Saturday

Tips-Tips Sebelum Membuat Passport

Sekarang saya share kan Cara-Cara sebelum membuat passport ataupun Tips-Tips sebelum pergi Membuat Passport. Yela.. tak mau la pengalaman saya terkena kat orang lain pulak. Baca pengalaman nightmare bella pergi buat passport kali pertama di cini. Pengalaman Kali Pertama Membuat Passport seram... hihiiihhhiiiiii..

passport, kali pertama membuat passport, tips-tips pergi membuat passport, Jabatan Imigresen buat passport
LV tu sarung passport bella.. Glamor gitu.. kikiki..
Biasalah semua tahu kot betapa ramainya orang tak kira waktu apa pun mesti kita tunggu no takkan sikit-sikit punya. Jadi kat sini ada tips mungkin boleh membuat korang tersenyum sambil menunggu. hehhee.. harapan saya la.. okey..

  1. Pastikan lokasi Jabatan Imigresen yang korang nak pergi. Buka pukul berapa, Tutup pukul berapa. Seelok-eloknya gerak awal pagi. Cari jalan short cut bagi kita jadi orang pertama sampai. kalau boleh la.
  2. Bawa PEN sendiri. Takdalah korang tercangak-cangak nak cari pen kat mana. Kadang-kadang penuh. Semua orang guna.
  3. Apa-apa pun tanya kat kaunter pertanyaan tu dulu. Masalah korang apa, Cara nak buat macam mana.Jangan memandai2x tekan no. Tunggu lelama rupanya masalah korang tak boleh buat time tu. Contoh korang nak buat balik passport korang yang dah rosak. Hari sabtu dan Ahad dorang tak buat masalah leceh2x ni.
  4. Lebih baik ambil borang memohon passport di Jabatan Imigresen itu sendiri. Takut korang salah link terprint yang lain. Lagipun borang percuma.
  5. Kalau ramai orang, Ambil borang terus tekan nombor. Sementara tunggu nombor korang di panggil boleh buat sebuku taik mata kot. hehehe.Tapi jangan sampai terlepas nombor pula.
  6. Kalau korang takda sebab nak tangkap gambar, Korang tangkap gambar hanya untuk buat passport better atau lebih baik korang tangkap gambar kat Jabatan Imigresen tu sendiri je. Sebab lagi tepat dan mengikuti kehendak atau piawaian yang dorang nak.  
  7. Bawa la bekalan ringan. Gula-gula ke, janjan ke, Keropok ke, coklat ke, sebab lapar kot. Dah la sejuk. Lama pulok tu.
  8. Bawa bahan bacaan. Psp anda. Tablet. Note tak la busssan....
  9. Lepas no anda dipanggil, proceed semua, buat bayaran, tanya lepas ni macam mana kak? atau abang? Nak letak borang ni kat mana2x ke? Jangan berat mulut tanya. Malu bertanya lama la korang tunggu.
  10. Check dulu atau buat semakkan di jabatan imegresen tentang halangan ke luar negara.Semak online je.Click link yang bella dah sediakan niee.. Menyemak nama di senarai hitamkan atau tidak straight ke portal Jabatan Imigresen. Takut tunggu lelama tak boleh buat. Sia-sia je.Bagi peminjam PTPTN.
Passport, Masalah ptptn, Halangan membuat passport
Macam ni lah portal menyemak korang blacklist atau tidak

Sekian.. lepas ni mesti korang menunggu sambil senyum-senyum kambing tak bosan..
ikhlas.. isabella idura.

2 comments:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari