AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Thursday

Pengalaman Menawan Gua Niah

Holla semua..

Sambungan dari Bercuti di Miri bella sambung ke tempat tempat menarik di Miri pulak lah.. Mesti tertanya-tanya.. beb.. ada ke tempat menarik? Mestila ada.. nape takda plak kan. Setiap tempat mesti ada tempat menarik ok..betul... Pas ambik kereta terus la kami ke hotel. Then tengokk map. Rasanya jauh lagi hotel dari airport. Singgah  dulu di Lambir Hill. Kalau terus ke hotel pastu nak patah balik memang buang masa tau.

tempat menarik di miri

Taman Negara Lambir Hills. Masa tengok gamabr yang dorang tampal  kat Reception tu, nampak menarik. Bila Bella meninjau - ninjau kedalam hutan nampak la 2 tiga orang dalam hutan tu. Miri memang penuh hutan ok. Natural sangat. Bella pun jadi sangat excited la nak pergi. Pastu dorang kata masuk dalam ada air terjun. Tapi jauh masuk ke dalam tau. Nak masuk pun kena bayar.Tak ingat berapa.

bercuti di miri

Tapi tempatnya terlalu la sunyi. Ada berani nak masuk hutan tebal tanpa ada guard? Kalau sesat dalam tu ada orang tahu korg masuk? ooo takut. Lagipun kitaorang pergi time weekday pastu berdua je. Kalau korang pergi reramai silalah masuk ke dalam. Best la bella rasa. Bella suka adventure macam tu.
miri

Sekitar tempat ini ada penginapan.. tapi berani ke? Bella meneruskan perjalanan Sebab masa memang dah suntuk. Dari satu tempat ke tempat yang lain memang mengambil masa sesangt. Bella sebelum nak pergi miri ni memang dah listkan tempat mana nak pergi sebab nak jimatkan masa.ZZzuupp!! kita ke guah niah.

bercuti di miri

Seriously jauh ok.. jauh sangat. Tak tahan. Jauh. Tapi dah alang2 sampai kan.. lebih - lebih lagi Bella tak pernah masuk gua. Rasa hendaklah pengalaman masuk Gua. Nak masuk sesangat. HB berkeras tidak mahu masuk gua. Tapi Bella mahu!! yela dia orang kedah dan time kecik memang nakal.Panjat masuk gunung keluar gua ni dah biasa. Bella ini duduk kat kampung. Lain orang dulu jaga anak gadis. Pantang kuar rumah. Habis kena hambat satu kampung.

bercuti di miri

Mula - mula sampai memang excited sangat. Jalan lelaju tinggalkan HB. Muka berseri2x lagi. semangat dan bertenaga. Bila kita sampai kena seberang sungai dulu. Tengok papan tanda tu,ada buaya ok??? ada berani? tapi ada hati semua boleh jadi kan..Melancong lah dalam negara sendiri. Orang luar pun datang tau g gua niah ni. Malu la kita malaysian tanya pasal gua niah tak tau.. silalah reramai terasa. Ahaks.


Sebelum masuk gua dia bagi peta bagi memudahkan perjalanan. Tapi bila masuk je dalam HB tanya, "Mana peta?" Bella kata "Alamak !! tau la kat mana.. cane?" hahaha.. but its ok.. just menapak ikut alur pejalan kaki yang berkayu tu je. Korang bayangkan.. pejam mata. Korang jalan diatas titian kayu yang rapuh. hanya berdua. ye.. hanya berdua. Tidak tau jalan dan hanya pasrah saja.Hanya ditemani dengan bunyi sang unggas dan sang monyet. Sekali sekali binatang ntah ape2 melintas. hmmm... serammmm...

menawan gua

Sampai je dalam pintu gua tu terdengar terus bunyi bising kelawar.Masuk2x waaaa.... langsung tak rasa rugi pun berjalan lebih 80km tu.Walaupun jauh,Baju basah, mekap cair, tapi memang satu pengalaman yang baru yang terbaik. Pengalaman pertama kali masuk gua. Rasa macam kagum. SubahanaALLAH... besarnya kuasamu.. Masuk lagi kedalam gua gelap sangat tau. Kena bawa lampu suluh yang kat kepala tu.


Bella jejalan dari awal gua sampai akhir. Setiap lorong bella masuk. Gelap terang. Semua bella try. Susah nak cite. Sape yang pernah masuk saja tahu dan faham apa yang bella cuba sampaikan ini.Memang seronok. Siapa yang tak pernah masuk patut cuba.Bg bella syokk oooo... yang tidak bestnya bau taik kelawar la. Puas tengok suasana didalam gua ini. Bella terus mengajak HB singgah ke pantai.


Bella rasa semua tempat bella pergi untuk tengok matahari jatuh.. kat miri lah paling cantik...cantik...sesangat ntah macam dekat. Puas hati la tunggu.Nampak kebulatan matahari tu. Sinarannya. Warnanya. Sampai naik kereta pun mata bella tetap terpaku pada matahari yang sedang jatuh itu. Kagum dan terpegun. Cantik.

.

Selesailah jurnal bella untuk hari ni.Balik hotel la pula.Nak balik rehat. Penat.HB  yang manja tu asyik merayu ajak balik cepat. Sebab dia nak memandu cari jalan ke hotel pulak. See Next post bella mengenai Tempat makan dan Shopping di Miri. Best otey..Salam sayang.. semoga dpt sikit idea mana nak pergi bulan ni. Ahaks...

Oppsss lupa la plak..sedikit tip dari bella..
  • Mesti ada torchlight!!penting!! memula bella kata kat HB, tak yahla guna lampu hp je. Tak lut ok. Cahaya daripada HP tak membantu langsung. HB  beli time nak masuk gua tu memang dia ada jual dan sewa. Kitaorang beli 1. Lupa dah harga.
  • Bawak saja kudapan semua. Air paling penting. Satu botol besar abis.
  • Harus pakai kasut dan stoking.
  • Sanitizer  perlu juga. Kotor kot.hehehe.
Kalau ada lagi bella tambah k... muah!! ikhlas.. bella.

3 comments:

  1. assalamualaikum akak. hadiah dah dapat. t saya ada masa, saya aupdate tntg hadiah giveaway tuu. thanx akak ^^

    ReplyDelete
  2. Salam bella..nk tanya berapa jauh kna menapak utk smpai ke gua dari tmpt parking? Jauh sesangat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh... 4jam perjalanan pergi dan balik. Kami jalan perlahan - lahan. Tapi ok la. Kadang - kadang ramai yang jalan juga. Ikut musim.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.