Monday

Sedapnya Johnny's Restaurant

Hi kengkawan.. Apa khabar??? harap semuanya sihat sentiasa..hendaknya... Bella di sini selalu sakit perut la. Hari je kurang sikit. Hahhaa... poyo..

Hari ni bella nak share pasal satu tempat makanan kegemaran bella.. iaitu Johnny's Steamboat!! haaaarggghhh sedapnya.. serius!! bella memang hantu sup, tp bukan sup yang sarat tau. Lebih prefer sup yang kosong dan sikit je bahan2xnya. Kalau bella order bihun sup, bella suka kuah,ayam sikit dan bihun je. Bella dah rasa yummy sangat. Macam tu jugaklah johnny's. Memula bella tak tau ni kedai apa.. tp bila lalu.. wanginya!!!!...

Serious!! sangat Yummy!!
Hmm macam nak try sesangt2x tapi halal ke tak? last time tak halal tau.. sekarang baru je ada tanda halal, tp tak semua orang suka. My dear bella tak suka tau. Tapi bella suka gegila la.. Boleh duk sini dari pg sampai ke petang hirup kuahnya. Ramai yang kata tomyamnya sedap. Tp bella kata Supnya terpaling sedap.
Pemecah selera tau sosnya tu
Ditambah plak dengan sosnya yang merah dicampur sedikit bijan tu.. sedapnya.. Selalunya orang makan dengan berbagai cara. Bagi bella plak, sangat yummy bila masukkan bahan tu satu per satu. Bukan masuk semua. Bella tak suka nanti nampak kotor. hahahaha.. tu kalau bella makan kat sini bella suka makan berdua je. Tak suka makan dengan kawan2x.. hahahaha... gedik je.
Sedapnya...
Nampak je simple.. tapi sangat marvelous you alllss... sampai tertaip ayat gedik plak..  sedap.. taruh kuah sikit, ambik bahannya sikit then campurkan sos kat sup tu. Then yummy. Ada yang suka masak ayam tu, pastu cicah ke dalam sos tu. Tapi bella suka hirup kuahnya. Terpulang la.

Cubala... tak rugi pun..
Bagi yang baru nak mencuba, tak rugi pun cuba set B ni untuk percubaan. Kalau tak suka tak yah datang lagi ok? hehehee...korang boleh je order set ni, pastu rasa tak cukup. Boleh je add on.Macam bella selalu add on nasi. Sebab nanti ada orang merunggut kata hisshhh mahal je, tp tak kenyang.. hahaha

Malangnya.. sayang seribu kali sayang...My dear bella tak suka!!  dia kata membazir sebab tak kenyang. pastu dia cakap ntah pe2 ntah makanan kat sini. Tak pe2x nanti lelama mesti dia suka jugak..kan...?

Dulu sebulan sekali mesti makan kat sini la.. masa memula ketagih dulu sanggup balik hujung minggu dari kedah sebab nak makan kat sini. Rasa heaven sesangt. Supnya ada 2 perisa tau. Tomyam dan sup. Tomyam ada charge rm10. Bella tak suka beli tomyam bukan sebab ada charge tau. Tapi bella memang super duper suka sup kat sini. ahaks...

ok.. tu saja pengkongsian dari bella. Selamat menjamu selera....

1 comment:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari