Sunday

One day at Colmar Tropicale - Berjaya Hills

Betul. Satu hari pun cukup untuk kita menjelajah, apa yang seronoknya di Colmar Tropicale - Berjaya Hills.

Bukit Tinggi
Muka drive yang tabah..kami dah sampai!!
Bella seronok hendak cerita dengan korang, pengalaman sehari Bella di Colmar Tropicale Bukit Tinggi yang diusahakan oleh Berjaya Hills. Bella buat permintaan pada suami tercinta hendak hadiah hari jadi ke Bukit Tinggi dan bawa adik - adik Bella sekali. HB pun dengan gigih ambik adik-adik di kampung lepas balik kerja dan terus pergi ke Colmar. Tidak tahulah apa yang berlaku hari itu sebab hendak masuk Colmar tu sangat sesak. Penuh sangat - sangat dengan orang yang hendak masuk. Pelik juga. Seronok sangat ke tempat ni?

Inilah adik2 Bella yang bertuah TU...
Masuk kena bayar tau. Harga tiket masuk adalah RM12 untuk dewasa dan RM8 bagi kanak2, meliputi bayaran masuk ke Colmar Tropicale itu sendiri, Japanese Garden dan juga Botanical Garden. Manakala untuk ke Animal Park kena bayar lain. Bayaran RM3 tidak kira usia.Kalu korangmmenginap di Colmar Tropicale, bayaran masuk boleh dituntut semula sewaktu daftar keluar. Mahal lah bagi Bella hendak tidur disini dengan adik - adik. Jadi, kami hanya berjalan tengok senibina sajalah.

Masa di Colmar Tropicale ini, kami kena letakkan kenderaan di La Chevalier iaitu bangunan berbentuk kota lama benua Eropah, letaknya bertentangan dengan Colmar Tropicale. Kecuali korang menginap di Colmar Tropicale, barulah korang boleh teruskan pemanduan ke Colmar Tropicale dan parkir kenderaan anda di aras bawah Colmar Tropicale. (Kata pengunjung yang pernah kesini)
Ye ke?? Kenapa Bella kena parking kereta dekat tempat yang berbatu.Baru hendak buat kot. lepas itu kena turun tangga plak,jauh weh, tension jer dah la bayar masuk mahal.

bukit tinggi
Macam rindu pula bila tengok pic happy ni..
Jauh juga la berjalan. Nasib ramai - ramai. Lepas tu damai saja suasana. Sebab baru lepas hujan. Sekitar kawasan pun cantik dan bersih. Sampai saja kita akan jumpa air pancut. Hendak tangkap gambar tanpa ada orang lalu lalang agak mencabar. Selalu orang lalu saja. Kita kena cepat posing dan jurukamera pun kena pantas snap.
bercuti di colmar bukit tinggi
Sekitar colmar tropicale
Bila kita disini, kita akan dapat melihat dan mengakumi senibine dan rekabentuk hotel yang dibina mengikut seni bina perancis.
"Relish in century old Alsace charm at this French- themed resort settled at 2,700 feet above sea level amidst 80 acres of rainforest.Let the medieval french village and picturesque surroundings bring you back to an era steeped in culture and romance"
Menurut pengusaha hotel disini. Tapi Bella rasa macam sama saja duduk dekat hotel lain. Sini mahal sebab menggunakan senibina Perancis. Tapi, itu bahahgian luar. Bahagian dalam sama saja. Ada katil semua. Makan pun mahal. Sudah lah Bella bawa adik - adik yang tidak pernah kenal erti kenyang. Belanja dekat atas ini mahu hujung2 bulan makan maggi. Memang Bella bajet habis dan tidak makan dekat sini pun. Traveler Budget lah katakan. Bersabarlah adik-adik ku.
pengalaman ke bukit tinggi

Kami berjalan dengan tenang sambil melihat keindahan senibina yang asing ini.Tiba - tiba hujan rahmat turun. Kami jalan laju - laju ke penghujung. Rupanya jalan mati saja.Tiada apa - apa pun. Kami naik lift untuk melihat keindahan dari atas.nasib tidak ramai orang. Semua orang duduk di kiri kanan tangga saja.Rehat sebentar bag hujan yang selebat - lebatnya turun dulu. Barulah kami boleh terus meneroka Colmar Tropicale - Berjaya Hills semula.

seronok ke colmar tropicale berjaya hills

Walaupun hujan tetap turun renyai - renyai gitew, Bella bagi signal dekat HB untuk meneruskan perjalanan kami. Sebabnya masa amat mencemburi kami, dan Bella Takut tidak sempat hendak menjelajah lain - lain tempat. Kami menuju ke satu kawasan yang ada kolam dan ada 2 ekor angsa yang amat jinak. Semua orang berebut - rebut hendak  bagi makan.HB jeling - jeling dekat Bella. Dia memang suka benda - benda macam ini. Hendak tunjukkan keberanian dia jugak la suapkan angsa itu makan.

Bella kata tidak payah membazir. Bagi angsa makan.Kita pun tidak makan lagi.Kejam kan? Biar! apa yang HB dan adik - adik Bella buat, dorang kutip keropok yang budak2x baling jatuh dekat batu. Lepas itu bagi angsa tu makan. Kira lepas la juga hajat dorang hendak bagi angsa tu makan. Lepas puas dorang bagi angsa makan, kami naik macam van yang tiada pintu itu untuk naik keatas bukit. Tinggi betul hendak panjat bukit itu. Macam masuk dalam awan. Tapi bila sampai saja mendekati awan,tiba - tiba awan itu hilang!! sedey je. Baru nak pegang awan.

bukit tinggi

Panjat sampai habis jumpalah Botanical Garden ini.Garden  la.. garden... not really interesting. Cuma Bella ternampak lipan yang besar punya tengah merayap. Takutnya!! turun bawah ada cafe dan bunga2x yang sangat segar dan cantik.



Sebenarnya di garden tu juga ada tempat untuk mencuba pakaian jepun.Lepas tu, boleh la korang mengambil gambar disekitar kawasan yang cantik itu dengan berpakaian Jepun.Tapi adik - adik Bella semua tak nak. Sudah lah pekerja yang bagi sewa tu masam saja.Ramai sangat orang kot. Jawapannya memang tidak laa. Dekat sini paling mencabar masa hendak balik naik van yang kita naik untuk datang tadi. Berebut - rebut! seksa giler!! fuhhh !! memang kali terakhirlah datang sini. Kami patah balik ke ruangan utama Colmar untuk membeli cenderahati.Ada pertunjukkan tarian pula. Bella terus tarik tangan HB sebab penari itu hanya berspender.. huh!! geli jerk!!


Masa hendak balik kami ternampak dengan tempat naik kuda ini. Tempat ini pun penuh. Kami terus turun dan singgah di sungai untuk berkelah. Rasanya lebih seronok dari masuk Colmar. Kesimpulannya...dan tips penting dari bella kalau malas nak baca full story dari bella ni kan...

  • Langsung tidak memberi makna bawa budak -budak yang tidak faham erti senibina. Ada la sikit mainan tapi semua kena bayar asing.Sampai adik Bella kata.. "kak long.. kenapa kita datang sini? " tidak abis setakat itu, masuk saja sekolah whats app pulak kata... "eee kak long.. semua kawan kita kata tidak best la pergi Bukit tinggi itu" sedih!! untung aku nak bawak tahu.
  • Paling sesuai untuk berbulan madu dan hendakkan suasana damai.
  • Bawa saja makanan untuk yang bajet. 
  • Ada penginapan murah yang diluar Hotel Berjaya Hill ini. Tapi Bella tengok macam seram.
  • Bawa payung tetiba hujan.. cerah.. hujan balik.
Lain2x tempat di pahang yang mungkin korang nak pergi. Semoga bermanfaat.

6 comments:

  1. omg I datang sini pun time bday haritu. I memang enjoy sightseeing. soo yeah. I memang suke gilerrrrr tempat ni. Nak nangis sbab dapat g sehari je. Tak sempat nak explore semua. Tsk tsk. Sooooo yep yep. Obviously will come to visit again anytime soon. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup ke sehari? cukup la..siti. Bukan ada pe2x pun nak tengok..huhhuhu.. x tau la kalu bella ter miss kan..salam kenal ya..thanks sudi baca.

      Delete
  2. Hai bella :) Saya ngah honeymoon kat berjaya hills masa baca entri awk ni. Hehe.. Thanks, entri yg bagus.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca... selamat berhoneymoon...

      Delete
  3. Hai... best kn honeymoon...kat sana tempat yg mana makanan best dan halal?? Boleh cerita sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya pergi bawa bekal masa ini. Jadi, tidak survey tempat makan.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari