Bercuti di Kuching Sarawak

Hari ini Bella cari mood nak menulis eh menaip sebab Bella nak kongsikan mengenai P ercutian Bella ke Kuching Sarawak yang sebenarnya 2 ...

Hari ini Bella cari mood nak menulis eh menaip sebab Bella nak kongsikan mengenai Percutian Bella ke Kuching Sarawak yang sebenarnya 2 dalam 1. Bella pergi ke majlis konvokesyen apalagi ambik cuti lebih pergi jalan-jalan Sarawak la. Bella pergi ke sana bersama - sama dengan keluarga suami Bella. Dorang dah beli tiket dulu dan ada yang baru je beli rasa nak join terus beli. Bella?? Tunggu promo kalau takda promo tak pergi la jawabnya, sebab kalau takda promo memang mahal!Jom tengok apa yang Bella buat bila Bercuti Di Kuching Sarawak.


KONVOKESYEN DI KUCHING SARAWAK
bercuti ke sarawak

Hendak dijadikan cerita, mungkin rezeki sepupu kami yang dipanggil Kak Cik adalah promo dari AIRASIA. Bella memang pelanggan tetap Air Asia. Kiranya pergi balik untuk dua orang dalam Rm400 sahaja. Ok sangatlah dari harga asal seribu lebih masa tiada promo. Perbezaannya kami pergi lewat sehari. Jadi keburukannya kami tidak sempat ke Pekan Serikin. Sedih gak la. Tapi semua cakap biasa je. Kami pun tak beli apa pun. Ok la. Pandai mereka sejukkan hati Bella yang kuat shopping ni. 

Sarawak bercuti

Esoknya satu hari Bella menemani kak Cik ambik gambar. Yelah, lepas ini bila pula dia akan ke Kuching lagi kan.Paling menarik performance dorang nyanyi lagu Sarawak aku anak kampung dalam pelbagai bahasa. Dah la hencem suara mantop sedap plak tu. Cair mak dengar..hahahaha..

ORANG HUTAN SEMENGGOH KUCHING SARAWAK
sarawak lagi seronok

Lepas selesai melayankan sepupu sedara mara semua menangkap gambar yang berbagai - bagai gaya, kami meneruskan perjalanan ke Semenggoh untuk melihat orang utan. Ingat senang je boleh terus nampak dia. Kami sampai terawal pula, Kena la duduk termenung dulu tunggu dalam hutan, tunggu sampai orang utan itu datang. Lepas itu pekerja kata kumpul, dia bagi la taklimat sikit kata orang utan ni kuat, jangan ambil risiko. Kalau dia datang dekat jalan terbaik adalah lari! Lepas itu dia pun letak banyak - banyak pisang dekat situ dan panggil. Ada cara panggil tersendiri tau. Lama sangat nak tunggu orang utan datang!! dekat 2jam dia tak datang - datang juga.

orang hutan besar, Kuching Sarawak

Kami pun bergerak pulang. Mungkin bukan rezeki kami untuk tengok orang utan secara live. Dalam perjalanan pulang ke van kami dengar bunyi dahan patah yang sangat kuat. Lepas itu dengar orang ramai menjerit tengok ke atas. Rupanya orang utan ini baru datang menuju ke tempat kami berkumpul tu. SLOW nyaaaa ko orang utan. kami dah nak balik la. Kami semua berhenti dan keluar dari van dan nak dijadikan cerita orang utan tu lalu dekat sangat van kitaorang. Memang dekat sangat- sangat. Haa nak tengok sangat kan? Tengok puas - puas. Besar dan sangat berbulu. Memang kenangan yang paling manis. Hehehe. 

BERJALAN MALAM DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK

Malamnya, kami jalan - jalan ke Waterfront sebab separuh dari keluarga kami akan pulang esoknya. Jadi dorang nak memborong kek lapis dan ikan terubok masin. Kami balik lambat lagi. Jadi peneman sahaja la dulu. Banyak sungguh la dorang borong sampai Bella jadi sangat la tidak larat. Lepas hantar Abah dan saudara mara yang pulang awal, kami tukar van kepada kereta untuk berjalan esok harinya. Lebih mudah kan. Bawa van besar - besar nak buat apa.

bercuti di sarawak

Kami meneruskan perjalanan menyulusuri sungai sarawak. Tengok barang -barang Sarawak yang unik tapi tiada apa yang berkenan nak dibeli. Beli la gelang manik - manik untuk adik. Ingat nak naik Sarawak River Cruise tapi masa tu kitaorang berdua saja yang berminat hendak naik jadi tengok dari luar sajalah. Jalan -jalan rasa lapar lah plak. Jadi Bella ajak la HB makan kat tempat seafood yang paling terkenal tu.

TOPSPOT RESTORANT SEAFOOD TERKENAL DI KUCHING SARAWAK
seafood sedap di Kuching Sarawak

Kami makan di TopSpot yang terletak di parking lot. Banyak kami order, tapi ini saja sempat Bella ambil gambar. Lapar sangat. Dah makan baru teringat eh!! tak ambil gambar lagi. Jarang - jarang berlaku kepada seorang Blogger. Memang sedap. Lagi - lagi sayur Midin tu. Yumnmy.. rasa nakkkk repeat sangat - sangat lepas ni. Boleh kot kalau HB nak. Lepas makan rasa nak jalan - jalan lagi bandar , tapi macam dah tiada apa - apa dah untuk diterokai, jadi kami ambil keputusan untuk balik  hotel dan tidur sajalah.

 MUZIUM KUCING DI KUCHING SARAWAK
bercuti di kuching sarawak

Bangun pagi-pagi terus menuju ke Muzium Kucing. HB kata, "eeee takut kucing tapi nak pergi Muzium Kucing." Biarlah. Namanya pun ke kuching sarawak kan, mestilah pergi. Tidak nak sia - siakan. Lagipun banyak masa dan tak tahu dah nak pergi mana. Siapa yang suka menghayati kesenian pasti suka kan Muzium ni. Muzium biasa la kan, Bella rasa hendak keluar cepat - cepat saja.Bella takut kucing la.

MUZIUM BUAYA DI KUCHING SARAWAK
bercuti di sarawak, tempat menarik di sarawak

Kami meneruskan perjalanan ke Muzium Buaya. Semasa nak masuk ke kawasan ini, kiri dan kanan adalah lembah. Macam kawasan yang di penuhi lalang dan sedikit berair..itu dipanggil lembah ke?huhuhuhu dengan jalan tidak berturap dan Bella rasa sangat mencabar. Bella terbayang - bayang sebelum masuk zoo, buaya dah tunggu dekat tengah jalan. Eueuueue seramnya. Masuk ke dalam biasa saja, ada binatang kecil - kecil dalam sangkar. Ada buaya kuning, buaya putih, muncung panjang dan macam - macam lagi.Ayam pun ada.


Kami meneroka jauh lagi kedalam, daripada jalan berturap sampailah ke jalan tanah kuning saja. Kawasannya sangat besar dan kami tidak jumpa seorang pun penjaga zoo. Bella dah seram sejuk dah sebab makin ke dalam semakin menyeramkan!! HB asyik kata dah la tu. Bella tetap hendak teruskan perjalanan sebab orang tua - tua kata tidak elok patah balik. Jalan darat dah abis. Kena naik titi plak. Titi kayu yang memang rasanya sekali libas dengan ekor buaya saja boleh roboh. Paling ngeri sampai rasa hendak terkencing, bawahnya dipenuhi BUAYA!!!! Bila buaya itu terasa kehadiran kami buaya tu menyorok dalam lumpur, sampai kami pun tidak sedar dalam tu ada buaya. Nauzubillah! kalau jatuh tu macam mana? Jatuh kedalam lumpur yang dipenuhi buaya!

Masalahnya kawasan tu takda plak kata NO ENTRY ke, untuk pekerja saja ke, maknanya boleh masuk tengok la kan? tapi kenapa bahaya sangat?? buaya plak punyalah banyak dan besar - besar. Ada beberapa titi yang dibina untuk kita melintasi ladang buaya ni. Bella tidak berani ambil gambar. Takut buaya ini terkejut. Serang Bella. Perggghh ngeri. Lepas saja kami keluar dari kawasan titi reput tu, kami terus ke ladang buaya yang lain. HB duduk sangat rapat dengan sangkarnya. Bella dah kata jauh - jauh sebab buaya kan serang secara senyap.

HB kata, "Arrghhhh!! TIDAK ada apa la". Mata tengok ke depan. Tak sedar ada seekor buaya yang menunggu senyap kat bawah. Betul - betul bawah HB. Terkejut sampai melompat HB. Tahu takut. Besar giler!!  Pagarnya plak jenis pagar budak sekolah yang boleh panjat tu. BAHAYA!. Rasanya tolak pun boleh roboh. Seramnya zoo ni.

TAMAN DI KUCHING SARAWAK
Tempat menarik di Sarawak

Kami meneruskan perjalanan menuju ke taman yang cantik senibinanya seolah-olah di Negara China. Cantik sangat. Ramai orang di taman ini bagi makan ikan dalan kolam tu, seronok tengok. Cuma macam pelik sikit la, kenapa hendak dibina patung yang besar tu?Macam tidak sesuai bagi sebuah negeri islam.

RJ AYAM BAKAR DI KUCHING SARAWAK
Restoran sedap di Sarawak

Makan malam kami disini. RJ Ayam Bakar.Sebenarnya dari siang tadi dah usha kedai ni. Katanya memang popular dan sedap. Kami makan dikedai ini. Memang sedap.. Ayam bakarnya. Semua sedap. Sambalnya meletup - meletup sedap dalam mulut. Bella kalau pergi mana - mana memang akan utamakan makanan yang nak dirasa. Ada yang kata rugi kalau pergi Travel habiskan masa cari makan. Bagi Bella sangat berbaloi, sebab kita tidak tahu lagi bila kita akan sampai sini lagi. Sedapnya! Kalau repeat ke Kuching Sarawak ini pun sebab makanannya je. Sedap sangat.

KEK LAPIS DI KUCHING SARAWAK
sarawak, makanan sedap sarawak

Lepas makan Bella tengok jam masih awal lagi. Esok dah nak balik. Bella kata dengan HB jom la kita pergi seberang beli kek lapis sebab esok dah nak balik. Sepupu Bella dah tidak larat. Dia kata dia nak naik hotel tidur. Bella pun pergilah dengan HB. Malam tu macam happening sikit sebab ramai orang jual cenderahati. Bella pergi ke Dayang Salhah  dan Mira cake house central. Ramai yang kata Dayang Salhah the best tapi sebenarnya Mira Cake House murah lagi. Korang pergi je rasa semua. Ikut tekak. Tapi memang sedap.

IKAN TERUBOK MASIN DI KUCHING SARAWAK
ikan terubok masin sarawak murah

Bangun pagi hantar sepupu sebab flight dia awal. Flight kami petang. Bella memang macam tu. Bella akan pergi awal dan balik guna flight paling akhir. Maksimumkan masa yang ada. Bella kena cari benda terakhir yang patut di bawa balik adalah ikan terubuk masin. Masuk pasar ni kotornya. Peniaga semua memanggil-manggil suruh beli ikan dari dorang. Tapi Bella meneruskan perjalanan kedalam sikit dan keluar dari pasar tu jumpa la pakcik ni. Baik sungguh pakcik ni. Siap bagi ikan besar percuma lagi. Nanti korang boleh la cuba kesini. Ikan nya pun segar. Pakcik ini pun dah biasa bungkuskan ikan terubuk masin ini supaya boleh dibawa masuk flight. Mudah. Sebab dia tahu apa yang kena buat bila orang Malaysia datang beli banyak. Senang kerja.

MUZIUM ETNOLOGI DI KUCHING SARAWAK
muzium sarawak, bercuti ke sarawak, kuching sarawak

Sebelum balik semanjung Bella sempat lagi pergi seberang jalan ingat teringin nak cuba kedai makan pondok yang dorang kata sedap sangat tu. Tapi tutup plak. Pergi seberang jalan pergi rasa air jagung je. Sapelah yang kata sedap sangat tu. Mana ada!! Sedap lagi air 3 layer tu. Kedai yang kami hendak pergi itu tutup. Jadi kami pergilah kedai berdekatan dengan Kedai RJ Ayam Bakar tu. Kedai tu pun tidak kurang hebatnya. Bella cubalah ikan gerume goreng. Tapi seram kot nak makan. Besar. HB gelak - gelak sambil kata.."eeee lalu ke nak makan ikan besar tu."Hangin betul bila orang eekan makanan Bella. Sedap ape. Ada masa lagi kami pergi ke muzium - muzium berdekatan. Menarik. Nama muzium tu, Muzium Etnologi. Cubala masuk. PERCUMA.

bercuti ke kuching sarawak

Sempat lagi kitaorang pusing - pusing bandar Kuching ini sampai kawasan kampung -kampung lagi. Kelakarnya jalan di Kuching ni sebab round board tengah - tengah jalan tu punyalah besar. Macam padang bola. Kelakar sungguh. Tapi memang tabik spring kat HB sebab ingat jalan kembali ke airport walaupun jauh tersasar ke pendalaman. Bye2x kuching. Ada jodoh dan rezeki kita ketemu lagi.

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Wow menarik ! Cantik gambar gambar di sana !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Pergilah melawat.. kuching sarawak saja.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.