Tuesday

Cara makan buah zuriat

Salam sayang semua... sebab bella sayangkan semua oranglah, bella nak share satu petua orang tua yang diturunkan kat bella iaitu Mengenai buah zuriat.

buah zuriat, cara makan buah zuriat,

hmmm sape tau buah ni untuk apa? Sebenarnya Buah Zuriat juga dikenali sebagai Buah Hawa atau Buah Adam.Di negara Arab, buah ini dikenali sebagai Doum. Di negri arab, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita.

Tetapi ada juga yang menyatakan khasiat buah ini takda langsung kaitan dengan kesuburan. Buah ni lebih kepada khasiat-khasiat lain seperti:-

-Mengubati darah tinggi mahu pun darah rendah
-Membetulkan hormon dalam badan kita
-Menghilangkan lenguh2 di seluruh badan
-Menambahkan tenaga
-Melancarkan kedatangan haid

Tapi mak bella kata, Jiran depan rumah minum air buah zuriat ni alhamdullilah lekat. Sekarang anak dah 3orang. Sebab mak bella yang kata jadi bella pun cuba je la. Bella nikah sesama dengan adik bella. Padahal bella punya majlis, tapi adik bella nak tumpang. Jadi setuju je la. Sebab adik kan?? Tak kan nak say no. Orang kata nikah sama ni salah seorang akan panas. Tu yang bella tengah takutkan dan risaukan. hmmmm "YA ALLAH dengan bantuanMU, kurniakanlah kepada ku hati yang sentiasa sabar dan sentiasa redha dengan ketentuanMU, Sesungguhnya aku insan yang lemah dengan tipu daya syaitan".AMINnnnn....

Takut tau. Kadang2x sampai bella rasa nak mengamuk kat family sebab kenapalah suruh adik bella wat sama. Time nak nikah tu bella tanya tok kadi. "uztaz, takpe ke nikah sama ni?" uztaz tu kata "astafirruALLAHalazim..... istifar, jangan sampai syirik."hehehe. Mak bella cubit2x. Yela.. risau jadi macam ni la.. Bella pun malas nak percaya, Tapi jiran bella pun sama. Kawen hari yang sama. Seorang dah ada dua anak. Seorang lagi takda. Check doctor semua kata ok. Rahim pun cantik. Tak ke pelik. Argggh lantak la. Tu semua ada hikmah dan ada alasanNYA.

Berbalik pada buah zuriat ni, Buah ni hanya terdapat dari mekah saja tau. Jadi kena kirim dari orang yang nak ke sana. Memang rezeki bella. Kawan bella dah pregnant. Dia tumpang sedih la bella tak pregnant lagi. Jadi dia sedekahkan buah zuriat tu. Siap bagi hati unta yang kering tu lagi. NINI and Lobang, Kalaulah kot2x korang terbaca blog aku ni, Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih dan I LOVE YOU so much Friend!! ye la ramai kawan yang menunjukkan rasa kesian, Tapi tak ramai yang sudi ambik tindakkan untuk membantu.AN?

Amaran!! jangan la korang percaya yang buah ni dapat bagi kita anak. Bukan tau. Ini adalah antara usaha kita untuk mendapatkan anak. Macam kita demam, usaha kita nak sihat jangan minum ais, makan ubat. Pastu sihat. Ubat usaha kita, yang menyembuhkan tu tuhan kita. Kita usaha dan tawakal. Ada juga yang bella baca dari blog orang lain. Dia kata dia tak mau minum air ni, sebab takda saintifik pun yang menyatakan buah zuriat ni dapat meningkatkan kesuburan, macam ni dah was2x tak yakin memang lah tak menjadi. Penting yakin tu. Usaha je kan.. Kalaupun buah ni takda kaitan dengan kesuburan, apa salahnya? minum jela.Mungkin bagi kebaikan untuk benda lain. Anggap macam ubat je. Serasi cepat sihat. Tak serasi lambat sikit la sihatnya.

Tapi takpe kita usaha je. Biar tuhan yang tentukan. Ada juga yang bella baca dari blog orang lain kata dia jumpa uztaz minta petua nak hamil a.k.a mengandung la kan.. Uztaz tu kata Kita kena lah pelbagaikan cara kita dan suami bersama tu. Macam orang putih. Kat tepi semak, celah tangga, bawah katil, Atas mesin basuh.Hahahahahah... acah je bukan tempatnya yang berubah. Tapi caranya. Ni pepandai korang la. Kang budak sekolah baca blog bella ni susah plak. Pastu uztaz tu kata lagi cari buah zuriat ni atau buah hamil. Tengok..uztaz tau bagi petua. Kita cuba je la.

Cara makan buah zuriat ni ada 1000 macam cara yang disyorkan.Antaranya;-

Cara pertama:-

 2 biji di ambil sabutnya dan bijinya sekali, setelah itu rebus sabut dan biji buah itu dalam 5 cawan air sahaja selama 15mint.Selepas itu biarkan selama 6 jam dan blend sabut buah zuriat sahaja sama airnya tadi. Hanya sabutnya saja kita blend, selepas blend tapis dan minum.Esoknya ikut cara yang sama untuk dapat air buah zuriat yang fresh lagi berkhasiat, buah zuriat tak boleh direbus berulang kali.....khasiat buah zuriat akan hilang bila rebus banyak kali sbb itu kena buat setiap hari 2 biji minum setiap hari selama 3minggu dalam setiap bulan.

 kami di arab sana memang guna cara ini untuk mendapat khasiat buah itu.

(cara yang ini tak boleh minum time period)

Cara kedua:-

 Menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara ketiga:-

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)

Cara keempat:

Bella gunakan cara ni. Ambil dua biji buah zuriat. Potong sampai abis kulitnya. Ambil yang bahagian dalamnya sahaja. Potong kecil-kecil dan rebus 1/2 jam. Time ni bella lupa nak setkan jam. Jadi bella tengok airnya dan berubah warna menjadi kuning ok la tu. Pastu minum suami isteri. Buah yang dipotong tadi boleh digunakan berkali-kali sehingga air dah tidak lagi berubah menjadi warna kuning, barulah kita tukar dengan buah yang baru.Bella ambil cara yang keempat ni sebab boleh dikatakan, kebanyakkan blog yang menunjukkan cara minum air buah zuriat ni semua guna cara ini. Siap bergambar lagi. Senang faham.

Apa cara sekalipun yang korang guna, Lebih molekla kalau iringi dengan bacaan doa dan surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)




Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

Semoga semua mendapat kebaikan dari sini. Bella pun tengah usaha. Samalah kita. Bella time bercuti pun bawak. Letak dalam bekas air.

buah zuriat, cara minum buah zuriat, buah zuriat yang dah siap,

Bila tengok pic ni korang boleh la agak kan.. nak gopek cane. susah tau kopek. bella pun minta tolong my dear. Kena minum sambil tawakal la. My dear pun minum sama. Sama2x usaha. Macam bella, bella selalau ras bella yang ada problem sebab my dear bella atlet. hmmm... sedih. Sama-sama kita doakan satu sama lain ok.

salam sayang dari bella.

Sunday

Benci sanggggatttt!!!! 150juta Ainan Tasneem

Hello semua...Bella ni..Tragic giler tajuk..ahaks.

Ainan Tasneem, Lagu Ainan Tasneem, Lirik 150juta

Kenal tak sape kat picture ni?. Hari ni bella nak share kenapa ainan tasneem buat bella benci kat dia sangat2x. Sebab bella memang tak suka orang meniru Penyanyi YUNA. 1st Najwa Latif, sekarang Ainan ni plak? eee.. semak la. Sibuk la dorang ni semua.
Dah la lagu ntah apa2x. Macam bercakap je dengar. Takda seni. Setiap kali bella dengar  je suara dia ni kuar dekat radio, cepat2x bella tukar siaran. EEEEeeeeee tak sukanya.

Tapi...... tu dulu. Lepas bella hayati lirik 150juta tu terus persepsi bella berubah. Rasa macam teringat kat zaman sekolah la plak. Patutla adik2x bella duk ulang lagu ni dari pagi sampai ke malam. Bella jadi suka ni pun sebab adik bella duk nyanyi 24jam. Bella pun ambik mp3 dengar. EMmmm ok gak. Sempoi je lagunya. Jom tengok lirik dia.

Lirik 150juta

Untuk kali ke 150 juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di 150 juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih 150 juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap 150 jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Really sweet kan dia punya lirik? bila nyanyi dan baca lirik ni macam terbayang zaman sekolah. Patutla budak2x semua gilakan lagu ni. Any way, tahniah Ainan Tasneem. Pandai pilih lagu ni. Sampai bella pun dah turn jadi suka kat Ainan plak.

Lagipun tak baik benci kat orang sangat. Tengok sekarang dah jatuh cinta plak.
Ok.... salam sayang dari bella.

Tempat-tempat menarik ke singapore

Salam sayang dari Bella..., 
ini sambungan dari perancangan Bella untuk ke Singapore. Negara Singa. ahaks. Excited kot nak pergi.Singapore ni tak perlu diperkenalkan lagi,semua tahu dan kenal Singapore kan? kalu tak kenal bolehla tinggalkan kat comment nanti Bella balas.ahaks. Iklan kat tv pun byk dan berlambak promote singapore.an? Kat sini Bella jelaskan sikit apa yg sangat menarik-narik Bella untuk ke singapore. Ada 18 tempat menarik dan tempat shopping di singapore yang Bella kongsikan di sini. Cuba terabur sikit la. Pepandai la korang susun ikut kesesuaian jadual korang ok?
singapore, singapura, tempat menarik, uss,
Antara tempat menarik yang kami lawati
Pertamanya tentulah USS (Universal Studio Singapore)!!!!.(Klik je) Penuh dengan keriangan dan keseronokan macam genting.Cuma USS best lagi kot.Best 2x. ahaks. Bella akan terangkan terperinci mengenai USS ni sebab banyak sangat nak diceritakan dan tip2x yang nak Bella share.
uss, singapore, bercuti di singapore,
Universal Studio Singapore im come in!!
Merlion Park Terletaknya patung singa yang mengeluarkan air dari mulutnya.kononnya Kiranya sape yang tangkap picture kat sini confirm la dah pergi singapore. Masalahnya time bella pergi aritu patung tengah dalam pembikinan. Adoi..!! punyalah bella cari bagai nak mam tak jumpa2x pun. Sekali tu pak guard tu kata alamak dik tengah baiki la.. adoi3x..Jadi bella just bergambar dengan pemandangan yang mempersonakan kat situ sajala. Antaranya Esplanade dan Marina Bay Sand Building (bangunan yang seolah-olah ada kapal diatasnya).Mula2 bella nampak bangunan yang tergantung kat atas bangunan tu bella cakap kat HB... waaahhh macam dalam cerita goku. Ala.. cerita cartoon dragon ball. Favorite gile.teruja...hahaha.Cara nak ke sana: MRT Raffles place. 


Kampung Arab (Arab Street/Kampong Glam) Terletak di North Bridge Road. Di daerah ini terletak Masjid Sultan (Sultan Mosque) dan Malay Heritage Centre. Cara ke sana: MRT stesen Bugis. Sangat terkenal kat sini dengan kain baju nya. Macam masjed jamek jugak la.. Tapi sini USD yer...  jadi harap maklum. Haritu bella tak sempat la datang sini. Tak tahu la murah ke mahal.
tempat menarik, singapore, singapura, kampung arab singapore

China Town Daerah ini merupakan pusat segala barang-barang yang memiliki ciri khas budaya China. Mulai dari baju khas cina untuk wanita yang biasa disebut cheongsam hingga toko obat China yang menjual segala macam obat khas China. Juga tidak ketinggalan restaurant Chinese food yang menawarkan hidangan yang sangat menyelerakan.Tempat menarik: Kuil Thian Hock Keng, Pura Sri Mariamman, Smith Street Wet Market, Food Street. Cara ke sana: MRT stasion Chinatown atau Outram Park.
Informasi penting

  • Jam buka : setiap hari jam 11.00-23.00
  • Situs web : www.chinatown.org.sg
  • Kategori : pasar jalanan, bazaar, pasar loak, barang bekas
  • Fitur : nuansa mewah, barang murah, nuansa indie, produk lokal.



china town, tempat menarik, shopping, singapura



Little India Terletak sepanjang Serangoon Road. Tempat ni macam pusat orang india kat sini la.Tempat menarik: Masjid Abdul Gafoor, Kuil dan Pura. Cara ke sana: MRT stasion Little India dan Farrer Park. Menarik ke?? Bella tak pergi pun. Tak sempat.


MUSTAFA CENTER  Tempat ini lebih kurang macam mydin kat malaysia.Kira murah la.Terletak di Syed Ali Road di kawasan Little India dan dibuka 24jam. WOW! kat Malaysia ader? hehehe. Jadi korang pergi je tempat-tempat lain dulu. Pastu bolehlah over night disini. Kat dalam ni boleh di katakan semua barang yang hendak dibeli ada. Kalau takda complain kat sini. Sure ada punyalah. Macam mydin. Cuma kemas sikit la. Terkenal sebab perfume yang murah-murah. Tapi sedih bebenor bella tak sempat pergi sebab ada kejadian yang tidak diingini berlaku. isk..isk.. takda rezeki sangat. Bella target sangat dah nak beli perfume kat sini. Cara ke sini MRT little india.

Mustafa center, haji mustafa, Shopping di singapore
 

Katong Terletak di East Coast Road dan joo Chiat Road, tempat jajanan makanan yang menarik dari pelbagai tempat. Cara ke sana: MRT stesen Paya Lebar atau Eunos. Tempat ni macam glamor ngan makanan. Jadi bella tak pergi sebab makanan kan? takut sgt tak dapat bezakan yang mana halal dan yang mana haram. Jadi bella tak pergi. Setahu bella yang paling famous kat sana cuma restoran zam-zam. Tu je. Tapi sekarang tak perlu ke singapore, restoran tu dah ada kat malaysia.

singapore, singapura, katong, makanan singapore



City Hall dan Padang Terletak di antara Connaught Drive dan St. Andrew’s Road. Lapangan luas tempat bersejarah berdirinya negara Singapore.Rasanya kalau limited time datang kat singapore ni, Tak perlu kot ke sini. Setakat bangunan sejarah dan mall, tak berbaloi la. Bagi bella la. Tapi ikut korang la kalau nak pergi juga. Cara ke sana: MRT terdekat stesen City Hall.

Bideford Junction Crosswalk Terletak di daerah Orchard, antara Paragon, Park Hotel at Orchard, Meritus Mandarin Hotel dan Ngee Ann City. Setiap hari mulai pk 19.30, setiap 30 minit lalu lintas di Bideford Junction akan berhenti selama satu minit. Selama waktu ini, daerah itu disirami oleh empat skenario tata cahaya yang mempesona, yaitu: “Singapura Kota Taman”, “Berjalan Di Air”, “Aurora (Cahaya Kutub Utara)” dan “Langit Malam Berbintang”. Tapi bella tak sempat nak merasai suasana ini sebb bella tak bermalam di singapore. Bella bermalam di johor. Ada ke yang pernah tgok suasana ni? Share sikit. Kalau cantik sangat leh la bella pergi lagi rasai sediri. Picture di bawah pun sumber dari google. Cantik an??Cara ke sana: Stasion MRT Orchard.

singapore,bideford junction crosswalk

Carlsberg Sky Tower Terletak di sebelah cable car ke pulau Sentosa. Carlsberg Sky Tower memberikan pemandangan ke seluruh kota Singapura, Sentosa, Southern Islands bahkan Malaysia dan Batam dari ketinggian 130 meter. Tiket masuk S$10/ dewasa dan S$6 (Anak 12 tahun ke bawah).Sini pun bella tak tertarik nak pergi sebab time bella naik kat melaka tu, feelnya takda la best sangat.Sebab dah merasa naik jadi bella tak naik la sebab bella tak pergi ke pulau sentosa tu.

singapura, Singapore, Carlsberg sky tower


DHL Balloon Terletak di Tan Quee Lan Street, Bugis. Belon ini merupakan salah satu yang terbesar di dunia. Belon ini dapat membawa 29 penumpang dan terbang sampai ke ketinggian 150 m, untuk menyingkap sebuah pemandangan kota yang mempesona seluas 360 darjah. Selama 7 – 10 minit, kita akan terbang melihat seluruh pelosok kota. Jam Buka Isnin s/d Minggu: 11.00 s/d 21:30. Tiket masuk: Dewasa SGD23, anak-anak SGD13 (3 – 12 th), Anak-anak di bawah 3 tahun SGD2.Sebenarnya bella tak tau la benda alah ni wujud atau tidak. Bella adalah pergi ke stesen bugis ni. Tapi tak taulah ada tempat menarik lain selain dari bugis street. Bella pergi dulu, Barulah bella buat artikel ni. Sebab senangla bella nak bagi review bella kat negara singa ni. Sape yang pernah naik belon ni, angkat tangan dan cite kat bella. Daripada naik belon yang tak seberapa ni baik shopping kat bugis street tu. Dah dekat dah. hehehe. Cara ke sana: Naik MRT dan turun di stesen Bugis (EW12) lalu berjalan ke tanah lapang di samping 7th Storey Hotel.

BUGIS STREET  Tempat terkenal yang menjual barang barang murah di singapore. Kira barang2x cendarahati patutlah di beli di sini berbanding tempat lain. Kira $10 dapat t shirt la. Boleh la dari takda. Bella kat sini pun shopping T-shirt 3 helai. $10 jer! tapi seriusly nipis la. Hadiahkan kat mak pun mak tak sanggup nak pakai. Hehehe. Keychain cecantik. Tapi HB tak bagi beli. Bella kata murahnya5x. Tapi HB kata mahal. Cane???? tiap kali nak beli converted ke RM. Memang tak dapat beli apa la. Tapi bella beli banyak juga la.Nasibla, Kang teringat2x kat mah susah.Cara ke sana MRT bugis. Tinggal pilih saja.

By Bus

SBS Transit7 , 12 , 63 , 80 , 175 , 197
SMRT Buses190 , 61 , 851 , 960 , 980 , NR7

Bugis street, singapore, singapura


Orchard Road Singapore Tempat terkumpulnya segala barangan yang branded gile macam Louis Vuitton, Prada, Channel dan bermacam- macam lagi la yang bella tak mampu nak beli, dan beli nak taip semua terasa bella ni miskin plak. hahaha. gurau2x. Syukur la apa yang ada. Tapi nasihat bella, korang pergila time hujung tahun. Sale gegila. Kalau time lain boleh juga kalau mampu.Bella pergi pun setakat bergambar kat situ jela. Terasa.. ketidakmampuan bella bila berada di sini. Jadi singgah jap je la. Ok la ambik aura kekayaan. Cara ke sini mrt stesen orchad.

Orchard road singapore, shopping singapore


G-Max Reverse Bungy Bungy pertama di Singapura.Dibuka Isnin Till Khamis: Kul 3 hingga 1 pagi. Tiket masuk $40 per orang. Lokasi di Clarke Quay, River Valley Road. Menarik ke? Tepuk dada tanyalah selera. Bella roller coaster pun tak naik. Naik yang benda berpusing kat sunway lagoon pun menangis. Tak taula kalau naik benda ni. Bella tak kan naik. Sorry. Tengok picture pun dah meremang. Jadi bella just bagi information sikit la. Yang bungy ni ada di singapore. Kat Malaysia pun ada. Kat sunway lagoon tu.Cara ke sana: Naiklah MRT lalu turun di stasiun Clarke Quay, keluar di Eu Tong Sen Street lalu belok kiri dan menyeberangi Coleman Bridge.

G-max reverse bungy sinpapore. bungy


Singapore Flyer (Kincir Angin) Terletak di Marina Bay, dengan diameter roda hingga ketinggian 165 meter. Kita dapat menyaksikan pemandangan Singapura, seperti Marina Bay, Gedung Esplanade, Pulau Batam, dll. Dibuka setiap hari dari pk. 8:30 s/d 22:30. Lokasi di Raffles Avenue. Dekat i-city pun ada. Hehehe. mesti nak comparekan dengan Malaysia.Cara ke sana: Naik MRT ke Stasion City Hall, jalan kaki ke arah Marina Bay.

Kincir angin, Singapore flyer


Singapore Science Center Memiliki sekitar 850 lebih interaktif yang menggambarkan keajaiban dan keindahan ilmu pengetahuan. Selain itu ada juga Kinetic Garden iaitu taman iptek interaktif luar-ruang pertama di Asia. Selain galeri pertunjukan utama, Omni-Theatre merupakan biskop dan dilengkapi Virtual Voyages Simulation Theatre dengan 18 kerusi, tempat para penonton mengalami fenomena iptek secara visual sekaligus fizik, dengan sebuah kisah petualangan selama 15 minit. Bella rasa tak menarik. Jadi bella tak singgah. Tak cukup masa plus bajet ciput. Banyak tempat lain nak kena pergi.

DiBuka : Setiap hari dan hari cuti sekolah, kecuali Isnin. Antara jam 10.00 pagi sampai 18.00.
Tiket Masuk: Dewasa SGD 6, kanak-kanak (di bawah 16 tahun) SGD 3, lansia SGD 3.60. Pertunjukan Filem Omnimax: Dewasa SGD 10, kanak-kanak (3 sampai 12 tahun) SGD 5, lansia SGD 7. Film IMAX DMR: SGD 12 per orang (hari kerja), SGD 15 per orang (akhir pekan/hari cuti umum). Lokasi: Science Centre Road, Jurong East. Cara ke sana: Naik MRT ke Jurong East Station (EW24/NS1) lalu naik bis SBS nomor 335.


Ski 360° Ski kabel (atau main ski tapi pakai kabel) adalah ski air yang ditarik oleh sebuah kabel di atas. Kecepatan laju kabel tersebut sama sekitar 58 kilometer perjam (sama seperti kecepatan speed boat).Bella tak berani. Takut tercampak. Lagipun takda kemahiran ni. Tapi boleh la cuba kalau berani dan yakin. sebab permainan atau sukan ni macam takda di negara kita. Dibuka: Isnin – Jumat: 10.00 s/d 22.00. Sabtu, Minggu, Hari Cuti: 9.00 s/d 22.00.
Lokasi: East Coast Parkway Singapore. Cara ke sana: Dengan Bas: 401 dari Bedok Interchange.

Ski 360, singapore, Ski kabel


PULAU SENTOSA Pulau ini dikenali Pulau Belakang Mati. Bolehlah merasai pengalaman melalui jambatan gantung dan melihat keindahan tiga pantai indah di Pulau Sentosa iaitu  Siloso, Pahlawan dan Tanjung. Perkhidmatan keretapi percuma ada disediakan untuk pusing-pusing di Pulau ini.Dengan bayaran SGD 3 saja ia termasuk tiket pergi-balik Sentosa Express dan bayaran masuk ke Pulau Sentosa. Bayaran tambahan lain dikenakan sekiranya anda ingin mencuba permainan seperti memandu luge iaitu sejenis kenderaan kombinasi antara go-kart dan toboggan atau masuk Underwater world dll.Cara ke sini dengan menaiki MRT dari stesen Orhard Road ke stesen Dhoby Ghaut. kemudian memilih Line Unggu untuk ke Stesen Harbour Front, naik pula Sentosa Ekspress dari tingkat 3 Vivo City untuk sampai ke Pulau Sentosa.

Pulau sentosa, Singapore, Singapura


Song of The Sea Berlokasi di laut pulau Sentosa, pertunjukan ini menampilkan permainan api, laser, jet air, ledakan lidah api dan pencitraan komputer dilengkapi dengan lagu-lagu. DiBuka: Setiap malam, 19:40 dan 20:40. Tiket Masuk: SGD 6 (dewasa / anak-anak). Lokasi: Beach Station. Pulau sentosa.

Song of the sea, singapore, singapura


Okeh!!! nilah tempat-tempat yang bella rasa agak menarik.Ada lagi tau bella tak sebut. Kalau korang nak lawat semua tempat ni memang tak cukup 3 ari la.Bella pergi USS pun sehari tak cukup. Serius. Jadi 80% tempat - tempat menarik di singapore atau singapura yang perlu korang pergi dan jejaki. Tapi kalau tak kan pergi semua pun takda orang paksa pun. Hehe. K la.. salam sharing is caring..

with love. Bella-idura.

sila la clik untuk mengetahui Apa ada di universal studio singapore ..

Saturday

Pengangkutan Bercuti ke Myanmar di Yangon

holla... Assalammualaikum semua.. sihat tak?

Ok.. sebelum Bella takda masa baik Bella sambung pasal Myanmar ni. Mungkin ramai yang nak tahu kan? mungkin la...Sekarang Bella nak terangkan tentang Pengangkutan sepanjang Bella di Yangon. Sebab utama bella ke Yangon ni pun adalah disebabkan flight tiket sangatla murah. Murah ke? Okla kot sebab AirAsia wat promo. Tapi pas tambah everything adalah sampai RM5rat kot.
myanmar, yangon,
Keadaan Kaunter pelepasan.. jangan buat silap..
Bella pun terbang ke Yangon dengan penuh semangat dan sangatlah berdedar2x.Sebab ini pertama kali ke International airport jadi agak kelam kabut sikit la. Memacam kesalahan yang melambatkan masa kitaorang buat. Nasib baik tak terlepas flight. Sampai di airport untuk pemeriksaan kastam, Pakcik kastam tu tanya. Nak pergi mana ni? Bella kata lah Myanmar. Haah??? Myanmar. Ada kawan ke kat sana? Takda.Main belasah je ni. Pakai agent ke? tak, sendiri je. uissshhh.. tak takut ke? tengah bahaya kan kat sana? tak la pakcik dah reda. okla.. hati2x. tapi yang ni pakcik terpaksa ambik tau.
Sambil mengeluarkan 2botol mineral water, minyak rambut dan makanan dalam tiub. Maknanya korang jangan bawalah benda ni semua. Karang kena rampas. Redha jela. Nasib perfume ori aku tak kena rampas. Hehahehehe.

Yangon, airport yangon, burma, myanmar, penginapan bajet
Sampai di Yangon airport.Cantik ok..
HB yang dengar apa lagi membebel2x la. Kata serius ke selamat ni? sebab semua plan Bella yang buat. Bella kata ok, percaya la. Niat baik kan.. Melihat negara orang. Sampai disana terus cari nama kat kadboard orang nak jemput bella dari ocean pearl inn tapi takda (klik disini untuk lihat hotel yang menyediakan perkhidmatan ni). Agak risau juga. Tunggu lagi, Tetap takda. Kat airport orang semua bersarong jadi memang kenal la pelancong yang mana satu. Keluar je dari pintu airport semua pemandu teksi menawar kan perkhidmatan dorang.

Wow, semua berbahasa english tau. Bella just geleng kepala sambil kata dah janji dengan pihak ocean. Ada satu pemandu teksi ni, Tak puas hati ikut Bella sampai ke tempat duduk, Dan kata, Ocean Pearl in tak sediakan perkhidmatan ambik pelancong. Bella kata ada. I already book.Lepas tu, pemandu teksi tu bagi bella handphone suruh call ocean suruh ambik Bella. Tapi Bella kata, Sorry.. i dont know how to use your handphone. Heehehe.. Then pemandu teksi tu call kan untuk Bella. Alhamdullilah... ada orang berhati mulia ni, tolong kitaorang. Kalau tak cane? A few minute ada guy yang bawak kadboard yang tulis ocean pearl inn. Naik van seramai 8orang. Oklah.. Bella duduk depan. HB duduk belakang dengan semua mat saleh. 

yangon, myanmar, pengangkutan, murah
Pengangkutan Awan..
Sepanjang perjalanan macam- macam kitaorang nampak.Suasana dan keadaan yang lain sgtla... kat Malaysia takda kot. Jadi takut plak.. kena naik benda ni kew? tak mau la.. nampak kotor dan serabut plak tu.. berhimpit2x mana boleh. Bukan muhrim, suami je boleh himpit2x ni.. oppsss...terlebih sudah. Kitaorang dalam van. Jammed giler kot.. 

Perjalanan Bella sentiasa dikejutkan dengan orang2x pejalan kaki yang melintas macam takda pe2x halangan. Jalan raya besar tu, yang ada 4 line. Highway la katakan. Sambil bawak budak kecik, dukung anak, pelajar.. memang selamba katak la dorang melintas. Bella plak yang ee.. ish.. Ya Allah.. biar betul.. takut kot. Dengan van yang bawak macam F1. Bapak laju. Nyaris2x je nak terlanggar bas. Jalanraya yang agak kucar kacir.. adui. pening den.

yangon, myanmar, pengangkutan, murah
Pemandangan biasa jalan raya di sana..
Tapi... ha.. tapi... motor xda kat sana.. dulu ada.. tapi dah diharamkan. Memang patutlah penggunaan motor diharamkan kat sana mesti lagi banyak kemalangan punyala..Kalau korang pergi tengok dengan mata kepala korang sendiri..Mesti korang faham apa yang Bella cuba sampaikan ni.Selepas motor diharamkan dengan mendadak peratus kemalangan dapat diturunkan. Sepanjang kat sana Bella dengan HB naik teksi je.. Tambang paling murah 1000kyat la setakat ni. Jadi sesiapa yang nak pergi pastu nak sediakan tambang teksi masa sampai tu, Bella ada tau lagi 2800kyat. leh la tukar ngan Bella.. ahaks. Tapi rate Bella tinggi sikit la.ok? Jadi Bella pergi mana2x pun naik teksi.HB bella sweet tau. Even dia tak teror or not really fluent speak in english but he try so smart to speak tau sebab bella takut nak minta kurang.. :b
Yangon, bercuti, kyatt, murah,
Comel bella..
Jadi TIP PENTING kat sini...masa Bella pergi yangon aritu, HB mesti tanya harga dulu. Contoh.. contoh k.. bukan betul2x kang practice tak menjadi salahkan Bella plak. Macam ada satu lagu rap tu.. "masuk tempat orang bawak otak bukan pisau" Jadi kena pepandai la nak selamat dan jimat.

Practice tau IN SHA ALLAH takdalah kena paw. Selalunya harga mestilah rakyat tempatan lagi tau kan.. sebab kebanyakan dorang takda kereta tau. Semua guna pengangkutan awam. Jadi teksi memang berlambak. Petik jari bersusun berhenti. Tinggal pilih je. First naik kitaorang kena tipu. Depan pun kitaorang kena 4000kyat. Patutlah time kitaorang naik siap buka kan pintu. Sebelum kuar hotel tanya kat hotel tu.. Kat kaunter bayaran ke, pekerja dorg ke.
DIALOG SATU
HB : How much from here (this hotel- sambil jari tunjukkan lantai hotel) comel tol HB an.. hheheehe.. to SHWE DAGON? if use teksi?
Hotel : 1500kyat ini ikut hotel yang korang duduk la yer..
Pastu tanya plak kat teksi sebelum korang naik. Soalan yang sama. Depan hotel kitaorang pun ada teksi berlambak.
DIALOG DUA
HB : How much go to SHWE DAGON?
Taxi: 2000kyat.
My Dear: My hotel said only 1000kyat.
Taxi: no..no... 1500kyat can.
Nampak tak permainan comel Bella ni. Dia tanya harga yang paling murah. heeheehee. Jangan tak tau.. kadang2x menjadi tau. Pastu sebelum korang turun plak korang tanya plak kat teksi tu dari tempat korang turun tu ke tempat korang nak pergi tu berapa.

Contoh:
HB : Masa bayar kat teksi masa sampai kat SHWE DAGON tu. Seorang tanya, Seorang lagi buat2x la cari duit. How much from here to BOYOKE MARKET?
Taxi: from here to BOYOKE MARKET 2500kyat.
Jadi bila korang nak naik teksi seterusnya sebelum nak naik korang ikut dialog dua. Tapi sekiranya teksi pertama tadi kata 2500kyat. Bila korang nak naik je dia kata 3000kyat. Walaupun korang dah bagitahu sebelum ini harga teksi sepatutnya 2500kyat.Korang tak yah naik. Tunggu je teksi seterusnya dan tanya benda yang sama. Kalau teksi yang keempat. di ulangi KEEMPAT bgtau harga yang sama, korang naik je la. Mungkin teksi yang pertama tadi salah. Tapi bella lalui sendiri, jalan depan sikit. Tanya teksi yang keempat baru dapat harga yang betul. HEehehee.. kalau tak.. hmm wat pe spend lebih kat tambang? kan?
Jadi..senanglah korang dah dapat tip super punya. Anyway leh je comment kat bawah kalau nak tanya ape2x. Bella tolong. Negara dorang kotor cikit tau. Jadi hati2x ala.. lebih kurang masjed jamek je.. Korang boleh juga tengok tip-tip lain bella post sebelum ni.
Nanti bella sambung ok.. fuhh... siap pun.
salam sayang dan ikhlas... Bella...

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari