Thursday

Penginapan Terbaik Di Penang

Salam..Maaf kepada yang email Bella bertanyakan pasal Penginapan dan Hotel yang terdapat di Penang. Bella baru baca.Walaupun mungkin dah tidak berguna pada awak, perkongsiaan Bella ni, tapi mungkin berguna pada yang baru hendak pergi. Bella selalu la pergi Penang tadi jarang menginap sebab dekat je ngan kampung HB. Selalunya kalau menginap pun sebab Bella paksa. Hahaha.Kalau hotel bajet, normally Bella lebih prefer untuk menginap di Tune Hotel. So far memang terbaik.

penginapan di pulau pinang
Nilah Tune Hotel Penang. Bella kalau budget mesti akan cari Tune Hotel dulu. Tapi kenalah tengok lokasinya, sebab Tune Hotel ni tengah bandar. Bella nak tepi laut. Jadi,tak boleh la kita menginap di Tune Hotel.Boleh juga cari di www.agado.com Bagi sesiapa yang nak cuba boleh je. Ni alamatnya:-

Tune Hotel - Downtown Penang
Section 15, 100 Burmah Road,
10050 George Town, Penang,
Malaysia
Tel: 04-2275 807

Hardrock Pulau Pinang, penginapan di penang
Bella pun bergerak menghala kepantai untuk mencari hotel yang berdekatan dengan pantai. Hardrock Hotel la tempat pertama Bella berhenti. Taste tak ingat hahaha. Masa tu betul - betul meriah la hotel tu. Ada pesta agaknya. Super dia punya hotel. Cantik sangat. Walk in je Bella masa tu. Semua full book yang tinggal hanya la hotel rm1k keatas. Giler ko,membazir amalan syaiton ok. Dah la sampai lewat. Rugi - rugi. Tapi kalau korang tengok website dia, book kat situ. Harga bermula rm5rat. Diskaun dari 7rat. Macam ok. Sebab ada additional benda-benda lain.Hotel ni super best tengok dari luar..huhuhu. itu saja yang mampu.Ini alamatnya:-


bercuti ke penang, penginapan terbaik di penang
apa ada di penang
Paling terbaik, depan hotel ni. Betul-betul depan hotel penuh orang jual. Macam-macam ada jual. Senang la korang nak beli souvenir nak dibawa pulang. Tapi kena hati - hati. Seriously semua harga kat sini terlalu mencekik darah. Memang giler. Kitaorang just ignore je pergi ke pasar lain. Penuh pasar masa itu. Sebenarnya Bella nak ke pasar satu lagi bersebelahan dan agak besar.HB kata takpe nanti dulu. Lepas makan.Lepas makan saja kami teruk bergerak ke pasar.Malangnya pasar tu tutup. Frust!!!!sebab ada ternampak baju yang cantik.Geram betul dngan HB.

Bella kan beli hotel sekali dengan sarapan. Sarapanya sangat la best. Makanan best. Tepi laut. Memang best. Bella rasa macam nak sambung 1 hari lagi je. Bestnya.Sebab hotel ni bersih, cantik dan teratur. Puas hati sangat. Cuma pantainya tidak boleh mandi, sebab musim obor - obor. Kang tak tido malam plak mengaru satu badan. Takpela dapat main air laut sikit pun jadilah. Siapa yang masih mencari hotel untuk ke Penang boleh la cuba disini. Sangat2x recommended!! Best giler!!!

bercuti ke penang, hotel di penang
Hotel seterusnya yang Bella pernah duduk adalah Flamingo Hotel By The Beach. Hotel ini terletak agak tinggi. Tu yang leceh tu. Park bawah nak kena panjat ke hotel plak. Nasib HB yang comel ni turunkan Bella dulu. Paling seronok siap ada orang penarik trolly tu bagi trolly kat kitaorang. Service tip top. Dihantarkannya beg kitaorang sampai ke bilik. Bagus betul. Seperti biasa ratenya juga adalah berbeza. Kalau book awal mungkin boleh dapat harga serendah rm2rat ++ ok dah dari harga asal. Memang berbaloi. Korang boleh klik disini Flamingo Hotel By The Beach Lagi senang.

hotel terbaik di penang
Flamingo Hotel By The Beach ni memang terbaik dari segi facility yang semua ada. Gym, jakuzi, pool, cafe, live band dan di belakang hotel ni ada pantai. Di pantai itu plak ada macam-macam aktiviti yang boleh kita lakukan. Banana boat, Jet ski dll la. Sarapan pun banyak dengan suasana yang tenang, tepi laut dan swimmning pool. Bella pun try jakuzi di pool tu,terangkat - angkat badan. hahahaha. Hotel ini sangat di recommended kan untuk honeymoon. Kalau nak honeymoon di penang la. Biliknya di oleh menjadi sangat romantis. Kita akan dihidangkan dengan lagu - lagu yang sungguh asyik. Aduiii Bella tidak boleh nak move on la. Bestnya bilik tu,semua favorite song Bella ada.

Sebenarnya, banyak dan berlambak Hotel Di Penang ini. Tips untuk mendapatkan Hotel idaman korang,

  1. Korang fikir lokasi dulu. 
  2. Apa tujuan korang ke Penang. Cari makanan enak? Berehat? Shopping? 
  3. Cari hotel mengikut bajet korang. 
Bella tak dapat la hendak ceritakan semua. Sebab Bella tidak pernah check in lagi kan,Tapi Hotel yang di atas sangat terbaik. Tak rugi korang check in disini. Semoga berguna untuk yang nak Bercuti Ke Penang.

Hahhahaha... belanja gambar betapa seronoknya kitaorang dapat katil sorg satu. haahahaa... ok..sayonara..have fun!!!

1 comment:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari