Sunday

Penginapan Bajet dan Murah Di Yangon Myanmar

Hello.. mushi2x.. Assalamualaikum.....

Kesinambungan kisah cinta bella dengan keunikkan negara myanmar Ataupun yangon bersambung kembali. Bella nak share pulak Penginapan Bajet Dan Murah Di Yangon Myanmar bella sepanjang disana.


myanmar, yangon, ranggon, burma, murah, bajet
Intro Pic pintu dulu.. macam mahal.hehee..
Kat sana seriusly hotel mahal. Kira macam mengambil kesempatan didalam kesempitan pelancong la.

Myanmar yang dulunya terlindung daripada pandangan dunia ketika pemerintahan tentera junta dan ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi, jadi tidak banyaklah hotel yang dibina.Sekarang hotel-hotel disana tidak dapat menampung jumlah pelancong yang semakin lama, semakin ramai. Hotel yang sedia ada pun menaikkan harga.
Petikan dari myMetro.com artikel 25/6/12 (just klik untuk artikel penuh)

"HOTEL kebanyakannya penuh atau jika ada bilik kosong, harganya mencekik darah. Duit renyuk atau berlipat-lipat tidak bernilai manakala kad kredit pula tidak diterima. Jika sanggup berhadapan dengan semua ini, bolehlah mengunjungi Myanmar yang bakal menjadi destinasi pelancongan terkemuka di Asia."

Seram plak rasanya nak pergi Myanmar kan? Jangan risau dengan adanya bantuan dari bella semuanya akan lancar. Hehehe. Tapi apa yang ditulis oleh artikel diatas adalah benar. Setakat Mac 2013 ni lah. Hotel yang menerima kad kredit pun hanyalah 5star hotel. Itupun bukan semua.

Last time Bella book 2minggu sebelum pergi. Seriously banyak yang fully book. Kat agoda.com pun tinggal bilik yang berharga 2Rat keatas. Bagi yang mahukan penginapan murah dah jadi lari bajet lah kan? Adalah orang yang dah pergi tapi bila Bella call that hotel for booking diorang tak faham English.Time ni pun Bella dah risau giler kot. Cane nak pergi kalau macam ni? isk.isk..

Then bella pergi cafe yang ada orang Myanmar faham melayu, Bella call that hotel dan suruh dia cakapkan. Rupanya bilik yang murah tu dah full. Tinggal bilik 2rat lebih untuk satu malam. Kalau 2malam dah dekat 5rat. Adui.. reject la.

Cari punya cari jumpalah en zainal blog ni (klik je) rasanya macam dah seluruh negara asia dia pergi. Macam-macam cerita. Bella panggil dia guru. hehehe. Kawan dalam alam cyber je la. Kalau nak join takut tak kesempatan cuti. Cuti bella bukan banyak pun nak mengembara macam guru ni. Jealous tgok dia.

Ok sebelum melalut jauh Bella sambung sal penginapan Bella disana. Selepas guru dan beberapa orang lagi yang dah pergi suggestkan hotel ni, jadi Bella pun akur dan book hotel bajet ni iaitu OCEAN PEARL INN.http://www.myanmarhotel-budget.com/  AGODA.COM  klik pastu pergi kat contact us untuk booking secara online. Call pun ok. Tapi bella suggestkan online je la. Ada hitam putih yang kita dah booking kan.

Time booking tu tak perlu buat pembayaran lagi. Just confirmation bila kita nak pergi. Ocean pearl inn juga menyediakan sarapan pagi,walaupun hanya telur dan roti serta teh. OKlah dari takda. Ocean juga menyediakan perkhidmatan mengambil pengunjung hotelnya dari airport ke hotel memang sangat berbaloi.

Hotel ni ada dua cawangan iaitu, Yangon Myanmar Hotel Budget ( Ocean Pearl Inn ) Dan Ocean Pearl Inn II (Aung Si Guest House) Time bella nak book tu lagi 2minggu nak fly tau. Ocean Pearl Inn dah full. Hotel yang murah semua dah full. Jadi Ocean ni suggestkan Ocean Pearl Inn II. Bella time tu redha je la. Bella inquiry juga macam ne keadaan bilik sebb takda provide pic. Takut kotor. Takut. Bg bella biarlah mahal sikit janji bersih. Kalau ada orang kata biarlah kita nak tido je. Tp itu bukan bella. Bella nak janji bersih.

Dibawah ni ada alamat penuh, rate per nite dan everything la.

YANGON MYANMAR HOTEL BUDGET ONLINE BOOKING (or)Just call 00951 - 297007, 297329, 296637, 297292 for free airport pick up from International flight. Every Air Asia flight from Bangkok and Malaysia free airport pick up on arrival with our Ocean Pearl Inn Signboard.
24 hours : Service

Ocean Pearl InnHotel FacilitiesTourist Friendly, Homely ServicesAung Si Guest House
Single room - 25 usd,
Double room - 30 usd,
Triple room - 38 usd / night
Included breakfast, tax and one time free international airport pick up on arrival.Clean, Safe, Friendly
helpful staff and meet other
traveller.
Single room - 20 usd,
Double room - 25 usd
 

Jadi selepas tanya macam2x Bella pun bersetuju untuk menyewa ocean pearl inn II. Sebab dia kata hotel tu barui je buka. Jadi comfirm bersih. Sebb Ocean Pearl Inn dah tak dapat menampung jumlah pelancong yang ramai. Ok la. Bella pun setuju book. Harganya murah sikit la dari Ocean Pearl Inn.

Jadi Bella pun dibawa ke Ocean Pearl Inn II setelah melalui jalan yang sukar. Bella diturunkan di satu kawasan yang penuh sesak dan bangunan yang bertingkat. HB Bella kata tempat apa ni? sambil mengerutkan dahi. Bella pun cuak gak. Serius serabut.

Bila van tu nak bergerak semula tetiba orang dari atas tu kata sesuatu dan dia suruh bawa kitaorang ke Ocean Pearl Inn. Alhamdullilah syukur rahmatmu Ya ALLAH. Kitaorang pun naik semula van dan pergi ke Ocean Pearl Inn. Barulah ok cikit. Semua pelancong semua ke sini. Hmm tenang.

Depan Ocean Pearl Inn
Sampai sini My Dear kata haa sini baru ok sikit. Pintu depan tu sentiasa ditutup sebab diluar bising. Betul2x depan Pearl Inn ni ada jalan raya. Sebelahnya ada kedai runcit kecil. depannya ada dobi. Malamnya ada kedai makan kecil yang tak halal.. Jangan cuba k..

yangon, penginapan bajrt, penginapan murah, myanmar
Bahgian utama hotel
Bahagian dalam hotel ni serius bersih. Bilik Bella lupa nak snap. Tapi dekat dalam website dia ada. Bersih. Toilet ada towel, sabun semua tapi bella bawak sendiri sabun. Air panas semua kat bawah. Hotel ni ada byk tingkat. Tapi Bella dapat tingkat2 je. Ok. Daripada mat saleh bawak beg bapak besar termegah2x naik tangga.hihihi. Aircond pun sejuk. Depan hotel senang dapat transport. Jalan sikit ada pasar raya semua. Kiranya ni tengah bandar juga la. Senang nak kemana-mana. Cuma bella tak sempat nak ke spa. Sebb ramai yang kata spa kat sini bersih,nice dan sangat murah. Sedih.
myanmar, burma, bajet, penginapan murah, penginapan bersih
Boss dia kot. Muka garang tapi baik

Kitaorang bawak bekal memacam, Jadi kitaorg punya flight pagi. Sesampai lapar. Bella pun masak la meggi. Air panas semua ada kat bawah. Megi, biskut, keropok, jajan, dan gegula semuanya abis. Hihihi. lapa.. cuma HB ni mesti nak makan nasi walaumacam mana pun. kalau tak dia tak kenyang. Jadi kena gak la cari kedai halal. Pepagi dorang akan sediakan sarapan dorang sagtlah baik. Polite giler. murah senyuman. Bebudak lagi semuanya. Jadi memang five star terus jadi hotel ni. Semua soalan Bella dorang cuba jawab. Kalau dorang tak faham dorang akan panggil yang faham. Jadi memang sgatlah ok. 
YANGON MYANMAR
Salam jumpa lagi..

Jadi lepas ni kalau korang nak datang dengan bajet yang hendak dikurangkan bagi penginapan boleh la pilih hotel bajet ni. Bella pergi kejap je. Banyak sangat tempat bella tak sempat gi. Bella cover tempat yang penting2x je. Hehehe.Korang nak banyak pilihan lagi, sila cari di AGODA.COM

ok.. salam ikhlas.. boleh la digunakan kalau nak kesini nanti.
Boleh check juga post bella kat sini mengenai myanmar..

bubbye2x....follow bella k..


Tuesday

Cara-cara nak buat shoutbox.

Assalamualaikum...

Semoga semuanya sihat hendaknya.. alamak macm tulis surat la plak.

Hari ni Bella nak kongsikan langkah-langkah atau cara-cara untuk buat chat box kat tepi blog kita. Tapi ikut suka hati korang la kan.. nak sembunyi kan ke.. nak letak atas header ker.. nak letak bawah ke.. tapi Bella letak tepi. Senang nampak. Ini adalah dari permintaan seseorang kat chat box BBella. Tak tau la empunya badan sudi atau tak Bella share nick name dia.. Hmm tak yah la senang.

OK Step yang utama.. kenalah ada blog. Kalau tak da macam mana nak buat shout box, chat room or whatever box.Korang dah log in semua. Korang pergi sahaja kat owh lupa nak habaq mai.. chat box ni banyak jenis.. memula bella guna chat box dari alamak sorry lupa la apa nama box tu tapi agak tak comel jadi saya tukar shout busuk.org.

G je kat pakcik google tu taip shout busuk atau korang klik je la link ni
Shout busuk. ok. bila korang klik je akan keluarla page cam gini.


chat box, shoutbox, busuk shoutbox, massage box, ping box,
Klik kat tempat ada sportlight tu. SIGN UP

Bentuk macam mana pun yang keluar korang jangan pedulikan. Yang korang kena terjah adalah button sign up. Korang pergi kat tempat sign up tu, pastu masuk kan lah pa yang patut. Korang pun boleh terus register menggunakan facebook. senang kan?


comment box, shout box, ping box, chat box
Register kat box seperti diatas

Selepas korang register atau korang penuhkan kotak diatas, korang akan auto masuk ke shoutbox admin. Kat sini korang boleh tentukan sendiri saiz ShoutBox korang sendiri. Kalau lah korang tersalah pilih.. terbesar giler plak atau terpanjang sgt bila letak kat page blog korang, jangan risau. Anytime boleh adjust balik.

busuk shoutbox, saiz shoutbox, gambar shoutbox
Contoh shoutBOX yg sudah didaftarkan
Sekarang sedar atau tidak korang dah ada shoutbox power by busuk.org power tak? hehhe. Tapi tak siap lagi tau. Pastu nampak tak GENERATED CODE tu? kat picture diatas pun ada. Nampak kan? Code tu adalah code penting yang korang kena copy. Pastu wajiblah korang ke blog memasing dan pergi ke layout. Di layout page korang akan nampak seperti gambar di bawah.


shoutbox, letak shoutbox, saiz shout box
Contoh layout

Korang nampak kan yang bulatan merah tu. Dalam bulatan tu adalah ayat add gajet. Korang just click je. Terus ke page seperti gambar di bawah.



Korang pilih html/javascript tu. Itu gajet yang memang telah disediakan oleh blogger. Senang.Klik pada button +. NEXT screen

add gajet, shout gajet, chat gajet
Contoh page add gajet

Bila klik akan kuar plak screen seperti diatas. Jangan panik. generated code yang telah korang generated tadi korang right click copy pastu pastu je dalam kotak tu. Title tu letak la sila shout me ke.. Hi follower yang cute.. belasah la ikut rasa hati korang. Lepas paste tu save la.. Pe lagi.. Pastu sila lah preview.


Contoh shoutBOX di blog.

SIap!!!! senang tak? Faham tak? Senang je kan? Nak karang tutorial ni lagi susah. Hehehe.

ok.. sampai di sini dulu pembelajaran bella ari ni.. Salam kasih sayang.. heheheh.



Ikhlas Bella..

Matawang Myanmar

Salam semua..

Harini bella nak share mengenai matawang Myanmar.. Sape tau.. Myanmar guna matawang apa? Tak tau kan? tak tau.. haaaa.. sebab tulah negara ini digelar negara terpencil. Sape yang nak tahu lebih lanjut mengenai Myanmar ni boleh la klik Menariknya Myanmar mesti korang terpanggil untuk pergi an?

Myanmar menggunakan matawang yang dipanggil KYATT. Matawang dorang boleh tahan rendah jugakla.. Time bella nak pergi dulu. Bella baca kat forum, blog rata-rata menyatakan rate sekitar 750Kyatt. Murah. Tapi tu tahun dulu.

                    myanmar, ranggoon, yangon, mandalay, kyatt

Masa bella pergi lagilah lagi murah. Sebab time tu memang tengah kecoh pasal pergaduhan puak rohingya. Tgok contoh kat atas tu je la.. Tu kalau RM kepada kyatt. Tapi agak susah sikit sebab kebanyakan money changer kat sana tak mau terima RM. Tapi adalah juga yang terima RM. Masalahnya akan ada sedikit masalah sebab tempatnya agak tidak selamat.

Jadi seeloknya tukarlah RM kepada USD dulu.. bila tukar barulah terasa betapa kecilnya matawang kita. hehehe.. gurau2x. Barulah senang nak tukar kyatt kat sana nanti.Bella tukar wang di tempat authorised la.. money changer kat sana ada yang black market tau.. jangan tak tau..


tukar wang, Tukar duit, Duit mynmar, matawang di yangon,
Inilah tempat tukar wang..HQ lagi..tuh!

Kyatt yangon
Mula-mula bg duit.. pastu duduk tunggu. Jangn lupa bawa passport 
Time nak tukar tu mestilah bawa USD yang tak ronyok, koyak, berconteng, berlipat, kromok atau apa2x lah seumpama dengannya. Mestilah cun, takda cacat cela. Barulah harga USD kita tinggi dan seelok2xnya tukar matawang USD yang paling besar. Macam 100usd.Tgok cantik tak duit myanmar?

kyat yangon

Time Bella pergi tu dapat rate lebih kurang rm1 = 850kyt.
Rendah kan? best sgt. Dapat byk.. Jadi kaya. sekejap. ahaks. Bella tukar 100USD dapat lah rate tu. Time tukar 50USD tak dapat tau rate tu. Dapat rendah sikit. Tukar jela. Sebab nak sikit je KYATT untuk tambang teksi dan makan.

wang, money, tunai, cash, myanmar

Memang kaya lah kan... sampai wallet pun muntah tak mampu nak butangkan.. hehehe..  Kat Myanmar bella cadangkan kalau korang tak tau nak beli apa2x korang tukar je sikit2x. Macam masa bella pergi tu rate  850kyat kan? kan? Tapi black market yang boleh dapatkan kita rate 870 till 880kyat. Teruja tak dengar? Tapi tak selamat tau.

Bella ada terbaca pengalaman pelancong ke myanmar or yangon yang tukar duit di black market. Eh pelancong? Bella pun pelancong juga. Means org putih ni la kan.. Dia dapat rate yang sangat tinggi. Jadi dia pun bersetuju untuk menukarkan banyak USD la untuk perjalanan dan kehidupan dia di sana. Sebenarnya memang kena spend banyak cuti kat sana sebab tempat2x menariknya jauh2x..Tapi bella tak la.. janji sampai. huhuhu.

Then dorang pun setuju. Dorang kena menjalani proses menukar wang tu secara pantas. Jadi dorang tgokr money charger tu run kat mesin duit tu pastu money charger tu baik hati kata tak pe dorang terus tolong ikatkan.Proses ini kena cepat jadi siap je dorang pun tergesa2x  blah dari tempat kejadian.

Balik ke hotel dorang pun kira la balik kesemua wang yang dorang tukar tadi. Alangkah terkejutnya dorang sebab dorang dah rugi dekat 100usd. Tgok nak untung makin rugi. Negara dorang memang selamat  takda perompak ke pencuri ke tapi ada penipu. Jadi jaga2x.Dorang ada bagi some advise. Kalau nak tukar duit. Kena atleast 2 orang. Seorang ikat duit, Seorang tgok dia run duit. Selamat la sikit.

Ada juga money charger yang boleh tukar duit RM kepada KYATT. Bella pun ada beli barang guna RM. Ketulenan dia je tak tau cane lagi. hehehe. Tapi susah nak cari. Banyak yang kata tukar kat boyjok market. Tapi tu tempat yang sangat crowded. Bella pergi pun tak nampak money changer.

Jadi korang dah tau kan cane nak tukar duit untuk ke Myanmar? Hati-hati sangat2x. Malam elok tak yah keluar. Sebab  jalan untuk pejalan kaki sangatlah teruk.Lagipun tak da ape2x. Semua tutup. Kedai yang buka malam pun banyak sediakan arak. Takut kot nak jalan memalam. Dorang tgok je. Seram.

Jadi kalau nak ke myanmar... dah tau lah kan? happy holiday..

ikhlas.. @Bella-Idura... muah

Saturday

Tips-Tips Sebelum Membuat Passport

Sekarang saya share kan Cara-Cara sebelum membuat passport ataupun Tips-Tips sebelum pergi Membuat Passport. Yela.. tak mau la pengalaman saya terkena kat orang lain pulak. Baca pengalaman nightmare bella pergi buat passport kali pertama di cini. Pengalaman Kali Pertama Membuat Passport seram... hihiiihhhiiiiii..

passport, kali pertama membuat passport, tips-tips pergi membuat passport, Jabatan Imigresen buat passport
LV tu sarung passport bella.. Glamor gitu.. kikiki..
Biasalah semua tahu kot betapa ramainya orang tak kira waktu apa pun mesti kita tunggu no takkan sikit-sikit punya. Jadi kat sini ada tips mungkin boleh membuat korang tersenyum sambil menunggu. hehhee.. harapan saya la.. okey..

  1. Pastikan lokasi Jabatan Imigresen yang korang nak pergi. Buka pukul berapa, Tutup pukul berapa. Seelok-eloknya gerak awal pagi. Cari jalan short cut bagi kita jadi orang pertama sampai. kalau boleh la.
  2. Bawa PEN sendiri. Takdalah korang tercangak-cangak nak cari pen kat mana. Kadang-kadang penuh. Semua orang guna.
  3. Apa-apa pun tanya kat kaunter pertanyaan tu dulu. Masalah korang apa, Cara nak buat macam mana.Jangan memandai2x tekan no. Tunggu lelama rupanya masalah korang tak boleh buat time tu. Contoh korang nak buat balik passport korang yang dah rosak. Hari sabtu dan Ahad dorang tak buat masalah leceh2x ni.
  4. Lebih baik ambil borang memohon passport di Jabatan Imigresen itu sendiri. Takut korang salah link terprint yang lain. Lagipun borang percuma.
  5. Kalau ramai orang, Ambil borang terus tekan nombor. Sementara tunggu nombor korang di panggil boleh buat sebuku taik mata kot. hehehe.Tapi jangan sampai terlepas nombor pula.
  6. Kalau korang takda sebab nak tangkap gambar, Korang tangkap gambar hanya untuk buat passport better atau lebih baik korang tangkap gambar kat Jabatan Imigresen tu sendiri je. Sebab lagi tepat dan mengikuti kehendak atau piawaian yang dorang nak.  
  7. Bawa la bekalan ringan. Gula-gula ke, janjan ke, Keropok ke, coklat ke, sebab lapar kot. Dah la sejuk. Lama pulok tu.
  8. Bawa bahan bacaan. Psp anda. Tablet. Note tak la busssan....
  9. Lepas no anda dipanggil, proceed semua, buat bayaran, tanya lepas ni macam mana kak? atau abang? Nak letak borang ni kat mana2x ke? Jangan berat mulut tanya. Malu bertanya lama la korang tunggu.
  10. Check dulu atau buat semakkan di jabatan imegresen tentang halangan ke luar negara.Semak online je.Click link yang bella dah sediakan niee.. Menyemak nama di senarai hitamkan atau tidak straight ke portal Jabatan Imigresen. Takut tunggu lelama tak boleh buat. Sia-sia je.Bagi peminjam PTPTN.
Passport, Masalah ptptn, Halangan membuat passport
Macam ni lah portal menyemak korang blacklist atau tidak

Sekian.. lepas ni mesti korang menunggu sambil senyum-senyum kambing tak bosan..
ikhlas.. isabella idura.

Pengalaman Memohon Passport Kali Pertama

Salam Sayang kengkawan.. love all u all my follower... Kat sini bella nak share Cara-Cara nak buat passport kali pertama.. Yela.. sebelum pergi mana-mana over the sea.. mestilah mempunyai passport. Kang tak lepas border plak.

passport, tempat buat passport
  • Korang mestilah pergi sendiri. Tak boleh wakilkan orang lain pergi. ada soalan x kat sini? hehehhe..
  • Korang kena isi borang permohonan passport kali pertama. Baik korang pergi buat passport ambik borang kat kaunter je. Isi kat sana. Sebab sementara tunggu nama korang kena panggil 
  • tu pun boleh tanam anggur kat sana. Kalau nasib baik cepatla. Sebab pernah terjadi bella salah print borang. Membazir je.
  • Bawak mykad korang.
  • Korang kena Bawak muka yang siap berdandan saja.Dia tangkap pic korang on the spot.
  • Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM200 untuk 5 Tahun.Nak lagi puas hati korang pergilah ke laman web Portal Jabatan Imigresen Malaysia memang detail sesgtlah kat sini.
Masa bella buat dulu, pergi kat shah alam.. fuhh punyalah susah cari tempat imigresen ni. Pergi-pergi tutup. Laaa pesal plak dalam internet kata buka. Hari tu pergi hari ahad. Dah la bangun pepagi sedih tol. Lagi beberapa hari lagi je nak pergi. Sempat ke pergi renew ni.Senarai Jabatan imigresen yang dibuka pada hujung minggu iaitu sabtu dan ahad.

Bella share area selangor dan kuala lumpur sahaja tau.
  • Pejabat Imigresen Shah Alam iaitu di PKNS dekat dengan Tasik Shah Alam tu. Dalam bangunan PKNS.
  • Pejabat Imigresen Presint 15 putrajaya
  • Pejabat Imigresen Jalan Duta Kuala Lumpur,Wangsa Maju 
  • Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang
  • Pejabat Imigresen Kelana Jaya di Plaza Glomac
  • Pejabat Imigresen Kajang,Selangor
Semua Pejabat Imigresen dibuka dari pukul 8pagi sehingga 1ptg.Kepada yang lain boleh rujuk Senarai Jabatan Imigresen Yang Di buka Pada hujung Minggu. Complete kat sini.

Tapi bila bella pergi tutup punyalah frust dan sedih. Dah la bgun pagi. Pastu turun macam tak puas hatila.. bella membebel-bebel. Memang dah nak balik dah. Tapi macam tergerak hati nak tanya kat guard bawah tu. Rupanya buka tapi kena pusing sikit.Nasib tanya. Dalam banggunan PKNS ni memang pening la nak cari Jabatan Imigresen ni sebab semua ada signboard imigresen tapi ada kategorinya. Tapi masuk dalam tu.. FUHHH!!! penuh. Korang semua mesti tau kan jabatan awam ni macam mana? Seriusly ramai gile org. Terus ke kaunter. Tanya dulu. Jangan terus tekan no. Betul2x straight depan pintu tu macam ada kaunter pertanyaan. Tanya bebaik ok. Jangan menyombong. Sure diaorang takkan layan korang.

Last2x panggil jugak. Bella ngan Hb bella kaunter sebelah2x. Tapi Hb Bella cepat gile siap. Bella tanya, nape cepat sgt? Rupanya permohonan dia kena REJECT!!! YA ALLAH.. semua dah booking kot. Camne ni?


Masalahnya bella punya passport dah OK. Adus. masalah tol. Takkan nak pergi seseorang.. tak nak. tak nak. bella duduk la. sebab dia kata boleh ambil terus passport tu. Bella tunggu2x tak da pun. Punyalah lama. Tapi nape dia tak panggil2x lagi. Tengok orang yang lambat dari bella dah balik dah. Pehal plak nih!! Dah la panas ati passport hb kena reject. hmmm... g kaunter tanya.Rupanya kena dropkan permohonan kita tadi kat bakul kecik collection punya plak. Punyalah B*****G orang kaunter tu tak bgtau pun. Ape yang dia aspect dari orang yang baru datang untuk buat passport kali pertama ni?memang h****

Lepas letak kat bakul tu. Tunggu lagi.Bella tunggu sambil berdiri betul2x depan kaunter tu sambil membebel sebab panas hati sangat. Abis hilang semua ke ayuan bella gitu. Bella rasa dah cukup baik kot at least bella still boleh rendahkan suara dan cakap bebaik. Bella kerja kat kaunter lagilah teruk kena. Kejap je bella berdiri sebab passport tu dah lama ready. Cuma dorang simpan sebab ingat bella dah balik nak ambik besok sebab dah siap lama tapi takda orang ambik. Ada ke patut?

Hb plak permohonan kena tolak sebab PTPTN dia sangkut. hahahaha Dia terpaksalah ambik cuti settlekan everything hari isnin. aritu ada juga bella check kat application tab untuk check senarai hitam keluar negara tapi ok je. Mungkin application bella tak update. memang hampeh. Tapi alhamdullilah settle. Bella punya passport buat kat Shah Alam. Hb buat kat Kuala Lumpur. okla.. boleh la kami start melancong... yeaaayyyy...

Harap ada yang dapat manfaat dari cerita bella ni.. follow la bella okey? love all...

isabella idura...

P/s:- tapi sekarang xyah bawk gambar tau.dorang akan snap kat sana.. system baru. Borang pun x perlu.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari