AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Tuesday

Bercuti Di Krabi - ISLAND HOPPING

Salam... hari ni bella sambung pasal Percutian Ke Krabi yang best!!. Tapi snorkeling, baik lah korang snorkeling kat Malaysia. Lagila cantik. Betul tak tipu. Redang the best for snorkeling. Bella dah ceritakan satu persatu aktiviti Bella  di Krabi, daripada Itinerary Ke Krabi, Penginapan Di KrabiPengangkutan Di KrabiMakanan Halal Di Krabi Thailand,Aktiviti Di Krabi THailand, Naik Gajah dan sekarang aktiviti Island Hopping pula. Menerokai pulau - pulau di Krabi Thailand. Jom kita Bercuti Di Krabi-Island Hopping.

Bercuti ke Krabi Thailand

Pepagi Bella dah bersedia untuk aktiviti Island Hopping. Hotel yang tolong booking kan dengan harga 1200Bath per person. Standard price rasanya. Pergi beramai-ramai dan agent ambil Bella naik bas. Bas old skoll giler dan buruk. Hhahhaa.. Korang pernah naik bas dalamnya ada kipas? kipas macam kat rumah tu. Haaa dalam bas ni ada. Masa tunggu tu lama "then auntie tu kata better u take breakfast first." Ok la.Kami pusing - pusing sekitar pantai banyak orang jual sarapan. Ayam goreng sedap pun ada.

Krabi, thailand, bercuti ke thailand

Kami dibawa naik bot yang cantik. Sebelum naik kena buka kasut. Terbaik pasal bot ni dorang bagi air percuma. Semua jenis air ada. PERCUMA!! Ambil jelah berapa tin korang nak. Tapi semua malu. Bella pun. Ambik satu tin je. Ahaks.. Ada la beberapa orang mat salleh tu batak giler. Tak reti nak duduk diam asyik berdiri sana sini. Semak Bella tengok. Geram je. Nasib bot ni selesa.

pulau di krabi, pantai krabi

Aktiviti pertama kami adalah ke Bamboo Island. Ambik masa dalam 45min lebih kurang la. Bamboo Island la Bella paling suka. Seronok gegila mandi kat sini. Bella rasa lautnya lembut sangat. Kat pantai ni je Bella boleh mandi puas-puas. HB Bella?? Owh dia tengah sibuk cuci mata sampai tak mandi ko!!! Biarlah dia Bella bagi peluanglag dia mencuci mata secara live. Terpaksalah Bella layan la mandi sorang2x.

bercuti di krabi thailand

Mempersonakan kan? Bukan Bella, tapi air laut yang jernih tu. Tengok air laut tu macam ada 3 warna. Bella pakai life jacket sebab tak tau berenang. Masa ni macam Bella sorang je yang mandi. Lain-lain semua jejalan je tengok ciptaan ALLAH s.w.t termasuklah HB. Bella memang tak boleh lupakan pantai ni. Terlalu awesome! Tapi di satu tempat ke satu tempat, Tour ini bagi masa. Jadi kena tepati. Masa dekat pantai ni nyaris 2 orang kena tinggal sebab lambat. Sebenarnya bukan salah tour tu, salah tourist tu jugak ada ke dia bawa kawan dia naik boat ngan kitaorang. Jadi penumpang kitaorang bertambah. Tour ingat dah cukup. Rupanya tu orang lain. Nasib kitaorang tak jauh lagi nampak dorang lambai-lambai dari jauh.

percutiaan ke krabi thailand

SubannaALLAH.. cantik kan? Kami seterusnya bergerak ke Phi Phi Lay untuk melihat Viking Cave. Dekat sini just tengok pemandangan yang tersangat la cantik dan dipercayai banyak sarang burung.Seterusnya ke Monkey Bay. Tengok monyet je. Dekat situ dipercayai ada dewa monyet. Boring.. Bella lebih fokus kat air lautnya yang amat cantik.

percutiaan ke krabi, pengalaman ke krabi

Seterusnya kami ke Maya Bay. Tempat banyak perfileman di buat disini kerana pemandangannya yang sangat indah. Filem james bond pun dibuat kat sini taw. Pemandangan memang indah. Susah Bella nak gambarkan dengan kata - kata. Mata korang tengok baru korang akan faham. Jom layan gambar skit.

percutiaan ke krabi

Signboard ni ada kat Maya bay..bawah tu penuh orang meniarap... Penuh!! Separa bogel taw...

bercuti ke krabi

Sungguh indah ciptaanNYA. Pantai ini memang sangat cantik. Rasa tak puas singgah kat sini. Semua  yang sampai sini menikmatinya dengan sepuas - puasnya. Bella pun sama.Sakan kat sini. Omputih lagilah. Berbagai gaya dan aksi mereka buat. Selepas puas mandi manda, kami pun di bawa ke Phi Phi Don untuk makan secara buffet. Kat sini banyak kedai tapi kami tak beli apa-apa pun, kecuali buah mangga yang sangat menarik perhatian. Tapi masam pula. Hampeh.

bercuti di krabi thailand

Pemandangan dari Phi Phi Don. Dorang suruh kita panjat tembok tu. Aduii dah la tinggi, Pastu bot tadi di parking jauh. Sampai saja, semua orang berebut-rebut la makan. Lapar.Agak sedap. Masa tengah sedap makan-makan tu Bella tiba - tiba tersedar yang camera Bella takda. Bella puas cari dalam beg semua. Adui.. mana ni?? HB Bella yang baik hati terus ke agent minta izin nak masuk bot cari. Belum sempat HB nak meredah air laut nak masuk dalam bot Bella dah jumpa. Haaaaa !! Sorry!! bawah baju. Aduii..Marah semua orang kat Bella. Gabra mak jemah betul lah Bella ni. 

Pengalaman bercuti di krabi thailand

Lepas makan, bot ni berhenti untuk kitaorang snorkeling. Semua kecepuss!! kecepus!! masuk. Termasuk la HB. Dia yang hebat pun asyik tenggelam timbul. Memang dalam nak amat! HB jenis yang tak suka pakai life jacket terror la konon. Dia paksa-paksa Bella turun. Bella pun turun la, alang2x dah datang jauh. MasyaALLAH!! Menakutkan!! Ombaknya sangat kuat. Air bergelora. Dahla ikan kecik2x. Tak cantik pun!! Bella masuk dengan perasaan yang amat takut. Jadi Bella tak boleh bertenang. Air laut dah bergelen2x masuk tekak dan sesak nafas. Bella apa lagi tekan la HB. Dia plak tercunggap - cunggap dekat situ. Nyampah betul. Nak bawa Bella tapi tak nak pakai life jacket. Akhirnya kejap jela Bella snorkeling. Pastu naik. Bangga la dengan Malaysia yang 10x lagi cantik untuk aktiviti snorkeling.

percutiaan ke krabi

Petang tu kami keluar untuk jalan-jalan je sekitar pantai Krabi ni. Sambil cari makan. Paling banyak kat sini adalah massage. Nampak tak dekat belakang HB tu ada massage center. Ada yang kata terbaik. Bella masuk massage center mana ntah. Cair dengan ajakkan budak perempuan yang tersangat la lembut. HB ikut je. Bella cakap ok la. Bayangkan..lebih 10 kedai Bella boleh tolak, tapi dengar suara perempuan ni Bella terus cair. Bayangkan pula kalau lelaki yang dengar macam mane?haaa.. Jadi jangan bagi laki anda pergi sini tanpa anda. Sangat bahaya. Warning ni.


Sepanjang kaki jalan juga penuh dengan cenderahati. Bella beli la tambahan fridge magnet. Fridge magnet kat kaki jalan ni unik sikit dari night market. Kami jejalan tepi pantai dan makan malam. Esok dah nak balik.

BERCUTI DI KRABI

Bye - bye Krabi. Kenangan yang sangat manis disini. Kebanyakkan yang kami jumpa disini adalah pelancong. Penjual di kedai-kedai pun orang luar macam indon, nepal, dan bangla. Pastu sombong plak tu. Minta kurang tak bagi. Hampeh. Sangat seronok disini. Memberi ketenangan dan pengalaman baru untuk Bella  dan HB.

Harap korang dapat la gambaran Krabi tu macam ne kan? Pertamanya haruslah set Krabi ni best. Jangan set tak best. Semua yang korang buat akan rasa tak best. Sayonara... Bagi memudahkan korang dibawah ada list percutian Bella ke  Krabi. Korang boleh juga klik dekat sebelah kanan, label Krabi.

  1. Penginapan Bercuti Di Krabi Thailand
  2. Pengangkutan Dan Makanan Becuti Di Krabi Thailand 
  3. Bercuti Di Krabi-Elephant Trekking 
Ok sampai disini dulu..harap manfaat.

2 comments:

  1. Bella g krabi brp hari ea? N brp bajet ckup kalo utk pegi ngn husband?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3hari 2 malam. bajet seorang rm1k x silap. Memang x shopping sangat pun. Normally 3k mesti standy by la. sekali tiket flight, hotel, makan shopping semua la.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.