanya untuk merasai suasana dan persekitaran pasar yang menjadi kebanggaan dan simbol Negeri Kelantan.

Pasar Besar Siti Khadijah
Dura skip bahagian bawah sebab xda apa nak beli n agak tak selasa la bagi bella.Barangan yang disyorkan dibeli adalah beras, pelbagai jenis keropok, serunding daging, kuih muih dan pelbagai makanan kering serta tudung. Jika menginap di Kota Bharu, dicadangkan mengunjungi pasar ini pada hari terakhir selepas check-out atau sebelum pulang. Dura bella baju tido ngan kain batik je. Ahaks. Lagi apa ntah x ingat.

Kami meneruskan perjalanan ke pantai.. ada banyak lelayang kat situ, dan juga kedai makan. Makan lagi. Hehehe..

Tepi pantai
Cuaca sangat panas. Dura nampak je laut mesti nak sentuh. Nak rasa air panas ke sejuk.. hehehe.. My dear x mau kuar takut panas. Jadi dura ngan adik dura je la round2x tgok sekeliling...layan angin. Time ni dura tunggu kakak ipar ambik kitaorang untuk tumpang tido rumah dia.. waaa jimat tu.. hehehe.

The best thing rumah kakak ipar dura dekat dengan sawah. Belakang rumah plak tu. Heavenly ada buaian siap ada pokok mempelam berbuah lagi. Silap x snap pic sekeping dua. Hehehe malu. Malamnya kami ke pasar malam kota bharu dan wakaf che yeh. Memurah..tapi limited time. X banyak sangat la jadinya kitaorang shopping.

Yeahhhh!!! shopping..
Dura pergi sini ada targetla nak beli apa kan.. Jadi takdala banyak sangat shopping. Baju tak berkenan. Seluar x mau la. Skirt x murah sangat pun. Last2x beli set sudu and garfu je. Adik la nak memacam. Sorry setakat makanan je boleh. Hehehe. Target dura nak cari handbag gred AAA haahaa..dah nak balik baru jumpa. Nak pilih pun susah. Bising My dear. Hmmm terasa nak pergi lagi.. best. Shopping ada ke gurl kata x best? huhuhu mustahil.

Best kot shopping
Best giler shopping lagi pulak ditemani abang ipar dan kakak ipar dan adik beradik mentua..dan adik semuala. Pastu abang ipar yang baik hati plak belanja, bapa mentua pun belanja mmg syok la. Adik pun dapat sama. Best kot. Kalau g dengan dorang mmg jimat. hehehe...Memang rasa nak pergi lagi untuk makan jer... sedap makan kat sana..


Ok semua.. kalau ada apa yang tertinggal sila tambah ok.. ne tahu dura nak pergi kelantan lagi leh la dura g..


Salam sayang... thanks sudi baca.


pedenaaaka


Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari