Perasaan Yang Tersangatlah Sedih Merundum

Pernah tak korang rasa macam terlalu down? Sedih sangat. Tak tau nak buat apa. Nak balas apa. Nak cakap apa. Nak fikir apa. Semua benda tak...

Pernah tak korang rasa macam terlalu down? Sedih sangat. Tak tau nak buat apa. Nak balas apa. Nak cakap apa. Nak fikir apa. Semua benda tak kena. Semua benda buat rasa tak betul. Buat apa pun perasaan down tu tak hilang. Masih rasa sangat sedih dan takda semangat. Siapa putus cinta mesti rasa macam ni. Rasa nak bunuh diri pun ada kan? Tapi putus cinta boleh cari lain. Ini lagi sedih. Ini Perasaan Yang Tersangatlah Sedih Merundum. Rasa macam apa aku nak buat ni? Salah aku ke? 

sedih tanpa anak, sedih, sedih orang tak faham, sedih dikata, sedih diperli

Bella kahwin pada 11.11.2011. Jadi masuk tahun ini adalah tahun ke tiga Bella dan HB sebagai suami isteri. Sepatutnya ada anak seorang dah la. Paling kurang pun. Masa ini seriously Bella dah risau. Bella risau dengan keluarga sebelah HB sebab dorang semua sangat rapat. Keluarga dan sedara mara belah Bella, kalau belah ayah dorang memang tak peduli sangat. Memang tak rapat. Belah mak pula sedara mara jauh dekat Pahang, jadi memang jarang jumpa. Kalau jumpa pun banyak lagi benda penting kita nak bincangkan. Masa ini Bella dah tak sedap hati nak balik kampung HB sebab ada terdengar yang sepupu dia dah mengandung. Kitaorang kawin semua tarikh dekat - dekat. Kiranya semua dalam tahun yang sama. Bulan je lain - lian. Tapi HB kata takda la. Dorang tak mengandung lagi la. Bella pun setuju je la untuk balik kampung. lagipun tak adillah untuk suami Bella, sampai bila tak nak balik kampung tengok mak dia kan?

sedih tanpa anak, sedih, sedih orang tak faham, sedih dikata, sedih diperli

Hari pertama dekat rumah mak ok je. Kebetulan hari ini hari lahir HB, selamat hari jadi sayang. Jadi,  Bella ada buat kejutan hari jadi dia dekat Penang. Sebelum bertolak tu Makcik dia datang. Sebelum bertolak, makcik dia terus tanya bila nak ada baby ni? Sambil senyum Bella kata nanti adalah tu.  Insya - ALLAH. Sambil tersenyum je Bella jawab. Tapi perasaan sebenarnya, sumpah ada rasa macam satu batu hempap kepala! Bayangkan depan mak, adik ipar, suami Bella. Adus, Ingat tu semua adalah ketentuan dari-NYA.Ingat Bella tak usaha ke? Ingat Bella tak nak anak? Bella lagilah nak.

Bella naik kereta terus termenung. HB faham. Dia saja seorang yang tahu macam mana Bella nak sangat anak. Dia saja tahu sebab Bella tak pernah tunjukkan apa - apa yang sedih dekat media sosial Bella. Bella tunjukan yang seronok - seronok saja. Ingat, tak semua orang akan rasa simpati dengan dugaan kita. Ada yang bertepuk tangan. Jadi Bella memang tak pernah nak cerita betapa sedihnya Bella tak dikurniakan zuriat lagi. HB je tahu macam mana Bella setiap bulan Bella akan nangis sebab PERIOD! Tak boleh blah giler perasaan ni. HB kata, "sabar la. Dear kan ada,walauapapun dear ada satu isteri je. Dear tak akan berpaling." Korang faham tak perasaan Bella? Bella rasa macam Bella perempuan yang menghampakan suami. Bella tak sempurna. Bella terus letakkan kepala kat bahu suami sambil air mata menitis-nitis. Kenapa ada soalan macam ni masa Bella nak pergi bercuti. Hilang mood terbang melayang.

sedih tanpa anak, sedih, sedih orang tak faham, sedih dikata, sedih diperli

Soalan dari Makcik tu datang sebab around semua dah pregnant. Adik Bella dah bersalin. Ya ALLAH  s.w.t tabahkanlah hatiku. Hanya kau sahaja faham hati dan perasaanku. Bella dah berurut. Minta tolong kawan doakan kat mekah. Makan hati unta. Apa semua orang cadangkan Bella buat. Sekarang Bella tengah amalkan minum air buah zuriat. Bella tahu, pasangan lain lagi teruk usaha dorang. Tapi Bella baru usaha sikit dah nak mengeluh. Bella bukan mengeluh. Bella nak orang faham yang sememangnya Bella ada usaha.

Sepupu kata, asyik bercuti je.Hasil Tarakkkk!! Tengok la nanti ko kawin, cepat ke lambat. Tengok senang sangat ke ko dapat anak. My boss kata, You try la buat macam-macam gaya. Sure Jadi punya. Dah try dah boss. Buat sambil terapung je tak mampu. Minum kopi sebelum bersama. Dah minum. Faham la. Ni ketentuan tuhan. Siapa Bella nak meminta atau menidakkan ketentuan dariNYA. Siapa yang ada dekat tempat Bella mesti sangat faham.

sedih tanpa anak, sedih, sedih orang tak faham, sedih dikata, sedih diperli

Bella memang impian nak mengelilingi dunia. Kalau boleh semua tempat Bella nak jejak. Bella nak jejakkan kaki kat semua Negara Asia. Semua orang ingat yang Bella tak nak anak sebab nak enjoy. Kalau jumpa Bella Tanya sal anak pastu mesti kata, "takpela enjoy dulu.muda lagi." Come on la... takkanlah Bella nak kena kurungkan diri sebab nak tunjukkan yang Bella tengah berusaha dapatkan anak. Apa je cara lain nak happy kan hati dan diri sendiri? Selain daripada capai apa yang kita impikan? Apa lagi yang perlu Bella buat?

sedih tanpa anak, sedih, sedih orang tak faham, sedih dikata, sedih diperli

Takpelah, Bella yakin Allah s.w.t faham dan tahu rasa hati Bella. Dialah sentiasa mendengar dan menguatkan Bella. Kadang - kadang rasa give up sangat. Belum lagi kalau terdengar sedara mara mengumpat. "Dengar cerita, sipolan tu dah kawen lain.” “kenapa” “yela.. berapa tahun kawen. Takda anak. Kawen baru ni terus dapat anak” “iye? Lelaki mestilah nak anak. Barulah dia boleh dipanggil lelaki”. Kalau korang ada kat tempat Bella.. Apa korang buat? Dugaan.

Sekarang Bella Cuma harapkan semua doakan Bella cepat dapat anak. Kenapa ye kena ada soalan.. Bila lagi ni? Anak dah berapa? Eh korang dah lama kawen kan? Ko tau tak si bedah dah ada 2 orang. Ko bila lagi? Dah berisi ke?  Wei..kusut kot. Ni berita happy. Kalau aku pregnant for surelah Bella akan hebahkan. Kenapa perlu Tanya? Tau lah Bella bagitahu. Geramnya!!!!arrgghhhh!!!! nak tunjuk baik? Bagus? Ataupun prihatin? Ambik berat kot? Atau perli saja nak sakitkan hati? 

sedih tanpa anak, sedih, sedih orang tak faham, sedih dikata, sedih diperli

Sekarang prinsip Bella, walau badan Bella sakit, pedih, menderita. Bella akan cuba dapatkan anak untuk HB. Sebab dia adalah nyawa Bella. Suami Bella adalah segalanya. Kegembiraan dia, 2x kegembiraan Bella. Sedih dia, hampa dia,10x terasa kat Bella. Cinta Bella kat dia tuhan saja yang tau.isk..isk... Ya Allah s.wt kurniakanlah kepadaku dari sisiMU, Keturunan zuriat yang baik, sesungguhnya kaulah mendengar dan menerima doa.Amin.... 

Kla..... Bella lap airmata dulu.. bye3x.. Bella ok...

You Might Also Like

6 ulasan

  1. salam kenal.. akak singgah&follow sini, #130..
    sabar ya bella.. insya-Allah ada rezekinya, cepat atau lambat je.. jangan putus asa terus berusaha&berdoa.. macam kawan akak baru bersalin anak pertama dia bulan lepas.. dia kawin dah 4 tahun (since 2008), baru pregnant tahun 2012.. last sekali dia bagi tahu dia buat umrah dan berdoa di depan kaabah agar dikurniakan zuriat..

    ReplyDelete
  2. salam kenal mizz aiza.. thank you untuk kata2x semangat tu. saya dah follow akak tau. yang ke 481. thanks again.

    ReplyDelete
  3. salam.....bella.....saya ogy....saya sangt faham perasaan awak sbb sy pn dh kawin 4thun msih belum ada zuriat....sehingga kini masih lg menanti dngan penuh sabar....alhamdulillah setakat ni suami sayapn masih sabar menanti....dan setiap kali orang akan tnyer soalan yg sm....sy akan jawab jg jwpan yg sm kdng2 sy bleh gelak lg sbb kdng2 sy rs mls nk fkir lg...tp tu la aper yg kt rs dlm hati ni, menangis ker meraung tuhan jer yg tau...hanya mereka yg d duga mcm kita saja tau mcm mn perasaan tu....
    untuk bella sy doakn awak cepat dpt baby begitu jg sy.....amin....

    ReplyDelete
  4. Salam kenal bella. Sedih.kita phm perasaan bella.kta dh setahun stgh kawen.now dah lali bla org tanya.sbr n teruskan usaha. Tuhan je tahu waktu yg tbaik untuk kita kan.

    ReplyDelete
  5. Bila baca Sis BeLLa punye story mgalir gak air mate.. same lah kite.. setiap kaLi blik kmpung hubby.. biRas2 sepupu..ade he yg mengusung perot... tungu hri nak beranak.. cemburu sgt.. kite yg kawin lame..yg bru kawen dah lekat.. nak menangis depan org rAmai ke... sedih sgt hnya ALLAH je yg tahu prasaan ni.. mula lah nnt smua memerhati mcm kite ni tak bOleh bagi zuriat pd suami kita..

    ReplyDelete
  6. Rezeki semua dari Nya...it takes two to make baby..masaalah bukan pada wanita sahaja...mungkin Dia sedang menduga kita. Semoga mendapat yang terbaik..insya Allah..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.