Sunday

Cara Nak Download NEW Theme for Blogger

Assalamualaikum..Hi semua...

Ok... Sementara bella ingat cara nak download theme ni bella cite la yer.. Ni cara bella buat la.. Bella tak tau kalau ada cara yang berbeza ataupun korg buat lain. Cara bella ni salah tak jadi. Tapi kalau nakkan bantuan just leave comment. Kalau boleh jawab bella jawab. OK.. last post bella ada bagi Macam mana nak buat blog baru,Macam mana nak post di blog dan  Template or theme for all blogger.
Korang just klik kat link tu akan membawa korang ke post bella tu.Sekarang Cara nak download new theme ke blog korang plak. WARNING!!! penukaran theme ni akan menukarkan keseluruhan blog korang tu. Jadi mesti save html dulu,ataupun back up file2x semua.

Step One korang pilihlah theme kesukaan korang. Click je kat picture tu.(picture kat bawah ni takda kink. U all g kat website theme nilah).
Blog, Blogger, theme blog, template blog
Contoh Theme yang dipilih
Kat bawah picture tu mesti ada DEMO,URL, ngan DOWNLOAD. Kalau korang nak tgok nanti page korang jadi macam mana just clik kat DEMO,kalau tak just click DOWNLOAD. Kebanyakkan theme ini dalam bentuk WinZip.So sorry bella tak ingat link WinZip yang bella download aritu.Sebab bella guna window 7.Jadi memg tak sama dan susah nak cari.

Hari tu time bella nak tukar punyalah susah. Seriusly susah. Sebab kebanyakan tutorial yang ada kat google tak sama dengan masalah yang kita hadapi. Kita sendiri je yang tahu dan dapat membantu diri kita sendiri. cewah..Tapi serius tak tipu.Memang payah. Bella cuba banyak kali download tapi tak boleh apply sebab bella tak da application WinZip tulah. Hmmmm susah sgt nak detect kenapa tak boleh. Baca tutorial dalam bahasa english baru faham nape tak leh download. Kadang2x baca tutorial dalam bahasa english lagi faham sebab banyak istilah tidak boleh di translate kan kepada bahasa malaysia. Korang pun cubalah.

Step Two.. Kalau takda application WinZip kenalah download. Kena pilih yang betul2x,sebab banyak sgt offer free for application dari internet ni. Bella pun sampai tersilap download 2 application yang salah.

Step Three click pada butang cit butang plak DOWNLOAD. Nanti kuarlah macam pic kat bawah.

Option yang akan keluar just pilih SAVE FILE
Macam notebook bella ada banyak sangat auto text yang bagitau file dah download,location file kat mana, jadi senang lah. Just pergi kat folder download tu cari file yang kita dah download.

Contoh bentuk2x file yang telah di Download
Walau macam mana pun bentuk file kita selepas kita download kita mestilah "extract" file menggunakan pe2 WinZip. Macam saya 7-Zip.Sehingga file tu extract kepada bentuk di bawah.Just right click adalah function extract file tu.(right click pada file yang kita dah downloadkan untuk theme tu.)

Bentuk file yang telah di extract.
Kadang-kala bila kita download akan ter Download semua atau satu file theme tu. Takda masalah korang extract kan je satu file tu. Pastu double click untuk buka file tu. Dalam file tu mesti ada file yang berbentuk seperti gambar diatas. Kita perlukan file tu lah.okey? tarik nafas. rehat dulu. Pening tak?Ok.. file dah save.

Step four Sekarang pergi kat blogger dashboard. Pilih template.
Pilih yang bella bulatkan tu.
Bila masuk je dalam template akan kuar page seperti gambar di bawah. Click kat tempat bella bulatkan tu. Ni versi baru punya blog tau.
Pilih BACKUP/RESTORE
Akan keluar plak image seperti di bawah. Korang click Download Full template. Ni sebagai security untuk template lama korg.Takut hilang ke apa ke.. Lagi satu theme ni bukannya akan ngam2x ngan tulisan kat theme lama kita. Dia akan jadi tungang langgang kalau theme baru dengan lama jauh berbeza. Jadi hati2x sayang.
Step Five korang clik plak pada CHOOSE FILE. Cari file yang korang dah "extract" kan kat atas tadi kan? Korang save kat ne korang cari balik. Pastu clik pada Upload. Take dalam a few second. Pastu korang preview dulu or view blog. Kalu ok. cun. ngam2x korang tegok happy hati korang kata YEAHHHH!! cantik. comel sangt. Korang go on la. Kalu tak korang kena cari balik theme lama korang atau ulang step cari theme baru. Bella pun berminggu2x cari theme. Paling senang baik buat sendiri. Tapi Bella kurang mahir. Ni pun bella share mana yang Bella dah buat. Senang nak cite. Ada pengalaman. Cewahh..

So siaplah theme comel korang.. Kan?

Moga2x dapat menbantu blogger baru di luar sana. Sama2x belajar. Ikhlas.. isabellaidura. muakss!!

Saturday

Penginapan Bajet ke Singapore

Hiiii......!!salam jumpa lagi... hari bella nak sambung pasal jalan-jalan bajet Bella ke singapore. Singapore ni negara seberang johor je. Bella cadangkan bagi sesiapa nak ke oversea pergilah ke Singapore dulu, ambik feel org kata. Huhuhu.betol... rasa ke oversea jugak.Aritu Bella ada share Pengangkutan Bajet ke Singapore just clik je kat situ,bolehla dapat idea untuk bajet ke sana.Sekarang saya nak share penginapan bajet Ke Singapore untuk ke sana.Pic bawah ni bukan yang bajet tau.

Hard Rock Singapore


Wednesday

Menariknya Myanmar (Yangon) or (Ranggon)

Hello selamat berkunjung ke blog Dura. Dura akan menceritakan dan berkongsi cerita mengenai bandar asing iaitu Yangon di Myanmar. Pencarian bersungguh- sungguh Dura ini kerana Dura akan melawat Myanmar untuk meluaskan pandangan.Saja. Semua tanya kenapa Myanmar? Beraninya ke Myanmar? Ada apa kat sana? serius ke nak ke Myanmar? hahaha saja.tulah jawapan Dura.Okey kita check it out dulu tempat menarik di Myanmar ataupun skop kecil sikit Yangon. 

bercuti ke Myanmar
Tumpuan dunia cewah...
Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai.Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke-12. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas.Pada 1989 kerajaan junta tentera mengubah nama bahasa Inggeris dari Burma kepada Myanmar. Banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon.(sumber ms.wikipedia.org/wiki/Myanmar). Kebanyakan Warga Yangon Memakai Pakaian Kain Sarong yang merupakan Pakaian Rasmi Kebangsaan Negara Myanmar.Jadi macam jejalan dalam kampung je la.Haha.eh silap lak.

Pengalaman Bercuti Ke Myanmar
Nampak tak semua pakai kain. Cuba cari Dura.ahaks.
Tidak kiralah apa pun dorang buat. Kain tidak akan dilucutkan.huhuhu. Ayat..Memacam la gelagat orang pakai kain ni kan.Pekerja kontrak pun berkain!! adui.Tapi yang peliknya kain dorg tetap utuh.huhu.. Pengangkutan awam disana sangat2x la... mudah untuk di dapati.Angkat tangan nak garu kepala pun.. bersusun teksi ataupun kereta prebet sapu berhenti.Ada jugak sejenis kenderaan tak tahu Dura apa namanya seakan2x van kecil yang telah dikopak pintunya. Van ni boleh memuatkan ramai penumpang sehingga ke akhirnya. Maksudnya sehingga.... rujuk gambar sajalah.. susah nak di ungkapkan.

best tak myanmar
Sanggup tak korang? bahaya taw..

Di bandar yangon penggunaan motosikal adalah diharamkan dan percaya atau tidak, pengharaman ini telah mengurangkan ataupun menurunkan statik kemalangan jalan raya di yangon secara mendadak!!!. Mane taknya.. time Dura dalam van on theway ke hotel masya ALLAH teruk nya jalan atau bahayanya cara dia drive.Jalan Kurang sistematik. Dura menjerit2x di dalam hati. Takut GileWww.. menunjukkan betapa takutnya saya. Macam ne nak cerita keadaan jalannya kat korang pun susah la. Nak kata sebab tak de lampu merah hijau kuning ada. Tapi seriusly memang agak mencabar kot nak drive kat sana. Mau gigil kaki kot.Kalau Dura la.Mencelah kiri kanan selamba ayam je.fuyoo...

Yangon
Pejalan-jalan kaki di sana memang kamikaze
Pejalan kaki pun selamba kura2x melintas tengah highway dijalan yang dipenuhi kereta laju tak kenal break. Fuhhhh!! Dalam van yang Dura naiki juga ada beberapa orang pelancong asing (omputih) yang mengelengkan kepala dan bertepuk tangan sambil kata very good!! kepada pejalan kaki yang berjaya melintasi jalanraya 4line tu.kamikaze giler kot. Tak tau la kalau Dura yang rasa benda tu asing sgt.

Cuaca di sana time Dura pergi aritu ok.. macam cuaca di Malaysia jugak la. Dura pergi bulan 3. Di sana bulan paling sesuai untuk melawat adalah antara bulan 12 hingga bulan 3 kerana penghujung bulan sejuk. Kalau tak, cuaca akan sangat panas di siang hari dan sangat sejuk di malam hari. Ataupun hujan.kejap2x hujan. Lebat plak tu.Cane nak jejalan?nak shopping. susahla...an??

Itulah serba sedikit mengenai Myanmar. Kita kenalah tahu negara tu serba sedikit sebelum pergi kan? Kena ambik tahu semua tu takut kena tipu ataupun sesat tanpa hala tuju. Dura kat saya hanya berani berjalan sekitar yangon sahaja. Itupun tak habis nak pergi semua tempat menarik di yangon tu.

Sedihnya dengan gambar dapat menceritakan segalanya.
Negara myanmar time Dura pergi ni tengah kecoh pasal pergaduhan puak rohingya (sumber gambar dari www.utusan.com.) thanks i ambik pic u. Nanti Dura sharekan pasal pergaduhan ni pulak ok? Tiap2x hari Dura baca paper myanmar. Download application kat tab Dura. Baca magazine nya jugak. Semua Dura baca untuk keselamatan. Jadi,Dura memang tak keluar dari bandar Yangon cuak gak. Tanya orang yang dah pergi. Masuk forum2x yang membincangkan pasal Myanmar. Jadi Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang menbantu.

Ok..setakat ini dulu.Pasal negara Myanmar ni.Nanti saya sambung balik pasal negara Myanmar ni jugak.huhuhu.Banyak lagi tau. Harap mendapat manfaat dari tulisan saya ni.

ikhlas...@Bella_Idura

Tuesday

Template or theme untuk all blogger

Ok.. sebelum ni saya ada cerita macam mana nak buat blog kan? Sekarang kita share plak link untuk tukar template ataupun theme blog kepada theme yg sedia ada..Ini akan susah sikit.Sebab budak baru belajar kan jadi kita sama- sama lah belajar.okeey?

Contoh theme yang cumel2x.
Kalau susah sangat boleh je ambil template yang sedia ada ataupun telah di sediakan oleh blogspot seperti yang telah saya ceritakan dulu still cantik ataupun nak yang grand and meletup.Kenalah pilih theme ataupun template baru yang disediakan oleh pihak ketiga. Cari je mana2x website ataupun mana2x blogger yang menyediakan perkhidmatan seperti itu. Friend mudah sangat. Saya dah buat link kat bawah ni korang tinggal click dan pilih jer. Thanks to me cepat.. HAHA gurau tau...

http://www.shabbyblogs.com.html
http://www.bietemplates.com
http://www.dantearaujo.net/search/label/Free%20Template
http://btemplates.com http://www.ourblogtemplates.com
http://lenatoewsdesigns.blogspot.com/
http://www.eblogtemplates.com/templates/blogger-templates
http://www.forfreebloggertemplates.com
http://www.bloggertemplatesfree.com 
http://simplychicblogs.blogspot.com/

Kebanyakan template Blogger yang disediakan oleh pihak ke tiga dalam format fail zip (compressed file). Setelah dimuat turun Unzip (extract) dulu fail berkenaan sebelum boleh digunakan. Dapatkan dan install aplikasi winzip.Saya try nak put link for this application winzip tapi tidak berjaya.Korang cuba dulu.Kalu tak boleh korang tinggalkan comment saya try tolong lah nanti.Ahaks.Saja nak di comment.

Sebelum menukar template baru pastikan semua widget-widget pautan pada laman lain, kod-kod, script-script, kod-kod gambar atau imej, skrip slideshow yang terdapat dalam sidebar blog sekarang di simpan (back-up) cara terlebih dahulu. Simpan semua kod-kod, skrip-skrip, pautan-pautan yang ada dalam Notepad atau dalam apa-apa text editor lain. Jangan lupa dengan Meta verification tag yang didaftar dengan enjin pencarian mesti di copy dan disimpan untuk dimasukkan dalam template baru. Begitu juga jika ada Javascript yang telah dihos dan dimasukkan kemudian dalam kod template blog mesti disimpan terlebih dahulu. Jika tidak semuanya akan hilang bila template baru digunakan.

Blog kat template ni semuanya cecantik.plak plak nak pilih.Sampai saya pun berhari2x, berjam2x tukar theme je.. hahahaha... takda kerja kan? nak theme kababommm punya pasal. KONonnyer la....

Kat sini saya bagi link template comel2x dan cecantik dulu k.. pasni, i will share to all of u camne nak tukarkan nya plak. Susah tapi bukan mustahil.

KORANG semua boleh la klik Cara Nak Download NEW tHEME for Blogger sambungannya ok. Mungkin lagi detail dan senang nak faham. 

with love... Isabella idura.Selamat Mencuba.


Saturday

Bajet Pengangkutan ke Singapore

New experience....new mood... new look... at another  country... YES!!! oversea... SINGAPORE!!!
(hahaha ayat macam g paris.. tak leh blah..).Nak share sikit Pengalaman kami ke singapore..Nak cite ke pasal singapore?tak perlu kot mesti semua dah tahu sebab dekat sgt ngan johor kan? Sempadan jer. Bercuti di Singapore memang best. Seriusly x tipu.

Singapore we come..!
Saya jika nak kemana - mana memang saya akan buat research 2 atau 3 bulan sebelum tau.Semangat tol kan? ahaks.Jadi saya dah buat reseacrh samada menggunakan kereta, public transport atau flight lg murah. Mengikut kira2x sayalah sebab percutian bajet kan. Happy2x je kan.janji enjoy!!! Mengikut sumber-sumber yg dipercayai paling murah adalah menaiki bas dari kuala lumpur ke singapore.Hanya dengan bawah rm50.00 kita boleh sampai ke singapore. Boleh check pada link www.tranasional.com nanti disenaraikan harga tiket tu.

Nampakkan harganya.Kalau tak nampak masuk link kat atas ok.
Tapi macam renyah sikit.Nak bawak beg.Kalau pergi satu hari je okla kot. Kena ikut jadual bas.huhuhu.ngada2x. Nak kena g bus station lagi.Most bad thing,i dont like smoke smell. I alergik sgt.serius.Jadi saya tak kira la berapa kosnya. Saya skip kos untuk ke singapore menggunakan bas ni.
Second choice my can drive our own car.Macam saya. Kete kecik  mycar jerrr. Kalau guna kereta sendiri dari kuala lumpur ke singapore boleh pandukan plan saya ni.

Comelkan kete caya? pink gitu. bintik2x lagi.Ahaks.

Ini plan saya dari kl sampai Johor Baharu sahaja. Sbb memg nak cut cost gegila kenalah tido kat JB. Kalau nak tgok penginapan bajet saya klik je (Penginapan ke singapore). Sebelum korang pergi bolehlah congak2x berapa kos nya. Plan ni saya buat lama tau. Untung je korang saya dah kirakan.


Dari kuala lumpur ke Johor menggunakan kereta

Minyak lebih kurang rm100 pergi + rm100 balik = rm200 (xkan lebih rm200 kalau x sesat).
Tol = rm100.
so, total dalam rm300 untuk kos perjalanan menggunkan kereta sendiri.

Pilihan ketiga plak adalah dengan menaiki kapal terbang. Tgok2x tiket flight harga flight paling murah time ni TIGER AIRWAY = rm286.00 dan AIR ASIA = rm270.00. Masalah untuk flight plak. Sape nak hantar pergi LCCT? Kalau bawa kereta nak park mana?Silap2x harga parking lagi mahal dari harga tiket flight. Jadi perasan tak? Kos lebih kurang je. Cuba naik flight kena tengok waktu yang promo murah punya. Kadang-kadang tengah malam. Rugi plak sewa hotel untuk setengah hari je. Bayar sama je. Full. 

Jadi time ni keputusan bella naik kereta. Tapi cian sangat kat driver. Tak tido drive dari petang sampai keesokkan paginya. Jauh kot. berjam2x. Memandangkan hotel hanya boleh masuk lepas pukul 3 kenalah tukar baju dan mandi kat hentian je. Okla.. dari tak mandi.

So dah dapat idea tak dari pengkongsiaan bella ni? Ni belum full bajet lagi. Korang tambah la lagi rm50.00 ke untuk makan semasa perjalanan. Saya pun singgah 2x untuk makan. Jalan malam. Jimat minyak, Tapi sejuk gilerrr!! bawak je selendang ke. Selimut ke... ok?

Sambung next entries Penginapan Bajet Ke Singapore.

with love.isabella idura.

Macam mana nak buat post di Blog

On saturday saya dah post pasal nak wat blog kan? Jadi ari ni saya nak share cari nak post plak. lagilah senang kan? hahaha. ok..

1.Korang pergi click pada start blogging.

Macmnilah rupanya.Taip pada title dan start taip apa yang anda nak share.
2.Sebelum korang nak publish u all boleh jugak view dulu.Pastu publish.kini korang dah berjaya menghasilkan blog pertama anda.Tahniah!!! yeaaayyy!!!. Korang boleh menambah gajet dan fungsi tambahan lain pada blog ini bagi menjadikan ia lebih cantik dan disukai ramai.Tukar je kpd blog kesukaan korang.

3.Cara nak menambahkan gajet pergi ke dashboard dan click pada layout sebelah kiri. pastu akan keluar screen yang menunjukkan susun atur layout anda.Cari kotak yang tertulis ADD GADGET. klik kat situ.Kotak ADD GADGET lain2x mengikut susun atur blog korang.Macam aku punya kat sebelah kanan.

Contoh kotak add gadget pada Blog Hudah.

4.Pastu korang boleh la pilih gadget yang korang rasa perlu pada blog korang.Nak korang just click pada nama dia.Nak remove plak klik edit pastu remove.Kalau korang nak yang lagi advance just klik kat more gadget.Kat situ ada lebih 1000 gadget ok.Semoga berjaya.

contoh-contoh gadget.
Saya nak wat kerja sikit ni...Jadi nanti continue plak cara2x nak tukar theme blog.Ni yang leceh sekali ni.Tu mungkin bagi orang cetek it macam saya ni.Kalau yang dah advance tu baca mesti gelak sakan.
ok.. DAAAA.......aaaa......

Macam mana nak buat blog baru

Hi.. new blogger.. come join me as friend and new blogger...  i try share apa yang i tau k.. sebb nak wat blog ni senang jer..sesangat senang.Bagi yang ada ilmu it sikit2x pun dah bleh wat blog. Tak Caya? jom.. tgok..

Firstly kena ada Gmail tau..email la macam wat facebook jugak.lagipun Google mengamalkan sistem bersepadu bagi semua perkhidmatannya.Bagi membuka akaun Gmail taip je Gmail.dah ada kan? next You all taip kat YAHOO or Google blogger or blogspot akan kuarlah create your free blog..

Macam nilah hehehe detail tak?hehehe


     













 2.Click pada Blogger:Create your free blog.

Masukkan Gmail you all dan password senang an?

3.Ikut je semua step.isi je semua petak kosong dan click pada box i accept the term and condition.Pendaftaran akaun you all selesai.You all akan dibawa ke Dashboard bagi membina blog you all.
click plak kat Create your blog now.

4.Jangan lupa masukkan blog title.dan ubahsuailah blog anda dengan template yang disediakan.You all hanya perlu click pada gambar templat yang disediakan dan click continue.Boleh juga ubah pada bila2x masa dengan perkhidmatan percuma di internet ada tau.



Pilih sahaja yang berkenan di hati.

5.You all dah berjaya mendaftarkan blog baru You all.Seterusnya Mulakan dengan menulis artikel pertama pada blog you all.Boleh juga menukar setting dan template you all pada bila2x masa sahaja.

Nanti saya sambung balik Cara menulis blog pulak ok?kalau nak tahu la... ASsalamuaiLAikum..

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari