Pengalaman Naik Star Cruises Libra

Hai semua.. Salam sayang dari bella untuk semua.. Today im want to share about... Star Cruises.Pernah naik tak? Leh la rasa ala2x titanic ...

Hai semua.. Salam sayang dari bella untuk semua.. Today im want to share about... Star Cruises.Pernah naik tak? Leh la rasa ala2x titanic tu. Dalam kata lain menaiki kapal yang besar. Terasa kaya dan mewah plak. Disini Bella kongsikan Pengalaman Naik Star Cruises Libra.

kapal layar

Star Cruises ini Bella rasa lebih kepada privacy,ketenangan dan mencari ilham. Sebab buntu duduk tengah - tengah laut. OK.. mesti ramai hendak tahu macam mana hendak book kan?mahal ke? Best sangat ke? Rasa apa yer? Ada apa kat dalam tu? Haaaaa... Bella jawap satu satu k?

Bella book ini sempena dengan hari jadi HB. Dia pernah kata dia teringin hendak naik Star Cruises.  Jadi,Bella sebenarnya buntu sangat. Bella pun tidak tahu macam mana hendak book ini? Tapi Bella usahakan juga la. Pertama cari kat matta fair. Mahal.Rm900 macam tidak berbaloi tapi cruises ni akan berlayar pergi ke melaka kalau tidak silap. Tapi mahal la.

pengalaman

Lepas itu Bella cari  dekat surat khabar. Lagi mahal dari matta fair.Kapal ni akan belayar pergi phuket dan krabi. Biasa kan korang tengok iklan dekat surat khabar? Harga pakej lebih kurang 1k plus macam itu.Bella selalunya bajet untuk penginapan tu semua mestilah kurang dari 7ratus. Itu memang bajet Bella la. Jadi Tak boleh la beli yang ni.

hotel penang

Pilihan terakhir adalah En Google. Nampak la promosi. Harga amat berpatutan. 3 hari 2 malam dan satu malam tidur di hotel. Hotel seronok. Nasib ambil satu malam sahaja didalam Star Cruise.Ingat hendak sambut besday HB dekat dalam Cruise. Tapi, Bella cuba hubungi seorang - seorang management Cruise tidak dapat. Bella hendak minta sediakan kek. Jadi, Bella deal dengan hotel sahajalah. Dalam telefon, dan email,semua boleh. Bila real punya. Memang hampeh.


Bella dah kata, minta tolong buat candle light dinner yang romantics. Sekali sampai alamak.. gelapnya. Bella juga tempah kek untuk HB. Sampai sana TIADA pun. Aduii.... apa ni.. kena beli kek normal je. Paling sedih sangat!!Bella dah bagitahu minta tolong live band tu nyanyikan lagu happy besday.Boleh pula dorang datang bodo je bawak kek tu. Hampeh!! Terasa gagal je semua planning. Time email semua boleh. Teruk betul flamingo hotel ni. Sedih!!


Paling seronok pasal hotel ni adalah biliknya. Besar, bersih dan terpaling Bella suka.,bilik ini dipasangkan lagu dan alunan muziknya teramat sangat la romantik. Best sesangat. Seriously!! tapi HB tiada perasaan pun. Sampai bila Bella tanya, layankan lagu bilik hotel ni.. Haah? lagu apa? adoi.


Lepas sahaja Check out kami terus pergi ke superstar libra boarding.Lama gak beratur. Mcam naik flight plak.Sebijik macam naik flight la senang cerita. Kita akan berjalan jauh masuk kedalam.Sebelum Hendak beratur kena ambik kad. Masa ini pun beratur panjang. Berebut pula dengan  Auntie2 dan Uncle2 yang ada priority card. Fuhh!! tension.

star cruises

Masuk dalam jauh kedalam.. then ada la one girl tunggu kat tangga sebelum masuk cruse tu. Dia bg sanitizer je pun adui.. Pastu ada lagi satu pintu. Check ticket dan everything. Then baru leh masuk.
Masuk2x... waahhh...

Segala - galanya bersinar macam emas!! Semuanya berwarna emas. Bella duduk kejap. Tengok dapat bilik no berapa. Sebab banyak sangat pintu dan lorong. Mewah.. serba mewah. Boleh kira la orang melayu berapa orang saja dalam Cruise ini.


Memang boleh sesat tidak jumpa bilik.Bella ambik bilik yang tiada tingkap. Jadilah.Janji cruise.Sepanjang nak masuk bilik dibentangkan dengan karpet merah you. Jom masuk bilik.

bercuti cruise

Comel ke tidak? OMG!!! katil bujang pulak. Tapi boleh je tolak. Katil tidak empuk langsung.TV boleh ON tengok kedudukkan kapal kita kat mana. Internet tidak dapat. Zoom in lagi.

kapal cruise

Cukuplah untuk keperluan asas.Tandas,almari cermin dan meja.Kecil saja. Tidak dipanggil bilik tapi lebih sesuai jika dipanggil cabin. Kita dah berada di dalam next? Dinner!! termasuk dalam pakej ini Sangat berbaloi. Semua jenis makanan ada. Malay, western, Chinese food dan Indian food pun adoo... Makan la sampai muntah.


Sape nak pergi silalah masuk awal.. Penuh. tempat duduk tiada.Tidak cukup. Kena berebut. dekat dalam ni banyak premium customer. Premium customer? Apa itu? Bella tidak pasti, tapi menurut seorang auntie ni, kemungkinan seorang datin.Dorang seorang masuk secara percuma dan tidak kisah berapa lama dorang duduk dalam itu free!! macam mana hendak jadi premium customer auntie? Dia diam saja.Siapa yang tahu pasal ini cuba cerita sikit. Apa yang paling seronok masa makan  malam ini, pelayan dia terutama supervisor diorang giler hemsem.Bagp bella la.. sebab Bella perempuan. Daripada lapar terasa kenyang. Niat hati hendak ambil makanan berhenti sekejap sebab dia senyum kat Bella. OMG!!!! nak pengsan.Tapi HB lagi hemsem.


Apa yang Bella hendak tekankan, kek kecil - kecil ini sangat sedap. Sampai Bella bawa naik atas deck tapi tidak boleh masuk dah dalam perut. Sayang je. Malam tu ada live band. lepas itu  penuh dengan orang asing dekat bawah tu. Bella hanya duduk dekat deck paling atas. Masa kapal ini laju ke tengah laut.Memang laju. Angin kuat. Satu pengalaman yang baru. Nice. Fantastic. Wow!! Bella dekat tengah lau!Yay!!


Tengah ini panas.HB sampai pening kepala. Kiri kanan pun panas. Tepi - tepi bahagian kapal saja sejuk sikit. Depan paling laju anginnya. Bahagian atas sebelah belakang dalamnya ada restaurant dan dalamnya ada karaoke yang boleh kita nyanyi, tapi konsep terbuka. HB terus tidak jadi hendak nyanyi. Bahagia depan Bella itu pun ada restaurant. Bella tidak pergi pun. Kebanyakkan yang duduk kat restaurant semua  minum *r**.

cruise , kapal layar

Bella ada satu malam saja dekat dalam cruises ini kan.Apa lagi jejalan la.. Boleh dikatakan setiap ceruk kapal kami lawat. Yang tidak seronoknya bila kapal ini berhenti tengah laut.Waahhhhahahahhaha panasnya dekat atas deck ini. Baru nak lepak lelama. Kami turun ke dalamnya la. Kesimpulannya tidak banyak aktiviti untuk orang yang baik-baik mcm Bella nie.Maksiat saja merata2x.Apa lagi bella hendak buat?? owh ternampak la jakuzi. Masa itu kawasan jakuzi tu kosong sebab semua pergi ke bar2x.Apa lagi,berjakuzi la kami. Lama juga. Sampai penat. Kawasan jakuzi Itu dalam kawasan kolam renang seperti pic di bawah. Sebelah swimmning pool itulah jakuzi. Yang kawasan yang berbumbung tu.Syokk...


Morning!!! bangun pagi - pagi hendak sarapan sambil tengok keadaan waktu pagi atas kapal!! so excited. Waaahh sejuknya.Makanan macam - macam ada.Tapi HB nampak tidak berselera. Hendak balik ke kampung halaman dia sangat dah. Yela dah dekat ngan kampung dia. Masa Bella bangun, kapal ini sudah nak berlabuh. Lewat bangun. Kalau tidak boleh tengok matahari terbit.


Sebelum kita check out. Tangkap gambar dulu sana sini.Pengalaman yang baru. Happy besday syg.Love u till jannah.Bella dah share sal hotel Flamingo tu leh check di link Penginapan Terbaik Di Penang. Ok. Harap membantu.

salam sayang.. 











You Might Also Like

26 ulasan

  1. Waktu kapal berenti tengah laut ada rasa berombak-ombak tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda pun.. rasa macam duk kat rumah je.. hehehe. Kalau nk rasa ombak kena naik bot atau sampan la. Tp pening la.... seram kot kalau berombak2.

      Delete
  2. awak, untuk checkin guna promotion dari mydeal tu just tunjuk slip yang kita print? sbelum tu ada kena call pihak cruise or hotel tak untuk inform or booking dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First call hotel tanya tarikh awak nak pergi tu kosong ke tak.. pastu call mydeal tanya tarikh awak nak g tu full ke tak untuk cruise, ada charge tambahan ke tak..dll. Kalau awak dah puas ati and selamat barulah purchase. Pas dapat no booking terpulang la kat awak nak call hotel atau tak..sbb saya pergi pas purchase tu ok je.

      Delete
  3. total bajet smua bape akak?thanks kakak cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bajet apa syag? kalau bajet cruise 1 malam n hotel 1 malam dalam 7rat sekali makan semua.Kalau bajet sekali duit minyak n shopping semua total rm1k cukup kot. Tak menyopping snagt la.

      Delete
    2. bajet tu untuk one pax ke atau 2 pax

      Delete
    3. 2pax. Tapi boleh jadi lagi kurang la. Sebab banyak benda kita share kan..

      Delete
  4. thanks for info. nak g next week..btw u travel kt penang tu naik ape ea? sebab kami naik flight dr kl. pastu plan naik bus fr airport ke flamingo n cruise ok ke x ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I nak kete la you... Memula pergi flamingo. Pastu pergi cruise. Dua tempat yang berbeza dan jauh2x la. Kalau nak bus bella x leh nak advise bella tak tau. Kalau dari flamingo boleh la minta tlg hotel tu advisekan.

      Delete
  5. Kena bawa passport tak? Keret parking kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radzi, you ambik pakej yang macam ne? kalau ke krabi phuket tu baik la. Kalau setakat stop kat tengah laut penang tu x perlu. Kereta parking dekat luar. Sebelum masuk star cruise punya gate. Sebelah kanan. Murah je. Ada orang jaga kat situ. Nak bella review ke parking kat ne? ahaks.

      Delete
  6. Boleh bg detail x.tmpat nk beli tiket.semua kat mana n cra booking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taip je star cruises. Kat situ awak boleh pilih cruises macam ne awak nak naik. dari mana ke mana..stail cruise yang awak nak..semua ada. Cruises banyak jenis. Saya naik yang stop kat tengah laut je. cuba click sini http://www.starcruises.com/en/home/destinations/malaysia.aspx tapi kalau nak yang macam bella, kan bella ada cite kat atas. selamat membaca.

      Delete
  7. oh macam tu rupanya rasa naik cruise..tak penah naik kapal, tu yang google2 jumpa blog awak

    ReplyDelete
  8. hi kak.. mcm mne nak booking online?? sebab sy try tp kena isi no pasport n expire date. padahal sy cuma nk yg stop kat tgh laut je..mcm mna erk? tQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak booking kat mana? Try masuk big deal. Pastu taip cruises kat bahagian search tu. Awak akan nampak semua deal dari yang murah sampailah yang mahal. Purchase kat situ. Xda kena guna passport. Lagi murah. Awak boleh beli guna debit akaun saja. Make sure ada online banking la. Setakat ni pembeliaan kat situ selamat. Tapi awak call dulu untuk tahu tarikh awak nak pergi tu kosong atau tak. ok?

      Delete
  9. tq for sharing info bella.
    sy tgh survey2 lg ni.
    hehe

    ReplyDelete
  10. kami nak pergi juga nanti ni. :)))
    tak sabarnyaa

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. salam.. berapa jam naik cruise tu?? start dr pukul brapa? tma kasih.. :)

    ReplyDelete
  13. Tas kpl tu ade lg x mau pakai wet?
    Pe lg pakej dlm tiket tu?
    Kesimpulannye pe yg free,pe yg kena bayar....

    ReplyDelete
  14. Syoknya dapat naik cruise... Insya Allah giliran kami sekeluarga naik mediterranean cruise tahun depan

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.