Monday

Pengangkutan dan Makanan Bercuti Di Krabi Thailand

Assalamualaikum...salam semua... apa khabar? harap sihat...

Hari ni bella nak sambung cite pasal Krabi,Thailand. Aritu bella ada cite PENGINAPAN BERCUTI DI KRABI,THAILAND Click je kat sini. Ini diantara persediaan awal la yer.. Krabi tempat yang kecil saja. Bella pergi kat airportnya pun takda map. Bella research la cari macam ne pengangkutan disana. Lebih-lebih lagi transport dari airport ke hotel. hmmm paling bajet naik bus,tapi susah la cara dia cite tu lagipun flight bella pagi takut bus tak beroperasi lagi.Then bella just minta tolong hotel book kan. Settle. Leh la tengok kat entry sebelum ni ada cite sikit pasal pengangkutan di Krabi.

krabi

Nilah driver kami. Alhamdullilah.. cepat dia sampai.Naik toyota camry. Charge dia 600Bth. Selesa..hehee jalan pun xdala seteruk Myanmar..berhati2x je dia bawa.Lepas je bella sampai kat hotel tu.. agak petang juga la. Bella dan siapkan itinerary bella sendiri dan bella dan inform dengan hotel juga untuk semua aktiviti bella di sana.

Motor di krabi

Inilah pengangkutan bella semasa di sana. Cute kan? Senang pergi mana-mana korang bawak je moto. Sewa pun murah. Moto bella 300bath sebab moto baru.Ada review kata dapt 150bath. My dear kata ambik jela. Sewa 24jam. Pastu plak bella mati-matian nak warna pink. hahhaa.. Ok la. Bella ambik ptg, dan kita hantar la ptg esoknya.Tapi bukan ambik kat kedai, dorg hantar ke hotel.Kitaorang hantar awal sebb ari kedua x guna motor.

Motor ni jela kami guna ke banyak tempat..Kami terus la ke kedai makan. Sebab bilik tak siap lagi dan activity lambat lagi..kami jejalan la. Cuma motor ni slow skit. X leh nak bawa pergi race.Hehehehe.


Kami ada juga naik van ni untuk melawat gajah. Kalau korang nak naik benda alah ni.. tak perlu risau sebab memang termasuk dalam bayaran pengangkutan korang ke tempat gajah tu. Kalau nak naik moto jauh ye cyang.. Van ni sakit giler bontot time masuk lobang pastu ni x leh naik penuh2x ni..buat2xnya kaki panjang memang berlaga-laga la lutut. Kurang selesa.



Inilah kedai pertama yang kami pergi. .. sebab tanda halal food tu punyalah besar.. walaupun hanya warung yang agak kecik. hehehe. Kedai ni just ok je la untuk mengisi perut yang lapar.


Time nak minta order tu kami terpinga-pinga la nak makan apa. Then kami tanya.. apa ada? Orang yang ambik order tu suruh kami baca papan ni. dia main tunjuk je.Adoi..bella ngan my dear bantai gelak la. Macamne nak baca tulisan thailand ni dik non..hahhaha.. then its ok la. Kami pergi dekat bahagian depan, tengok apa yang dah ada je. Pakcik yang jaga bahagian depan tu tau cakap melayu..sikit2x la.


Paling awesome bila korang makan nasi campur dorang akan bagi ulam-ulamnan ni satu pinggan. Ok la. Kat malaysia semua ni berbayar.kan.. pastu masa tengah makan tu, meja sebelah kitaorg pandang2x pastu dorg tanya..orang Malaysia? Kitaorang cakap haah..then my dear salam2x ada 4 orang semua. Dorang bikers la. Selalu keluar masuk Krabi. Tujuan? hanya ALLAH s.w..t yang tau. Faham kan? Dorang kata hati2x kat sini. Nak makan biarla ke gerai2x atau restaurant jangan makan kat kedai nampak mewah. Sebab dorang baru je kena. Makan x seberapa tapi kena pow sampai Thb4000.haa.. dorang kata nak ckp apa lagi kang x bayar ni negara orang. Bahaya. Then bayar jela. Then korang pun hati2x ok.


Pancake!! sedap sangat ke korang? Aku baca ramai giler riview kata sedap giler sampai ketagih. Bella rasa biasa je. Rasa sikit berminyak. My dear bella langsung x mau makan. Makan sekali je. Hahaha. Rasanya macam lempeng. Rasanya lempeng cicah sambal ikan bilis lagi sedap. Serious. Time nak beli ni bella tanya, kak..halal? Ngamuk dia. Dia kata ko x nampak ke aku bertudung ni?? hahhhaa... nak kan kepastiaan je kak..


Alang2x dah sampai harusla try. Ni pancake pertama bella rasa. Biasa je. Then bella kata. Pesal dorang kata sedap sangat? hmmm mungkin bella salah beli kot. Nanti bella nak beli lagi. Tu yang beli kali kedua. Pertama beli banana-choco. My Dear makan pisangnya je. Dia kata terlalu berminyak. Second time bella beli nutella. Tu my dear kat sedap. Pancake ni banyak sangat perasa, korang tinggal pilih je.


Makanan lain kena pergi pasar malam kat pekan. Bella pergi naik moto je. Jauh...dan takut. Memacam ada. Kat pasar ni bella try beli satay ikan tu. Sedap sosnya, dah la time hujan kan.. menambahkan kesedapannya lagi la. Bella bukan beli kat perempuan ni tau. Bella beli dekat perempuan bertudung, tp x leh snap sebab hujan lebat. Sempat snap pic aunty ni je. boleh la.. Hahaha.


Ni apam balik. Kat Malaysia pun ada kan.. tp yang ni banyak perasa. Murah. Bella try ni juga la. Ternyata sama je rasanya. Kalau x mau bagi rasa sama..try la perasa lain ok? boleh mix2x lagi.


Kat pasar ni..Ni yang paling terbaik. Bella suka sesanggat ayam goreng kat krabi ni. Sedapppnyaaa!!! korang kena beli. Aritu bella beli dua ketul je. Satu original. Satu pedas. Pastu my dear pun kata.. sedapnya!! pastu makan banyak. Bella kata jom la patah balik beli lagi. My dear kata tak yah la. Last2x bella asyik teringat je ayam goreng ni. Bella nak beli banyak2x sedap!!! korang kena try. Memang kena try. Perasa yang digunakan tu. Sedap.


Gerai ni bukan nak cakap pasal kesedapannya tp pasal harganya. Bella just makan tom yam dan ayam pakprik.. dan air bawak sendiri.. dorang ketuk sampai rm40. My dear kata adus.. kena ketuk plak. Jadi korang elakkanlah makan kat kedai tepi jalan yang mejanya warna biru. Kalau dari pantai kedai ni sebelah kanan. Maaf nama kedai x ingat. Hehehe. Nanti kalau ingat bella habaq tau.


Kedai ni terbaik. Telur tu rare betul. Ranggup giler tp x berminyak. Sedap la..Orang kat kedai ni pun ramai. Macam makan kat Malaysia je. Penuh orang melayu. Hhahaha. Bella ada senaraikan banyak kedai yang patut bella pergi dan makan kat situ, tp my dear bella malas nak cari. Lapar sangat agaknya. Then kitaorang just pergi je tempat yang ramai orang. Maknanya sedap la tu. Secara logiknya la kan.


Gerai ni jual sup itik. Penuh orang duk hurung. Bella kata ape tu? Kat sini penuh dengan couple melayu maybe dtg honeymoon la yer.. Then bella tanya satu couple tu. Makan apa? Dia kata sup itik.. sedapp!! bella kata owh.. Dia kata dari Malaysia ke? try la..rugi x try. sedap. xrasa itik pun. Sorry bella x mkan n x pernah makan itik sepanjang bella hidup ni. Then terima kasih je la. Tapi gerai ni memang terkenal dengan kesedapan sup itiknya. Bella x letak pun dalam itinerary nak makn sup itik. Tapi jumpa plak.

Kesimpulannya sangat puas ati bercuti disini. Kan bella kata bella punya la nak makan lagi ayam goreng krabi ni kan.. bella pergi la cari sekeliling pantai krabi ni,ada jual tak.. Rezeki agaknya..pagi2x ada pakcik jual dekat tepi jalan.Ramai orang beratur. Kiranya untuk sarapan la. Pagi tu sebelum naik flight pun bella nk g beli, tp tgok driver tu macam x ok je. Then terus je la balik.

Setakat ni dulu... kalau nak tau harga-harga nanti bella search. Hehehe..tak ingat.  Ok..salam sayang. xoxo..salam..

Boleh juga check entry sebelumnya...

2 comments:

  1. Terima Kasih bella share info di KRABI.

    InsyaAllah..planing nak pi sana sefamili bawak anak2..

    Tips dan info yang Bella share dapat jadi panduan kami disana nanti.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. hi! Saya enjoy baca your entries! Kira Krabi ni senang jugak cari makanan halal ye?
    Thanks for the tips!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari