Sunday

Bercuti Di penang

Assalamualaikum.... hi semua... semoga di rahmati ALLAH hendaknya.....

Alamak.. macam tulis surat la plak. Huhuhu hari ni bella nak cite pasal Penang!! yeah.. Percutian bella ke penang yang happy. My dear bella orang kedah.. jadi memang sangat dekat la ngan penang kan.. even time belajar dulu kalau nak happening sikit harusla turun ke penang.. Mmmg happy plus duit ptptn mengalir gitewww...Pepagi kami dah gerak melalui jambatan pulau pinang...

penang

My dear  bella  tanya, nak stop jap ke ambik gambar? waaahhh macam tetahu je apa yang bermain di fikiran ni tau... Stop jap tengok keadaan atas jambatan cane kan.. pastu jalan balik.. Nak tgok ke pic bella atas jambatan? hahahaha... then teruskan perjalanan memcari hotel. Actually bella dah book hotel, tp my dear x setuju sebab jauh ngan pantai. Means dia lebih kpd town la.

hotel di penang

Actually time ni ke penang pun because My Dear besday. If you all ada follow blog bella ni memang akan dapat tau la cane bella fulfill kehendak dia time besday.. hehee.. bukan memahal pun, tp nak sangat dia happy. Dia kata x pernah orang celebrate besday dia selama ni. Tapi bg bella perlu untuk menghargai orang yg kita sayang. Setahun sekali je kot. Tapi hotel ni mahal sangat la sayang.. tak berbaloi. Rm1000.00 satu malm yang lain full. Kalau mampu pun membazir. Bella tak mau. Hotel ni mmg best tapi kalau betul2x nak rasa duduk hotel ni better beli online. Walk in sangat membazir. Room rate rendah semua dah full. Then gerak ke hotel lain la. Yg penting tepi pantai.. an...

bercuti di penang

Masuk2x.. waaaaahhh.... so white. I feel really like princess!!! Really beautiful. Actually time ni my mood dah tak ok tau. My dear bella tu, semua hotel tak ok. Cari sana sini. Seriously really waste my time. Dah la memula rancang 3hari 2mlm. Dia x mau. Nak spend bnyk masa kat mah dia. Hmm.. korang ada tak masalah macam bella. Bila duk mak mentua suami susah nak kuar mah. Asyik fikir mah dia je. Padahal dah plan awal2x dah. Gerak dah lewat dah. Hissshh geram. Opppsss.. terlebih plak. Tapi geram tau.

Tapi bila masuk je bilik ni mood bella terus berubah 90% kepada mood sangat happy. Hahhaaha. Jadi excited jap kan,.. Sape nak bella review bilik ni boleh tinggal kan comment okey? Then tempatnya pun boleh dikatakan strategic jugak la. Cuma pemandangan hutan yer.. tp that not issue. Sampai pun dah malam kan. Siap2x turun bawah... ada PASAR!! waaaah... plus g dinner sekali.


Kat pasar ni macam uptown ni sangat besar sangat kedepan2 pun ada. Bella x sure dia open dan closed kul bape. Kitaorang jejalan depan sikit je then drive. Bila drive tu tengok punya l besar pasar ni okey.. Bella dah excited sangat nak g tgok kat dalam2x tu. Tp My dear kata nanti la.. makan dulu. Alamak takda plak picture bella makan ape. Hahaha.. Time bella pergi penang ni pun bella dah list semua tempat makan yang sedap, macam2 tapi satu pun x jumpa. Sedihh!!!

Moning!!! jom kita g breakfast. Takyah susah2x cari. Memang dah sekali dalam pakej. With breakfast. Breakfast mmg terbaik dan really nice view. depannya je ada pantai. Tp x digalakkan mandi sebab ni musim obor2x datang ke pantai. Nak ambil risiko silakan.. yer..


Bermain2x dengan air sebelum check out. Hahaha...datanglah penang.. Orang luar banyak giler. Penuh hotel ni ngan Omputih.  Betul2x kat tempat kita breakfast tu ok.. best2x. Serba sedikit la kan sal hotel. Kot2x malas nak minta review. Bella bg je la review secara kasar hotel yg cantik ni.



Next jom kita ke tempat wajib pergi iaitu bukit bendera. Baik mengaku ramai orang kedah dan orang penang sendiri pun tak pernah sampai ke sini kan...sebab time balik tu ada sepupu bella kata? hah?? korang naik kereta api yg tegak mencacak tu? hish tak berani la... Ler... x seram pun. Seriously takda rasa pe2.

Time bella sampai...arrrggghhh.. ramainya orang.. Hmm its ok. Meriah sikit. My dear bella plak kalau pergi tempat yang takda orang mesti dia kata.. eh betul ke tempat ni glamour. Hahahaha.. then kita akan naik tangga masuk dalam. Kena beli tiket untuk naik kereta api ni ok. Sampai diatas... waaahhhh... sejuknya...




Rare sangat keindahannya... Nampak laut dan rumah yang mengecil. Time ni dah panas. Hahhaah.. ngan terikan matahari. Kami panjat sampai atas dan jumpa restaurant. Tak makan pun. Hanya minum abc dan air kelapa saja. Tempat ni lebih kepada sightseeing. Di tambah pula dengan pemandangan yang menarik foto anda  pasti menarik!!! waaahhh cam iklan plak. Sebab my dear ni kecoh sangat sal panas2x kami ambik keputusan turun. Masa nak turun tu nampak orang pelik.. sebab apa bella kata pelik sebab dia pakai cermin mata hijau, suar hijau dan kasut hijau. Dalam hati bella mesti dia somebody sebb dare tu dress up macam tu.
penang hill
Sape kenal ni sape? Bella tak mau mention disini, tapi dia ni baru je kecoh pasal kawin terus cerai tu. (Ya Allah selamatkanlah perkahwinan ku hingga ke akhirnya) amin... Gossip sungguh. Tapi yang paling tak tahan tu dia ngan perempuan lain okey... muda lagi gurl tu. OMG!!! dia bukan artis tp terkenal gak la. Rasa ramai leh teka kot. Bukan berbaju putih tu yer.. hahaha. Tu artis di hati saya je...
Terus kita memecut ke jalan chowrasta yang terkenal dengan jeruknya tu. Kat tepi2x ni pun banyak jual barang. Macam pasar macam tu la. Tapi bella tak beli apa2x pun. Ne murahnya? mahal ok. Lagipun susah nak memilih.Panas. Pastu dorang semua sembang sesamasendiri je. Tak promote pun. Come on peniaga..macam ne nak maju? Lepas memilih jeruk kami terus cari makan. Lapa la..


Nampak jam besar kat tengah2x bulatan tu, nak snap picture kat situ. My dear kata.. hish nak kena langgar ke? then bella snap kat tepi kete je la. Bella suka suasana kat sini. Mcam ne nak describe kan yer.. busy tapi tenang. Macam tu la. Plus bersih. Pastu senibina kat sini nampak heritage sangat. Macm ne nak pergi nasi kandar beratur, roti canai terbang, bihun hangit, char keaw teaw telur dibasuh dll. Kata syurga makanan tapi kenapa bella tak jumpa semua tu??? kenapa??? why??? isk..isk...

Kami hanya ke padang kota lama. apalagi kalau bukan passemboq. Sedap ke? Ntah la. Tapi mahal. Bella rasa la. Mahal.
Pilih la yang korang suka. Sebelum pilih tu check duit dalam poket dulu yer.. Sebab bella rasa mahal. Tu harga tahun lepas. Tahun ni haaaa... cane yerk agak2x yer..
Makan sehingga kenyang terus bergerak ke padang kota lama.Yang ni medan padang kota lama. Tempat ni plak hujung sikit. Ada meriam2 lama bagai kat sini. Masuk ke dalam sikit ke arah kedai dan akan jumpa kedai ni.Kat sini pun ada makanan yang terkenal iaitu mee sotong.

makanan sedap di penang
Pertama kali kesini mee ni dah abis. Apa??dah abis??? its ok... takda rezeki la tu. Ni datang kali ke dua baru merasa. Masuk2x je My dear bella kata, betul ke nak makan kat sini?? nape? dear takut daling tak lalu je. Haah? nape teruk sgt ke? then bella masuk kedai.. alamak. heritage nya.. sayangggg... bungkus boleh tak? hehehe. My dear kata jangan ngada2x tadi nak makn sangat kan? hmm makan je la. Sedapppp ok. Sila perah limau tu. Serious sedap. Ditambah pula dengan coconut shake kat kedai sebelah. Yummy!!

Aritu dah datang naik jambatan kan.. Balik jom kita nak ferry. Pengalaman baru tau.. syok.. bella naik tangga ke tingkat atas la.. jejalan la. hahahaa.. dia jalan slow2x je. Cuba kebanyakkan kenderaan tak tutup enjin.. busuk la. Pastu time nak berlabuh tu ferry ni buka pintu dia. Fuhh.. bunyi kuat giler. Sampai ketakutan bella. Hahhaha..

OKey... sampai disini dulu...  Nanti kita cite lagi.. MUah3x...

P/S: Boleh la check di sini juga Penginapan Terbaik Di Penang
 





Saturday

Pengalaman Naik Star Cruises Libra

Hai semua.. Salam sayang dari bella untuk semua.. Today im want to share about... Star Cruises...
Pernah naik tak? Leh la rasa ala2x titanic tu. Dalam kata lain menaiki kapal yang besar. Terasa kaya dan mewah plak. Hahhahaaa..

Picture 1
Cruises ni bella rasa lebih kepada privacy dan mencari ilham. Sebab buntu dok tengah2x laut. OK.. mesti ramai nak tau cane nak book kan?mahal ke? Best sangat ke? Rasa apa yer? Ada apa kat dalam tu? Haaaaa... Bella jawap satu satu k?

Bella book ni besday my dear bella. Dia pernah kata dia teringin nak naik cruises ok la..Then bella actually buntu sangat. Bella pun tak tau cane nak book ni? Tapi bella usahakan juga la. Pertama cari kat matta fair. Mahal..ok.. Rm900 macam x berbaloi tapi cruises ni akan berlayar pergi ke melaka kalau x silap. Tapi mahal la. Then cancel.

pengalaman
Then bella cari plak kat paper. Lagi mahal dari matta fair sebab kapal ni akan belayar pergi phuket dan krabi. Biasa kan tgok iklan kat paper? Around 1k plus macam tu.. tak mau la. Bella selalunya bajet untuk penginapan tu semua mestilah kurang dari 7rat. Tu memang bajet bella la. Jadi Tak boleh la beli yang ni.
hotel penang
Then last choice apa lagi? En Google  la.. Nampak la promotion  di Big Sale under Living Sosial promotion. 3day 2Night. 1Night at Flamingo Hotel Penang then another 1 Night at Cruises. the price really reasonable. Still under my budget.The hotel really nice!! Cuma agak kecewa disini sebab My Dear punya besday hotel ni arrangement dengan karut. Adus.
Actually this trip memang sangat special untuk My Dear. Bella punya la call,email, sms dll untuk memastikan parti surprise my dear bella ni menjadi betul2 syokk...Bella dah kata, please do some arrangement untuk buat candle light dinner yang romantics. Sekali sampai alamak.. gelapnya. Bella juga tempah kek untuk my dear bella. Sampai sana xda pun. Aduii.... apa ni.. kena beli kek normal je. Pastu paling sedih sangat!!bella dah bgtau minta tolong live band tu nyanyikan lagu happy besday,boleh plak dorang datang bodo je bawak kek tu. Hampeh!! Terasa gagal je semua planning. Time email semua boleh. Teruk betul flamingo hotel ni. Sedih!!
Paling best pasal hotel ni adalah biliknya. Super best. Besar, bersih dan terpaling bella suka.. bella ni dipasangkan lagu dan alunan muziknya teramat sangat la romantik. Best sesangat. Seriously!! tapi my dear bella x rasa apa pun.. sampai bila bella tanya best kan lagu bilik hotel ni.. Haah? lagu apa? adoi.. Then dapat breakfast. Breakfast pun sangat best.
Check out then pergi ke superstar libra boarding.Lama gak beratur. Mcam naik flight plak.Sebijik macam naik flight la senang cite. Kita akan berjalan jauh masuk kedalam.. Owh.. sebelum nak beratur ni plak kena ambik kad seperti di Picture 1. Time ni pun beratur panjang. Berebut plak ngan Auntie2 dan Uncle2 yg ada priority card. Fuhh!! tension.
star cruises
Masuk dalam jauh kedalam.. then ada la one girl tunggu kat tangga sebelum masuk cruse tu. Dia bg sanitizer je pun adui.. Pastu ada lagi satu pintu. Check ticket dan everything. Then baru leh masuk.
Masuk2x... waahhh...
Shine like a gold... huuuu shine like a gold.Imagine la kan... semua colour gold. Bella duduk jap. Tgok dapat bilik no berapa. Sebab banyak sangat pintu dan lorong. Mewah.. serba mewah. Boleh kira la malay dalam tu. Ada 2 3 pasangan la.

Seriously boleh sesat x jumpa bilik.. Bella ambik bilik takda tingkap. Jadilah.. janji cruise hehehe.. Sepanjang nak masuk bilik dibentangkan dengan karpet merah you... Hhahahhaa.... Jom masuk bilik.
Comel tak?? OMG!!! katil bujang plak. Tapi boleh je tolak. katil x empuk langsung.Tv boleh on tengok kedudukkan kapal kita kat mana. Internet x dapat. Zoom in lagi...

Cukuplah untuk keperluan asas.. Ada toilet,almari cermin seperti gambar la. Kecik je. Tidak dipanggil bilik @ room tp cabin. Hehehehe.... Kita dah berada di dalam next? Dinner!! include dalam pakej ni ok. Sangat berbaloi. Semua jenis makanan ada. Malay, western, Chinese food dan Indian food pun adoo... Makan la sampai muntah.


Sape nak pergi silalah masuk awal.. Penuh. tempat duduk xda. Kena berebut. Kat dalam ni banyak premium customer. I not sure about that, tapi menurut 1 auntie i think datin... dorng masuk free dan x kisah berapa lama dorg duduk dalam tu free!! mcam ne nak jadi premium customer auntie? she just silent. So sape yang tau sal ni cuba cite sikit. Ceciter... The best time dinner ni.. pelayan dia terutama supervisor diorang giler hemsem... bg bella la.. sebb bella gurl kan... hhahahhaa.. nak ambik makanan stop jap sebb dia senyum kat bella. OMG!!!! nak pengsan... okey.. tp my dear bella lagi hemsem..huhuhu.


Seriously cake kecik2x ni sangat yummy. Sampai bella bawak naik atas deck tp x boleh masuk dah dalam perut. Sayang je. Malam tu ada live band. Pastu penuh ngan orang asing kat bawah tu. Bella just duduk kat deck paling atas. Time ni kapal ni terlalu laju ke tengah laut.. Memang laju. Angin kuat. Rare!! satu pengalaman yang baru. Nice. Fantastic. Wow i kat tengah laut la..

Tengah ni panas.. My dear sampai pening kepala. Kiri kanan pun panas. Tepi2 je sejuk sikit. Depan paling laju anginnya. Bahagian atas sebelah belakang saya dalamnya ada restaurant dan dalamnya ada karaoke yang boleh kita nyanyi, tp konsep open. My dear x jd nak nyanyi. Bhg depan saya tu pun ada restaurant. Bella x g pun. Kebanyakkan yang duduk kat restaurant suma minum *r**.


Then takkan nak tido? Ada satu malam je kat dalam cruises ni kan.. apa lagi jejalan la.. Boleh dikatakan setiap ceruk kapal kami lawat. Yang x bestnya bila kapal ni stop tengah laut........ waahhhhahahahhaha panasnya kat atas deck ni. Baru nak lepak lelama. Then kami turun ke dalamnya la. Kesimpulannya x banyak activity untuk orang yang baik2 mcm bella ni.. hehehehe.. maksiat je merata2x..hmm...apa lagi bella nak buat?? owh ternampak la jakuzi. Time tu kawasan jakuzi tu kosong sebab semua pergi ke bar2x kan.. then apa lagi..berjakuzi la kami. Lama juga. Sampai penat. Hahhaaha..Kawasan jakuzi tu area swimming pool seperti pic di bawah. sebelah swimmning pool tu je jakuzi. Yang kawasan yang berbumbung tu.Syokk...

Morning!!! bangun pepagi2 nak breakfast sambil tengok keadaan waktu pagi atas kapal!! so excited. Waaahh sejuknya... makanan memacam. tp my dear nampak x selera. Nak balik sangat dah. Yela dah dekat ngan kampung dia. Time ni kapal ni dah nak berlabuh. Hmmm lewat bangun. Kalau tak leh tengok matahari terbit.

Then check out. Snap dulu sana sini...hehehe.. Overall really happy. Pengalaman yang baru. Sape nak suruh saya review penuh pasal hotel leh je tinggal kat comment yer...this for my dear besday. So happy besday syg... love u till jannah.

Bella dah share sal hotel Flamingo tu leh check di link Penginapan Terbaik Di Penang. Ok. Harap membantu. Owh.. Bella just nak share sebagai seorang kawan.. kalau nak beli under promotion di Big Deal kalau boleh elakkan beli dari My Deal. Selalu bagi bella masalah. Setakat ni yang lain sangat ok. Pasni Bella review sal laman diskaun tu ok..

salam sayang.. 











Tuesday

Makanan Yang Sedap Di Tree Steak House

Hi.. hari ni bella nak share sal makanan!!!! sebab sedap okewwwww... memang rasa nak repeat kalau dah rasa. Sape yang tak pernah dengar sal kedai ni? Betul2x tepi jalan raya. Fuhhh!!! kalau parking sebelah sana.. nak melintas masak la nak tunggu kete stop. Jadi haruslah parking di tempat yang betul. Free je. Ok? langkah keselamatan.

Boleh di katakan semua menu kat sini bella dah rasa ok. Tu la bella berani recommended tu... hahahaa.. Dulu masa kedai ni tak glamor lagi kedai ni kecik ok. Pastu tak da seat nak makan. Then nampaklah satu seat kosong dekat ngan dapur. Duduklah kan... takkan nak berdiri je. Patutla..takda orang duduk!!! makanan terbang2x atas kepala. Kalaulah tumpah tu. Sure bella saman kedai ni. heheehehe...


Then bella slow la sikit datang kedai ni. Pas kawen memang tak pergi langsung la. Sebab My Dear bella tak suka western. Dia selalu kata.. mahal pastu kenyang sekejap je. Hmmm... abis bella ni cane? Then tetiba kedai ni jadi tumpuan balik sebab JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3 sampai kat sini. Media memang memainkan peranan penting la. Bila bella datang kali ni.. fuhhh!!! dah besar beb kedai ni.
Inilah menu disini. Simple. Sekeping jer. belakang air dan makanan ringan sikit. Pilihlah apa yang berkenan di hati. Tapi jujur bella cakap. Ada yang berbaloi dan ada yang tak berbaloi untuk dibeli. Kekadang dapat potion kecil je ayamnya. Yela... bhg peha. Banyak isi ke? Harga meletup. Paling penting bella tak makan ayam bhg peha. Tu yang meluat tu kalau ayam bhg peha je tinggal. Hmmm x puas ati betul kalau kejadian macam ni berlaku.

K.. ini adalah menu palingggggggg bella suka sangat. Yummy. Puas ati. Sedap dan kenyang. setiap kali datang sini ini benda wajib bella akan order. Chicken Cordon Blue.rm15.90. Setiap kali bella makan mesti tinggal sikit, tak lepas nak abiskan. Chicken ni adalah ayam goreng yang dalamnya sarat dengan isi seperti chess, kepingan cendawan dan kepingan ayam.. memang lazatlah.... mesti cuba bagi peminat chess.

Tarraaaaaa!!! This Spaghetti really yummy! seriously. Bella tak makan daging. Tapi bila try je spaghetti ni.. terus rasa..Ya Allah terima kasih atas rahmatMU. Sebab sedap. Yummy.
Ni My Dear order. Bella tak makan daging kan... jadi rasa sikit je la. Pastu nak rasa lagi dah licin. Ni pun sedaaaappppp!! betul. Tak rasa daging pun.. Apa yang unik pasal Lamb ni.. Kuahnya akan dituang asing. Memercik-mercik dan berbunyi macam air dituang keatas kuali panas...then semua akan menoleh tgok.Pe benda tu.. hahahaha... dramatik sangat.. kan? Ni namanya pine sizzling lamb. Rm17.90. sedap.

Kalau nak try steak, try la nyatoh sizzling steak. Macam tu gak la bentuknya. Sama macam picture diatas. Lain2x bella rasa biasa je. Macam Piazola chicken chop. Penuh bawang,cili, senang kata sayuran la.Tak pedas:(  Ayamnya secoet sahaja. Tak puas. Pendek kata yang bella senaraikan ni je la yang terbaik dan korang patut cuba.

Tarrraaaaaa..... cak!! hahahhahaaa.. kesimpulan dari bella...dari mata dan lidah bella la kan.. Makanan tip top. Kalau ada cordon blue tu la kan.. Pernah tau bella datang abis. Tension sangat. Service Tip Top. Nampak je kita masuk.. ye kak..Apa????? akak????:( berapa orang? Kejap ye kak.. Pastu a few minute kemudian. Duduk. Harga reasonable la... tip top jugak. Kesimpulannya. Best. Lagi korang rasa nikmat kalau makan time tengah lapar gilewww tu kan.. Sure korang akan kata sedapnya... sedapnya.. betul kata bella. hahahaha..

Perhatian yer... tempat ni selalu full house. Booking tidak digalakkan.. sebab kalau kita lambat 15min je... dia terus open table kasi orang lain. Kakak kat kaunter tu la cakap. Ada no fon nya tapi ntah mana ntah bella letak. Cari kat Facebook je la okey?

Bye2x... cubalah. Kalau tak sedap.. tak tau taw... bella bagi  cadangan saja. Jumpa lain kali..xoxo


Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari