Sunday

Perlu Membuat Visa Untuk Ke Myanmar

Hi semua... so cool. bella lama gile tak buat apa2x post because ada a few problem yang membuatkan bella terputus hubungan ngan blog.. sedihnya. Ok. for this time bella nak cite sal cara-cara membuat visa untuk ke Myanmar. Dulu bella pun Confuse, perlukan visa untuk ke Myanmar???? Perlu tau kawan2x.. Memang tragic sgt nak buat visa ni pun.

Visa, Yangon Visa, Myanmar Visa
Nilah visa. Cop je pun.. haaaa...puiii!!

Bella ambik cuti 1 hari untuk pergi membuat Visa ni. Macam Passport la kan? Takkan benda simple sesimple visa pun tak leh siap 1 hari kan? Pusat membuat Visa yang terdekat dengan Bella adalah di Kuala Lumpur di Ampang Hilir previously bella ada check kat laman web kata hari sabtu buka half day. bella pun pergila. Badly sebenarnya tutup. Means laman web kat situ tak update la tu.

Embassy of the Union of Myanmar
Address: No.8 (c) Jalan Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kalau dari KLCC masuk Jalan Ampang arah ke Ampang dan terus jalan sampai jumpa Sucasa Apartment kat belah kiri ... depan sucasa itu ada traffic light masuk kanan ke arah jalan Ampang Hilir (Persiaran Ampang Hilir) ...jalan terus nanti macam jumpa round about kecik ambil ke kiri jalan sikit terus jumpa Kedutaan Myanmar dibelah kiri jalan ... rasanya ada 2 lot tanah sini yang menempatkan kedutaan ini satu yang belah kiri tu mungkin pejabat kedutaan . sementara yang satu lagi kalau dari luar nampak macam parking lot tapi rupanya ialah tempat memproses visa dan membaharui passport pekerja myanmar .

Embassy Myanmar, Membuat visa Myanmar
Betul-betul tepi jalan fuyooo.. ramai an?
Embassy ni tepi jalan tau. Dah la susah cari parking. Maklum la.. Tengah2x bandar. Bella parking jauh. Pastu jalan kaki sikit. Penat pun penat la.. janji berbaloi. Kalau masuk kedalam compound tu nanti nampak ada pejabat visa . pejabat ini macam gerai je ... ada dua pejabat satu menguruskan visa foreigner dan satu lagi mungkin menguruskan passport untuk rakyat myanmar .... dihujung ada plak kantin dan kedai photostat yang diuruskan oleh orang myanmar.

buat visa, visa myanmar
Bumbung merah tu kantin,tepinya ada mesin Photostat
kalau nak buat visa anda terus ke kaunter Visa Section dibelah kanan . biasanya ada 2 orang pekerja dalam kaunter itu ... saya tak pasti kewargaan negara mereka tapi yang  tengah india malaysia dan kiri chinese malaysia ... rasanya laaa ... saya tak pasti tapi semua boleh berbahasa melayu ...tapi seriously sombong!!!! geram giler. Nak dua helai form pun tak bg. Suh Photostat. Teruk.

visa ke myanmar, borang
Contoh form yang bella kena isi aritu.Sehelai je kena isi.
Jangan lupa sediakan gambar yang berlatar belakangkan warna putih. Normally kat kedai cuci gambar tu dia ada sediakan contoh2x yang orang pernah buat. Pilih yang berlatar belakangkan putih.Bukan saiz ic tau. Sediakan satu saja. Jangan lupa bawa passport.Pen pun baik bawakla. Kalau nak pinjam2x susah.
Masa saya mula2 nak ambil borang visa tu dalam kul 9:30 pagi.Tengok punyalah ramai orang beratur.Tapi .... rupanya mereka rakyat myanamr ada kaunter lain . foreigner macam org malaysia ini ada kaunter lain ..puhhhh lega kalau tak memang panjang laa nak beratur..ok siap isi boring sambil beratur. Seriously memerlukan kesabaran yang kuat.!
Visa, Myanmar, Visa Myanmar
Sian My Dear,Bella pun beratur sampai nak tercabut lutut. Tak tahan..

Sebenarnya kita tak perlu pergi sendiri buat visa ni ... boleh wakilkan kepada sesiapa je. Kebanyakkan yang datang adalah agent pelancongan yang bawak passport punyelah banyak.Tapi ada yang kena tolak sebab borang yang dia tak isi lengkap,jadi korang kena pastikan lengkapkan borang aplikasi tu tau.Pastikan anda dah tahu kat mana nak duduk kat Myanmar nanti sebab dalam borang tu anda kena tulis alamat kat Myanmar.Kalau kat hotel tulis je laa kat mana2 hotel kat Myanmar tu,dalam borang tu juge nanti akan akan tanya siapa yang keluarkan passport kita.letak ikut yang tertulis di Passport.Mesti ada kat belakang tu punyala..
Kaunter kat section visa ni buka jam 9:30 hingga 12:30 tengahari untuk submit permohonan dan jam 4ptg hingga 5 ptg untuk collect visa,biasanya permohonan normal akan diproses selama 2 - 3 hari.Kalau submit hari rabu paling cepat boleh collect hari jumaat tapi kalau nak collect same day boleh juga kena bayar RM150 kalau normal bayar RM80 je untuk visa pelancong ini harga bayaran yang bella dapat dari internet la...tapi time bella buat aritu punyalah tragic, bengang dan lain-lain2x la perkataan yang sesuai untuk diungkap.
Bengang giler!!! bella beratur dari pukul 9.30pagi lagi.Kalau datang awal pun pagar bukan buka pun.Sesampai pun dah memang ramai orang. Beratur punya beratur lagi seorang depan bella je lagi.Ngam2x pukul 12.30. Even dia Nampak orang yang beratur panjang lagi,dia tetap tutup kaunter tu. Depan bella amoi. Kitaorang sesame merayu2x suruh ambik  satu je lagi. Kitaorang pepagi dah beratur. Tapi dia buat tak tau je. Tetap tutup kaunter tu. Ada tempat ke nak buat complain? adus.. tension!!
Memang BB! tul!!! bayangkan.. lagi seorang je kan depan. Lagi 4hari bella dah nak fly ke yangon dah.Airmata dah bergenang. Tinggal nak melimpah je. Yela..ne lagi nak apply cuti. Dah tak sempat. Then bella suruh HB Tanya kan pada agent kat situ nasib ada abang tu nak tolongkan kitaorang buat. Tapi mahal la. Sekali upah.2 orang dekat 4ratus gak la.Hmmm takpelah daripada bila difikirkan balik nanti beratur penat-penat sekali lagi tak dapat buat cane? Tak mahu la ambik risiko. Jadi setuju jelah abang tu buatkan. Bagi kat dia passport, pic 1 dan borang yang dah lengkap disi tula.... Memang pengalaman yang tak dilupakan. 
Dapatlah resit ni dan visa yang x seberapa tu.

Okey... jadi kat sini bella rasa baiklah kita suruh runner je yang buatkan untuk kita.Even kita bayar lebih sikit kat runner atau agent tu lagi berbaloi. Memang kita rugi dari segi duit. Tapi untung dari segi masa, penat, bau-bau, badan melekit dll. Atau mungkin saya pergi salah time kot. Ntahla..
So.. harap mendapat sedikit ilmu yang boleh dikongsikan disini... daaaa.....

Perasaan Yang tersangatlah sedih merundum

Assalammualaikum....



HI....saja nak share nak luahkan sesuatu. Pernah tak korang rasa macam terlalu down. Sedih sangat. Tak tau nak buat apa. Nak balas apa. Nak cakap apa. Nak fikir apa. Semua benda tak kena. Semua benda buat rasa tak betul. Buat apa pun perasaan down tu tak hilang. Still rasa sangat sedih dan takda semangat. Sape putus cinta sure rasa macam ni. Rasa nak bunuh diri pun ada kan..?

perasaan sedih, baby sad, feel really sad
Muka sedih bella lagi teruk

Time kejadian ni berlaku bella ikut suami balik kampung. Sebelum balik tu bella memang dah tak sedap ati sebab ada terdengar yang sepupu dia dah pregnant. Kitaorang kawin semua tarikh dekat2x.Kiranya semua dalam tahun yang sama. Bulan je lain2x. Tapi My Dear bella kata takda la. Dorang tak pregnant lagi la. Takut la bella tak mau ikut balik kampung. Bella pun setuju je la. 

Hari pertama kat mah mak ok je. Kebetulan memang besday My dear jadi bella wat surprise party dia kat penang. Sebelum bertolak tu Makcik dia datang. Pastu salam ngan mak and makcik. Pastu makcik dia kata bila nak ada baby ni? Sambil senyum bella kata nanti adalah tu. Seriously macam  ada satu batu hempap kepala!!!! Bayangkan depan mak, adik ipar, suami bella. Adus.. Ingat tu semua adalah ketentuan dariNYA.Ingat bella tak usaha ke?

Bella naik kete terus termenung. My dear faham. Tiap2x bulan pun bella akan nangis sebab PERIOD! Tak boleh blah giler perasaan ni. My dear kata, sabar la. Dear kan ada,walauapapun dear ada satu isteri je. Dear takkan berpaling. Korang faham tak perasaan bella time tu. Bella rasa bella perempuan yang menghampakan suami. Bella tak sempurna. Bella terus letakkan kepala kat bahu suami sambil air mata menitis-nitis. Kenapa ada soalan macam ni time bella nak g bercuti. Hilang mood serious!

Soalan dari Makcik dia tu datang sebab around semua dah pregnant. Adik bella dah bersalin. Ya ALLAH tabahkanlah hatiku. Hanya kau sahaja faham hati dan perasaanku. Bella dah berurut. Minta tolong kawan doakan kat mekah. Makan hati unta. Sekarang bella ngah amalkan minum air buah zuriat. Bella tau, pasangan lain lagi teruk usaha dorang. Tapi bella baru usaha sikit dah nak mengeluh. Bella bukan mengeluh. Bella nak orang faham je yang sememangnya bella ada usaha.

Sepupu kata, asyik bercuti je.Hasil Tarakkkk!! Tengok la nanti ko kawin, cepat ke lambat. Tengok senang sangat ke ko dapat anak. My boss kata, You try la buat macam-macam gaya. Jadi punya. Dah try. Minum kopi sebelum bersama. Dah minum. Faham la. Ni ketentuan tuhan. Sape bella nak meminta atau menidakkan ketentuan dariNYA. Sape yang kat tempat bella mesti sangat faham.

Bella memang hobi round the world. Kalau boleh semua tempat bella nak jejak. Jadi bella nak jejakkan kaki kat semua Negara asia. Impian la tu kononnya.Jadi semua family think yang bella tak mau anak sebab nak enjoy. Kalau jumpa bella Tanya sal anak pastu mesti kata, takpela.. enjoy dulu.muda lagi. Come on la... takkanlah nak mengurungkan diri je sebab nak tunjukkan yang bella tengah berusaha dapatkan anak. Macam tu ke? Hmmmm tak faham la.

Apa je cara nak happykan ati sendiri?Makan bebanyak? Dah la makin gemuk. Tak makan pun. Diet. Makan sikit2x je. Tapi still gemuk. Kalau gemuk berisi takpe. Ni kosong. Benda ni pun dah menjadi beban. Kalau bella mengurungkan diri tak buat apa.. Apa lagi yang perlu bella buat?

Takpelah...Doa mak bella, suami yang berada disisi, tuhan yang sentiasa mendengar menguatkan bella. Kadang2x rasa give up sangat. Rasa nak izinkan je suami buat cara lain. Benda yang perempuan takkan sanggup buat. Tapi hati bella ni plak tak dapat nak menipu. Betapa bella tak boleh nak terima My dear bella dalam dakapan orang lain. Bella tak tau, sampai bila suami bella sanggup tunggu. Bella tau,dia nak sangat anak. Benda ni boleh buat otak jadi mereng la. Serabut.kusut.

Tu belum lagi kalau terdengar sedara mara mengumpat. Adus.”dengar cite, sipolan tu dah kawen lain.” “kenapa” “yela.. berapa tahun kawen. Takda nak.kawen baru ni terus dapat anak” “iye? Lelaki mestilah nak anak. Barulah dia boleh dipanggil lelaki”. Kalau korang ada kat tempat bella.. Apa korang buat? Dugaan.
Sekarang bella Cuma harapkan semua doakan bella cepat dapat anak. Kenapa ye kena ada soalan.. Bila lagi ni? Anak dah berapa? Eh korang dah lama kawen kan? Ko tau tak si bedah dah ada 2orang.ko bila lagi? Dah berisi ke?  Wei..kusut kot. Ni berita happy. Kalau aku pregnant for sure bella akan hebahkan. Kenapa perlu Tanya? Tau lah bella bgtau. Geramnya!!!!arrgghhhh!!!! nak tunjuk baik? Bagus? Ataupun prihatin? Ambik berat kot? Atau perli saja nak sakitkan hati? 

Sekarang prinsip bella, walau badan bella sakit, pedih, menderita. Bella akan cuba dapatkan anak untuk my dear bella. Sebab dia adalah nyawa bella. Suami bella adalah segalanya. Kegembiraan dia,2x kegembiraan bella. Sedih dia, hampa dia,10x terasa kat bella. Cinta bella kat dia tuhan saja yang tau.isk..isk... Ya Allah..kurniakanlah kepadaku dari sisiMU, Keturunan zuriat yang baik, sesungguhnya kaulah mendengar dan menerima doa.Amin.... 

Kla..... bella lap airmata dulu.. bye3x.. bella ok...

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari