Saturday

Pengalaman Memohon Passport Kali Pertama

Salam Sayang kengkawan.. love all u all my follower... Kat sini bella nak share Cara-Cara nak buat passport kali pertama.. Yela.. sebelum pergi mana-mana over the sea.. mestilah mempunyai passport. Kang tak lepas border plak.

passport, tempat buat passport
  • Korang mestilah pergi sendiri. Tak boleh wakilkan orang lain pergi. ada soalan x kat sini? hehehhe..
  • Korang kena isi borang permohonan passport kali pertama. Baik korang pergi buat passport ambik borang kat kaunter je. Isi kat sana. Sebab sementara tunggu nama korang kena panggil 
  • tu pun boleh tanam anggur kat sana. Kalau nasib baik cepatla. Sebab pernah terjadi bella salah print borang. Membazir je.
  • Bawak mykad korang.
  • Korang kena Bawak muka yang siap berdandan saja.Dia tangkap pic korang on the spot.
  • Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM200 untuk 5 Tahun.Nak lagi puas hati korang pergilah ke laman web Portal Jabatan Imigresen Malaysia memang detail sesgtlah kat sini.
Masa bella buat dulu, pergi kat shah alam.. fuhh punyalah susah cari tempat imigresen ni. Pergi-pergi tutup. Laaa pesal plak dalam internet kata buka. Hari tu pergi hari ahad. Dah la bangun pepagi sedih tol. Lagi beberapa hari lagi je nak pergi. Sempat ke pergi renew ni.Senarai Jabatan imigresen yang dibuka pada hujung minggu iaitu sabtu dan ahad.

Bella share area selangor dan kuala lumpur sahaja tau.
  • Pejabat Imigresen Shah Alam iaitu di PKNS dekat dengan Tasik Shah Alam tu. Dalam bangunan PKNS.
  • Pejabat Imigresen Presint 15 putrajaya
  • Pejabat Imigresen Jalan Duta Kuala Lumpur,Wangsa Maju 
  • Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang
  • Pejabat Imigresen Kelana Jaya di Plaza Glomac
  • Pejabat Imigresen Kajang,Selangor
Semua Pejabat Imigresen dibuka dari pukul 8pagi sehingga 1ptg.Kepada yang lain boleh rujuk Senarai Jabatan Imigresen Yang Di buka Pada hujung Minggu. Complete kat sini.

Tapi bila bella pergi tutup punyalah frust dan sedih. Dah la bgun pagi. Pastu turun macam tak puas hatila.. bella membebel-bebel. Memang dah nak balik dah. Tapi macam tergerak hati nak tanya kat guard bawah tu. Rupanya buka tapi kena pusing sikit.Nasib tanya. Dalam banggunan PKNS ni memang pening la nak cari Jabatan Imigresen ni sebab semua ada signboard imigresen tapi ada kategorinya. Tapi masuk dalam tu.. FUHHH!!! penuh. Korang semua mesti tau kan jabatan awam ni macam mana? Seriusly ramai gile org. Terus ke kaunter. Tanya dulu. Jangan terus tekan no. Betul2x straight depan pintu tu macam ada kaunter pertanyaan. Tanya bebaik ok. Jangan menyombong. Sure diaorang takkan layan korang.

Last2x panggil jugak. Bella ngan Hb bella kaunter sebelah2x. Tapi Hb Bella cepat gile siap. Bella tanya, nape cepat sgt? Rupanya permohonan dia kena REJECT!!! YA ALLAH.. semua dah booking kot. Camne ni?


Masalahnya bella punya passport dah OK. Adus. masalah tol. Takkan nak pergi seseorang.. tak nak. tak nak. bella duduk la. sebab dia kata boleh ambil terus passport tu. Bella tunggu2x tak da pun. Punyalah lama. Tapi nape dia tak panggil2x lagi. Tengok orang yang lambat dari bella dah balik dah. Pehal plak nih!! Dah la panas ati passport hb kena reject. hmmm... g kaunter tanya.Rupanya kena dropkan permohonan kita tadi kat bakul kecik collection punya plak. Punyalah B*****G orang kaunter tu tak bgtau pun. Ape yang dia aspect dari orang yang baru datang untuk buat passport kali pertama ni?memang h****

Lepas letak kat bakul tu. Tunggu lagi.Bella tunggu sambil berdiri betul2x depan kaunter tu sambil membebel sebab panas hati sangat. Abis hilang semua ke ayuan bella gitu. Bella rasa dah cukup baik kot at least bella still boleh rendahkan suara dan cakap bebaik. Bella kerja kat kaunter lagilah teruk kena. Kejap je bella berdiri sebab passport tu dah lama ready. Cuma dorang simpan sebab ingat bella dah balik nak ambik besok sebab dah siap lama tapi takda orang ambik. Ada ke patut?

Hb plak permohonan kena tolak sebab PTPTN dia sangkut. hahahaha Dia terpaksalah ambik cuti settlekan everything hari isnin. aritu ada juga bella check kat application tab untuk check senarai hitam keluar negara tapi ok je. Mungkin application bella tak update. memang hampeh. Tapi alhamdullilah settle. Bella punya passport buat kat Shah Alam. Hb buat kat Kuala Lumpur. okla.. boleh la kami start melancong... yeaaayyyy...

Harap ada yang dapat manfaat dari cerita bella ni.. follow la bella okey? love all...

isabella idura...

P/s:- tapi sekarang xyah bawk gambar tau.dorang akan snap kat sana.. system baru. Borang pun x perlu.

8 comments:

  1. Alaa, xblh buatkan utk org lain ke walaupun kita dh bwk smue dokumen org tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh... on the spot snap pic.

      Delete
  2. tq so much bella for the information...saya baru nak buat passport...TQ

    ReplyDelete
  3. Salam Isabella...akk nak tanya, lepas buat paspot baru bila agaknya akk boleh visit ke luar negara. Selepas buat paspot atau kena tunggu berapa bulan utk visit ke luar negara. Tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terus keluar negara sya. Tp kena make sure sblum ke luar negara tarikh tamat tempoh passport adalah cukup 6 bulan dr tarikh mati. Kalau ada 5bln pun x boleh. Mcm saya aritu 3ari nkfly baru perasan passport dah x valid mmg mampus nk g renew.

      Delete
  4. Kne bawak surat branak or pape salinan ic n srt branak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat beranak bella tidak pasti. Tapi ic original memang kena bawa.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari