AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Sunday

Resepi Kek Pisang TerSEDAP!!


Dah lama Bella tak menaip. Tetiba lost pula nak kongsikan yang mana dulu. Banyak sangat cerita yang nak dikongsikan. Bella nak kongsikan satu resepi yang member Bella bagi. Kebetulan mak Bella bagi pisang banyak sangat dari kampung. Nak tolak tak sampai hati. Ambil jelah sebab Bella berdua je. Mesti tak boleh habiskan. Ingat nak buat cekodok je,tapi gas pula abis.Kelakarlah ko ni Bella. Jadi kita cuba resepi ni. Semua kelengkapan cukup. Sebelum ini pernah cuba juga buat kek pisang ini, tapi penyek je. Sebab main bantai je buat. Kali ini, kita ikut betul - betul Resepi Kek Pisang TERSEDAP ini.

BAHAN-BAHANNYA...

pisang mas
  1. Mesti ada pisang.Bella guna 6biji pisang. Kalau 5biji saja pun ok. Kupas kulitnya dan lenyek-lenyekkannya bagi hancur.
  2. 1 cawan gula kastor. Bella guna je guna gula pasir tapi kena kurangkan sikit. Sebab gula pasir lagi manis dari gula kastor. Pisang tu sendiri pun dah manis.
  3. 1 cawan minyak masak. 
  4. 1 1/2 tepung gandum,
  5. 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  6. 1 sudu kecil baking powder.
  7. 4 Biji telur.Basuh bersih-bersih. Telur ambil yang bersize besar.



CARA-CARA UNTUK MENGHASILKAN KEK PISANG YANG TERSEDAP 

resepi kek pisang

Putarkan telur dan gula sehingga kembang. Bella putar banyak kali bagi kembang dan berbuih-buih.

resepi kek pisang paling sedap

Masukkan pula pisang yang telah dilecek. Putar lagi.Sementara tu korang bolehlah panaskan oven pada suhu 170c.

resepi kek pisang tersedap

Ayak tepung bersama - sama soda bikarbonat dan baking powder. Campur semua sekali dan masukkan sikit-sikit sambil adunan terus berputar.

resepi kek pisang

Masukkan tepung sikit-sedikit sehingga adunan sebati.

resepi kek pisang mudah

Bila dan yakin adunan sebati, masukkan minyak. Jangan kacau. Stop kan mesin pengadun. Korang hanya perlu kacau secara kaup balik saja.Pastu barulah masukkan adunan tadi kedalam loyang yang telah di sapukan dengan mentega.

resepi kek pisang sedap

Bakar pada suhu 170c selama 40min atau sehingga masak. Macam Bella, mula - mula bakar pada suhu 170c. Bila kek ni dah berbau, Bella turunkan kepada 160c. Bila lama sikit Bella turunkan kepada 140c dan biarkan sehingga masak. Bella guna api atas bawah. Sapa yang guna oven ni bolehlah cuba cara Bella ni.

kek pisang sedap, kek pisang menjadi, kek pisang terhebat

Dan....Tarrraaaa... ni lah hasilnya. Kek ni sangat lembut dan cair dimulut. Ni Bella bungkuskan untuk kawan - kawan office. Yummy. Serious sedap. Bella buat sekali lagi sebab seronok sangat kek ni menjadi. Korang semua boleh cuba. Sedap giler!!!

Semoga perkongsiaan Bella bermanfaat..salam sayang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.