Saturday

BERCUTI DI MIRII

Hi semua...

Bella hendak kongsikan mengenai percutian Bella ke MIRI, sarawak. Apa??? Miri?? Ada apa??? Haaa its OK sebab impian Bella nak lawat semua negeri dan negara yang terdekat dulu sebelum Bella ke negara yang lebih jauh.aceehhh.. Bella Bercuti DI Miri Sarawak yang sememangnya jauh dan korang Mestilah naik flight. Ada ke orang naik kereta g Sarawak? Bella tak tau la. Pergi Thailand naik kereta banyak la. Masa Bella beli ni promo Airasia. Biasa la.. Hanya dengan Airasia semua boleh terbang.
miri
Bella dah sampai miri, Sarawak.
Dalam pukul 10 bella tiba di airport Miri.. waaaaaah... simplenya airport ni. Macam bangunan biasa je. Naik tangga plak tu. Macam tangga kecemasan macam tula.. Sampai miri nak naik apa yer? Jawapannya mestilah sewa kereta.. Mahal ok... sebelum pergi mana2 macam biasa la kan.. bella survey sana sini. Kadang2x sampai berbulan2x research. Kebanyakan kata murah bila sewa kat sini sendiri. Boleh dapat murah. Oh yeah???

kereta sewa miri
Model kereta saga flx
Then bella pun cari jela kereta sewa kat sini. OMG!! mahal ok. Yang murah semua dah abis. Full. Kereta bella ni pun kena tunggu orang mai hantaq dulu no.. Adui. seksa... Yang murah pun kancil. My Dear bella pulak jenis biar bergaya asal papa. Tak mau! nak kereta yang baru. Yela.. kereta ni juga untuk kegunaan kami ke brunei nanti. Jadi kalau ke Miri ni memang pakej la sekali ke Brunei.

Pengangkutan ni paling utama nak ke sana. Nak naik Bus? Fuhh jauh ok dari satu tempat ke tempat yang lain. Berpeluh la korang. Kat airport ni mane ada map. Bella sewa kereta proton saga FLX je. Ni sempena besday bella. Swap credit card tau, sebab cash banyak lagi nak guna. Hmmmm.. Mahal.Ni nombornya kalau korang nak.

Tony Sung
H/P:012-8741200
Counter NO.6, Miri Airport 98000 Miri, Sarawak
Tel: 085-612799
E-Mail :- staney2000@yahoo.com

Bajet Transport Bella

RM397.00 untuk 2 orang pergi dan balik dari LCCT sekali luggage.
RM350.00  dari 9/3 ke 11/3 untuk kereta sewa.

Settle about transport,now penginapan... takda la risau sangat sebab dalam Malaysia juga kan.. Cuma... Takkan nak tido dalam kereta kan. Then bella pun Google la.. apa lagi. Nak harapkan sedara mara kat sana mana ada kan..Haruslah tengok kat tripadvisor.com.my kan. Cari hotel bajet sudah. Tak kan nak berhabis kat hotel pulak? OH no. for me lah...

miri, hotel di miri,
Penginapan di Miri
Dua hotel ni yang bella pilih sebab ramai yang review kata ok. Then bella pilih Bluberry Inn. Bella book thru PM di facebook. Ok.heheehe.. Ada picture tapi ntah mana ntah. Kira ok la. kebersihan. Dia macam hotel juga, tp kecik la. Lokasi pun ok. Dekat ngan kedai makan yang glamor tu. Muara restaurant. Jalan kaki pun boleh. Kalau korang nak ni alamatnya. Dari airport agak jauh la. Bella sesat cari. Memang susah..Sampai malam cari tau. Lokasinya perfect kalau kita nak ke brunei. Dekatla.

Blueberry Inn
Lot 8007 & 8008, 1st & 2nd floor, 
Block 11, Pusat Bandar Baru Permyjaya,
Kuala Baram Land District,
98100 Miri Sarawak.
Tel:085-421175 E-mail:- blueberryinn@ymail.com

Pasar raya pun dekat. Berdekatan pun ada massage, tp ntah la diragui. Time masuk husband bella yang tanya. Dia kata boleh2 makcik yang urut. Bella naik je.. makcik kepala h*t** dia. Punyala seksi. Dahla pakai skirt singkat. Terbelah plak. Ada korang berani nak bagi laki korang urut ngan gurl macm ni? Mau repeat datang Miri sorang2x. Huuu.. bella terus tarik tangan My Dear turun.

Bajet penginapan Bella

RM 193.60 sekali service tax untuk 2malam.
Kena letak deposit ok. Rm250.(Dapat balik time check out)

Tempat yang bella pergi masa bercuti di sini pulak dan mesti pergi. Gua Niah. Mesti pergi tau sebab orang luar negara pun datang miri sebab nak tgok keindahan Gua Niah Ni. Leh Clik di sini Pengalaman Menawan Gua Niah. Serius satu pengalaman yang tak boleh dibeli.

Mari Menawan Gua Niah
Pantai di Miri pergi tau. Tengok matahari jatuh. Sangat cantik. Kebanyakan tempat bella pergi ke pantai. Nilah pemandangan matahari jatuh tercantik bella pernah tengok. Serius . Nampak warna matahari tu tanpa menyakitkan mata.

Cantik kan??? Pergi tengok sendiri.
Muzium Petroleum. Bella pergi tapi x masuk pun. Duk luar je. Ambil gambar. OKla... janji sampai. Heheehe... best sebab atas bukit kot. Tapi panas terik.


Mini Handicraft Center. Bella masuk je. Tapi x beli pun. X tau nak beli apa????

Self Shoot tau.. heheehe
Rumah Api Miri ni. Pemandangannya cantik. Kalau xda masa x yah g pun xpe.

Pemandangan yang ada kat miri je. Betul..

Menarik tak? Hahahaha.. You all susun la jadual bebetul. Bella pergi 3 hari je. 1 hari full kat Brunei. Jadi ni jelah tempat-tempat yang bella pilih untuk pergi. So far happy sebab bersama ngan yang tersayang kot. hehehe.
                                        
Ok bella out dulu.. nanti bella sambung balik mengenai Brunei.Sementera tu korang Boleh check dulu Tempat Makan Sedap Di Miri-Sarawak Klik saje.

LOve u all.. xoxo

13 comments:

  1. Selamat datang ke Miri Sarawak ;) hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally... you orang miri ke? Cari makanan macam gam tu x jumpa tau.

      Delete
    2. Yg tu org swk panggil linut, makanan org melanau. Sedap tu...

      Delete
    3. kat brunei pun ada jual set makanan Linut.. :) di miri kebanyakan restoren tak jual sebab org miri pandai buat sendiri kat rumah :P

      Delete
    4. owh.. ye ke? saya nak tau.. awak orang miri ke atau brunei? datang la bawa ke kl.. bagi saya. :)

      Delete
    5. ambuyat? klu di brunei makanan mcm gam korang panggil ambuyat.

      Delete
    6. Hi saya orang Indonesia ingin jalan-jalan ke Miri terus ke Brunei, sewa kereta harus with driver or not?

      Delete
  2. As salam Bella...nak tanya you. KEreta sewa Mpv agak2 berapa ye di Miri?

    ReplyDelete
  3. u promosi car rental n inn d miri....u dpt komisen ke? klu xdpt xyh mention...

    ReplyDelete
  4. Ok la mention car rental..at least dpt info. aku pun nak pegi Miri jgk Mac ni..pebende ada la Miri ni..hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... hehhee..ikhlas je info ni. Ada yg tak suka plak.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari