Saturday

Pengalaman Ke Pulau Pangkor

Salam sayang semua....Ari ni bella nak share mengenai satu pulau yang tidak asing lagi iaitu PULAU PANGKOR. Sebenarnya pulau pangkor turut tersenarai antara pulau yang terkenal dikalangan rakyat malaysia. Bella dan kengkawan pun ambik kesempatan nak pergi ke Pulau Pangkor.

bercuti ke pulau pangkor
Ke pulau pangkor kena la naik ferry. Berebut-rebut plak tu. Renyah giler. Sape nak nak ferry kena la bawak barang yang perlu je yer.. limited. Senang la sikit nak mencelah. Kalau terlepas ferry nak beratur menunggu lagi la jawab nya.. fuhhh!! tak tahan.
Keadaan di dalam ferry. Kalau lambat, kena berdiri tau. Beg yang besar2x,semua dicampak dibahagian hadapan. Actually time ni kami dah malu. Ferry ni ada stop kat satu perkampungan untuk menurunkan penduduk setempat. Kami ingat dah sampai. cepat2x kami bangun. Sekali pehal semua orang x bangun. Kami je bangun dan berebut2x. hahaha. Sekali auntie tu kata next barulah pelabuhan kami. Malunya!!
Inilah terminal tu. Ni lebih kepada penduduk setempat. Nampak la perkampungan nelayan disini. Tapi tadi yang turun banyak kaum cina. Melayu langsung takda.hmm..

Sampai jugak la akhirnya terminal kami. Fuhh sangat jauh okey.. My dear boring je muka nak ferry.. sabo k..dah sampai sayang.

Welcome to pulau pangkor!! YEaaapppiii!! bestnya. Nampak macam cantik. Berbau la skit la. Kami kena tunggu the next trip ferry sebab group kami dah terpecah dua. Kami dapat naik ferry awai yang lain tertinggal. Hahhahaa...
Tengok la beg bella tu..besar giler kan. Hahhaha.. Kelako. My dear ikutkan je. Hahhaa..bella kata ngan my dear senang sikit, bella x mau angkut beg. Tapi ok sangat beg tarik ni..membantu sangat. Sebab jauh ferry tu ngan tempat parking.

Sampai je kat situ kami diberi pilihan untuk sewa moto atau kereta. Beria-ia My dear nak naik kereta. Sebab panas. Bella plak nak nak naik moto je sebab lagi murah dan senang. Tapi my dear beria2x nak naik kereta. Bella hangin la kat sini sebab my dear outsider plak yang beria2x nak bermewah2x padahal ni trip group bella. Kami dah bincang time kat office. Bergaduh la kitaorang. Lantak la semua tengok.


Kami sampai2x je penat giler. Terus tukar baju dan makan!! lapor sangat. Sementara tu kami jejalan la dulu.. tengok apa yang istimewa kat sini. Xda pe2x pun yang pelik.ahakas.. Oppsss ada satu yang rare okey???

Kami jumpa ELLA di pulau pangkor okey?? Dia asyik cakp je..sorry im smelly.. sorry.. Ella..you should know. You not smelly at all!! ok jer. Kami minat sangat kat ella okey.. Bella yang perasan dulu ckap..eh pesal macam ada orang cakp gaya macam ella yer?? membe cakap hish!! xkan ella datang sini kot? sekali tukang kedai tu kenyit mata bg signal tu betul ella. Pelagi.. snapping lerrrh!!!

Cari ole2x. Bella beli fridge magnet je. Apa lagi.. hahaha...

Morning!! pepagi kami dah bersiap sedia menerokai Pulau Pangkor! Kecik je. Pusing2 dah settle. Kawan2x naik moto,kami round2x naik kereta. Dorang rasalah angin pagi. Tapi kira ok gak. Takda la bella sakit pinggang.
Inilah kete sewa kami. Hahahaha. Buruk. Tapi mahal okey.
Kami singgah disini. Entah apa ntah namanya. Tapi didalam kampung tempat ni. Ok la.
Not bad kan?? Mungkin ada something history kat sini. Sebab ramai gak yang stop kat sini.

Selepas kami berjalan-jalan kita berhenti di tepi pantai untuk mandi manda sementara melakukan aktiviti seterusnya iaitu snorkling!! hmm excited gak. BUt... air laut ni macam x bersih la. Pas pulun2x mandi bella angkat tangan kotor. Dekat bulu-bulu roma ni sangkut macam minyak hitam. Entah apa entah. Then kami mandi kejap jela. My dear pun x bagi mandi lelama.
Tak nampak ikan pun.. hhaaaha.. susah nak nampak ikan kat sini. Puas cari. Pastu kalau ada pun seekor dua je. Hmmm...time ni panas gilerr plak tu. Have fun je r. Banyak batu kat sini.Bella tergelincir, luka teruk kat kaki. Sakit.

Kami bukan sahaja snorkeling dorang juga bawa kami round2x kat pulau tu. Kami berhenti kat satu pulau yang cantik. Pasirnya pun memutih. Sebahagian dari kami hanya berehat2x. Sebahagian lagi mencari port untuk memancing dah sebahagian lagi melompat-lompat mengambil gambr. Tetiba kawan kami seorang yang ikut group memancing tu jatuh!! tapak kaki dia terbelah. Dah la boat kami sudah pergi. Nasib membe bella ada no nya. Dan datanglah boat kecemasan ni. Laju giler dia bawak.

Tulah kawan kami yang sakit kakinya. Pastu kami duduk je la tepi pantai tu..x sempat nak mandi manda kat pantai yang cantik tadi. Kami hanya menghabiskan masa di tepi pantai ni saja. Walaupun airnya kotor. Last2x kami ambik keputusan untuk main ngan banana boat. Happy sangatla. Budak2x lelaki.. ayah budak, bapak budak semua happy.
Masalah naik banana boat ni plak.. boleh plak banana boat tu terbalik kat tengah-tengah laut tu. SubbahanaALLAH. Kan terjatuh. Budak-budak lelaki la.. sibuk menghenjut-henjut kan banana boat tu. Pastu time selekoh terbalik!!! yang perempuan, mengelupur la.. pe lagi. Tak tahu berenang. Time jatuh tu, kawan bella dia hempap jatuh atas bella. Sakitt sangat tengkuk.

Kawan bella yang perempuan lagi seorang dia panjat atas badan yang gurl lagi seorang lagi. Lemas membe. Bf dia marah giler sebab tenggelamkan awek dia.. acane kan.. bukan sengaja. Gabra. Pastu bella pun sama. Panik abis. Nak naik pun x boleh. Tengah2x laut tu. Sampai pakcik tu kata sorry2x. Padahal bella dah rayu2x kata jangan terbalikkan. Hampeh tol.


Okeylah... end untuk kami disini. Kami ambik pakej. Penginapan kami macam rumah gitew. Ada  6 bilik semuanya. Jalan depan skit jumpa laut. So far.. laut pangkor agak mengecewakan.. Sebab kami pergi bukan pangkor laut. Kalau pangkor laut mungkin lebih awesome. Tapi mahal la. Ok la tu. Mungkin nanti kalau diberi kesempatan kami ke pangkor laut pula..


bye2x semua.. sampai disini dulu yer...

ikhlas isabella idura.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari