Thursday

Segmen Ben Ashaari: Impianku Seorang Blogger


BEN ASHAARI 
As salam kepada semua, Terima kasih kepada abg Ben Ashaari salam perkenalan dari saya,sebab sudi adakan segmen ni. Memang saya excited nak join segmen yang di buat oleh abang Ben ni. Saya memang selalu jadi silent reader je. Selau baca pasal abg Ben dan anak2x. Bagus yer..pandai abg Ben jaga anak.  Saya bukan nak bodek..memang ikhlas. Lagipun saya tak boleh nak comment lelebih sebab saya xda anak lagi. Buat pengetahuaan abg ben saya xda header #kelabbloggerbenashaari tu saya memang kena banyak belajar lagi sebab saya tak tau nak ambik header tu kat mana, ada syarat ke tak, tapi saya ada di facebook. Tu yang tau abg Ben ada buat segmen.


Berbalik kepada tajuk segmen ni, Impianku Seorang Blogger.Perkenalkan diri saya dulu, Saya menggunakan nama Isabella Idura. Selalu menulis dengan menamakan diri saya bella. Sudah berkahwin. Terlalu minat travel dan menerokai benda baru. Saya seorang yang periang tapi kalau tak kenal saya memang sangat pendiam.Kepada sape yang kenal saya dan tau saya ada blog, mesti kata..beb?? ko ada blog? Gelak2x aku baca. Yes,sebab memang itu sikap saya.

Saya buat blog ni memang saya nak share isi hati saya bukan dengan sesiapa cuma dengan yang senasib dengan saya. Saya kongsikan pengalaman saya supaya apa yang saya dah buat silap, orang tak ulangi lagi. Orang lain akan dapat kebaikan dari penulisan saya tu.So, jadikanlah blog saya pilihan anda sebab saya menulis ikhlas dari hati dengan niat semua dapat jadikannya panduan.



Impian saya sebagai seorang blogger saya mahu setiap post memberi kebaikan pada orang lain. Bila seseorang tu baca dan mengingati saya sebagai penulis blog, tu sangat bermakna. Maknanya dia suka dengan penulisan saya, mahu saya jadi kawan dia, dia selesa dan terhibur dengan penulisan saya tu anugerah buat saya. Bonus pula kalau kita dapat menjana pendapatan dari blog ini. Tapi saya x sampai tahap tu lagi. Masih terkial-kial. Cukupla ada yang menyanyangi dan menyanjungi saya kerana penulisan ikhlas saya ni dulu. Harapan saya adalah otai-otai yang ikhlas sudi ajar saya agar saya mencapai impian saya ini.tq. :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari