Sunday

Pengalaman Interview or Temuduga

Hi kengkawan.....

Sekarang jam menunjukkan 2.18 Am.. Bella tengah siapkan slideshow untuk interview besok.. Arrrggghhh takutnya. Sangat takut. Sekarang bella dah kerja kat bank.. Tapi sape tak nak peningkatan kerjayakan? sebab bella kerani je. Bella punya target this year bella kena up another one level. Owh man...!!!

Siapa yang tak pernah interview? Bella memang banyak sangat pengalaman interview. Start dari lepas habis SPM Bella pergi keluar cari kerja. Jumpa seorang kakak yang cun ajak bella kerja dengan dia. Dia just tanya nak kerja sebagai pelayan tak? tempat tinggal, makanan disediakan. Cuma penat sikit la. itu adalah interview terpaling senang dalam hidup Bella. Terus dapat kerja. Bella pun setuju la jadi pelayan kedai makan. FUhhh!! penat tak ingat. Tak cukup tido plak tu.

pelayan



Sehingga ayah Bella nak sangat Bella jadi nurse. ala.. kat klinik swasta kat kampung saja. Doktor tu serius sangat gile. Ok.. interview dia sangat senang. Time interview bella senyum je. Doctor tu kata betul ke nak kerja kat sini? Bella kata betul. Doctor kata rumah ada, tapi kalau jenis tak nak bercampur ngan orang boleh duduk luar. Bella kata ok. Then last Bella tanya dapat tak saya kerja ni doktor? Doctor tu kata kalau kau nak kerja, kerja je la. Then bella kerja as a nurse kepada doktor giler. Serius dia seorang yang gile! Dia marah pesakit sampai klinik kena simbah cat. Dia suruh Bella kerja juga walaupun masa tu Bella CUTI!!.


Dia kata ko ingat ini klinik bapa ko ke? Dia selalu maki bella bodoh, takda otak.Tengking Bella. Tapi, Apa yang peliknya doktor ni pakai tudung labuh. Bella nak berhenti Ayah marah sangat. Ayah suruh sambung sebab Doktor itu boleh recommend untuk sambung belajar jadi nurse. Bella kata sebelum bella jadi gile, baik bella berhenti. Tapi ayah suruh gak kerja. Satu hari eceh..macam cerita dogeng plak Bella terlupa baca satu baris ubat untuk pesakit. Bella ingatkan ubat tu satu je.(iyelah tulisan doktorkan).. rupanya dua. Sebab salah tak bagi ubat tu saje dia pecat bella tanpa gaji. Bella tak pernah halalkan gaji bella tu. Boleh ke?hmmm serius nightmare.
Selalunya macam sale person, sales girl, promoter, sales assistant, cashier dll yang company tu memang nak pakai orang, memang senang nak dapat. Sebelum sambung belajar, Bella dah kerja kat kebanyakkan tempat spt Coffee Bean, Hotel, Mcd, Kfc, Guardian, I Setan, Forex yang menipu tu, dan dua diatas la. Antara bebanyak ni, McDonald's kot yang paling best. Manager muda2 dan hemcem2x. Kawan2x yang baik bella siap dapat anugerah lagi. Pekerja baru terbaik. Fuyooo... siap masa nak berhenti manager koyakkan surat lagi. Tapi Bella part time je. Cari duit poket nak bayar sewa rumah masa belajar. Mak ayah tak cukup duit bagi. Sedih tau. Ringankan beban ayah. Nak cerita balik pun sedih.
interview

Siapa yang keluarga susah macam Bella mesti rasa pengalaman sama, atau mungkin lagi teruk. Bella rasa macam dah cukup banyak makan garam dah. Pastu bella cuba interview kat MARDI bukan kerajaan pun. Interview yang sangat susah ok.jawatan kerani je.Bella masa ni pun kerja kat I Setan,KLCC. Time ini Bella ada certificated in maintenance building services. Interview kat company factory semua TIDAK berjaya. Kebanyakannya nak lelaki untuk maintenance. Interview kat MARDI paling tak boleh lupa.

Bella hantar guna email saja. Tak sangka sangat dia telefon suruh datang temuduga. Bella relax je la. Ye la.. kerani je kot. Apa ada hal. Then Bella pergi la. Bagi resume semua dia interview bella. Perkenalkan diri wajib ada setiap kali interview. Interview ini yang bella paling ingat sebab lepas abis interview pakcik tu kata bella ni lurus bendul.Bella memang mcam itu sebab Bella tidak pandai menipu. Bella bagitau saja semua yang betul. Pakcik tu kata tak boleh macam itu. Kena jadi macam bangsa C dorang time interview memang hebat. Kadang2 ada yang buat kerja pun tak tau. Time interview pong pang! hebat punya cite.
interview
Bella diam je dengar dia bebel pastu dia kata tidak mengapa, Dia bagi Bella peluang pergi ke interview ke2. What????? kerani je kot. Ada tapis lagi sekali? Bella pergi saja la... Kali ni 4 orang interview. Semua bangsa ada. Goyang gile. Result tak berjaya. Hampa.

Interview gov. SPA. 3x kena panggil. Dengar je bella kerja bank. Terus tanya lebih kurang. Minta jawatan juruteknik je. Tanya mengenai solat suma. Marhalah semua. Tak nak bagi jawatan tu? Dah ada orang? Tidak perlulah panggil interview. Bella direct je cakap. Interview ni buat cukup syarat ke atau memang betul ada kosong? gagap2x dorang balas.. Memang ada kosong.Fikirlah sama.. yang datang ni punyalah semangat berkobar2x. Tidak tidur malam baca apa yang boleh. Dorang memain plak.

interview

Langsung tak logik. Kawab Bella, dapat interview sehari selepas Bella. Dapat bilik yang sama dengan Bella. Soalan yang dia tanya pada kawan Bella 100% sama. Kawan Bella dapat jawab 100% yela soalan bocor kan. Tapi dia tetap GAGAL!. Apa alasan dia tidak dapat? pelik bin ajaib tol.

Interview bank ini pun sangat susah. Cuma Bella confident. Bella main cakap saja sebab Bella ingat tak dapat. Yela.. Bella engineering building services nak masuk banking? Mak bella la kata pergi la mak doakan. Bella pergilah dengan mak punya harapan. Berbekalkan nasihat PAKCIK diatas Bella jawab  seconfident yang boleh. Sambil gelak2x saja. Tidak cover2x dan tidak takut langsung sebab rasa memang tidak dapat. Rezeki.. Dapat.Sekarang dah 6 tahun kerja.Dah rasa macam robot.Tiap hari buat benda yang sama.Bosan plus nak buat peningkatan kerjaya. 

Interview yang bella buat slideshow, interview punyala susah... tapi kerja macam sale girl saja. hmmm tension. Dah la kena bertapak kat utara.. fuyooo... mak.. suami tidak bagi. Walaupun company ok.. gaji pun bukannya naik pun. Jadi bella tolak la kot.

Saja la kongsi pengalaman yang bella kutip dari kisah hidup bella . Saja nak kongsi. Mana tahu ada nak panggil bella kerja. Salam jumpa lagi.

12 comments:

  1. salam bella.. boleyh x saya nk tya tentg cara nk mtk keje kat bank.. nie email saya.. fiezaae_92@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba check di link ni ok? http://isabellaidura.blogspot.com/2014/03/mendapatkan-kerja.html

      Delete
  2. salam kak bella,
    nk ty, kalau cam keje coffee bean tu walk in trus ke apply gak cam anta resume sgala bagai
    sori xde pngalaman keje -___-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... walk in jer.. macam kedai2x atau restaurant fast food ni.. dorang ada borang untuk diisi, jadi awak walk in je. Nanti dorang suruh isi borang. Memerangkap resume awak la borang tu. Kalau urgent nk guna orang.. silap2x boleh terus start kerja.

      Delete
  3. Salam bella. Next week sy ad iv ngn bank as mnagement trainee..have any tips x bella? Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAWAB DENGAN YAKIN SAJA. Management trainee. Best tu.

      Delete
  4. salam bella. camne awak apply keje kat mardi? hantar emel kat mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tidak silap, saya apply melalui Jobstreet.

      Delete
  5. Salam bella,sali bank tnya ape eh?sy ade intebiu asst mnger digital...xtau lgsg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak dalah soalan bocor. Tapi, perkenalkan diri, sumbangan, kalau dia tanya sanggup tak, jawab je semua sanggp dan boleh! paling penting yakin.

      Delete
  6. asslm,
    nk tnya bella interview kerani dkt mardi tu mang kn tapis 2 kali ye..ari yg sama ke interview ke 2 tu?sy dpt panggilan interview mardi..tu yg nk get ready :)

    ReplyDelete
  7. salam bella,nak tanya pasal maintenance dekat building services tu. sebab sy junior awak ><

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari