Sunday

Pengalaman Interview or Temuduga

Hi kengkawan.....

Sekarang jam menunjukkan 2.18 Am.. Bella tengah siapkan slideshow untuk interview besok.. Arrrggghhh takutnya. Sangat takut. Sekarang bella dah kerja kat bank.. Tapi sape tak nak peningkatan kerjayakan? sebab bella kerani je. Bella punya target this year bella kena up another one level. Owh man...!!!

Siapa yang tak pernah interview? Bella memang banyak sangat pengalaman interview. Start dari lepas habis SPM Bella pergi keluar cari kerja. Jumpa seorang kakak yang cun ajak bella kerja dengan dia. Dia just tanya nak kerja sebagai pelayan tak? tempat tinggal, makanan disediakan. Cuma penat sikit la. itu adalah interview terpaling senang dalam hidup Bella. Terus dapat kerja. Bella pun setuju la jadi pelayan kedai makan. FUhhh!! penat tak ingat. Tak cukup tido plak tu.

pelayan

Sehingga ayah Bella nak sangat Bella jadi nurse. ala.. kat klinik swasta kat kampung saja. Doktor tu serius sangat gile. Ok.. interview dia sangat senang. Time interview bella senyum je. Doctor tu kata betul ke nak kerja kat sini? Bella kata betul. Doctor kata rumah ada, tapi kalau jenis tak nak bercampur ngan orang boleh duduk luar. Bella kata ok. Then last Bella tanya dapat tak saya kerja ni doktor? Doctor tu kata kalau kau nak kerja, kerja je la. Then bella kerja as a nurse kepada doktor giler. Serius dia seorang yang gile! Dia marah pesakit sampai klinik kena simbah cat. Dia suruh Bella kerja juga walaupun masa tu Bella CUTI!!.


Dia kata ko ingat ini klinik bapa ko ke? Dia selalu maki bella bodoh, takda otak.Tengking Bella. Tapi, Apa yang peliknya doktor ni pakai tudung labuh. Bella nak berhenti Ayah marah sangat. Ayah suruh sambung sebab Doktor itu boleh recommend untuk sambung belajar jadi nurse. Bella kata sebelum bella jadi gile, baik bella berhenti. Tapi ayah suruh gak kerja. Satu hari eceh..macam cerita dogeng plak Bella terlupa baca satu baris ubat untuk pesakit. Bella ingatkan ubat tu satu je.(iyelah tulisan doktorkan).. rupanya dua. Sebab salah tak bagi ubat tu saje dia pecat bella tanpa gaji. Bella tak pernah halalkan gaji bella tu. Boleh ke?hmmm serius nightmare.
Selalunya macam sale person, sales girl, promoter, sales assistant, cashier dll yang company tu memang nak pakai orang, memang senang nak dapat. Sebelum sambung belajar, Bella dah kerja kat kebanyakkan tempat spt Coffee Bean, Hotel, Mcd, Kfc, Guardian, I Setan, Forex yang menipu tu, dan dua diatas la. Antara bebanyak ni, McDonald's kot yang paling best. Manager muda2 dan hemcem2x. Kawan2x yang baik bella siap dapat anugerah lagi. Pekerja baru terbaik. Fuyooo... siap masa nak berhenti manager koyakkan surat lagi. Tapi Bella part time je. Cari duit poket nak bayar sewa rumah masa belajar. Mak ayah tak cukup duit bagi. Sedih tau. Ringankan beban ayah. Nak cerita balik pun sedih.
interview

Siapa yang keluarga susah macam Bella mesti rasa pengalaman sama, atau mungkin lagi teruk. Bella rasa macam dah cukup banyak makan garam dah. Pastu bella cuba interview kat MARDI bukan kerajaan pun. Interview yang sangat susah ok.jawatan kerani je.Bella masa ni pun kerja kat I Setan,KLCC. Time ini Bella ada certificated in maintenance building services. Interview kat company factory semua TIDAK berjaya. Kebanyakannya nak lelaki untuk maintenance. Interview kat MARDI paling tak boleh lupa.

Bella hantar guna email saja. Tak sangka sangat dia telefon suruh datang temuduga. Bella relax je la. Ye la.. kerani je kot. Apa ada hal. Then Bella pergi la. Bagi resume semua dia interview bella. Perkenalkan diri wajib ada setiap kali interview. Interview ini yang bella paling ingat sebab lepas abis interview pakcik tu kata bella ni lurus bendul.Bella memang mcam itu sebab Bella tidak pandai menipu. Bella bagitau saja semua yang betul. Pakcik tu kata tak boleh macam itu. Kena jadi macam bangsa C dorang time interview memang hebat. Kadang2 ada yang buat kerja pun tak tau. Time interview pong pang! hebat punya cite.
interview
Bella diam je dengar dia bebel pastu dia kata tidak mengapa, Dia bagi Bella peluang pergi ke interview ke2. What????? kerani je kot. Ada tapis lagi sekali? Bella pergi saja la... Kali ni 4 orang interview. Semua bangsa ada. Goyang gile. Result tak berjaya. Hampa.

Interview gov. SPA. 3x kena panggil. Dengar je bella kerja bank. Terus tanya lebih kurang. Minta jawatan juruteknik je. Tanya mengenai solat suma. Marhalah semua. Tak nak bagi jawatan tu? Dah ada orang? Tidak perlulah panggil interview. Bella direct je cakap. Interview ni buat cukup syarat ke atau memang betul ada kosong? gagap2x dorang balas.. Memang ada kosong.Fikirlah sama.. yang datang ni punyalah semangat berkobar2x. Tidak tidur malam baca apa yang boleh. Dorang memain plak.

interview

Langsung tak logik. Kawab Bella, dapat interview sehari selepas Bella. Dapat bilik yang sama dengan Bella. Soalan yang dia tanya pada kawan Bella 100% sama. Kawan Bella dapat jawab 100% yela soalan bocor kan. Tapi dia tetap GAGAL!. Apa alasan dia tidak dapat? pelik bin ajaib tol.

Interview bank ini pun sangat susah. Cuma Bella confident. Bella main cakap saja sebab Bella ingat tak dapat. Yela.. Bella engineering building services nak masuk banking? Mak bella la kata pergi la mak doakan. Bella pergilah dengan mak punya harapan. Berbekalkan nasihat PAKCIK diatas Bella jawab  seconfident yang boleh. Sambil gelak2x saja. Tidak cover2x dan tidak takut langsung sebab rasa memang tidak dapat. Rezeki.. Dapat.Sekarang dah 6 tahun kerja.Dah rasa macam robot.Tiap hari buat benda yang sama.Bosan plus nak buat peningkatan kerjaya. 

Interview yang bella buat slideshow, interview punyala susah... tapi kerja macam sale girl saja. hmmm tension. Dah la kena bertapak kat utara.. fuyooo... mak.. suami tidak bagi. Walaupun company ok.. gaji pun bukannya naik pun. Jadi bella tolak la kot.

Saja la kongsi pengalaman yang bella kutip dari kisah hidup bella . Saja nak kongsi. Mana tahu ada nak panggil bella kerja. Salam jumpa lagi.

Saturday

Tip - Tip Dan BAJET Ke Yangon,Myanmar



Hari ini Bella nak kongsikan Tip - Tip Dan Bajet ke Yangon, Myanmar.. Ni memang betul2-betul penting tau. Sila ambil pen dan buku nota kecil, atau di zaman cyber ini kan, korang screenshot saja. Janji korang kena ingat Tip Bella ini untuk atau bila korang ke Myanmar. Iyela kita belajar dari kesalahan. Benda yang dah jadi kat orang kita buat sebagai pedoman.kan... Jadi korang terselamat la. Takyah la jadi susah macam Bella. Benda -benda penting sangat sebelum berangkat ke Myanmar.
Pertamanya korang mestilah ada passport dan visa, Korang boleh klik link kat bawah yang Bella bagi ini untuk memudahkan kerja korang...just click je.
Dua diatas wajiblah ada... Untuk bajet dua benda ni.. Passport rm100.00 untuk 2tahun. Dan Visa Bella mahal sikit RM300. Kalau buat sendiri murah sikit. Dalam rm220. Ni sebab Bella upah runner. Ada cerita disebalik pembuatan visa ni. Sape yang dah baca time link membuat visa kat atas mesti tau.

Kedua benda yang penting adalah tiket kapal terbang ke Yangon la... Bella haritu booking sekali semua Rm427.00. Murah ke? hehehee... rasa murah kot. Apalagi kalau bukan penerbangan tambang murah anda AIRASIA..tp flight delay... lama giler plak tu. Dari sepatutnya kul 7 delay sampai kul 11. giler!!! tapi takpela... janji dah selamat sampai dan pulang..

Ketiga kenalah tahu kat mana korang nak tinggal, Sebab masa nak buat visa tu pun dia akan tanya kat mana korang nak menetap bila kat nak isi form visa tu. Sebelum korang sampai kat Yangon korang wajib!! wajib ok salin alamat penuh hotel korang. Bagi yang dah pakar takpelah.. untuk yang baru first time sila ikut nasihat Bella ni ok. Sebab bila sampai je kat sana.. berebut2x pemandu teksi tarik korang, jadi hati2x dan mesti ada alamat. Bagi yang tak tau nak duduk mana lagi.. boleh la rujuk penginapan Bella. 3 hari 2 malam. Bella bayar lebih kurang RM170.00.
Keempat sebelum terbang tu, silalah jumpa doktor. Cakap la nak pergi Myanmar. Sebab lepas Bella balik dari Myanmar, Bella sakit tau. Muntah2x.. cirit birit.. mungkin dia negara yang kotor. Serius tak larat. Kumannya nak mati susah tau. Bella makan banyak ubat pun sakit lagi. Kena banyak minum air suam atau ice lemon tea bila kat sana.

Kelima Sediakanlah duit secukupnya dalam USD. RM sesetengah tempat je terima. Tapi bila kat sana tukarla ke kyatt. Carilah rate terendah. Boleh la rujuk link bella di bawah.
 

Keenamnya korang lebih baik buat susun atur jadual korang kat sana, sebab dari satu tempat ke satu tempat menarik jauh2x. Nak jadual bella ke? Kalau banyak permintaan baru bella tulis la. Kalau tak malu la syok sendiri.

Tempat-tempat menarik yang bella senaraikan untuk pergi tapi tak sempat nak pergi adalah
  • Masjid di Yangon berhampiran Sule Pagoda,Indian (ni bella lalu je x singgah).
  • Membeli belah di Migalar market & masjid di township.
  • Membeli belah di Theingyizay bazaar National musuem.
  • Inde lake (tempat orang beromen) saja je bella tak gi. hehhee.
  • Kyaikto juga di sebut golden rock.
Tempat2x menarik yang sempat bella pergi bolehla klik di link di bawah.
Perbelanjaan bella kat sana untuk makan yang sedap2x.. boleh tgok kat link bawah.
Total perbelanjaan untuk makan kat sana, fee apa2x, tambang teksi, barang2x shopping dan lain2x semuanya sekali tak termasuk tambang flight, buat passport dan visa. rm850.00 sahaja,untuk dua orang. Murah kan? hehehe.

Bajet sangat bella kan?  Jadi kalau ada pe2x yang tertinggal.. bella lupa nak inform just tinggalkan comment. Bila bella baca bella jawab k??

bye22x... jumpa next entry.....

Thursday

Tempat Makan sedap Di Yangon,Myanmar

Salam... Hari ni bella nak sambung mengenai Myanmar..

Sebenarnya bella sangat la takda masa nak buat mengarang kat blog ni, Sebb bila bella karang je.. dia akan mengambil masa yang lama sebb bella tak nak orang yang singgah blog bella baca pastu cakap dalam hati, eeee apa ni?? bella nak semua dapat sesuatu bila singgah kat sini. Pastu bella akan cuba sedaya upaya keluarkan, tulis dan taip segalanya yang bella rasa patut kongsi.

Sebelum ni bella ada cerita pasal Myanmar. Kalau nak cari entry sal Myanmar ni mesti payah. Sebab terbalik-balik. Bella cerita ikut mood. Kalau rasa nak cerita sal food bella taip je. Walaupun sebelum tu bella cerita sal travel.HUHUHU.... time ngah byk idea kan.. apa yang terfikir mestilah terus taip. Kalau hilang cane?

Saturday

Tako Tao Cuba la sekali..

Hi you olllsss....

Pernah dengar tak makanan ni? Mesti pernahkan.. tp bella still nak share gak. Mungkin ada yang tak tau, yg dah tau..duk diam2x jgn kutuk. HAhahaha.. namanya Tako Tao. Pernah cuba tak? Nama macm pelik kan? Mula-mula time bella nak beli kat mid. tgok org beratuq punya la panjang. Bella nak try tp sgt la was2x. Halal ke tak? nama macm takda bunya arab ke.. western ke.. masakan kampung ke... then bella biar dulu la. The next day (time tu mah dekat sgt dgn mid, leh dikatakan tiap-tiap hari pergi) pergi mid lagi. Kali ni org beratur dah kurang. Mungkin sebab bukan time cuti kot. Bella pergi la tgok dekat2. Owh yg buat islam. sebab bertudung.

Bella pun beli la satu. Mula better try benda yg senang kan? Bila bella tgok menu.. owh macam sushi. That means dari korea la ni. Bella beli la chicken and cheese.

chicken

Wow..sedapnya. Jadi korang leh la makan tanpa was2x. Sebab bahan-bahannya sangat special. Semuanya di blend. Tako menggunakan tepung campuran. (campuran apa bella x tau.) pastu campur ngan sotong sikit last sekali sayur.

Tako dimasak pada plat yang panas tu..nanti dia akan jadi ranggup diluar, tapi kat dalamnya still lembut. Pastu dia akan taburkan ngan kicap, mayonnise dan fish flake.Most of the ingredients are imported from the origin country Japan.

Resepi asli dorang dari takoyaki di jepun jadi tak heranlah kenapa namanya Tako Tao kan...Dan Tako Tao adalah resepi pertama dalam dunia yang menggunakan Chuka Idako (walaupun bella tak tau pe bendanya ni) tapi macam sotong la yang saiz kecil2x.. diblend ni semua supaya rakyat Malaysia lebih terima rasanya. Tapi bukan itu saja. Tako Tao jugalah yang pertama perkenalkan perisa unagi dan abalone. Perisa lain macam udang, chicken adalah pilihan chefs yang menyatakan perisa ni semua sesuai sangt ngan lidah org malaysia..

so you all semua check it out... ne yang korang nak try...

Selain dari Chicken And Chess.. ada 4 lagi perisa lain. Bella cadangkan.. u all friend try chicken and chess first. Takut tak sesuai ngan tekak korang plak. Kalau rasa sedap sgt kan.. Cubalah plak

udang, prawn
Prawn flavour. Udangnya rasa tawar je. Macam udang rebus.Kalau sape makan sushi tau la.Leh gak try ni untuk yang love prawn. . Ni bella jarang beli sebab HB alergik udang. Next Tako Tao have

Octopus, Sotong

Ni plak rasa octopus. Anak sotong yang di awet kot. Sebab ada ke sotong original warna merah? Mak bella selalu masak starting sotong tu tak masak putih kan..NI memang sedap. Bila makan rasa sotong dan bijan. Masalahnya cuma satu. Sotong ni liat, susah nak gigit, pastu dah la kecil dia akan meluncur laju ke dalam tekak kalau korang x sempat nak tahan guna gigi atau lidah, boleh tercekik wooo... Ni kesukaan bella gak. Tapi paling selalu beli adalah chicken and chess. Senang, xda la HB merunggut2x. Perisa apa ni.. apa ni.. ee rasa apa ni... and bla.. bla.. bla.. sebb dia tekak melayu tulen. Benda pelik2x ni dia fussy sikit.

Abalone

Ni bella try sekali je...rasa macam tak kena la ngan tekak bella.. Kalau you all suka seafood ok kot..

Unagi

Ni pun bella beli jarang sangat. Pelik sebab kalau kat sushi perisa unagi ni memang sangat favorite la. Tapi kat Tako Tao ni bella tak leh pergi. Rasa hanyir sikit la. Mungkin xda wasabi kot. Time makan terus rasa nyesal beli perisa unagi ni. Tapi sape yang suka rasa ikan yang pure ikan tu. Mesti cuba tau.



Macam nilah bungkusannya..tu dia tick prawn. Means bella order udang. Tapi pernah jadi juga, Bella order lain. Dapat lain. Tapi belasah je r....


Tips sikit...

Friend mesti try chicken and chess dulu tau.. yela ayam.. sape yang tak pernah makan.. rasa tak janggal sgt bila frist time makan.

Kawan semua akan jumpa makanan ni kat kios kecik luar jusco. Warna merah signboard. Dia punya cara masak golek2x je. Ada juga juga kat pasar malam semua. Tapi sebenarnya dorang tiru Tako Tao nilah.

Bella kalau beli Tako ni.. bella akan minta extra fish flake. Tambah rm0.50 macam tula.. tapi rasanya akan lebih yummy tau.

so.. leh try!! bella saja je nak share. Sebb bella rasa sedap makanan baru ni. Kalau tak kenan time korg makn jgn marah bella k...

k.... ikhlas dari kawan korang.. bella...

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari