Tuesday

Bercuti Ke Langkawi-TIP PENTING!!

Holla.... As Salam semua, Ari ni Bella nak berkongsi dengan korang semua mengenai percutiaan ke langkawi. Banyak kali bella ke sini. Langkawilah tempat paling lengkap. Pengangkutan senang, makanan banyak, shopping best dan pantai pun cantik.

langkawi

Kami bertolak dari kedah. Maknanya perjalanan bella xda la jauh sangat. My Dear bella kan orang kedah. Kalau g langkawi tak singgah rumah dia..mau mengamuk my dear bella. Dia mestila nak balik rumah dia dulu, kemudian baru kami ke langkawi. Pergi langkawi tak leh la bawa kereta. Kita kena tinggalkan kereta dekat jeti. Sobs..sobs..bye2x kereta. Naik ferry jauh juga la. My dear tido. Pening la.. xtahan..la.. pe2x la. Bella excited nak tgok luar semua. hahhaaaa.


Bella masa mula-mula pergi dulu memang xda ambik agent apapun.. main pergi je. Sebelum beli tiket ferry adalah promoter yang promote hotel kata hotel kat dalam tu dah full. Kalau ada pun mahal. Bella kata ngan my dear bella, takda ke hotel dalam langkawi tu? My dear kata ada..tapi takut full. Dah termakan kata2x promoter tu la tu. Then bella kata, jom je la beli kat dorang. Dalam rm2rat jugala. Tak lama lepas tu, tertampal di dinding ferry, harga bilik yang lagi murah. Keadaan bilik yang sama je. Adui..

Korang tengok pic kat atas tu.. hotel kayu tu paling bella cadangkan kat korang. just click  Langgura Resort . Hotel tu atas nama baron hotel. Baron hotel banyak kat langkawi ni. Tapi sepanjang bella pergi langkawi, hotel bajet langgura ini la the best. Di buat daripada kayu, bilik yang besar dan belakang hotel ni adalah pantai. Sungguh asyik...hahahhaa.. Nak buat aktiviti pantai pun senang. Sekeliling penuh dengan kedai makan dan travel agent yang menawarkan bermacam-macam aktiviti.syokkk...

Kereta plak, normally sampai je kat langkawi kita kena sewa kereta. Time bella sewa ni, satu hari rm110 rasanya. Bella selalunya akan sewa dekat jety langkawi bila dah sampai. Kan sebelum2x tu pun ada orang yang promote kereta dorang kan.. selalunya bella akan ignore je dan pergi masuk dalam tanya kat kaunter. My dear kata xpe ambik je kete memahal, kat sini je dapat rasa. Banyak la. My dear dan kereta memang tak dapat dipisahkan. Minat betul.


Disebabkan pantai hanyalah dibelakang hotel korang, Jadi korang bolehla buat berbagai aktiviti. Bella excited sangat nak mandi, berenang2x semua..my dear kata tak boleh. Tengah hari x boleh.. nanti hitam. eleh..gedik betol. Biarla kan..bukan selalu. Ni semua x boleh. Then bella just duduk tepi pantai je la..mencari rindu yang tiada penghujungnya...eceh.. Takpela tunggu jela petang.

Bella walaupun banyak kali pergi langkawi..tapi bella tak pernah buat aktiviti laut kat sini. Percaya tak? hahahha.. Sebab pertamanya my dear bella tak nak. Sebab keduanya x cukup masa. Kadang2x abis masa untuk shopping je. Bella plak kalau shopping mesti tak ingat dunia. Beli satu barang pun berjam. hhahaa.. My dear marah betul sebab bella lambat sangat dalam kata lain cerewet giler. Padahal nak beli kain batik je pun.Ahaks..hei!! sukaati orang la.. eleh!! x suka g tunggu dalam kete. hihihihi.

romantisnya, honeymoon

So sweet kan.. hahhahaa.. bagi yang bersekolah jangan buat aksi di atas ya.. ini untuk yang dah halal saja. Hahhahaa...Halal means dah nikah yer adik2x semua. Sebab sekarang semua kanak2x dah terlebih bijak dan pandai.Alang-alang sampai langkawi mestila tangkap pic kat landmark langkawi ni kan.. tp nak pergi ke sini..adoi..panasnya.. Nak tangkap gambar pun mencabar sebab ramai orang berebut2x gak nak ambik gambar kat sini.Bella kan pergi berdua je ngan my dear...nak tangkap pic kat sini my dear set time pastu letak tak tembok je. Tgok2x jadi.. proud with you my dear.

BERCUTI KE LANGKAWI

Selepas tu bella pergi la ke langkawi kabel car...memandangkan aktiviti laut my dear x izinkan.. waaaa... tingginya.!!! cabel car ni dia ada akan berhenti di satu macam pit stop untuk kita mengambil gambar, pergi toilet ataupun meredakan degupan jantung. Yela...tinggi giler!! Bella memula naik..ok..ok.. lepas je pit stop ni nak naik tinggi lagi..bella nangis!! omg!! bella ada ketakutan pada ketinggiaan rupannya. My dear bella sakit perut gelakkan bella. eeee malu la sikit nangis. Bella diam je,tp air mata berjujuran jatuh. huhuhu... malu jer..

langkawi cabel car, bercuti ke langkawi

Akhirnya sampailah kita di puncak gunung ni. Kat atas sekali ni ada kedai makan. heheehe. tp mahal sikit la. Kalau korang nak rasa makan meggi dipuncak gunung boleh la try beli. Bella beli air je. Time bella sampai dah panas. Walaupun kita di puncak tapi tak terasa sangat angin tu. hehhee.. haba panas je rasa. Di puncak kita akan dapat lihat pemandangan yang wow!! kebiruaan saja. Time nak naik tu pun dalam kabel car...korag tgok ke arah laut. Laluan kapal kapal tu membentuk lukisan yang menarik. Betul..tak tipu.

Bila kita dah sampai pelantar atau tempat pit stop tu.. dari sini kita akan nampak satu lagi pit stop. Bella excited nak pergi ke situ juga. Walaupun tadi nangis bagai nak rak kan.. sampai kat atas excited plak. hahahaha.


Bella kata kat my dear, nak pergi sana. My dear kata tak yah la..sama je. Bella kata nak jugak!! jauh kot kita datang. Nak naik pun seram. Cukupla kot bella naik sekali. huhuhuuhu. Walaupun my dear bella tak nak, bella tetap juga melangkah menuju kesana. Takkan my dear bella nak biarkan bella sesorang kan. Jadi kitaorang pun pergi la. Dah la bella pakai hills..omg!! susah giler nak ke pit stop lagi satu tu.. macam jungle trekking plak. Bila sampai...waaa..bergoyang plak jambatan tu.. Tak leh duduk lelama kat situ panassss.... then bergerak turun la kita yer..

BERCUTI KE LANGKAWI

Masa turun tu kami singgah di stesen minyak,tapi tak ingat la stesen minyak apa..tapi rasanya petronas. Tepinya ada pemandangan yang sungguh asyik. Ada banyak yacht, macam kat over sea pulak rasanya. hahaha. Bella cakap kat my dear jom tangkap gambar...macam kat over sea tu. My dear kat over sea kat mana? Bella kata miami.. hehehehe.. my dear kata yela tu..tapi pergi pose juga. hahahaha.. memang cantik tempat ni cuma time ni terlalu panas. Over terang plak pic.

BERCUTI DI LANGKAWI

Dah jalan jauh terasa la haus kan. Ramai yang kata dekat lapangan terbang langkawi ni, tepi dia ada laksa sedap. Then bella ajak la my dear cari. Ada beberapa kedai kat situ.Memang ikut rezeki si penjual la ye mana yang kami berhenti. Kami berhenti mengikut kawasan yang cantik dan ramai orang. hehehe. Memang awesome dengan sisi kami adalah laut. Terbaik kat sini adalah rojak. Sebab bella tengok boleh dikatakan semua memesan rojak. Asalnya nak makan laksa. Then bella order jela semua yang ada kat situ. Haaa puas ati. Memang terbaik. Sape datang langkawi haruslah try makan kat sini. Pergi je ke arah lapangan terbang langkawi. Terus je dan akan jumpa la deretan penjual laksa ini.


Bella meneruskan lawatan ke beras terbakar sebelum pulang. Kat sini macam peninggalan seajrah la. Sebelum sampai sini pun ada ramai penjual. Bagi bella x menarik pun. Hhahahaa. Sejarah beras terbakar ni bermula di halaman rumah ku halim bin ku hassan. Masa tu ada peperangan antara langkawi dan siam. Jadi bagi mengelakkan bekalan beras dorang dirampas, dorang pun membakar beras tu. Jadi sehingga ke hari ini kita dapat melihat kesan terbakar di depan rumah ku halim ini. Macam tu la serba sedikit kisahnya.

Then marilah kita pulang kembali ke kedah...oh ya.. sebelum terlupa, disini bella nak kongsikan tip penting untuk ke langkawi..

  1.  Tempat shopping murah adalah di pekan kuah. Ramai yang mencadangkan berbelanja di Haji Ismail Group.
  2. Coklat adalah barang yang paling berbaloi untuk shopping di langkawi.
  3. Bella ada gak bella luggage kat sini. Murah dan sampai skrg ok lagi. Boleh dipertimbangkanlah:)
  4. Pakai la kasut jika mahu menaiki cabel car.
  5. Pantai langkawi pasirnya putih dan cantik, tetapi disebabkan banyak aktiviti dilakukan di pantai jadi elakkan ke pantai berkaki ayam di waktu malam. Banyak kaca pecah.
  6. Tempat paling meriah diwaktu malam adalah sekitar tepi pantai.
  7. Tak perlu membeli pakej untuk ke langkawi,kerana semuanya mudah untuk dapatkan sama ada hotel ataupun kereta sewa ataupun pakej aktiviti laut,semuanya mudah dan lebih murah.
  8. Underwater world amat menarik jika dilawati bersama anak2x. Pengalaman baru bagi mereka. Terbaik.
Sekian dulu dari bella..harap bermanfaat. xoxo.


30 comments:

  1. good tips dear

    akak dtg dari FB kelab blogger ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah Miss Moon.. salam kenal

      Delete
  2. Assalamualaikum dan singgah ptg...BW dari blog Kisah Emas Putih....bestnya kat Langkawi....bnyk tmpt bersejarah....bila dapat pergi ke Langkawi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. thank you sudi sinngah. Pergila. Dekat jer..salam kenal yer mardiah.

      Delete
  3. wah..betsnye bercuti langkawi.. saya belum berkesempatan lagi nk pergi..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harusla mencuba kesini.. sebab tumpuan utama pelancong ni. Rugila... dalam negara sendiri pun x pergi..

      Delete
  4. wah... romantikknye..:) tp memang best la p langkawi kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang romantikk la tu.. time honeymoon pergi gak. hahahaha.. memang best.Terbaik.

      Delete
  5. I Plan to have my holidays there...wow! thanks for the tipss....helful! nice to meet you..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Kenapa perlu pakai kasut bila naik cable car? Kalau pakai selipar tidak dibenarkan naik cable car ker? bercadang untuk pergi ke Langkawi this weekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baca dari atas la tue... kan ada pic siap tunjuk trekking ke pi stop satu lagi. Ada pic kat atas. Kalau nak pakai selipar pun boleh.. mana yang selesa la.

      Delete
  8. bile bca bella punye cite nie...syok kot.smpai bole nangis mse naik cable car sbb tinggi punya pasal.Excited lebey kita nk ajak en somi g sne.tq bella konsi tips.

    ReplyDelete
  9. bca bella punye cite kan....kite pon rse nk nangis,gayat kan.klu cm tu kna bwk en somi skali bole lap air mate ..hahahaha

    ReplyDelete
  10. Banyak Tip Menarik Yang di Kongsi.Datanglah lagi ke langkawi Nanti.

    ReplyDelete
  11. thanks dear for this sharing

    sangat informative untuk kami yang nak bercuti ke langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome... happy kalau dapat info dari sini

      Delete
  12. Langkawi best, saya pun baru pergi sana bulan Mei lepas. Saya ada buat review di blog berkenaan Langkawi.

    ReplyDelete
  13. hai..singgah cni mencari kisah2 di langkawi..

    ReplyDelete
  14. next time dok ngn kami pula...hehe

    ReplyDelete
  15. xdetail pun review psal hotel..

    ReplyDelete
  16. Terima kasih bagi tips in, banyak belajar ni. Next time kami sekeluarga nak ke sana pulak

    ReplyDelete
  17. TQ sharing, mmg ada plan nak jalan2 sana

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari