Tuesday

Pengalaman Buruk Di Gold Cost Morib

Salam sayang semua... Assalammualaikum..

Bella nak share pengalaman Bella menginap di Gold Coast Morib.Nama wow gahnya. Siapa tengok romantika antara Yusry dan Lisa surihani? Kan dorang dapat percutiaan tajaan Gold coast sepang 1 malam. Cantiknya!! Bella feeling -feeling sangat hendak percutiaan di Gold Coast Sepang ala - ala macam Romantika itulah. Tapi Bella dapat Pengalaman Buruk Di Gold Cost Morib Sepang.

pengalaman buruk bercuti

Bella dapat rasakan yang Gold Coast Morib ini saja saja nak bagi kita keliru buat nama sama. Sebab ada perkataan Gold Coast depannya.Dah la lokasi berhampiran. Satu jalan. Bella beli dekat internet. Promo dapatlah Rm300 lebih kurang.Tapi harga sebenar voucher tu worth rm6++ lebih kurang la harga Gold Coast Sepang tu.Bella punya la happy menuju ke Gold Coast. Menuju ke Sepang.Bila Bella tengok peta yang di lampirkan sekali masa pembeliaan, eh macam salah je. Tapi dalam hati kata la ini bukan kat Sepang. Kat ne sebenarnya ni???? aduiiii!! salah Bella sebab main beli je. Tak check betul - betul.

resort gold cost

HB pusing dan cari jalan untuk ke Gold Cost Morib Resort, Alhamdulillah, sambil HB membebel -bebel. Sampai juga.Bella seorang yang positif. Masih happy bila dah sampai. Parking belakang hotel. Parking penuh. Cari - cari baru jumpa. Parking jauh sikit.Lepas letakkan kereta kami pun masuk ikut pintu belakang. Macam ada satu bau busuk. Macam longkang kot. Bella membebel kata macam kotor la. Then HB kata, takpe bukan hotel kita pun. Kami ke reception dan daftar. Bella tunggu lama gila kot. Boleh tahan cantik.Tapi banyak lalat. Banyakkk!! geli tol (sila lihat pic atas). Sebab Lembab sangat.Bella tanya la..lambat lagi ke? Bayaran penuh saya dah buat.Dia dengan pandangan sinis sound kat member dia bagi bilik ** tau. Sebab Bella lupa no bilik tu. Berulang - ulang dia ingatkan member dia suruh bagi bilik tu dekat Bella.


Lepas siap kami check in. Kami hendak masuk kebilik kami, rupanya memang lalu kawasan yang busuk tadi.Kami saling berpandangan dan HB kata ah.. xda apa la. Nak naik lift satu hal. Lambat sangattttt. Satu lift lagi rosak. Dekat 45min kami tunggu. Sambil berdiri. Beg berat plak tu. Memang hangin satu badan. Masuk - masuk bilik, ok. Sebab bilik besar dan cantik. Masalahnya apa pasal korang tidak bagi kitaorang katil double? Bella dah booking seminggu sebelum kot melalui email. Bella dah bagitahu sila bagi katil double.Memang hampeh. Single bed ini bukan apa kang seorang terpelesok kat tengah. Hei, orang nak sambut anniversary ni. Hampeh la. HB plak happy giler.. sebab ada jakuzi. Siap boleh berendam sambil tengok TV lagi. Kebersihan bilik Ok.

permainan di gold cost morib

Siap - siap kemas bagai, tukar baju kami turun ke theme park. Bella beli pakej include sekali. Rugilah tak masuk. Of course la yang ada anak-anak akan rasa happy sangat dekat sini. Sebab kebanyakkan permainan sesuai untuk kanak - kanak. Bella bosan giler. Semua orang tengok Bella main dekat tepi sorang - sorang. Hmmm sedeynya. Ada satu gelongsor tu kena buka baju. Bella tak pakai swim suit tak boleh la naik. Main sikit -sikit sajalah.

bercuti di morib

Bella ambik pakej sekali pakej dinner, breakfast, dan dua tiket theme park. Jimat. Makanan banyak  jugalah tapi banyak yang berbentuk salad. Nasi pun ada. Tempat penuh. Jadi bawak pinggan hati - hati. Ada yang tak bertamadun berebut - rebut pula Adui.. tak tahu ke makanana akan ditambah?

bercuti di gold cost morib

Lepas makan kami jalan - jalan ke sekitar Gold Coast ni. Takda yang menarik pun. Nak ke laut tapi air surut jadi terlalu jauh kedalam nak jumpa laut tu. Patah balik la dan celebrate anniversary kitaorang.Ada sesi tukar - tukar hadiah.Jangan tidak tahu. Hahahha..

bercuti ke morib

Seronok sangat dapat hadiah. Time nak decorate lilin tu pun bergaduh. Tu cantik la.. kat sini cantik la.. kelakar betul. Bella meneruskan aktiviti dengan bermain PSP. HB plak sibuk berjakuzi. Lepas itu bella terlelap. Pukul 3 pagi HB terbangun. Dia kata bunyi apa tu? Bella malas nak ambil port sebab Bella fikir mungkin pekerja sedang kemas bilik ke atau cleaner ke, masa Bella nak terlelap balik, HB yang macam mak jemah tu pergi mengintai dekat pintu. Apa yang berlaku. Pastu dia kata dengan Bella,bilik depan tu pintu dia tertutup dan terbuka dengan sendiri, tapi tiada ORANG!!!

What????? Bella yang hampir nak kembali lelap terus meremang dan jantung berdegup kencang. Bella tany, betul ke? Dia kata betul la. Masalahnya bunyi tu terlalu kuat macam pintu tu dihempas!! Angin ke? Macam pelik sebab bilik tu agak kedalam. Apalah management resort ni, kalau betul la pintu tu rosak kenapa tidak letak kunci dari luar? baiki la. Sangat - sangat mengangu.HB asyik - asyik bangun tengok. Memang mak jemah. Bella berselubung ketakutan. Takut sangat. Seketika kemudian, bunyi pintu dihempas kuat itu pun berhenti. Tapi lama!! dekat 2 jam rasanya. Tension!!!! Orang nak datang rehat la.

percutiaan ke gold cost morib

Pagi - pagi Bella dah check out dengan muka penat dan tidak cukup tidur walaupun Bella boleh check out tengah hari. Bella sarapan pun tiada selera. Memang pengalaman buruk betul. Tolong take note yer,management Gold Coast Resort Morib.

Bella bukan la jahat sangat,tak bagi korang pergi.Tapi sila jangan abaikan pesan Bella ni:-
  • Korang boleh pergi tapi make sure pilih bilik mengadap pool. Bukan hutan. Patut la budak reception tu banyak kali ingatkan kawan dia bagi bilik tu. Berhantu rupanya.cit!!
  • Sebelum beli kupon di Groupon or my deal or big deal or what ever sila call resort untuk check kosong ke tidak. Kalau tidak tergesa - gesa macam Bella sebab kupon dah nak expired.
  • Baik pergi dengan kanak - kanak. Baru seronok.
  • Sebelum masuk make sure remote air cond and segala jenis remote sudah diambil. Sebab masa Bella dia lupa bagi remote air cond. HB turun la minta. Dia kata tak pe nanti dia hantar. Pekerja datang panggil berapa kali kitaorang tidak dengar dia terus tolak pintu!! kurang hajar giler!! tak pakai tudung kot Bella.Seriously tidak boleh blah.
Memang bad experience bagi Bella. Bella memang tidak akan pergi sini lagi. Teruk.

19 comments:

  1. hi! salam kenal.. pengalaman kat Gold Coast.. haritu pergi bulan 3 2013 best.. bilik mengadap theme park. Tapi! bila malam menjelma, angin sejuk2 .. hehe memang ada bau tak best.. kalau kat dalam blk memang tak bau.tp jalan nak pergi tempat dinner.. huhu memang obvious bau dia.. sabaq je lah!

    ReplyDelete
  2. Itu bau kilang sawit. Ada dikawasan berhampiran.

    ReplyDelete
  3. kalau nk thu knp nama gold coast morib sama dgn gold coast sepang try search..ada sbbnya..berkaitan owner gak lah..tp skrg kt sepang dh tukar avani gold coast.. mmg mlm2 akan ada bau busuk..kalau nk thu bau ape try la tanye staff kt situ..nk ckp pun xbrpe nk sure...management kt situ mmg teruk..staff pun sama. ni brdsrkn pengalaman kerja situ la...

    ReplyDelete
  4. Alaaaaamak minggu depan nak pergi

    Thanks bella for info,hope boleh mintak bilik
    Mengadap pool dan xdalah bad experience tu ya

    Follow saya lalabiestory.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Ms sy pergi dulu sy igt pon mmg ada bau busuk la.. tp bau tu kat water theme park tu.. mula2 rs mcm xlalu nak mandi tp bila dah mula mandi lupa da yg mula2 rs xlalu nak mandi tu.. haha

    ReplyDelete
  6. ..pls advise perlu ke amik 2 bilik - 7 adult & 2 children?

    ReplyDelete
  7. ..pls advise perlu ke amik 2 bilik - 7 adult & 2 children?

    ReplyDelete
  8. Salam.. Family sy baru balik dr gold coast melaka.. Mgkn nasib tak berapa baik so dpt bilik yg agak kekerasan sikit hehe. Ni pengalaman family sdri bkn saja2 create.. Mgkn bilik yg dpt tu je kot tak brape ok sgt.

    ReplyDelete
  9. kawasan sana memang ada bau sbb dekat dengan tempat ternak babi hihi...sape lalu sana memang bau walau kt jalan..

    ReplyDelete
  10. Saya booking guna agoda balkoni menghadap asrama pekerja hampeh.kat balkoni plak penuh tahi burung.ada juga lampu yg x boleh on. Telefon pun x boleh guna.1st & last ler di sini

    ReplyDelete
  11. Nasib baik baca..majority ckp tak best...phewww...xjadi nak book!!

    ReplyDelete
  12. hahaha, mmg xok rupanya gold coast ni...baru nak ajak fmly...

    ReplyDelete
  13. NO TO GOLD COAST MORIB / SEPANNG... BUT YES TO GOLD COAST AUSTRALIA... hehehehehe...

    ReplyDelete
  14. Aduhh..baru plan nk beli vaucher yg depa juai murah tue.. padan lah murah.,, huhhh.. cancel cancel..

    >>>>>Luka Kencing Manis Pulih Dalam Masa Tiga Hari!<<<<<

    ReplyDelete
  15. Ok je saya baru balik best sgt 108 murah berbaldan dpt flying fox lgi

    ReplyDelete
  16. Sedang bercuti di sini.. jam pun baru pukjl 11 mlm.. nk jugak nengok ape trjadi.. huhu.. setakat ni ok lah.. cuma kt kaunter td bangang punya staf.. dah lah kaki busuk.. gi tanggalkn kasut.. mcm sial bau.. ape pun yg lain2 ok..

    ReplyDelete
  17. baru balik dari bercuti di gold coast...
    nk story skit..
    kakk ipar dah bayar untuk sume bilik... then kakk dtg kemudian bayr lagi...
    pekerja situ amik je duit tanpa bagi resit..
    mlm nye kitorg baru sedar dah telebih bayar..
    next day baru gi mintk balik duit tu kt kaunter..
    dpt balik..
    tpi ura2 penjaga kaunter tu mmg nak amik duit tu masuk poket..
    so ati2 ye

    ReplyDelete
  18. Baru blk dr sana jgk....servis sgt teruk...minta iron n punya la lama tggu x hntr2..turun skali lg utk mntk iron sbb call front desk tu x dpt...dh dpt iron tp iron rosak lak...turun skali lg bgtau mnta hntr iron lain..smpai ke sudah x hntr...hampeh..

    ReplyDelete
  19. Pengalaman saya pula dah buat booking dgn agent dia dari bulan Jan 2017 untuk
    cuti sekolah 19-20/03/17. Tapi sampai sana staff dia ckp no booking tu orang lain dah ambil & dah check out pun. Nama saya langsung x de. Jadi saya tunjuk snapshot booking no. boleh pulak dia ckp saya tipu. Nasib baik agent saya tolong fight. Buat la balik booking untuk 25-26/03/17...last la pergi situ

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari