Tuesday

Tempat Makan Sedap Di Miri-Sarawak

Assalamualaikum...

Bella nak kongsikan mengenai sambungan tempat Bella pergi iaitu. Miri. Bercuti Di Miri (boleh klik je kat sini). Miri memang kat Malaysia.  Cuma jauh la sikit kan.. kena terbang. Kita pun tidak pasti macam mana dia punya makanan dan kebersihan. Bella masa dekat Miri memang "search" habis Tempat Makan yang sedap di Miri Sarawak ini. 

Kedai yang paling glamour di kalangan pelancong yang nak ke Miri..bella rasalahkan.. sebab siapa saja yang menceritakan pengalaman dorang ke Miri haruslah menceritakan keenakkan Kedai ni iaitu Muara Restoran.Memang Yummy!!!Restoran ini terkenal dengan nasi lalapan. Nasi lalapan ni macam nasi ayam penyek dan istimewanya kita boleh pilih menu utama seperti ikan (boleh pilih jenis-jenis ikan) /daging/ayam dan akan dihidangkan bersama tempe, sayur yang direbus, sup dan sambal belacan. 

Nasi lelapan
Makan Tengah Hari dan Sarapan di Sana
Di Miri ini ada 2 branch restoran muara kat Miri iaitu di Water Front Commercial Centre dan jalan North Yu Seng branch ni terletak betul-betul dengan guesthouse kami.  Kedua -dua Kedai Bella dah pergi. Rasanya yang jalan North tu lagi selesa. Di Water Front tu macam ada bau laut yang tidak best sangat la. Potong terus.Oh.. sebelum terlupa soto tu x yah try la kot.. bukan taste bella. Nasi sedap.

Pergi ke sarawak takkan tidak mahu rasa laksa sarawak kan? korang bayangkan.. masa itu perut dah penuh sangat - sangat sebab makan kat Muara Restaurant tu,Rasa teringin nak makan kat muara tu sebab semalam tengok menu ada yang tak cuba lagi.. hahaha... cane nak order semua x sempat nak makan. Lepas itu teringat. Ala... Hani Kafe & Katering haruslah cuba laksa sarawak disini.

laksa sarawak
Laksa Sarawak
Lokasi di Jalan Sri Dagang, Miri ( berhampiran water front ceommercial centre). Tidak jauh la dari Restauran Muara dan Kek Lapis, tapi memang pelik.. sebab pusing banyak kali baru jumpa. Kedai biasa je. Mungkin rezeki dia. Rasa ok. Layanan kurang mesra sikit. Berdekatan situ juga terdapat makanan wajib beli. Apa lagi.. Kek lapis la. Ada beberapa kedai. Harga kek lapis sarawak di miri lebih mahal dari harga kek lapis di kuching. Di kuching lagi murah dan sedap. Pendapat bella la kan.. Buat pengetahuan semua bella dah round tau cari kek lapis sekitarnya. Akhirnya datang ke Kek Lapis Sarawak Siti Payung balik. heheehe.. berbulu My dear bella. Biarla.. janji puas ati. 

Kek lapis miri, Kek lapis Sarawak, kek lapis Siti Payung
Kek Lapis Sarawak Siti Payung
Harga agak mahal. Takda yang rm10 macam kat kuching. Pastu banyak perisa dah abis. Lepas itu tidak hendak buat dah, Promote tu ini then bella kata ok, nak beli yang ni.. ooooo akak dah abis. Alamak. Dah la call kita akak.. abis plak tu. Hhahahahaa.. Sebab Bella hantu chocolate Bella belila. Terasa rugi datang terbang pastu tak beli. Kempunan susah plak. Bella beli yang roll punya. Rasanya sedap lagi yang petak. Nape buat yang roll? pas potong di terbuka tau. Ok la. Dari takda.

Okey.. ni adalah tempat makan bella selama kat miri. PERINGATAN!! . Hati2 tak semestinya bersongkok bertudung tu islam. hati2 ok.. Sampai disini dulu Bella kongsikan mengenai tempat makan Bella sepanjang di Miri. 


Boleh juga rujuk di sini..untuk Pengalaman bercuti di miri (just clik je ok?)
Bercuti Di Miri
Menawan Gua Niah-Miri

10 comments:

  1. assalam..akak nak tanya..kalo org semenanjung pergi sarawak kena ada pasport biru ka?? akak ada pasport merah ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah pakai passport pun xpe kak..guna ic je.

      Delete
  2. kenapa tak gi kat habibi kek lapis lagi banyak pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat respon. Saya x jumpa review pasal kek lapis tu..hehehehe

      Delete
  3. Guna my kad je masuk,tp imigresen akn bg slip (90day visit pass) jgn hilang slip tu..pjg cerita.silap2 terlepas flight.tq

    ReplyDelete
  4. Thank you for sharing Bella.. memang tak tau nak makan kat mana Miri nie :)

    ReplyDelete
  5. Hi bela,
    Saya orang indonesia tinggal di kuala belait brunei, setiap weekend saya ke miri. My recomended tempat makan is madli's satay restoran, in front of imperium hotel...mee mamak dan laksa sarawaknya sedap...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari