Saturday

PENGINAPAN bercuti ke MELAKA!!!

aSSSALAmualaikum semua.... Bella Idura in the house yooo!!

Okey.. today bella nak cerita lebih kurang nak share la..penginapan yang best dan x best kat melaka ni. Sebelum bercuti ke mana-mana penginapan la paling perlu di titik beratkan..Penting tu. Nak rehatkan badan.. mandi.. solat..jadi jom bella tunjukkan tempat yang bella dah tido. hehehehee..

hotel di Melaka

Korang kalau nak pergi melaka dan menginap di hotel-hotel sila la booking. Don't walk in. Pengalaman Bella semua hotel full. Semua full ok.. isk...isk.. dah la time tu besday Bella. Tengok!!! punyalah best melaka ni.. sampai bella request ke sini time besday. huhhuhu...Ni hotel paling best dan five star. Cantik dan terbaik.Duduk sekali jela. Mahal ooo..Ni pun office yang tolong book kan.Hotel equatorial melaka.


hotel  terbaik melaka

Best wooo... bila buka pintu waaa... cantik.Lari-lari pilih katil memasing. Lari keluar kat balkoni tengok bawah ada swimming pool la. Dapat plak sekali dengan breakfast. Breakfast pun tip top. Semua ada. Apa lagi!! sayang..jom kita terjun ke pool!!

Hotel melaka

Tengok HB dah macam model majalah mangga plak. Hahhaha... tapi x leh pandang lelebih sebab Bella dah stamp kat dada dia milik Bella idura. Ha... menggunakan special stamp lagi. Pool pun bersih. Paling best ada sauna..sekali. Korang boleh juga order orange juice pastu baring menenangkan jiwa.

HB pandai berenang..Bella mandi kat tempat kanak-kanak. Paling x leh blah..budak-budak kecik yang mandi kat situ boleh ngorat Bella. Habau betul. Dia kata..."kawan-kawan kat sana ada awek la.. jom kacau." Masalahnya kecik lagi kot. Pastu datang kat Bella percik2x kan air. "Hai..kak.". Bella gelak giler. Tapi seram gak. Bella yang LARIIIII!!! Masalah budak2x sekarang ni. Bella x sure umur berapa. Tapi kecik-kecik la.. mandi kat pool kanak2x. Adui..

Penginapan yang bajet plak yang Bella pernah book la kan.Time ni kitaorang pergi main terjah je. Pergilah hotel ni..sangat bajet. Semua yang lain fully book. Boleh dikatakan semua. Time ni bella x berkenalan lagi ngan Groupon..kalau x senang la sikit.


Hotel One O One nama diberi. Very worse!! sangat teruk dan jadi mimpi ngeri. Eeeeee!!!. Sangat Disarankan untuk elakkan hotel ni. Berbau.. sangat kecik dan kotor!!! Sampai2x sini.. eh.. hotel ni macam ok. Besar dari luar dan berdekatan ngan banyak restaurant. Maknanya lokasi sangat strategik!! Harga pula murah. Bella terus book untuk 2malam. Masuk-masuk alamak ada bau.. macam bau pelik la. Korang nak bau pergi la try book. Hahaha.. kata lain korang boleh sebut hotel onne onne..faham kan bau apa?

Pastu masuk bilik. Walaupun bilik standard dan murah pun.. xdala sampai kecik sangat. Kecik!!! Suram. Letak bag semua.. duduk2x cadar ada macam setompok lendir. Eyuwww..lendir apa ni?? Bella dah landing bagai. HB call untuk tukar cadar. Tapi mood dah zero. Xda hati dah. Turun2x pergi makan then sekali minta refund sok pepagi nak check out! Nasib dapat. Eeee...ngeri sungguh.

hotel murah

Then Bella kena hunting la hotel baru.Kami pusing-pusing sekitar bandar saja. Jumpalah Hotel Iris. Picture atas tu kat lobi dia. Menarik kan?Baru. Cantik dan bersih. Check price. Ok under bajet. Masalahnya parking je. Full. Pastu my dear park je kat depan hotel. 2 hari park kat situ...dua2x hari kena SAMAN!! aduiyai...


Masuk-masuk bilik..waaa...cantik. Cantik sesangat dari bilik semalam. Besar, bersih dan cantik. Sangat puas hati. Staff pun baik je. Lokasi pun cantik. Kalau lapar, dorang pun ada cafe sendiri. Paling best sewa hotel ini dapat sekali breakfast percuma!! ok la tu.Alas2x perut. Roti, bihun, air kopi, teh. Ok sangat la. highly recommended!!


Hotel yang terbaik yang lain adalah Hotel Sentral Melaka. Terletak hanya di tepi jalan raya yang sibuk. Senang nak nampak dan memang strategik. Semua dekat. Bilik yang simple tapi yang istimewanya pasal bilik ni..sangat la sejuk!! HB tekan semua suiz, butang, remote bagi slowkan kesejukkan bilik ni, tapi tetap gagal. Ok jugak sebab cuaca Melaka kan panas sikit. Malam la sejuk sangat sampai HB x nak pergi mana-mana. Asyik berselubung je. Hampeh betul.

Time book hotel ni, bella dah guna coupon. Time ni Bella dah kenal ngan laman diskaun dari living social. Jadi bella beli dengan harga diskaun la. Untung dan terbaik!! Tapi Hotel ini tiada disediakan sarapan pagi. Hotel Sentral Melaka ini juga Bella sarankan korang BOOK. Tak rugi. Bersih, cantik dan tiada bau. Best lagi.

Ok.. setakat ni dulu.. lepas ni kalau ada hotel lain yang ok bella top up okey.. daaadaaa.. harap manfaat.

Boleh juga tengok link ini.. Bella menginap di AGROFARMSTAY
Bercuti Ke Melaka



5 comments:

  1. Salam kenal dari saya..saya pon baru je nak stat berblog..saya dah follow bella nanti singgah la ke blog saya ye =)

    ReplyDelete
  2. hehehe...yang part kat swimming pool budak2 tu klakar..tapi beani eh depa? budak2 dalam umur bape tuh?

    ReplyDelete
  3. Wah... ni pun menarik.
    Sesekali boleh bercuti & menginap di Bustel Melaka pula.
    Memang best & lain dari yang lain :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari