Sunday

Bercuti Ke Brunei Dari Miri

Assalamualaikum....kengkawan bella...

Ok... sambungan daripada Bercuti Di Miri yang singkat sebab tujuan utama adalah ke Brunei.Nak sangat - sangat pergi Brunei. Lagipun bella tidak menginap di Brunei tau. Tidak tahu hendak tidur dekat mana. Lagi satu mahal kot. Guna dollar. Rata2 yang menginap di Brunei semua rumah kengkawan atau sedara mara je. Lepas itu Bella hanya ulang alik sajalah.. dari Miri ke Brunei. Seharian je la kat Brunei. Kami sewa kereta dan Bella ada bonus untuk yang memandu dari Miri ke Brunei. Tip Perjalanan la kiranya.. hehehehe..

ke brunei
Pemandangan dibiasa bila ke Brunei

Bella gerak pepagi lagi.. ke Sempadan Brunei dan haruslah menuju ke sungai tujuh. Sungai tujuh terletak kira-kira 30km dari pusat bandar miri. Masa hendak menyewa kenderaan, wajiblah bagitahu kita nak bawak kereta ni ke Brunei.Dia akan bekalkan dokumen yang diperlukan untuk menyeberang sempadan. Selepas keluar dari simpang untuk menuju ke sungai tujuh, kita akan jumpa jambatan asean di Sungai Baram. Bayaran tolnya adalah rm10.

brunei, Bercuti ke Brunei
Sampai dah..excited!


Sampai je kat pandu lalu dan serahkan passport antarabangsa kepada pegawai petugas dan salinan pas masuk. Selepas selesai urusan tu pandu terus  melalui jalan yang pelik macam tak teratur sehingga ke
pusat pemeriksaan imigresen Brunei. Pandu lalu je dan serahkan passport untuk di cop dll. Beberapa km kemudian kita akan melintasi jambatan sungai rasau dan setiap kenderaan perlu membayar sebanyak 3dollar di plaza tol selepas jambatan.

tip ke brunei
Nampak tulisan jawi di sana sini
Lepastu bila kita masuk je ke Brunei akan jumpa tulisan jawi merata-rata.Kadang - kadang merangkak-rangkak jugalah nak tangkap apa yang ditulis.Dah lama tidak baca jawi. Sesampai HB dah merenggek2x lapa.. lapa.. Teruslah Bella mencari tempat makan yang terdekat.
brunei, makanan sedap
Seriously sedap
Nasib baik sedap. Sampai kat sini ke tamu selera ni macam buntu jugalah.. tak tau nak makan kat mana. Ikut teori kedai yang penuh mestilah sedap. Jadi kami pilihlah kedai yang teramai.Tamu selera ni makan medan selera la.. kami pilih kedai tengah-tengah dan ramai orang sangat. Dorang tidak kedekut. Order air segelas dapat 1jug ok. Nasi sebekas. kenyang dan sangat sedap.

kampung air
Kampung air yang penuh air
Selepas abis makan terus cari jalan ke kampung air. Tempat wajib. Mahal gak,tapi lupa berapa rm. Macam pelik. Wow. bella x abis2x tanya kalau banjir cane? Ombak kuat cane? kampungnya macam kampung la.. Kebanyakkannya rumah kayu. Semua kelengkapan ada ok. Semua atas air. Masjid. Bomba. Balai polis dll. Teruja sikit.

Sekitar kampung air
Pusing-pusing naik bot tu pastu pakcik tu kata dia haus.Pergilah berhenti di salah sebuah restaurant tu. Dia hulur je air guna bakul. Hehehhee.. nice. Pusing2 pastu balik. Adalah lalu bawah2 atau celah2x rumah. Tapi xdalah seram mana. Pakcik ni slowkan sikit. Rasa macam kejapnya.. TU JER ke? hehehehe..

masjid emas
Masjid emas
Destinasi seterusnya adalah masjid emas. Cantik. Tapi sunyi je. Seriusly brunei ni sangat sunyi. Bella rasa la... selalu tanya kat HB. Mane orang ni.  lepas menunaikan kewajipan semua.Bella meneruskan perjalanan ke mall untuk cari souvenir. Bella rasa orang Brunei tidak mengalu-alukan pelancong. Tanya dekat orang ramai mana nak dapatkan map.. dia kata tak payah map.. brunei ni kecik je. Kecik benda... banyak tempat tak jumpa. Nak beli t-shirt i love brunei pun x jumpa. hmmm..

brunei
sana-sini emas. kayanya..
Kami pun merayau2xla...nampak gambar bawah sekali. Ingat muzium rupanya mall. Hahahaha.. Masuk la cari magnet Nilah benda paling wajib di beli kalau melawat negara orang.Jalan2 dalam tu biasa je. Macam mall kat malaysia. Cuma harganya murah 1,2,3 dollar je. Memang betul, coklat Brunei yang nampak sedap pun murah. Bella nak gak cari kedai cenderahati murah2x kan.. xda apa ni.

Yummy!!! telan air liur tengok
Jejalan punya jalan jumpa pasar. Pasar ni takda nama. Macam zaman dulu2x plak. Harga makanan tidakkan lebih dari 1dollar. Makanan pelik-pelik. Bella belilah mana yang nak makan. Nasi pusu tu sedap. Pulut panggang tu sangat terbaik. Kalau ikut nafsu semua nak beli. HB pun sound. Beli apa yang nak makan je. Tak abis tu kang.. okey.....

Sedapnya.. andai dekat ku terbang pergi sekarang
Pasarnya biasa jer.. makanannya super sedap.. Mee 20sen tu. Walaupun 20cent in dollar tapi dorang sebut 2kupang. Nampak tak popia tu.. seriusly tersedap. Pulut panggang tu HB yang tidak makan pulut pangggang pun minta berkali2x. .Hmmm...rasa macam nak gi lagi.. nak beli semua.

brunei
Dah nak balik dah...
Sebelum border tutup.. haruslah balik segera.Sesat ok. Sampai lalu pantai ni. Penuh dengan budak muda-muda yang melepak dengan kereta yang mewah2x. Kayanyer..seronoknya duduk Brunei. Balik tu singgah dekat Excapade sushi. Dah la Bella ni hantu sushi. Pantang dengar ooo... Kata gemuk2 la. Carilah tanya sana-sini. Jumpa. Adui sama je macam sushi king.
Ok.. Itu je satu hari Bella di Brunei. Tidak tahu hendak  kemana.. tiada peta. Susah. Cuma puas hati sesangat dapat beli makanan kat pasar tu. Bye2x brunei. Memang seronok sangat kalau dapat jadi rakyat Brunei. Best. Islamic sangat. Tenang sangat. Ok.. nak tanya apa2x sila comment. Bella akan jawab. Ada jugalah yang mungkin bella tertinggal nak cerita..

SALAM..

Tuesday

Tempat Makan Sedap Di Miri-Sarawak

Assalamualaikum...

Bella nak kongsikan mengenai sambungan tempat Bella pergi iaitu. Miri. Bercuti Di Miri (boleh klik je kat sini). Miri memang kat Malaysia.  Cuma jauh la sikit kan.. kena terbang. Kita pun tidak pasti macam mana dia punya makanan dan kebersihan. Bella masa dekat Miri memang "search" habis Tempat Makan yang sedap di Miri Sarawak ini. 

Kedai yang paling glamour di kalangan pelancong yang nak ke Miri..bella rasalahkan.. sebab siapa saja yang menceritakan pengalaman dorang ke Miri haruslah menceritakan keenakkan Kedai ni iaitu Muara Restoran.Memang Yummy!!!Restoran ini terkenal dengan nasi lalapan. Nasi lalapan ni macam nasi ayam penyek dan istimewanya kita boleh pilih menu utama seperti ikan (boleh pilih jenis-jenis ikan) /daging/ayam dan akan dihidangkan bersama tempe, sayur yang direbus, sup dan sambal belacan. 

Nasi lelapan
Makan Tengah Hari dan Sarapan di Sana
Di Miri ini ada 2 branch restoran muara kat Miri iaitu di Water Front Commercial Centre dan jalan North Yu Seng branch ni terletak betul-betul dengan guesthouse kami.  Kedua -dua Kedai Bella dah pergi. Rasanya yang jalan North tu lagi selesa. Di Water Front tu macam ada bau laut yang tidak best sangat la. Potong terus.Oh.. sebelum terlupa soto tu x yah try la kot.. bukan taste bella. Nasi sedap.

Pergi ke sarawak takkan tidak mahu rasa laksa sarawak kan? korang bayangkan.. masa itu perut dah penuh sangat - sangat sebab makan kat Muara Restaurant tu,Rasa teringin nak makan kat muara tu sebab semalam tengok menu ada yang tak cuba lagi.. hahaha... cane nak order semua x sempat nak makan. Lepas itu teringat. Ala... Hani Kafe & Katering haruslah cuba laksa sarawak disini.

laksa sarawak
Laksa Sarawak
Lokasi di Jalan Sri Dagang, Miri ( berhampiran water front ceommercial centre). Tidak jauh la dari Restauran Muara dan Kek Lapis, tapi memang pelik.. sebab pusing banyak kali baru jumpa. Kedai biasa je. Mungkin rezeki dia. Rasa ok. Layanan kurang mesra sikit. Berdekatan situ juga terdapat makanan wajib beli. Apa lagi.. Kek lapis la. Ada beberapa kedai. Harga kek lapis sarawak di miri lebih mahal dari harga kek lapis di kuching. Di kuching lagi murah dan sedap. Pendapat bella la kan.. Buat pengetahuan semua bella dah round tau cari kek lapis sekitarnya. Akhirnya datang ke Kek Lapis Sarawak Siti Payung balik. heheehe.. berbulu My dear bella. Biarla.. janji puas ati. 

Kek lapis miri, Kek lapis Sarawak, kek lapis Siti Payung
Kek Lapis Sarawak Siti Payung
Harga agak mahal. Takda yang rm10 macam kat kuching. Pastu banyak perisa dah abis. Lepas itu tidak hendak buat dah, Promote tu ini then bella kata ok, nak beli yang ni.. ooooo akak dah abis. Alamak. Dah la call kita akak.. abis plak tu. Hhahahahaa.. Sebab Bella hantu chocolate Bella belila. Terasa rugi datang terbang pastu tak beli. Kempunan susah plak. Bella beli yang roll punya. Rasanya sedap lagi yang petak. Nape buat yang roll? pas potong di terbuka tau. Ok la. Dari takda.

Okey.. ni adalah tempat makan bella selama kat miri. PERINGATAN!! . Hati2 tak semestinya bersongkok bertudung tu islam. hati2 ok.. Sampai disini dulu Bella kongsikan mengenai tempat makan Bella sepanjang di Miri. 


Boleh juga rujuk di sini..untuk Pengalaman bercuti di miri (just clik je ok?)
Bercuti Di Miri
Menawan Gua Niah-Miri

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari